Anda di halaman 1dari 9

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan
di akhirat. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: Fenomena Alam Bukti
Kebesaran Allah.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Mutakhir ini, kita sering mendengar berita mengenai pelbagai bencana dan
kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Dalam
minggu ini pula, kita dikejutkan dengan banjir yang menimpa negeri Pualu Pinang
dan beberapa negeri lain. Mulai dari hujan lebat dan angin kuat, ia kemudiannya
menyebabkan berlakunya banjir dan tanah runtuh hingga mengorbankan nyawa
dan kerosakan harta benda.
Jika dilihat dalam konteks ilmu sains, bencana alam sebegini adalah suatu
fenomena alam yang terjadi akibat ketidakseimbangan ekosistem yang ada di bumi
ini sama ada disebabkan oleh perubahan alam secara semulajadi atau pun
disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri. Akibatnya, bencana yang semakin besar
terjadi sehingga menjejaskan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Sebaliknya, jika dilihat dalam konteks keimanan, bencana tersebut
merupakan suatu peringatan daripada Allah SWT. Justeru, kita meyakini bahawa
musibah ini adalah suatu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang
wajib kita imani dan bertawakal kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah dalam
surat At-Taubah ayat 51,
Maksudnya: Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan
(dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang
beriman bertawakal.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat di halang oleh manusia.
Tamsilnya, peristiwa tsunami yang melanda Acheh (2004) dan Jepun (2011) telah
menggemparkan seluruh dunia. Kita bersyukur, sekalipun kita tidak mengalami
bencana alam yang dahsyat seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami,
ribut taufan dan sebagainya tetapi kita juga tidak terlepas daripada ditimpa bencana
besar seperti tragedi runtuhan Highland Towers (1993), banjir lumpur Pos Dipang
(1996), banjir besar pada 2014; dan gempa bumi gunung Kinabalu (2015).
Dalam bencana ini, kita bukan sahaja mengalami kerosakan dan kerugian
harta benda malah turut kehilangan nyawa yang cukup berharga kepada negara.
Lebih memilukan, masih ada di kalangan mangsa tragedi berkenaan mengalami
trauma dari peristiwa tersebut. Sebagai masyarakat yang punya nilai sifat
kemanusiaan, kita turut bersimpati dan perlu sedia menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Persoalannya, apakah bentuk bantuan yang dapat kita hulurkan
kepada mereka yang terlibat dalam bencana ini? Ya, dengan rentetan dan siri
bencana yang tidak disangka, pihak kerajaan khususnya dan masyarakat umumnya
perlu bertindak menerusi penggemblengan sumber yang ekstensif.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Menyoroti hikmah di sebalik bencana yang menimpa, terdapat sekurang-kurangnya
tiga pengajaran penting yang boleh kita ambil sebagai pedoman. Yang pertama,
bencana yang berlaku adalah salah satu ujian daripada Allah SWT bagi mengetahui
kualiti keimanan hamba-Nya. Melalui bencana, kita menyedari kelemahan diri kita
dan mengakui kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut
ayat 2-3,

Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan


dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu
daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang
yang berdusta.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Yang kedua, bencana adalah untuk menguji kesabaran manusia. Kesusahan dan
kepayahan menghadapi bencana mampu melatih kesabaran kita untuk
memperteguhkan keimanan dalam melaksanakan banyak lagi perintah dan
larangan Allah SWT. Sesungguhnya, pahala kesabaran adalah bekalan yang dapat
menambahkan nikmat untuk kita di syurga kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 155-156,

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit


ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya
kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.

Dan yang ketiga, bencana menjadi medan ujian kasih sayang kita kepada
saudara kita yang ditimpa penderitaan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan
melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang
memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan untuknya di dunia
dan di akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim, Allah
menutupi (aib) nya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya
selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.
Apa yang jelas, kasih sayang (al-muaakhah bi al-mawaddah) harus
disuburkan secara tulus dan suci kerana ia adalah sebahagian daripada integriti
moral yang menjadi petunjuk kemuliaan manusia.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Walaupun situasi bencana memberi kesan buruk kepada mangsa, sisi positifnya ia
menyerlahkan kebersamaan semua pihak yang bersolidariti menghulurkan tangan
membantu tanpa prejudis. Inilah masa terbaik untuk kita bersatu hati dibawah satu
lambang perpaduan, menyemai sikap kasih sayang dan bermuafakat untuk
kemajuan agama, bangsa dan negara.
Kepada saudara-saudaraku yang ditimpa bencana, usahlah kita bertindak
seperti hilang pedoman beragama. Jauhi diri kita daripada mencela nasib, memaki
hamun pada hujan dan banjir seolah-olah mempertikai perkara yang telah
ditetapkan kepada kita di atas kekuasaan Allah SWT. Sebagai seorang muslim
beriman dan percaya pada Qada' dan Qadar, yakinlah bahawa setiap perkara yang
terjadi sama ada baik atau buruk, suka atau duka, kesenangan atau kesusahan,
semuanya ada hikmah yang tersembunyi, bukti kebesaran Allah.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin merakamkan rasa dukacita
terhadap kejadian terkini di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di utara
semenanjung. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT memberi
ketabahan dan mempermudahkan segala urusan saudara kita serta memberkati
setiap usaha yang dijalankan. Pengajaran khutbah kita pada hari ini ialah:
Pertama: Bencana adalah ujian untuk meningkatkan kualiti keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT.
Kedua: Musibah boleh merintis jalan muhasabah dalam menghadapi
sebarang kemungkinan terhadap ancaman bencana.
Ketiga: Nilai kasih sayang wajar disuburkan sepanjang masa dan zaman
bagi membina masyarakat penyayang dan berakhlak mulia.

