Anda di halaman 1dari 25

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

www.civildefence.gov.my
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

SKOP DAN PRINSIP


PERTOLONGAN CEMAS

1. Difinisi

1.1 Pertolongan cemas di takrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan


pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang
kemalangan sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau
doktor.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

2. Prinsip- Perinsip Pertolongan Cemas

2.1 Menyelamat nyawa.


2.2 Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan
perubatan.
2.3 Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila ada
sesuatu bencana berlaku.
2.4 Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera.
2.5 menghadkan kesan-kesan kecederaan.
2.6 Menggalakan pemulihan.
2.7 Perhubungan/ tindakan apabila sesuatu kejadian.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PERTOLONGAN CEMAS
3. Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir

3.1 Tajam Pemerhatian


nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
3.2 Pantas Ikthiar
menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya.
3.3 Tidak Kasar
jangan menyakitkan orang yang tercedera
3.4 Berakhlak Budi
tidak menambah kesakitan.
3.5 Bertimbang Rasa
menghiburkan hati orang yang tercedera.
3.6 Sentiasa tersenyum
muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PERTOLONGAN CEMAS
4. Tanggunjawab Ahli Pertolongan Cemas
4.1 Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan.
4.2 Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
4.3 Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
4.4 Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.

5. Tugas Ahli Pertolongan Cemas

Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit:

5.1 Menahan pendarahan.


5.2 Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
5.3 Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
5.4 Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas.
5.5 Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
5.6 Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
5.7 Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara
yang bersih.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PERTOLONGAN CEMAS

6. Jangan Memberi Apa-apa Minuman

6.1 Jika pesakit itu tidak sedar


6.2 Jika pesakit itu tercedera di bahagian paru-paru atau perutnya.

MUSTAHAK: Dengan segera panggil Doktor atau hantar ke hospital.


INGATAN: Seorang Ahli Pertolongan Cemas adalah bukan seorang Doktor.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PERTOLONGAN CEMAS

Nadi

Nadi merupakan gelombang tekanan yang mengalir di sepanjang


arteri yang wujud akibat denyutan jantung. Lazimnya nadi dapat
dirasai apabila terdapat arteri yang rapat pada permukaan badan.
Bagi orang dewasa, kadar denyutan nadi biasanya antara 60 - 80
denyutan seminit. Kadar ini adalah lebih cepat pada kanak- kanak.
Ia mungkin lebih perlahan bagi orang dewasa yang sihat. Kadar
denyutan nadi mungkin meningkat ketika dalam keadaan takut,
demam, letih, kehilangan darah dan sakit. Pengsan, fungsi jantung
yang tidak teratur dan tekanan serebral mungkin memperlahankan
denyutan nadi.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PERTOLONGAN CEMAS
Dimanakah Nadi Dapat Dirasai

Denyutan nadi lazimnya direkodkan dari pergelangan tangan (nadi radial).


Jika berlaku kecemasan, pemeriksaan denyutan nadi dilakukan dileher,
iatu nadi karotid. Bagi bayi pula, pemeriksaan denyutan nadi dibuat pada
bahagian atas lengan bayi, iatu nadi brakial. Nadi ini mudah untuk dirasai.

Gunakan hujung jari anda


jangan gunakan ibu jari kerana
ia mempunyai nadinya tersendiri

Untuk mendapatkan denyutan nadi radial, letakan tiga jari pada bahagian
lekuk pergelangan tangan, iatu pada pangkal atau dasar ibu jari tangan.
Kemudian tekan perlahan-lahan. Periksa dan rekodkan:
Kadar denyutan nadi
Daya kekuatan (kuat atau lemah)
Nada (tetap atau tidak tetap)
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

LUKA

1. Difinisi

1.1 Sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada
permukaan badan ia dinamakan sebagai luka. Kebanyakan luka
adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah serta
cecair lain mengalir keluar daripada badan. Luka yang tertutup
pula membenarkan darah terlepas dari sistem peredaran tetapi
tidak mengalir keluar.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

LUKA Jenis-jenis Luka


2.1 Luka Terhiris
Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur
atau pecahan kaca yang menyebabkan darah meleleh.

