Anda di halaman 1dari 32

BAB 5

BENTUK MESEJ KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti bentuk mesej lisan dan mesej
bukan lisan.
2. Menjelaskan perbezaan antara makna dan
mesej.
3. Mengenal pasti ciri-ciri mesej lisan dan mesej
bukan lisan.
4. Menghuraikan fungsi mesej lisan dan mesej
bukan lisan.

5.1 PENGENALAN

Dalam bab yang lalu, kita telah membincangkan


tentang model komunikasi. Pemahaman tentang model
komunikasi adalah penting bagi memudahkan kita
menghubungkaitkan peranan komponen komunikasi
yang terlibat dalam menentukan keberkesanan proses
komunikasi.

Dalam bab ini, kita akan membincangkan dua bentuk


mesej komunikasi iaitu mesej lisan dan mesej bukan
lisan. Kedua-dua bentuk mesej ini dihasilkan sama ada
melalui pertuturan atau pergerakan anggota badan
atau penggunaan simbol tertentu untuk menghantar
mesej pengirim kepada penerima.

Dalam kehidupan manusia, komunikasi bukan hanya


sekadar bercakap iaitu menyampaikan sesuatu mesej
melalui pertuturan. Mesej juga boleh dicipta dan
disalurkan melalui pergerakan badan dan simbol-
simbol tertentu. Dalam konteks komunikasi
kemanusiaan, kedua-dua bentuk komunikasi, iaitu lisan
dan bukan lisan dapat menyampaikan mesej tersurat

61
dan mesej tersirat sesuai dengan persekitaran
komunikasi. Dengan kemahiran komunikasi ini kita
dapat mentafsir keikhlasan, emosi, penampilan diri,
identiti dan gelagat seseorang.

5.2 MESEJ DAN MAKNA

Sebelum kita membincangkan bentuk mesej


komunikasi lisan, bolehkah anda kenal pasti perbezaan
mesej dan makna? Apakah bentuk mesej yang
berkesan? Apakah hubungan antara mesej dan makna?
Dalam bab-bab yang terdahulu, anda telah didedahkan
secara terperinci tentang proses dan model komunikasi
yang membincangkan tentang pengertian mesej.
Perkataan mesej adalah asal perkataan Latin missus
daripada perkataan mittere yang bermaksud to send
atau mengutus.

Mesej dan makna adalah dua perkara yang berbeza


dalam proses komunikasi tetapi mempunyai kaitan
yang saling melengkapi. Tanpa makna, mesej tidak
membawa sebarang maksud. Mesej yang tidak jelas
menjejaskan makna sesuatu maklumat yang hendak
disampaikan.

Menurut Stohl (1995), mesej mempunyai empat ciri


utama iaitu

(i) Mesej mempunyai beberapa bentuk iaitu


lisan dan bukan lisan. Justeru itu, mesej
boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk
seperti melalui pertuturan, penulisan,
gerakan anggota badan dan melalui
teknologi komunikasi seperti telefon dan
komputer.

(ii) Mesej mempunyai pelbagai makna. Mesej


yang disampaikan secara lisan mahupun
bukan lisan perlu ditafsir oleh penerima
bagi mendapat maksud yang tepat. Mesej
yang tersurat (denotatif) mudah difahami
manakala mesej tersirat (konotatif)
memerlukan pemahaman dan pentafsiran

62
yang tepat sesuai dengan persekitaran
berlakunya proses komunikasi tersebut.
Contoh mesej bukan lisan ialah menangis.
Ada pelajar menangis kerana malu
mendapat markah yang rendah. Ada pula
pelajar yang menangis kerana kejayaan
merangkul anugerah pelajar terbaik.

Pada pandangan anda, apakah mesej yang


boleh dibawa oleh gelagat menangis?
Apakah faktor yang mempengaruhi anda
memberi tafsiran mesej menangis tersebut?

(iii) Mesej mempunyai pelbagai


fungsi. Mesej yang dibentuk bersifat
fungsional dan bersifat maklum balas. Ini
sesuai dengan konsep komunikasi sebagai
suatu proses pertukaran maklumat dan
bersifat transaksional. Masihkah anda
ingat proses transaksional dan transmisi
yang dibincangkan dalam bab model
komunikasi? Sifat mesej dapat
menggambarkan satu pola hubungan
antara pengirim dengan penerima. Justeru
itu, mesej dapat berfungsi dalam pelbagai
konteks seperti memberitahu, mendidik,
pengulangan, perlambangan dan lain-lain
fungsi seperti yang akan dijelaskan dalam
perbincangan seterusnya dalam bab ini.

(iv) Mesej melibatkan pelbagai


peringkat. Pembentukan dan penyampaian
sesuatu mesej melibatkan tiga peringkat
yang menjelaskan maksud pengirim iaitu
tujuan-maksud-niat sama ada disampaikan
dalam bentuk fakta, lisan atau bukan lisan.

Anda disyorkan membuat pembacaan lanjut


dengan merujuk buku Komunikasi antara
Manusia oleh Hashim Fauzi Yaacob (2001)
terbitan Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

63
Berbalik kepada persoalan tadi, sudahkah anda faham
hubungan mesej dengan makna?

Mesej bukan makna! Makna adalah pengertian yang


diberi oleh manusia terhadap mesej. Proses
komunikasi akan lebih efektif dan lancar apabila mesej
pengirim dapat difahami dan seterusnya diberi makna
yang tepat oleh penerima.

