Perkara No
Profil Pelajar 2-4
Halaman Pengakuan 5
Penghargaan 6
Hasil Tugasan
Hasil Tugasan Individu
Leslie Michael Chang 7
1.0 Pengenalan 8
2.0 Kes-kes Guru dan Penyalahgunaan Dadah 9
3.0 Punca Guru Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah 11
4.0 Implikasi Terhadap Profesion Keguruan 12
5.0 Cadangan Peranan Guru Dalam Merealisasikan Visi Kementrian 13
Pendidikan
6.0 Penutup 16
Rujukan 17
Refleksi 18
Khalid Bin Naim 22
1.0 Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran 23
1.1 Pengenalan 23
1.2 Isu Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pengajaran Oleh Guru 24
2.0 Punca Kurangnya Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pengajaran 26
3.0 Implikasi pengunaan Terknologi Maklumat dan komunikasi Dalam
Pengajaran 29
4.0 Cadangan Peranan Guru Dalam Merealisasikan Visi Kementrian
Pendidikan Seperti Dihasratkan Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 33
Rujukan 39
Refleksi 41
Issary Manzano 44
Profesionalisme Kurang Mantap Dalam Kalangan Guru Permulaan
1.0 Pengenalan Profesionalisme Guru 45
2.0 Isu Profesionalisme Kurang Mantap Dalam Kalangan Guru Permulaan 46
3.0 Punca berlakunya isu profesionalisme kurang mantap dalam kalangan
guru permulaan 50
4.0 Implikasi terhadap profesion keguruan 52
5.0 Cadangkan peranan anda untuk merealisasikan visi Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 53
Refleksi 55
Rujukan 57
1
Profil Pelajar
Bangsa : Sino-Kadazan
Agama : Kristian
Email : frekeysh@gmail.com
2
Profil
E-Mail : khalidkenrei@gmail.com
3
BIODATA PELAJAR
MATRIK
9 0 0 1 0 4 - 1 2 - 5 4 1 9
ALAMAT SURAT MENYURAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT, PETI
SURAT 2, 89207 TUARAN, SABAH, MALAYSIA.
NOMBOR TELEFON 014-9593560
4
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui Tugasan Kerja Kursus Pendek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
Tandatangan : ..........................................................................
Tarikh : ..........................................................................
Tandatangan : ..........................................................................
Tarikh : ..........................................................................
Tandatangan : ..........................................................................
Tarikh : ..........................................................................
5
PENGHARGAAN
6
HASIL
TUGASAN
LESLIE
MICHAEL
CHANG
7
1.0 Pengenalan
8
Namun, cabaran guru pada hari ini bukan lagi seperti masa dahulu akibat
daripada arus modenisasi. Cabaran-cabaran utama dalam profesion keguruan
bukan datang dari perilaku murid, ibu bapa mahupun pihak sekolah tetapi berpunca
daripada guru itu sendiri. Sehinggakan hari ini, berita-berita yang tidak
menyenangkan dari segi salah laku guru sendiri yang masih lagi kedengaran. Sudah
terlalu banyak isu-isu berbangkit yang menjadi tumpuan umum dan di dada akhbar.
Salah satu isu yang dipetik untuk dibincangkan dalam penulisan ini ialah isu guru
terlibat dengan gejala dadah.
Isu guru yang terlibat dengan gejala dadah bukan sesuatu yang baru lagi dalam
masyarakat kita. Namun bukan juga satu fenomena yang meruncing di negara ini.
Guru dan dadah masih belum cukup sinonim dalam masyarakat kita namun tidak
dinafikan wujud golongan guru sedemikian dalam negara ini. Menurut statistik
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, daripada 167 penjawat awam yang
ditahan sepanjang tempoh lapan bulan, 39 adalah kakitangan Kementerian
Pelajaran berbanding 34 orang tahun lalu dan 30 orang pada 2005. Mereka ditahan
mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan mengedar dan memiliki
dadah, tidak termasuk sembilan lagi guru yang ditahan mengikut Akta Pencegahan
Dadah (Hardi Effendi Yaacob, 2007).
Antara kes-kes yang dilaporkan oleh akhbar ialah seorang guru sains di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Johor telah diberkas polis kerana didapati
mengedar dadah (Sinar Harian, 2010). Dalam laporan tersebut, guru tersebut
terjebak dalam pengedaran dadah kerana ingin menjalani kehidupan mewah. Isu
yang dipetik melalui Berita Harian berkenaan dengan guru memiliki dadah dipenjara
lapan tahun serta menerima 10 sebatan, mendapat perhatian orang awam (Berita
Harian, 2011). Kes ini berlaku di Melaka di mana seorang guru sekolah rendah
dihukum penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Tinggi selepas
mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah pada tahun 2010. Bagi
pertuduhan pertama, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya
kerana memiliki kanabis seberat 270.86 gram. Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh
didakwa memiliki dadah jenis midazolam seberat 6.53 gram. Selain daripada itu,
terdapat laporan dimana seorang guru adalah antara 44 orang yang positif dadah
9
dalam serbuan pusat hiburan di Kuala Lumpur (Mstar, 2010). Guru tersebut didapati
dadah jenis ecstacy. Guru tersebut juga sudah lama menagih dadah sejak 6 tahun
yang lalu. Guru tersebut bukan sahaja menagih dadah, tetapi juga memberi contoh
buruk dengan mengunjungi kelab hiburan hampir setiap malam. Seorang lagi guru
sekolah agama ditahan mengedar dadah dan positif dadah yang diserbu pada 5
April 2011 di Kuala Terengganu (Utusan, 2011). Polis menemui daadah jenis ganja
seberat 317 gram di kediaman guru terbabit. Ujian air kencing juga mendapati guru
Bahasa Inggeris tersebut positif dadah.
