Anda di halaman 1dari 10

BAB 3

ELEMEN KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menerangkan elemen dalam proses komunikasi.
2. Mengenal pasti fungsi dan peranan elemen
komunikasi.
3. Mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi elemen komunikasi.

3.1 PENGENALAN

Dalam bab yang lepas kita telah didedahkan tentang


sejarah perkembangan bidang komunikasi dan takrifan
komunikasi. Dalam proses komunikasi terdapat
elemen-elemen yang saling bergantungan (dependent)
antara satu sama lain bagi memastikan komunikasi
dapat berjalan dengan lancar dan efektif. Cuba anda
imbas kembali komponen-komponen yang terlibat
dalam proses komunikasi.

Jika kita lihat takrifan komunikasi sebagai suatu proses


pertukaran maklumat dan pembujukan dalam Bab 2
yang lepas, kita dapati dalam elemen-elemen proses
komunikasi tersebut terdapat sumber (pengirim),
penerima (khalayak), saluran, mesej, gangguan dan
konteks. Peranan dan komponen yang terlibat dalam
sesuatu proses komunikasi bergantung kepada bentuk
komunikasi sama ada komunikasi berlaku secara
sehala (model linear) atau dua hala (transaksional).
Selain itu, konteks dan persekitaran juga memainkan
peranan penting dalam menentukan keberkesanan
proses komunikasi.

Bagi tujuan subjek Pengantar Komunikasi anda hanya


akan didedahkan dengan asas-asas elemen komuniasi.
Namun begitu kefahaman tentang elemen-elemen

35
komunikasi amat penting apabila anda meneruskan
pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam program
komunikasi ini.

3.2 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

Berdasarkan Rajah 3.1 anda boleh lihat hubungan


elemen-elemen komunikasi dalam proses komunikasi.
Antara elemen-elemen yang akan dibincang dalam
bahagian ini adalah sumber (source), penerima
(receiver), saluran (channel), mesej (message), maklum
balas (feedback), gangguan (noise), rangka rujuk
(frame of reference), dan konteks (context).

Keberkesanan sesuatu proses komunikasi amat


bergantung kepada elemen dan ciri-ciri yang
terkandung di dalamnya.

Rajah 3.1
Proses Komunikasi dalam Model Shannon
Isyarat
Mesej Isyarat Terima Mesej

Sumber Transmiter Penerima Destinasi


maklumat

Sumber
gangguan

3.2.1 Sumber

Sumber juga dikenali sebagai pengirim. Sebenarnya


sumber boleh terdiri daripada orang perseorangan,
sesuatu kumpulan dan boleh juga terdiri daripada
sesebuah organisasi. Fungsi sumber itu sendiri adalah
menghasilkan utusan. Mesej pula mungkin terhasil
daripada perasaan yang hendak diluahkan, pendapat
dan idea-idea yang hendak disampaikan kepada pihak
lain. Mesej yang dihasilkan ada pelbagai tujuan sama
ada untuk perbincangan, kefahaman, memberikan
maklumat dan arahan. Cuba anda fikirkan

36
bagaimanakah sumber dapat mewujudkan komunikasi
yang berkesan?

Sekiranya anda sebagai sumber, apakah


kriteria yang perlu ada pada diri anda
yang dapat menentukan kejayaan sesuatu
komunikasi.

Sebagai sumber banyak perkara yang perlu diberi


perhatian jika ingin mencapai komunikasi yang
berkesan. Kita perlu melihat kepada faktor kemahiran
komunikasi yang ada pada diri sendiri, tahap
pengetahuan yang dimiliki terutama dalam topik-topik
tertentu, sikap dan status. Berikut kita bincang secara
ringkas ciri-ciri sumber yang dapat mempengaruhi
proses komunikasi.
1. Kemahiran komunikasi

Sebagai punca utusan, kemahiran berkomunikasi


adalah amat penting. Bagaimana pula kalau kita ingin
berkomunikasi dengan orang yang bisu atau buta?
Sebagai komunikator kita perlu mencari pendekatan
yang berbeza berbanding orang yang normal. Pelajar
hendaklah memikirkan pendekatan yang dapat
membantu menyelesaikan masalah ini. Ini bertujuan
memberikan kesan kepada komunikasi yang berlaku.
Jadi, latihan berkomunikasi dan kemahiran
menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks komunikasi
amat penting dalam memastikan keberkesanan proses
komunikasi.

