Anda di halaman 1dari 1

Tazkirah 8 : Peristiwa Israk Dan Mikraj

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam buat junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat serta pengikut yang istiqomah
menuruti baginda Rasulullah hingga ke hari kiamat.
Murid-murid ustaz yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila tiba tarikh 27 Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan
mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku
pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah.
Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan
terbayang kisah perjalanan Rasulullah saw bersama Malaikat Jibril dan Mikail yang
boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01. Israk perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.
02. Mikraj perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis,
Palestin ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-
Quran, Surah Al-Isra ayat 1 yang bermaksud;
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlaku pada satu malam
sahaja.
Para ulama hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa
perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam
keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi S.A.W dan
bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di
mana Allah menegaskan asra bi abdihi lailan yang bermaksud memperjalankan hamba-
Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad
S.A.W yang mana meliputi tubuh badan dan rohnya bersama-sama dan bukannya rohnya
sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu
berbunyi asra bi rohi abdihi lailan yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya
pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas
menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan
tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis
imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun
mereka berbelah-bahagi samada mahu mempercayainya ataupun sebaliknya. Tetapi bagi
orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya
dengan penuh keimanan kepada peristiwa

Anda mungkin juga menyukai