10
enteng dengan profesion keguruan ini. Secara tidak langsung, kelayakan seorang
guru untuk mendidik anak bangsa turut dipersoalkan. Situasi ini sesuai dengan
pepatah melayu iaitu harapkan pagar, pagar makan padi.
Isu guru menagih dan memiliki dadah yang didedahkan tadi berlaku atas pelbagai
faktor. Di antaranya, faktor yang mendorong kepada golongan guru ini untuk
memiliki dadah seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar tadi ialah faktor
kemewahan (Sinar Harian, 2010). Menurut Sinar Harian, sebab tertuduh memiliki
dadah dinyatakan kerana ingin menjalani kehidupan mewah. Pada pandangan
peribadi saya, tertuduh mungkin boleh menjadikan dadah tersebut sebagai
kegunaan diri sendiri ataupun mengedar kepada orang lain. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, dadah yang mempunyai nilai tinggi menyebabkan orang ramai
mengedar dadah demi kemewahan walaupun mereka sedar bahawa kelakuan
mereka akan mendatangkan padah kepada diri sendiri sekiranya ditangkap.
Begitulah juga dengan kes yang dibincangkan tadi. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa taraf kehidupan rakyat negara semakin meningkat sejajar dengan arus
globalisasi. Tambahan pula, gaji yang tidak setimpal dengan bebanan tugas guru
mendorong guru untuk mengaut keuntungan sampingan dan mengabaikan tugas
utama mereka. Dalam kes ini, tertuduh sanggup mengambil risiko dengan
menjadikan dadah sebagai sumber pendapatan sampingan kerana ia merupakan
salah satu cara yang paling pintas, cepat dan mudah untuk menikmati kemewahan.
11
kelamaan mereka ketagih dengan dadah dan tidak dapat menjauhkan diri
daripadanya.
Di samping itu, mereka mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Hal ini
mungkin kerana ingin menjadi cepat kaya seperti rakan mereka, maka mereka
mengambil jalan pintas dengan mengedar dadah. Justeru mereka sudah mempunyai
pembekal dan mereka hanya perlu mengeluarkan modal dan menjualnya kepada
orang lain. Dengan jualan harga yang tinggi, lama kelamaan guru tersebut akan
menjadi cepat kaya dan jika mereka mengalami keterhutangan yang serius daripada
peminjam wang tidak berdaftar sekaligus mereka boleh menyelesaikan hutang-
hutang mereka berbekalkan wang hasil daripada penjualan dadah tersebut. Oleh itu,
pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh sesiapa
sahaja. Sekiranya rakan sebaya mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara
tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka. Budaya
ini harus dikikis kerana ianya hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih
serius.
Kes guru terlibat dalam penyalahgunaan dadah ini sudah pastinya memberi kesan
yang sangat buruk kepada profession keguruan. Perbuatan tersebut diibarat
menconteng arang ke muka semua guru di Malaysia. Sejak dahulu lagi, profesion
keguruan merupakan suatu profesion yang dihormati dan disanjungi orang ramai
manakala golongan guru memberi imej yang bersih dan amanah kepada ahli
masyarakat.. Namun, isu guru yang berlaku di luar jangkaan ahli masyarakat sejak
beberapa tahun ini telah menyebabkan imej guru kian tercalar dengan teruknya. Isu
seperti guru memliki dadah akan membangkitkan keraguan masyarakat ke atas
kebolehan guru mendidik anak mereka. Ini menyebabkan masyarakat tidak percaya
akan kemampuan guru itu sendiri jika diri sendiri tidak terdidik peribadinya.
12
Kementerian Pelajaran harus melihat isu penyalahgunaan dadah di kalangan
guru ini dengan lebih serius. Guru yang terbabit tidak harus dibiarkan terus berada di
sekolah dan merosakkan masa depan generasi muda. Perbuatan pengedaran
dadah kepada pelajar ini disifatkan sebagai perbuatan khianat kerana ia boleh
membinasakan anak bangsa sendiri. Kerana itu, sebarang masalah yang berkaitan
dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di kalangan guru perlu ditangani
dan dicegah bagi mengelakkan profesion perguruan dicemari. Ini kerana peranan
guru ialah mendidik tidak kira sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera adalah satu visi yang jauh,
berwawasan tetapi sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai. Namun itulah yang
diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggembleng usaha
merealisasikan visi tersebut. Oleh kerana itulah golongan guru diseru untuk bersatu,
menjadi tulang belakang kepada usaha ini, serta dijadikan jentera dalam melahirkan
insan terdidik.
Maka tidak hairanlah jika guru adalah golongan yang menjadi sasaran
kerajaan untuk menjana pendidikan berkualiti di negara ini. Ini boleh dilihat daripada
13
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia, dalam bab 5 membincangkan
bagaimana untuk memperkasakan profesionalisme perguruan dan diangkat menjadi
profesion pilihan. Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan lagi
latihan perguruan selain memantapkan lagi proses pengambilan guru.