2. Pengetahuan

Pengetahuan merupakan elemen yang mampu


menyemarakkan proses komunikasi agar dapat
berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Mengapa
ia memainkan peranan yang penting? Cuba kita
berkomunikasi tentang topik proses komunikasi
dengan tukang kebun sekolah, sudah tentu dia tidak
dapat memberikan maklum balas dengan baik. Jika ada
pun maklum balas daripadanya mungkin berbentuk
umum sahaja. Selain itu, perbincangan yang berlaku

37
tidak diberikan perhatian yang serius dan tidak ada
sebarang keputusan. Justeru, pengetahuan sumber dan
penerima dapat menentukan kelangsungan komunikasi
dan pemikiran seseorang.

Jika anda sebagai sumber tetapi kurang


berpengetahuan tentang sesuatu topik dan
diminta berucap di khalayak, adakah anda
menerima tawaran tersebut?

3. Sikap

Sikap dalam konteks sumber bermaksud sikap


terhadap diri sendiri, kedua sikap terhadap mesej yang
hendak diperkatakan serta apa yang orang lain boleh
dapat daripada mesej tersebut. Ini bermakna sikap
sumber hendaklah selari dengan sasarannya. Jika
berlaku sesuatu yang bertentangan, maka komunikasi
yang berlaku tidak mendatangkan faedah atau tidak
berkesan.

Contohnya, jika kita bercakap dengan seorang petani


yang cetek pengetahuan tentang keupayaan teknologi
komputer dalam meningkatkan pendapatannya, sudah
tentu apa yang hendak disampaikan tidak diberi
perhatian berbanding nelayan laut dalam yang
memerlukan sistem komputer untuk mengesan
kawasan ikan yang banyak.
Jadi, kita dapati sikap kita sebagai sumber hendaklah
bijak supaya apa yang hendak dikomunikasikan selaras
dengan sasaran agar komunikasi kita itu memberikan
faedah kepada kedua-dua belah pihak sama ada
sumber mahupun penerima.

4. Status

Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila kita


berkomunikasi dengan orang lain. Pernahkan anda
memikirkan peraturan-peraturan tersebut? Mungkin
kita terfikir bahawa yang penting kita sudah
memberitahu pihak kedua, tetapi bagaimana sistem
budaya sesuatu masyarakat itu? Sistem budaya juga

38
adalah sesuatu yang amat penting kerana melibatkan
imej dan adat. Contohnya, ketika bercakap dengan
ketua di pejabat kita memerlukan keadaan yang lebih
formal berbanding berkomunikasi di luar dengan
rakan-rakan yang tidak formal. Kenapa dengan ketua
di pejabat kita berkomunikasi dalam keadaan formal
tetapi dengan rakan-rakan tidak? Sudah tentu ia
disebabkan oleh peraturan-peraturan dan sosiobudaya
yang sedia wujud.

Soal status memang perlu diberi perhatian. Jika tidak,


komunikasi kita dengan orang lain akan sia-sia sahaja.
Jelas bahawa dalam keadaan apa sekalipun seseorang
komunikator perlu bersedia untuk menyesuaikan diri
apabila hendak berkomunikasi.

3.2.2 Penerima

Dalam komunikasi antara manusia, penerima


merupakan pihak yang penting. Sebagai penerima, ciri-
ciri yang ada pada sumber sepatutnya dimiliki. Cuba
kita bayangkan sekiranya ciri-ciri tersebut tidak sama
atau tidak serasi? Ciri-ciri tersebut perlu selari supaya
komunikasi yang berlaku lebih berkesan. Kalau sumber
berkeupayaan mengenkod, di pihak
penerima pula perlulah berkeupayaan mendekod. Jadi,
maksudnya sama ada sumber atau penerima kedua-
duanya perlu membentuk kesefahaman supaya
komunikasi antara mereka berkesan.

