Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang diraikan En


Ahmad Jamhari Bin Daud, Yang berusaha Tuan Guru Besar En
Khairuddin bin Nasri, guru-guru dan rakan-rakan serta hadirin
warga SKKG yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada
Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari
ini.
Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal
kehilangan seorang Guru Besar yang amat kami sayangi dan
kasihi.
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Tuan Ahmad Jamhari Bin Daud yang tidak pernah mengenal
erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu
demi kami murid-murid SKKG.
Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-
Nya kepada cikgu. Semoga cikgu akan terus mengekalkan
usaha-usaha murni beliau dalam membentuk sahsiah diri yang
mulia kepada para murid-murid di sekolah baharu nanti.

Sekian, Salam Perpisahan.

Anda mungkin juga menyukai