Untuk memainkan peranan dengan baik, guru perlu merujuk kepada kod etika
penjawat awam sebagai panduan kepada apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai daya tahan yang kuat dan pendirian
14
yang kukuh supaya tidak dipengaruhi untuk tidak terjebak dengan mana-mana
kegiatan yang mampu memudaratkan prestasi guru dalam kualiti pengajaran, serta
memudaratkan usaha kemenjadian murid serta melumpuhkan usaha kerajaan ke
arah pendidikan berkualiti.
Guru yang baik perlulah menunjukkan teladan yang baik juga. Oleh yang
demikian, tindakan guru untuk menjauhi dadah itu perlu untuk memberikan cerminan
akhlak yang bagus untuk anak murid. Guru sebagai role model kepada anak murid
seharusnya menunjukkan contoh yang baik supaya dapat menanam konsep yang
positif dalam kalangan murid. Namun, jikalau guru gagal berbuat demikian dan
berpontensi untuk memesongkan fikiran anak murid, adalah munasabah untuk
dikenakan hukuman yang berat. Bayangkan guru berhadapan dengan beratus-ratus
orang murid, sekiranya guru menunjukkan contoh yang tidak baik, maka golongan
inilah yang akan dipengaruhi oleh guru tersebut yang hanya seorang
15
menggunakan kemahiran berfikir sebagai asas untuk menjana pembangunan dan
ekonomi negara. Oleh yang demikian, ianya haruslah bermula daripada pendidikan
peringkat sekolah rendah. Maka, disitulah peranan guru meningkatkan elemen
KBAT diselit dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran.
6.0 Penutup
Tuntasnya, usaha yang efektif perlu disegerakan bagi menangani isu guru memiliki
dadah di samping memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang diwar-
warkan oleh kerajaan. Ini adalah kerana profesion keguruan merupakan satu
profesion mulia yang sewajarnya diangkat dan disanjung. Pepatah Melayu ada
menyebut Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pepatah ini sesuai digunakan
bagi profesion keguruan pada hari ini kerana imej profesion keguruan kian tercalar di
mata masyarakat akibat kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru. Maka,
golongan guru perlulah sentiasa berwaspada dan mematuhi kod etika yang telah
ditetapkan dalam menjalani tugasnya supaya tidak mensia-siakan usaha yang
dilakukan sebelum ini untuk mentransformasikan pendidikan negara dan
memartabatkan profesion keguruan seperti yang dihasratkan kerajaan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dengan kerjasama pelbagai pihak, dipercayai
kita dapat bersama-sama memajukan lagi sistem pendidikan negara ke persada
dunia dan meningkatkan lagi profesion keguruan Malaysia.
16
Rujukan
Anggota Polis Dan Guru Antara Yang Positif Dadah. (2010, 21 Febuari). Mstar. Daripada
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2010/2/21/mstar_jenayah/20100221112438
Guru Diberkas Mengedar Dadah Secara Sambilan. (2010, Febuari 7). Sinar Harian.
Guru dipenjara lapan tahun, disebat miliki dadah, (2011, Januari 27). Berita Harian. Diterima
daripada http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Gurudipenjaralapantahun_
disebatmilikidadah/Article
Hardi Effendi Yaacob (2007, 15 September). Kakitangan Kementerian Pelajaran paling ramai
ditahan sejak Januari hingga Ogos 2007. Berita Harian.
17
REFLEKSI
Pertama sekali, syukur pada Tuhan yang maha Esa kerana berkatnya, saya dapat
menyiapkan tugasan EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa. Terima kasih juga
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
membantu menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada ahli kumpulan saya yang
bersama-sama memerah buah idea dan berbincang serta membahasakan isu yang
telah dipilih secara telus dan kritis bagi mendapatkan isi dan kupasan terbaik untuk
dipersembahkan kepada pensyarah.
Semester kali ini, kami mempelajari kursus Guru dan Cabaran Semasa. Oleh
itu, kami telah diberikan tugasan daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Pn
Dayang Mayang. Bagi tugasan ini, kami telah ditugaskan untuk melaksanakan dua
tugasan. Tugasan pertama berkehendakka kami untuk menyediakan satu penulisan
ilmiah individu dengan memilih satu isu berkenaan dengan etika keguruan dan
tugasan berkumpulan iaitu persembahan grafik untuk mengaitkan isu yang dipilih
dengan PPPM. Tugasan kumpulan ini ternyata mempunyai cabarannya yang
tersendiri apabila kami perlu untuk duduk secara berkumpulan dan mencari kata
sepakat bagi meilih satu isu yang hendak diketengahkan dan kemudainnya begerak
mengumpulkan maklumat dan hujah bagi menghasilkan satu persembahan grafik
yang menyeluruh.
Awalnya, saya begitu kurang yakin sama ada saya mampu menyiapkan
tugasan ini kerana dalam masa yang sama saya juga perlu menyiapkan tugasan
bagi subjek yang lain selain kajian tindakan yang sangat menuntut untuk disiapkan
segera. Tambahan pula, saya juga sibuk dengan tugas sdan komitmen lain bergelar
pelajar. Sejujurnya, pelaksanaan tugasan ini benar-benar memerlukan saya untuk
bijak mengurus masa agar saya mampu menyiapkan tugasan dengan teratur dan
sistematik.
Tidak dinafikan bahawa dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini
sememangnya banyak masalah dan cabaran yang saya tempuhi. Antara masalah
yang perlu untuk saya hadapi ialah masalah untuk mencari bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk dan isu yang telah kami pilih. Selain itu tugas
mengumpulkan maklumat bagi menjawab tugasan individu juga memerlukan saya
membaca banyak buku berkaitan sebelum kesemua maklumat yang telah
18
dikumpulkan disaring dan hanya yang terbaik sahaja dipilih untuk dimasukkan
kedalam tugasan ini.