3.2.3 Saluran

Saluran adalah merujuk kepada sama ada alat atau


perantara yang berkemampuan menyalurkan mesej
daripada sumber kepada penerima. Pemilihan saluran
dalam komunikasi memainkan peranan yang penting
kerana ia menyumbang kepada kejelasan dan
ketepatan maklumat komunikasi. Pada pendapat anda
adakah menggunakan saluran yang banyak lebih baik
berbanding menggunakan satu saluran untuk
menyampaikan mesej atau saluran yang berkualiti itu
adalah lebih penting?

39
Kesesuaian memilih saluran untuk digunakan sebagai
penyalur mesej yang berkesan adalah lebih penting.
Kita boleh lihat terdapat banyak saluran yang
digunakan dalam komunikasi. Kalau kita
berkomunikasi dengan rakan, kita dikenali sebagai
saluran bersemuka. Proses komunikasi seperti ini
biasanya dalam situasi yang sama.

Saluran terbahagi kepada beberapa bentuk:

(i) Saluran bersemuka interpersonal.


(ii) Saluran perantara televisyen atau radio.
(iii) Saluran melalui mesej tanpa lisan bahasa
isyarat.

3.2.4 Mesej

Mesej merupakan intipati dalam proses komunikasi.


Mesej terdiri daripada simbol-simbol bukan lisan atau
perkataan lisan yang digunakan oleh sumber untuk
menyampaikan sesuatu makna. Mesej juga ada yang
tersurat dan yang tersirat. Sebagai penerima kita
hendaklah mentafsirkannya mengikut persekitaran
termasuk pengetahuan dan pengalaman.

Jadi, apa sahaja yang boleh membawa makna semasa


berkomunikasi adalah mesej. Contohnya, seorang
pensyarah menunjukkan wajah yang muram ketika
diminta mengajar kursus yang di luar bidangnya.
Mungkin kursus tersebut bukan bidang kemahirannya
tetapi dia terpaksa berbuat demikian. Ini membuatkan
pensyarah tersebut merasa tertekan. Kita dapati mesej
yang hendak disampaikan adalah mengharapkan
pelajar faham dia tidak begitu mahir dalam bidang
tersebut tetapi terpaksa. Situasi begini juga
mengharapkan pelajar sendiri bertemu pihak berwajib
agar dapat membekalkan pensyarah lain yang benar-
benar mampu mengajar kursus tersebut pada masa
akan datang.

Sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan berkesan


apabila ianya memiliki kandungan mesej, kod mesej

40
dan pengolahan mesej. Apakah yang dimaksudkan
dengan kandungan mesej, kod mesej dan pengolah
mesej itu?

1. Kandungan mesej

Maklumat yang diperoleh dan didapati dalam mesej


yang dienkodkan oleh sumber kepada penerima.
Maklumat seperti topik sesuatu perbincangan itu
adalah contoh mesej yang hendak disampaikan.

2. Kod utusan

Kod mesej membawa erti satu kumpulan simbol-simbol


yang dapat memberi makna kepada penerima.

3.2.5 Maklum Balas

Maklum balas merujuk kepada reaksi penerima apabila


menerima sesuatu mesej daripada sumber.
Bagaimanakah anda memberikan reaksi apabila anda
ditanya dengan cara menengking tentang sesuatu
perkara? Sudah pastilah anda terperanjat dan
memberikan jawapan dengan keras. Dalam proses
komunikasi, maklum balas berlaku secara pasif dan
agresif. Maklum balas boleh dalam bentuk lisan
ataupun simbol bukan lisan. Berdiam diri juga
merupakan satu bentuk maklum balas. Maklum balas
penting dalam menentukan keberkesanan mesej dan
kelangsungan proses komunikasi.

3.2.6 Gangguan

Dalam proses komunikasi mungkin terdapat beberapa


gangguan yang boleh menyebabkan penerima tidak
dapat menerima mesej dengan jelas seperti mana yang
disampaikan oleh sumber. Dapatkah anda bayangkan
jika mesej yang hendak disampaikan tidak dapat
disampaikan dengan jelas. Apakah kemungkinan
wujudnya halangan dalam proses komunikasi tersebut?

