Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon WAJIB memilih satu tajuk
daripada setiap bidang pembelajaran Pendidikan Moral
2 Bersikap sederhana amat sukar dipraktikkan dalam kehidupan kerana ia dipengaruhi oleh
emosi dan naluri. Jelaskan
3 Bersetujukah anda dengan pernyataan 'sabar menghadapi cabaran dan dugaan adalah kunci
kejayaan?
4 Bagaimanakah amalan toleransi boleh menjadi asas perpaduan kaum di kalangan masyarakat
majmuk di negara ini?
5 Anak ialah kurniaan Tuhan. Ibu bapa mempunyai tanggungajawab untuk membesarkan anak-
anak dengan penuh kasih sayang. Malangnya kejadian mendera dan menyeksa anak-anak
seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa tidak menunaikan amanah mereka dengan baik.
Huraikan faktor-faktor yang sering kali dikaitkan sebagai punca penderaan kanak-kanak.
6 Kita sering kali didedahkan dengan perbuatan sumbang seperti salah laku seks, pelacuran,
rogol, pergaulan bebas serta budaya melepak di kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih
menyedihkan salah laku seumpama ini melibatkan golongan remaja yang masih di bangku
sekolah. Pada pandangan anda bagaimanakah golongan remaja dapat mengelakkan diri
daripada terlibat dalam masalah seumpama ini?
3 Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu
bapa mereka di rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku?
4 Kasih sayang bukan sahaja dapat diucapkan melalui kata-kata tetapi juga dapat ditunjukkan
melalui perlakuan. Nyatakan perlakuan yang dapat memperlihatkan perasaan kasih sayang
terhadap keluarga.
5 Faktor utama kejayaan seseorang anak dlm pelajaran bergantung pada dorongan dan sokongan
ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan pelajaran anak-anak
supaya mereka berjaya dengan cemerlang.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan
di atas?. Jelaskan.
6 Memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia merupakan impian semua insan di dunia.
Asas pembentukan keluarga yang harmoni ialah anggota keluarga itu sendiri perlu bersatu dan
mengelakkan konflik antara satu sama lain. Terangkan bagaimanakah cara anda menghindari
konflik dengan anggota keluarga?
2 Ke manakah anda akan pergi jika tanah, udara dan air telah tercemar akibat sikap rakus
manusia meneroka alam ? Jelaskan
3 ."Demi kemajuan alam sekitar perlu dikorbankan", setujukah anda dengan pernyataan
ini?.Bincangkan
4 Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian akan mencetuskan maslah alam sekitar sekiranya
tidak diuruskan dengan baik.Bincangkan bagaimanakah bahan sisa pertanian boleh ditebusguna
untuk mengelakkan maslah alam sekitar.
5 Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani maslah pencemaran
alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber
semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.
2 Wajarkah anda membiarkan bidang ekonomi dan sains negara ini dimonopoli oleh pendatang
asing? Jelaskan
3 Kepelbagaian agama dan kepercayaan tradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang
kepada keharmonian dalam masyarakat. Bincangkan kenyataan tersebut berdasarkan contoh
yang sesuai.
2 Setujukah anda jika kanak-kanak tidak selesa, tenang dan bahagia bersama keluarga akan
menyebabkan mereka cenderung melakukan perbuatan antisosial?
3 Wanita kini bukan sahaja memonopoli bidang kerjaya seperti guru, jururawat, kerani atau
setiausaha malah dewasa ini mereka lebih berani menoroka pelbagai kerjaya yang lebih
mencabar yang dahulunya hanya diceburi oleh kaum lelaki. Hal ini membuktikan sumbangan
wanita dalam pembangunan negara semakin meluas dan diiktiraf oleh masyarakat. Pilih
beberapa tokoh wanita yg telah memberi sumbangan terhadap pembanguanan negara dalam
pelbagai bidang dan huraikan sumbangan mereka.
4 .Pengguna perlu tahu bahwa mereka mempunyai hak untuk menikmati perkhidmatan yang
memuaskan serta mendapat barangan yang berkualiti di pasaran dalam kehidupan seharian
mereka. Jelaskan sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna bagi melindungi hak mereka.
2 Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai peraturan dan undang-
undang?
4 Negara kita terdiri dari penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Mereka menyambut hari
perayaan masing-masing pada masa-masa tertentu. Cari maklumat lanjut tentang hari perayaan
yang disambut oleh masyarakt negara kita yang berbilang bangsa dan agama.
2 Jika anda seorang ketua negara, bagaimanakah cara anda melaksanakan hubungan baik antara
negara dalam bidang-bidang berikut;
-politik
- ekonomi
- sosial