Melalui tugasan ini juga banyak yang saya pelajari berkenaan dengan isu
semasa berkaitan dengan etika keguruan dan profesionalisme keguruan.
Pengetahun yang diperolehi ini amat berguna bagi saya sebagai persediaan untuk
menghadapi temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang dijangka akan
diadakan pada bulan september tahun ini. Maka dengan menyiapkan tugasan ini
dan mengikuti sesi forum yang dijalankan akan membantu sedikit sebnayak telah
membantu saya untuk mempersiapkan diri untuk temu duga tersebut.
Antara kekuatan yang ada pada saya semasa melaksanakan tugasan ini
adalah, saya mempunyai ramai rakan yang menjadi rujukan dan dijadikan pasangan
kolaborasi. Oleh itu, ia sedikit sebanyak memberi kelebihan daripada segi
perkongsian pengalaman dan langkah proses yang digunakan semasa menjalankan
intervensi. Selain itu, rujukan buku juga mudah diperolehi daripada perpusatakaan,
tambahan pula laman-laman sesawang banyak memberikan perkongsian ilmu.
19
tanggungajwab sebagai seorang guru yang sebenar dengan lebih baik.
Penghayatan akauntabiliti guru haruslah dihayati sepenuhnya kerana ia akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana melalui penghayatan
tersebut ia membolehkan semua guru untuk menajlankan tugas mereka dengan
lebih baik, komited serta berdedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan
profesion keguruan pasti akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu
benar-benar menjalankan tugasnya. Oleh yang demikian akauntabiliti perlu untuk
dihayati sebaikya oleh seorang guru kerana dengan pengabaian akauntabiliti akan
menyebabkan banyak kepincangan akan berlaku dan cita-cita negara untuk
emlahirkan modal insan yang cemerlang akan terbantut dan gagal. Ini sekaligus
akan menajtuhkan martabat profesion keguruan dek kerana perbuatan aybg tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
Antara kelemahan yang ada pada diri saya semasa daripada bermulanya
sehingga selesai tugasan ini adalah, sebelum melaksanakan tugasan, saya terlalu
sibuk dengan tugasan peribadi dan juga tugasan di kampus. oleh yang demikian
saya terpaksa menangguhkan tugasan ini. Walhal, pada masa yang sama saya
boleh melakukan tugasan secara perlahan-lahan. Namun saya langsung tidak
mengambil peduli tentang tugasan ini. Oleh itu, apabila saat akhir, saya terpaksa
memaksa diri untuk menyiapkan tugasan. Dan ini telah menyebabkan banyak kerja
yang perlu saya lakukan dalam satu masa, sehinggakan tidak tahu mana yang perlu
didahulukan. Saya akui, secara keseluruhannya dalam tugasan ini, pengurusan
masa agak kurang efisien.
20
Akhir sekali, diharapkan dengan penghasilan tugasan ini, ilmu yang telah
saya perolehi dapat saya gunakan pada masa akan datang. Semoga dengan
penghasilan tugasan ini memberi kepentingan kepada individu yang berkepentingan
dan juga memberikan pengetahuan dan perkongsian ilmu kepada kita semua.
21
HASIL
TUGASAN
KHALID
NAIM
22
1.0 Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran
1.1 Pengenalan
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad
ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor
elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain.
Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai
inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer
komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert
dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.
23
1.2 Isu Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran
Di samping itu, tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah
juga merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. Seseorang
guru ituperlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas
dalammengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat
menghasilkankaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan,
1991).
24
penghalang manakala sikap positif, keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK
mendorong pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran (IAB, 2008).
25
2.0 Punca Positif Dan Negatif Pengunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dalam Pengajaran
Menurut Abdul Wahab Ismail Gani ; Kamaliah Hj. Siarap ; Hasrina Mustafa
(2006), dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang
menyatakan majoriti responden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor
utama yang menggalakkan mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh
keperluan akademik.
Seterusnya diikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang)
didorong oleh faktor persekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Hasil
kajian keatas guru pelatih yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et. al. (2000) juga
mendapati faktor personaliti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap
penggunaan komputer. Ini menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan
peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mengatakan sikap terhadap komputer adalah
salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kazlauskas
(1995), pula mendapati faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi
penggunaan komputer di sekolah.
26
Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif
kepada pihak sekolah, untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p
khususnya semasa Program PPSMI. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka
mengintergrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Lucas (1986),
menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada
pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai
perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di
dalam sesebuah organisasi.
Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama
menakut-nakutkan guru-guru. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan
pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru
mendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah (Jasmy, Arif,
Shahidah dan Rosnani, 2001).
Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et. al. (2006), terhadap
banyak guru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang, didapati faktor utama yang
menghalang responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.6%
(46 orang). Ini diikuti 14.9% (24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk
menggunakannya, 10.6% (17 orang) disebabkan tidak berkeyakinan
menggunakannya, 9.3% (15 orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya,
8.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan dan 5.6% (9 orang)
tidak berminat untuk menggunakannya.
27
Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999), menggariskan beberapa faktor
penghalang kepada integrasi TMK iaitu:
28
3.0 Implikasi Pengunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pengajaran
Perkara ini disokong oleh Maurer(1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999)
dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK
menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan
kefahaman pelajar.
Ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik C. & Kulik J. A., 1991 ; Toh, 1998 ;
Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002, yang mendapati
pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan
mengurangkan masa pengajaran. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar
dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat, memindah serta
mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran
mereka (Alessi & Trollip, 2001).
Melalui penggunaan alat TMK sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
29
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih
mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu murid tidak akan
mudah merasa jemu dan bosandalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui
TMK.
Melalui penggunaan alat TMK guru dapat menerangkan kepada murid dengan
lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan
internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai
dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan murid
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem.
Semua benda yang berkenaan dengan TMK mempunyai berbagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang
30
dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,
memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan TMK ini mampu memberi nilai tambah kepada
guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid agar
perkara ini mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan
pengetahuan mengenai sistem TMK melalui pengalaman yang diperolehi semasa
menjalankan proses pengajaran tersebut.
Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan
saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai
keberkesanan menggunakan sistem TMK ini disamping memberi cadangan bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan murid akan
berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi TMK ini.
Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan murid perlu menggunakan
setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang
pendidikan yang banyak menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai TMK amat penting bagi guru
agar perkara ini dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan TMK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah
kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang di ajar oleh guru.
Justeru itu melalui penggunaan TMK murid-murid dapat memahami apa yang
di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan TMK tersebut. Contohnya
melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya
maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri
gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami
berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di
31
maklumkan oleh murid kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap
sistem yang di ajar menggunakan TMK.
32
4.0 Cadangan Peranan Guru Dalam Merealisasikan Visi Kementrian
Pendidikan Seperti Dihasratkan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 - 2025.
Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita
berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah
negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang
berbakat, khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input
lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat
global negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem
pendidikan yang berdaya saing.
Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam
sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara
berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi
sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem
pendidikan dan aspirasi setiap murid yang ada dalam sistem pendidikan kita
Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
antaranya adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasi ini
muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi
kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010). Sekolah adalah barisan hadapan dan
peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi
sistem pendidikan dapat dicapai.
33
Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam
menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dituntut oleh PPPM. Langkah Kementerian
Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir seperti i-Think perlu
dimanfaatkan secara serius. Hal ini demikian kerana, untuk melahirkan murid yang
mempunyai KBAT, guru juga perlu melakukan anjakan paradigma, seperti pelajaran
secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan harus
diminimumkan.
Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan
dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu
seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, menyumbangkan idea, dan bertukar
fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007). Dalam pengajaran
dan pembelajaran, guru akan memberikan ilmu yang baik, menjadikan murid lebih
bermoral, serta memberi tunjuk ajar ke arah kebaikan sebagai pengamal ilmu.
34
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai. Dr. Ragbir Kaur (2005), setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat
dan produktif.
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah laku amat memainkan
peranan penting dalam mengubah tingkah laku negatif kepada positif, dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membac . Menurut pandangan Islam, orang yang
menjadi guru diberi Allah kelebihan berganda. Hadis Nabi Muhammad (SAW)
bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji.
Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber, ketua kelas,
pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus
untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini
35
masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak
dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa
dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik adalah kurang impaknya,
maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang
menggalakkan.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak
kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai
bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah, dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh
murid ialah bahasa kebangsaan atau dikenali sebagai bahasa integrasi atau
perpaduan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sebagai bahasa antarabangsa.
Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar
menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun
Malaysia mencapai kemerdekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu
yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan ddengan fasih apabila
diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Selain itu, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang
telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Sebagai contoh, permasalahan
penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai
penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri
36
untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang
dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping
membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik
pengajaran dan pembelajaran.
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau
kelab dan juga melalui aktiviti yang lain.
Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai
contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan
37
sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir, seolah-olah
perkara ini hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik
bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya
berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia.
38
Rujukan
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006),
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran - Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia,
Vol. XXIV, No. 1 & 2.
Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar
Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran
Trigonometri. Tesis Sarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan)
Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000,
Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-
Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.
Lili Nurliyana Abdullah (1996). Multimedia in Education Arming Our Students for
Future. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia.
Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: Mc
Graw Hill.
39
Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of
ED- Media 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia,
Orlando, Florida. June, 23-26.
Schaumburg, H. & Issing,L. J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W.,
Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in
Geography schooling in Germany and at the University of Education
Heidelberg. Dimuat turun daripada
http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.
Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam
pengajaran Sains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel
Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah.
Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999.
40
Refleksi
Pengenalan
Pengumpulan maklumat
Pemerolehan ilmu
Pelbagai ilmu telah saya perolehi melalui tugasan ini. Tugasan ini bukan
sekadar tugasan di Institut Perguruan sahaja malah ilmu ini juga akan saya bawa
dan aplikasikan ketika berada di alam tenaga pengajar kelak.
41
subjek ini. Saya juga banyak mempelajari cara-cara untuk menjadi guru yang
bersifat profesional dan berpengetahuan dalam bidangnya seterusnya sentiasa
menyahut seruan KPM.
Kesemua ilmu ini akan dapat diaplikasikan semasa saya menjadi guru
sebenar kelak.
1. Malu bertanya sesat jalan. Saya bertanya kepada rakan sekumpulan dan
berbincang dengan rakan-rakan lain untuk memahami soalan tugasan ini.
2. Saya juga lebih belajar untuk menghargai masa semasa melakukan kerja
kursus tersebut.