41
Cuba anda fikirkan bagaimana
gangguan menjejaskan proses
penyampaian maklumat dan pentafsiran
maklumat.

Gangguan komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga


jenis iaitu gangguan mental, gangguan fizikal dan
gangguan fisio-psikologi.

1. Gangguan mental

Gangguan seperti ini berpunca dari dalam diri sendiri.


Contohnya, apabila kita menghadapi masalah
kewangan sudah tentu keadaan menjadi tidak
tenteram dan mempengaruhi proses kita
berkomunikasi.

2. Gangguan fizikal

Gangguan seperti ini biasa dikaitkan dengan


persekitaran seperti keadaan lalu lintas yang bising,
keadaan bilik yang panas dan pembesar suara yang
tidak berfungsi dengan baik ketika kita berkomunikasi.
3. Gangguan fisio-psikologi

Gangguan jenis ini lebih menekankan kepada


keupayaan diri dan tanggapan terhadap orang lain.
Bagaimana ianya boleh berlaku? Ini disebabkan
budaya yang berbeza dan kesediaan diri sama ada
pihak sumber mahupun penerima itu sendiri. Apakah
tahap pengetahuan kita menjadikan gangguan seperti
ini berlaku kepada diri kita?

3.2.7 Rangka Rujuk

Pengalaman dan pengetahuan kita dalam sesuatu


peristiwa atau bidang memberikan impak kepada
komunikasi. Rangka rujuk yang sama antara sumber
dengan penerima dapat menyumbang kepada
keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Pernahkah anda
mendengar bualan orang yang mengatakan tentang
macam ayam bercakap dengan itik. Kata-kata ini
menggambarkan ketidakselarasan dua belah pihak.

42
Begitu juga apabila berkomunikasi, faktor kesamaan
pengetahuan dan pengalaman memainkan peranan
yang penting dalam menentukan keberkesanan
interaksi.

3.2.8 Konteks

Konteks merujuk kepada di mana situasi dan proses


komunikasi itu berlaku. Pada pendapat anda kenapa
dan mengapa konteks itu penting dalam proses
komunikasi? Dalam proses komunikasi, konteks dilihat
sebagai salah satu elemen yang penting kerana
menurut DeVito (2002) konteks tertentu boleh
mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej.
Mengapa dikatakan demikian? Ini kerana setiap
elemen dikatakan saling berkait rapat dan
mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya,
kalau kita berkomunikasi dengan seorang rakan ianya
lebih tertumpu berbanding kita berucap di hadapan
khalayak ramai seperti dalam bilik kuliah yang berbeza
keadaannya. Misalnya, sebagai komunikator kita perlu
merancang supaya komunikasi kita lebih berkesan.

3.3 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah mengenal pasti dan menghuraikan elemen-
elemen komunikasi yang saling bergantungan dalam memberikan
kesan kepada proses komunikasi. Kaedah yang digunakan juga
memainkan peranan yang penting mengikut tujuan komunikasi.
Antara sumber dan penerima ia memerlukan kesamaan seperti
kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan dan status. Dalam
hal ini penyesuaian amat penting untuk diberikan perhatian serius
kerana maklumat atau mesej yang sampai kepada penerima adalah
sama dengan apa yang hendak disampaikan oleh sumber.

SOALAN DALAM TEKS

1. Mengapakah komunikasi dikatakan satu


proses?
2. Nyatakan EMPAT (4) ciri utama yang
harus ada pada sumber dan penerima
supaya sesuatu komunikasi berkesan.

43
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah rangka rujuk merupakan salah satu


elemen dalam komunikasi yang dikatakan
memberikan kesan dalam sesuatu proses
komunikasi? Berikan beberapa contoh yang dapat
menjelaskan kenyataan ini.

2. Huraikan EMPAT (4) bentuk gangguan komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus


ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Tidak diketahui bila permulaan dan akhirnya


atau ia berterusan.

2. (i) Kemahiran komunikasi


(ii) Sikap
(iii) Tahap pengetahuan
(iv) Kedudukan (dalam sesuatu sistem budaya)

44