2.2 Luka Melecet


Luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya tekanan yang teruk tetapi
luka ini tidak menyebabkan pengaliran darah seperti luka terhiris.

2.3 Luka Calar Balar


Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas pada kulit tergesel.
Luka calar balar sering mengandungi partikel asing yang terbenam
didalamnya dan akan menyebabkan infeksi.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

LUKA
2.4 Luka Lebam
Sebarang tamparan yang kasar boleh memecahkan kapilari dibawah
lapisan kulit dan darah yang masuk kedalam tisu-tisu menyebabkan lebam.

2.5 Luka Tercucuk


Luka akibat daripada terpijak paku, tercucuk atau tertikam benda tajam
yang menghasilkan luka pada titik kemasukan yang kecil tetapi dalam dan
menyebabkan kerosakan dalaman.

2.6 Luka Tembakan


Tembakan peluru atau lain-lain pelontar mungkin termasuk kedalam
badan yang menyebabkan kecederaan dalam yang serius. Luka pada titik
kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka didalam mungkin
lebih serius serta lebih besar.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PENDARAHAN
Sebagai seorang ahli pertolongan cemas anda akan bertemu dengan mangsa
yang mengalami luka berdarah.
Terdapat dua jenis pendarahan:

a. Pendarahan Dalaman (Internal)


b. Pendarahan Luaran (External)

Pendarahan dalaman tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Ia berlaku dalam
badan apabila salur darah mengalami kecederaan.

Pendarahan luaran boleh dilihat dengan mata kasar kerana terdapat


perpecahan pada kulit badan kita.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PENDARAHAN
Pendarahan Dalaman

Akibat daripada pendarahan yang boleh menimbulkan masalah hingga boleh meragut nyawa
seseorang.

Sebagai orang pertama memberi bantuan, kita perlu memberi perhatian serius terhadap
pendarahan kerana renjatan boleh berlaku.

Kehilangan darah yang banyak akan menjejaskan fungsi otak, jantung, buah pinggang dan
lain-lain organ penting dan boleh menyebabkan organ-organ tersebut gagal berfungsi sama
sekali.

Pendarahan Luaran

a. Pendarahan Arteri

Arteri membawa darah dari jantung keseluruhan bahagian badan. Darah ini kaya dengan
oksigen. Ia berwarna merah cerah. Ianya memancut keluar jika tidak dikawal dengan cepat,
pesakit boleh kehilangan darah yang banyak dalam beberapa minit sahaja.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PENDARAHAN
b. Pendarahan Kapilari

kapilari merupakan salur darah yang kecil yang menghubungkan vena dengan arteri.
Pendarahan dari kapilari selalunya meleleh sahaja dan tidak menyebabkan renjatan.
Contohnya, pendarahan apabila terjatuh atau tercalar dawai.

c. Pendarahan Vena

Vena membawa darah dari bahagian badan yang lain terus ke jantung untuk dicuci.
Pendarahan dari vena selalunya keluar lebih perlahan dari arteri disebabkan tekanan
yang lebih rendah. Darah berwarna merah gelap
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PENDARAHAN

Mengawal Pendarahan

Mengawal Pendarahan Dalaman

Pendarahan dalaman tidak dapat dikawal dengan mudah. Ia seringkali memerlukan


pembedahan. Pesakit yang disyaki mempunyai luka dalaman haruslah dikejarkan ke
hospital dengan segera.

Mengawal Pendarahan Luaran

(Pastikan anda memakai sarung tangan getah sebelum memegang bahagian yang
berdarah) basuh tangan selepas memegang pesakit. Sekiranya darah memancut dari
bahagian-bahagian yang luka, gunakan goggles untuk melindungi mata.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PENDARAHAN

Terdapat 4 cara mengawal pendarahan luaran.

