Anda di halaman 1dari 3

SULIT 022/032

Bahagian C

[25 markah]
[Masa dicadangkan: 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.

Soalan 1
Andaikan kamu ialah sepasang kasut seperti dalam peta pemikiran yang diberi di
bawah. Ceritakan riwayat hidup kamu dengan menarik.

ATAU

Soalan 2
Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan rombongan ke sebuah
kilang.
Tulis catatan tentang aktiviti sepanjang rombongan tersebut selengkapnya.

Bahagian C
022/032 [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 022/032

[25 markah]

[Masa dicadangkan: 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sekolah kamu menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.


Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang langkah-langkah untuk menjaga kebersihan
kelas.
Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Kelas tambahan siang dan malam,


Program dirancang tanda muafakat;
Aktif berbincang semakin faham,

Rangkap pantun di atas menyatakan tentang kelebihan mengikuti kelas tambahan.


Berdasarkan maksud pantun tersebut tulis sebuah karangan tentang kelebihan mengikuti
kelas tambahan .

Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Bahagian C
022/032 [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 022/032

[25 markah]

[Masa yang dicadangkan 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan

Soalan 1

Aku ditebang oleh tuan aku kerana aku tidak mengeluarkan buah lagi.

Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat di atas.

ATAU

Soalan 2

Program Larian Perpaduan


Tarikh : 19 Mac 2017, Ahad
Masa : 7.00 pagi (berkumpul)
7.30 pagi (larian)
Tempat : Padang Taman Selasih (berkumpul)

Maklumat di atas adalah tentang Program Larian Perpaduan Taman Selasih. Kamu
merupakan salah seorang peserta program tersebut. Program tersebut bertujuan mengeratkan
hubungan dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum.

Kamu mencatatkan aktiviti program tersebut dalam diari kamu.

Tulis catatan harian kamu itu selengkapnya.

022/032 [Lihat halaman sebelah]


SULIT

Anda mungkin juga menyukai