3. Membaca pekeliling yang ada yang mengkaji pekeliling tersebut.
4. Baca dan hayati isi kandungan setiap maklumat dan pilih yang mana terbaik
terutama dalam membuat tugasan Projek tersebut.
Saya sekali lagi mengucap syukur kepada Allah s.w.t kerana di atas limpah
kurnia-Nya, terhasillah Tugasan yang tidak seberapa ini, saya juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan
sekumpulan yang bekerjasama dalam menyiapkan tugasan projek ini, Tidak
dilupakan juga kepada rakan bukan sekumpulan yang turut sama membantu dalam
menghasilkan idea dan kerjasama yang amat memberangsangkan.
42
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan tugasan projek ini.
KHALID NAIM
(KHALID BIN NAIM)
PISMP KS Ambilan Januari 2011
43
HASIL
TUGASAN
ISSARY
MANZANO
44
PROFESIONALISME KURANG MANTAP DALAM KALANGAN GURU
PERMULAAN.
Guru merupakan bidang pekerjaan yang profesional. Menurut Kamus Dewan edisi
empat, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Pada asasnya tugas
utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi
insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kerjaya guru adalah kerjaya yang profesional, Mok Soon Sang (1996)
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas
yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.
Menurut Awang Had Salleh (1980), di negara kita, perguruan lebih mirip
kepada pekerjaan daripada profesion. Sesuatu profesion ditentukan nilai taranya
melalui peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional
akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan perkhidmatan tersebut. Nilai tara ini
menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap
ahlinya. Justeru, kerajaan sentiasa menambahbaik nilai tara kualiti dan
perkhidmatan keguruan agar ianya akan dipandang sebagai suatu profesion.
Oleh sebab yang demikian, sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang
guru, mereka haruslah diakui mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam
bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kemahiran tersebut diperolehi melalui
pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang.
Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk
menjadi seorang guru yang bertauliah. Guru perlu mengetahui kaedah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid lebih mudah memahami isi
pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Latihan seumpama ini menjadi asas
kepada profesion guru.
45
2.0 Isu Profesionalisme Kurang Mantap Dalam Kalangan Guru Permulaan
Bagi mengetahui lebih dalam berkaitan dengan isu ini, kita perlu mengenali terlebih
dahulu makna dan konsep profesionalisme guru. Individu yang mempunyai
kemahiran profesional bermaksud seseorang yang mempunyai kepakaran dalam
bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Dalam konteks keguruan.
Guru yang profesional haruslah mempunyai ciri kemahiran profesional guru iaitu;
Seorang guru yang profesional juga perlu harus mempunyai sahsiah yang
baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Menurut Ee Ah Meng (1994)
guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para murid. Sahsiah adalah
sesuatu yang melibatkan tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati
dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Guru juga perlu
perlu mempunyai sifat jasmani dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori
46
penyampaian yang jelas. Selain bertugas di dalam kelas sebagai seorang guru,
tugas guru juga adalah menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan
pembimbing di dalam bentuk sahsiah murid, menjadi kaunselor, pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang
terpuji kepada masyarakat.
47
2.2 Isu profesionalisme guru permulaan
Isu ini secara tidak langsung telah mencemarkan kualiti latihan yang
diperolehi oleh guru permulaan di institusi latihan perguruan. Ianya turut memberi
kesan kepada bakal-bakal guru yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan guru
yang seterusnya. Maka, isu ini tidak boleh di pandang ringan agar martabat guru
tidak mudah dipertikaikan oleh masyarakat luar.
Merujuk kepada suatu tinjauan oleh Lourdusamy dan Tan (1992) dalam Chee
Kim Mang (2008) mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah yang
dihadapi dalam kelas. Pengurusan bilik darjah yang lemah menjadi punca
berlakunya perkara ini yang boleh menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak
mencapai objektif pembelajaran. Kelemahan guru permulaan KPLI adalah untuk
mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak minat
belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar. Kelemahan seumpama ini
tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan dalam mengurus bilik darjah akan
menimbulkan masalah yang lain. Chiam (2004) dalam Chee Kim Mang (2008)
berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak berkesanan pengajaran guru
dengan ponteng dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, kelemahan seumpama ini
harus diperbaiki dengan pendedahan kaedah pengurusan bilik darjah yang lebih
cekap.
48
guru permulaan didapati kurang signifikan dalam proses pengurusan hal ehwal
kokurikulum. Guru permulaan dari aspek kemahiran sukan serta mengurus
persatuan, guru permulaan dapat melatih murid dalam kemahiran asas sesuatu
acara kokurikulum. Mereka juga boleh membantu dalam tugas pengadilan aktiviti
kokurikulum. Terdapat tiga kelemahan dari segi pengurusan kokurikulum yang masih
perlu dipertingkatkan oleh guru permulaan iaitu merancang aktiviti kokurikulum yang
dipertanggungjawabkan, melatih murid dalam kemahiran asas sesuatu acara
kokurikulum dan membantu mengelolakan pertandingan kokurikulum.
49
3.0 Punca berlakunya isu profesionalisme kurang mantap dalam kalangan
guru permulaan
Berdasarkan kajian ini telah dilaksanakan oleh Chee Kim Mang, menunjukkan
bahawa pada keseluruhannya pentadbir sekolah berpuas hati dengan guru
permulaanKPLI yang dilatih oleh sebuah institut perguruan. Guru permulaan
menunjukkan prestasi yang baik dalam aspek di dalam bilik darjah. Namun, guru
permulaan KPLI kurang menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk aspek
kokurikulum. Puncanya mungkin disebabkan faktor jangka masa program latihan
perguruan untuk guru permulaan KPLI yang singkat iaitu satu tahun sahaja.