1. Direct Pressure -memberi tekanan pada tempat luka

2. Elevation -meninggikan tempat yang luka.

3. Pressure point - memberi tekanan pada tempat yang tertentu

4. Tourniquet -ikat pada bahagian atas luka.


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

PENDARAHAN
Direct Pressure
Lekapkan tangan anda (pastikan anda mamakai sarung tangan) pada tempat luka
dan berikan tekanan pada tempat luka tersebut. Pastikan tekanan yang diberikan itu
cukup kuat untuk menghentikan pendarahan. Apaila darah telah berhenti, balutkan
luka itu dengan bandage

Elevation

Disamping memberitekanan berterusan, pendarahan juga boleh dikurangkan


dengan meninggikan bahagian yang luka supaya lebih tinggi dari kedudukan jantung.

Pressure Point

Untuk menggunakan cara ini, kita mesti tahu kedudukan salur-salur darah arteri.
Menekan bahagian-bahagian tertentu (dimana terletak dibawah kulit) kadangkala ia
boleh memberhentikan pendarahan. Posisi terbaik pesakit adalah berbaring atau
duduk.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

MEMBALUT LUKA
Fungsi Bandage

a. Melekapkan dressing yang dibuat kepada luka.


b. Memberikan tekanan terhadap pendarahan
c. Memberikan sokongan/ imobilisasi seperti kain anduh.

Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.

1. Untuk mengawal pendarahan, betulkan posisi pesakit, gunakan kaedah


memberi tekanan dan meninggikan tempat luka (direct pressure and
elevation) jika boleh.
2. Dedahkan luka dengan memotong kain yang menutupi bahagian yang
luka.
3. Jangan mengeluarkan sebarang objek tajamyang tertanam pada luka.
4. Lindungi luka dengan gauze yang steril untuk mengurangkan risiko infeksi.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

MEMBALUT LUKA
Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.

5. Balut seluruh luka dengan bandage yang secukupnya.


6. Pastikan tekanan bandage mencukupi, tetapi tidak terlampau ketat sehingga
boleh menghalang pengaliran darah.
7. Pastikan tidak ada bahagian kain yang terlepas atau pun longgar kerana ini
boleh tersangkut atau terburai.
8. Jangan simpul kain pada permukaan kulit,kerana ia boleh menybabkan iritasi.
9. Jangan tutup hujung jari tangan dan hujung jari kaki supaya dapat
memeriksa pengaliran darah dan fungsi saraf-saraf.
10. Bandingkan pengaliran darah, warna dan suhu diatas dan di bawah kawasan
yang berbalut.
11. Jika pembalut menjadi basah dengan darah, tambahkan dressing dan
ketatkan dengan bandage lain.
12. Jika objek tajam terlekat pada luka, jangan cabut. Gunakan dreassing yang
tebal supaya ia tidak bergerak.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

MEMBALUT LUKA
13. Longgarkan bandage dengan segera sekiranya:

Kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat atau kebiru-biruan.


Pesakit mengadu kesakitannya bertambah selepas lukanya dibalut.
Kulit di sekeliling menjadi sejuk
Pesakit mengadu rasa kebas dan mencucuk-cucuk di bawah bandage.

MENGHENTIKAN ATAU MENAHAN PENDARAHAN

Memberi Tekanan Pada Pressure Piont

1. Tekanan pada arteri femoral


2. Tekanan pada arteri brakial

Tourniquet

penggunaan tournique tidak digalakan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabakan tissue
ischeamia dimana tisu-tisu kekurangan oksigen.

Jika boleh gunakan cara lain untuk mengawal pendarahan.


Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my

MENAHAN PENDARAHAN

Penggunaan DRESSING DAN BANDAGE


Apabila darah tidak lagi mengalir dengan banyak, anda boleh merawat dan
menbalutnya dengan menggunakan bandage.

Fungsi Rawatan Luka

a. Melindungi luka dari pendarahan.


b. Melindungi luka dari jangkitan
c. Menstabilkan objek yang tajam.
d. Melindungi luka-luka yang terbelah besar. Pastikan dressing itu tebal, lembut
dan steril (bebas dari kuman), pastikan saiznya lebih besar dari luka dan
cukup padat untuk luka tersebut.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
www.civildefence.gov.my