Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar
kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak
dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang
bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun begitu apabila
pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu dilakukan segera
untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak
diingini.
Kes terbaru melibatkan pergaduhan antara pelajar yang menyebabkan pembunuhan di
dalam sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah. Dalam kes seperti ini siapa
yang patut dipersalahkan? Bagaimana ini boleh terjadi?
i. Institusi Keluarga:
James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan
menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.Ibu
bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran
terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi role model sekaligus sebagai perangsang. Ini akan
mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.
5.0 Rumusan:
Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda
pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam
alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat telah mengubah
cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi
kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar
perceraian .
Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca
utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri
tersebut. Rata-rata masyarakat kita mula bersikap individualistik dan materialistik.
Dalam agama pula, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi
ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu
senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa
sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan
dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang
murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak
dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan
delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa
yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu
perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana
setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep Masyarakat Madani .
Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat
khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu
ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor
amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita.
RUJUKAN:
Amir Hasan Dawi .2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Kedua.
Tanjung Malim: Quantum.
Utusan Malaysia. 20Oktober 2001. Dua pelajar disyaki membunuh ditahan reman.