Antara punca isu-isu berkaitan dengan guru permulaan ini adalah tentang
program latihan perguruan yang mereka terima di institut perguruan yang didapati
masih boleh dimantapkan agar dapat menyediakan guru permulaan untuk
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah di sekolah terutama dari segi kualiti diri
guru, strategi PdP di bilik darjah dan kokurikulum di sekolah.
50
yang diberikan oleh pihak pentadbiran juga menjadi salah satu punca berlakunya
masalah tekanan kerja bagi guru permulaan. Sekolah dalam hal ini harus
memainkan peranan yang penting seperti mewujudkan sistem mentor-mentee.
Menurut Achinstein & Athanases ( 2006), untuk memberi bimbingan serta membantu
guru permulaan dalam proses transisi daripada guru permulaan menjadi guru
berpengalaman. Usaha ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru
permulaan untuk memperbaiki amalan dan pemikiran serta pelbagai cabaran yang
mereka hadapi dalam profesion mereka.
Sekiranya masalah ini tidak dibendung sudah pasti ianya akan menimbulkan
masalah kepada institusi perguruan dan kredibiliti tempat untuk melahirkan guru
akan dipersoalkan. Profesion keguruan merupakan suatu profesion yang begitu
dihormati pada suatu ketika dulu. Namun isu seperti ini menyebabkan profesion ini
menjadi suatu profesion yang dianggap tidak mempunyai standard yang mantap
untuk melahirkan guru berkualiti.
Implikasi yang pertama adalah terhadap sekolah. Sekiranya isu ini terus
berlarutan tanpa adanya langkah penyelesaian yang diambil, sudah pasti ianya akan
memberikan kesan yang besar kepada sekolah. sekiranya pada peringkat guru
permulaan lagi sudah berlaku kelemahan, maka ianya boleh berlanjutan sehingga
peringkat sampai guru itu hampir bersara. Walaupun kata orang kelemahan itu boleh
diperbaiki, tetapi tanpa bimbingan dan sikap profesionalisme untuk merefleksikan diri
itu kurang, tidak hairan andai masalah itu akan terus berpanjangan.
Implikasinya, sekolah akan menjadi mundur dari segi pencapaian murid serta
penglibatan sekolah dalam apa-apa juga aktiviti pertandingan. Sekiranya guru isu
guru permulaan yang kurang profesional, sudah pasti murid akan malas untuk
belajar kerana motivasi belajar tidak ada. Perkara ini berpunca daripada guru yang
tidak mempelbagaikan kaedah pengajarannya di dalam kelas. Perkara yang sama
dalam aspek penyertaan dalam aktiviti pertandingan. Guru permulaan biasanya
51
akan diberikan tugas untuk melatih murid-murid sekiranya terdapat pertandingan
yang melibatkan antara sekolah. Sudah pasti kemahiran untuk melatih murid-murid
bagi sesuatu pertandingan diketahui oleh guru permulaan memandangkan guru
permulaan dianggap sebagai fresh people yang bermakna mempunyai banyak idea
baharu. Sekiranya guru permulaan tiada kemahiran tersebut, maka sudah pasti
sekolah tidak mampu menunjukkan persaingan dengan sekolah lain.
Sekiranya guru kurang mantap dari segi sosial dengan masyarakat. Ianya
akan menyebabkan masyarakat itu akan menimbulkan banyak persoalan negatif
terhadap guru dan institusi keguruan secara tidak langsung. Profesionalisme serta
etika guru menjadi dasar yang penting sebagai guru untuk berhubung kepada
masyarakat. Oleh itu, kurang mantapnya profesionalisme guru permulaan akan
menjejaskan hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling.
Implikasi yang ketiga boleh berlaku terhadap profesion keguruan adalah nilai
kualiti guru peringkat antarabangsa seperti mana yang dihasratkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengambil masa yang lebih lama
untuk direalisasikan. Sekiranya isu seumpama ini timbul dan tidak ada langkah untuk
menangganinya, sudah pasti hasrat KPM tidak akan tercapai. Sudah pasti guru-guru
yang dilahirkan oleh KPM tidak dapat bersaing dengan kualiti guru di negara maju
dan membangun yang lain. Seharusnya guru-guru yang berkualiti mampu
berkhidmat di mana-mana jua negara tanpa dipersoalkan kualiti guru yang
dihasilkan sekiranya sikap profesionalisme guru adalah tinggi.
52
hasrat KPM adalah melahirkan guru yang mampu bersaing di peringkat
antarabangsa.
Sebagai seorang bakal guru yang akan menjadi guru permulaan, saya perlu
memastikan diri benar-benar bersedia untuk menghadapi cabaran sebenar sebagai
seorang guru. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyahut cabaran daripada kebimbingan
masyarakat terhadap sistem pendidikan negara yang inginkan sistem pendidikan
dapat bersaing dengan negara lain.
Jika dilihat kepada impak transformasi yang dinyatakan melalui PPPM 2013-
2025, seorang guru perlu menghayati sebelas anjakan yang diperkenalkan supaya
guru akan meningkat keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu
mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Selain itu, sebelas anjakan dalam
PPPM 2013-2025 juga menjadikan kerjaya guru lebih menyeronokkan serta
memberi kepuasan dalam menjalankan tugas mereka.