Maksudnya: Tidak ada kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang
menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami
menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Surah al-Hadid: 22)
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami
ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai

  • Wasiat 2
    Wasiat 2
    Dokumen4 halaman
    Wasiat 2
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Wasiat
    Wasiat
    Dokumen2 halaman
    Wasiat
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Kebesaran Allah
    Kebesaran Allah
    Dokumen9 halaman
    Kebesaran Allah
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Kebesaran Allah
    Kebesaran Allah
    Dokumen9 halaman
    Kebesaran Allah
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Hukum Tertidur Ketika Solat
    Hukum Tertidur Ketika Solat
    Dokumen2 halaman
    Hukum Tertidur Ketika Solat
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Tazkirah Agama
    Tazkirah Agama
    Dokumen26 halaman
    Tazkirah Agama
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Tazkirah Agama
    Tazkirah Agama
    Dokumen26 halaman
    Tazkirah Agama
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Ujian Keimanan
    Ujian Keimanan
    Dokumen10 halaman
    Ujian Keimanan
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Kebesaran Allah
    Kebesaran Allah
    Dokumen9 halaman
    Kebesaran Allah
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Doa-Doa Majlis Rasmi Sekolah SPIM JPS Murni
    Doa-Doa Majlis Rasmi Sekolah SPIM JPS Murni
    Dokumen15 halaman
    Doa-Doa Majlis Rasmi Sekolah SPIM JPS Murni
    Mohd Izwan bin Idris
    99% (87)
  • Khutbah Jakim
    Khutbah Jakim
    Dokumen15 halaman
    Khutbah Jakim
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Khutbah 1
    Khutbah 1
    Dokumen8 halaman
    Khutbah 1
    abharbayasi
    Belum ada peringkat
  • Tazkirah Agama
    Tazkirah Agama
    Dokumen26 halaman
    Tazkirah Agama
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • SYARAT SAH BERJEMA'AH
    SYARAT SAH BERJEMA'AH
    Dokumen9 halaman
    SYARAT SAH BERJEMA'AH
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Himpunan Hukum Fiqh
    Himpunan Hukum Fiqh
    Dokumen12 halaman
    Himpunan Hukum Fiqh
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Lindungi Diri Dari Sihir
    Lindungi Diri Dari Sihir
    Dokumen3 halaman
    Lindungi Diri Dari Sihir
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • ISTIKHARAH
    ISTIKHARAH
    Dokumen3 halaman
    ISTIKHARAH
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Khutbah 1
    Khutbah 1
    Dokumen8 halaman
    Khutbah 1
    abharbayasi
    Belum ada peringkat
  • ISTIKHARAH
    ISTIKHARAH
    Dokumen3 halaman
    ISTIKHARAH
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Al Kahfi
    Al Kahfi
    Dokumen5 halaman
    Al Kahfi
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • ModalSyurga
    ModalSyurga
    Dokumen38 halaman
    ModalSyurga
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Merealisasi Umat Harmoni
    Merealisasi Umat Harmoni
    Dokumen7 halaman
    Merealisasi Umat Harmoni
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Merealisasi Umat Harmoni
    Merealisasi Umat Harmoni
    Dokumen7 halaman
    Merealisasi Umat Harmoni
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Khutbah
    Khutbah
    Dokumen13 halaman
    Khutbah
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Kecemerlangan
    Kecemerlangan
    Dokumen2 halaman
    Kecemerlangan
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Berikut Hadist Ramadhan
    Berikut Hadist Ramadhan
    Dokumen6 halaman
    Berikut Hadist Ramadhan
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Neraka Dan Syurga
    Neraka Dan Syurga
    Dokumen6 halaman
    Neraka Dan Syurga
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • ISTIKHARAH
    ISTIKHARAH
    Dokumen3 halaman
    ISTIKHARAH
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat
  • Kecemerlangan
    Kecemerlangan
    Dokumen2 halaman
    Kecemerlangan
    Anonymous fM2pgE
    Belum ada peringkat