Anda di halaman 1dari 1

ULASAN ARTIKEL

Tajuk : Arab Sunni dan Iran Syiah Kontemporari : Konflik atau Persaingan?

Penulis : Muhammad Mutawali, MA.

Isi penting artikel

Fahaman aliran sunni dan Syiah mempunyai perbezaan iaitu ahli sunni mengelar diri
mereka sebagai aliran yang mengikuti ajaran dan Sunah nabi yang diteruskan oleh
para sahabatnya manakala Syiah pula mengelar diri sebagai pengikut Nabi
Muhammad melalui aliran ahli bait, keturunan nabi melalui Ali bin Abi Thalib dan
diteruskan oleh keturunannya.
Masalah pertentangan mazhab antara sunni dan Syiah adalah berpunca dari
permasalahan politik yang berlaku melalui masalah pengganti tampuk pemerintahan
setelah Nabi Muhammad wafat.
Masalah pada awalnya yang dimulakan dengan politik telah melarat kepada
permasalahan Teologi iaitu dua pengikut mazhab ini saling kafir mengkafirkan dan
saling menuntut akan kebenaran sehingga menyebabkan umat Islam tercerai-berai
Punca konflik utama Sunni dan Syiah adalah saling salah menyalahi iaitu Sunni
berpendapat bahawa Syiah adalah ajaran sesat kerana mengkafirkan Abu Bakar,
Umar, Usman dan Aisyah serta menganggap bahawa Ali memiliki sifat ketuhanan
sehingga di anggap tuhan.
Syiah juga menganggap Sunni adalah ajaran sesat kerana membenci ahlul bait dan
sunni tidak mengakui adanya konsep imamah yang dianuti oleh Syiah.

Anda mungkin juga menyukai