Sebagai bakal guru, peranan saya adalah untuk memastikan murid akan
belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua
murid boleh belajar dan semua murid boleh berjaya. Ianya amat bertepatan dengan
topik yang telah dibincangkan bahawa guru harus bersikap profesional dalam
kerjanya. Saya perlu memastikan diri saya tidak memandang rendah terhadap
kebolehan murid. Seharusnya saya perlu mempunyai harapan yang tinggi terhadap
murid tanpa mengira latar belakang dan pencapaian terdahulu mereka. Saya perlu
sentiasa membekalkan murid dengan sokongan yang perlu bagi memenuhi hasrat
PPPM 2013-2025.
53
Saya juga berperanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dari aspek
pedagogi. Lebih banyak kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah akan membantu murid supaya lebih bersemangat
untuk belajar. Sebagai mana yang dihasratkan bahawa murid mempunya
pembelajaran yang kaya, dari segi akademik dan bukan akademik supaya mereka
boleh berjaya dalam kehidupan. Saya perlu memperbanyakkan projek dan tugasan
berasaskan kumpulan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid
dan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan.
Sebagai seorang bakal guru juga, saya perlu memastikan diri saya menjadi
seorang pendidik yang profesional serta bertaraf antarabangsa. Dari aspek
pengajaran, saya perlu melaksanakan pengajaran secara pelbagai hala. Berbanding
pengajaran sehala yang masih banyak diamalkan pada masa kini walaupun zaman
sudah beralih kepada zaman teknologi. Selaras dengan apa yang dihasratkan
melalui PPPM 2013-2025, murid akan mempunyai lebih hak bersuara dalam
membentuk pengalaman belajar mereka. Saya perlu menjadikan pengalaman
pembelajaran murid yang terbaik agar murid akan lebih bekerjasama dengan guru
untuk mengurangkan kelakuan yang boleh menggangu di dalam bilik darjah.
54
REFLEKSI
Pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan profesion keguruan acap kali keluar
melalui media massa. Dunia pendidikan kini semakin mencabar bukan hanya
kepada guru tetapi kepada murid, pemimpin sekolah dan Kementerian Pendidikan
bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani di peringkat
antarabangsa.
Berdasarkan tugasan yang telah diberikan ini, pelbagai manfaat telah saya
perolehi. Dengan menlaksanakan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kefahaman
tentang kerjaya sebagai seorang guru pada masa hadapan serta cabaran yang akan
dihadapi. Isu-isu yang berkaitan dengan guru dan profesion keguruan merupakan
topik yang sering mendapat liputan menyeluruh oleh semua pihak. Hal ini dapat
memberi pendedahan kepada saya sebagai seorang bakal guru untuk lebih matang
dalam menempuhi isu-isu yang bakal berlaku apabila menjadi seorang guru pada
masa hadapan.
Dengan adanya tugasan guru dan cabaran semasa ini, saya dapat berfikir
secara kreatif dan kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku berkaitan
dengan isu profesionalisme. Setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan
sekiranya kita berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari jalan
penyelesaian terhadap isu yang dihadapi.
55
Saya juga berharap agar melalui penulisan saya ini akan dapat membantu
para guru yang lain untuk sedar bahawa tugas guru bukan setakat menyediakan
rancangan pengajaran dan mengajar. Tugas guru adalah sepanjang masa, sifat
profesionalisme perlu ditanam dalam diri guru kerana guru merupakan agen
transformasi sosial dan negara secara khususnya.
56
RUJUKAN
Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia: Keperihalan Kini
dan Arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bahru 6-8 Disember.
Chiam Heng Keng. (2004). Clear link between teachers and truancy. The Star, 7
November, ms. 8.
Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
57
TUGASAN
BERKUMPULAN
58
Konsep Satu teknologi yang
Teknologi digunakan untuk
memproses data
maklumat Terlibat sepenuhnya
dan dalam memproses dan
menguruskan maklumat
komunikasi
Pengguna
Organisasi
Teknologi
59
Perkakasan
Teknologi Perisian
Sistem
Telekomunikasi
Tempat teknologi
maklumat digunakan
Mempengaruhi
Organisasi pengurusan dan
pemprosesan
maklumat tersebut.
60
Pengguna
Pengguna Pentadbir
teknologi Teknologi
maklumat Maklumat
Juruteknik Pengaturcara
Kerani Pengurus komputer program
Juruanalisa Pengurus
Juruwang Teknologi
Sistem
Maklumat
61
Guru kurang
berkemahiran
Masa
Kekurangan
menyediakan
peralatan yang
bahan yang
sesuai
lama
Isu
Pengunaan
TMK Dalam
Bilik Darjah
Kekurangan
Faktor
kemudahan
personaliti
infrastruktur
murid-murid
yang sesuai
Kesuntukan
masa mengajar
bagi setiap sesi
62
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Terdiri daripada 11 anjakan
63
Isi Kandungan Anjakan Ketujuh PPPM
64
Isu Penggunaan Anjakan Ketujuh
TMK PPPM
Kekurangan
Kewujudan Rubrik
Kemahiran
Kompetensi ICT
Berasaskan TMK
Kekurangan Meningkatkan
Peralatan Yang Nisbah Peralatan
Sesuai Berbanding Murid
Kekurangan
kemudahan 1BestariNet
Infrastruktur
Kesuntukan Masa
Mengajar Bagi setiap Inovasi Dalam ICT
Sesi
65
Guru Dan Cabaran Semasa 2014
66