Sekiranya kita imbas kembali model-model komunikasi


dua hala, mesej dibentuk oleh pengirim semasa proses
enkod manakala pentafsiran mesej kepada makna oleh
penerima berlaku dalam proses dekod. Dalam hal ini,
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
pentafsiran mesej supaya sama dengan maksud makna
pengirim yang sebenar. Faktor kesediaan untuk
berkomunikasi, latar belakang, pendidikan, budaya,
pengalaman dan persekitaran berlakunya komunikasi
amat mempengaruhi ketepatan pentafsiran makna
mesej.

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan TIGA (3) faktor yang


mempengaruhi pentafsiran mesej?
2. Jelaskan DUA (2) fungsi mesej menurut
Stohl (1995).

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

64
Sila akses laman web
Institute of General
Semantics
www.generalsemantic
s.org/
yang mengandungi
pelbagai artikel
tentang bahasa dan
kegunaan bahasa.
Penekanan diberikan
kepada the way we
speak and the ways
we think and behave.

5.3 KOMUNIKASI LISAN

Lazimnya kita berkomunikasi menggunakan bahasa


sama ada melalui pertuturan ataupun penulisan. Kita
berinteraksi dengan ahli keluarga dalam persekitaran
tidak formal. Bahasa yang digunakan juga tidak formal
tetapi masih menerapkan unsur-unsur penghormatan
dan kasih sayang. Dalam konteks komunikasi
kumpulan pula kita berinteraksi untuk mendapatkan
maklumat, pendapat dan bersosial. Bahasa pasar
banyak digunakan dalam interaksi sosial. Ini berbeza
dengan penggunaan komunikasi formal apabila kita
menghadiri perbincangan, temu duga dan
perundingan. Komunikasi lisan secara formal dapat
memperlihatkan kematangan, keperibadian, emosi dan
status seseorang.

Menurut Sapir (dlm. Nasariah Mansor et al., 2000),


bahasa adalah satu kaedah yang bersifat naluri untuk
menyampaikan mesej, emosi dan kemahuan melalui
simbol-simbol yang dilahirkan sama ada secara sengaja
atau tidak sengaja. Manakala Bloch & Trager (dlm.
Asmah Omar, 1969) pula mendefinisikan bahasa
sebagai suatu sistem lambang pertuturan yang
arbitrasi, digunakan oleh ahli-ahli masyarakat untuk
berkomunikasi.

Umumnya bahasa adalah simbol yang digunakan untuk


menyampaikan sesuatu mesej secara lisan. Justeru itu,
komunikasi lisan merupakan pengucapan (penggunaan

65
bahasa dalam bentuk pertuturan dan penulisan) yang
disampaikan kepada individu lain dengan tujuan
perkongsian makna dalam pelbagai bahasa yang
mudah difahami antara pengirim dengan penerima.

5.3.1 Ciri Bahasa

Bahasa adalah satu sistem. Bahasa adalah lengkap,


sempurna dan bersifat dinamik. Bahasa terdiri
daripada sistem bunyi, sistem makna dan sistem
tatabahasa yang diiktiraf. Bahasa yang digunakan
untuk pertuturan dan penulisan terikat dengan
tatabahasa. Perkataan perlu disusun dalam bentuk ayat
yang sempurna dan membawa makna sebelum
diucapkan. Penggunaan bahasa yang jelas dan lancar
dapat meningkatkan ketepatan pentafsiran makna
sesuatu mesej. Pengucapan bahasa turut diiringi oleh
komunikasi bukan lisan yang dikenali sebagai
paralinguistik.

Pada pandangan anda, adakah bahasa


singkatan yang digunakan dalam
perkhidmatan pesanan ringkas (sms)
mudah dan jelas difahami? Kenapa?

Bahasa adalah simbol yang mewakili bunyi (sebutan)


yang keluar daripada peti suara. Bahasa atau
perkataan yang diucapkan bukan perkara yang
sebenarnya. Perkataan hanya mewakili objek yang
sebenar. Contohnya perkataan panas yang membawa
banyak makna. Panas mungkin merujuk kepada
keadaan tidak dingin, atau air yang mendidih, atau
suasana ketidakselesaan, atau mungkin merujuk
kepada emosi seseorang yang sedang marah dan
baran. Cuba anda sebut satu perkataan. Adakah
sebutan perkataan tersebut menggambarkan objek
yang sebenar? Tentu tidak sebab perkataan hanyalah
simbol yang mewakili benda. Perkataan besi itu panas
merah menyala tidak panas macam besi panas! Oleh
yang demikian, sebelum memulakan perbualan, kita
harus memastikan bahawa bahasa yang digunakan
mestilah difahami oleh penerima dan sesuai dengan
konteks serta persekitaran komunikasi.

66
Bahasa adalah suatu yang abstrak. Adakalanya
perkataan yang diucapkan dapat memberi lebih
daripada satu makna, lain daripada makna asal yang
dimaksudkan oleh pengirim. Justeru itu, bahasa
dibahagikan kepada dua ciri iaitu

(i) Denotatifmakna dalam bahasa kamus


yang diiktiraf atau dikenali juga sebagai
makna tersurat.

(ii) Konotatifmakna yang tersirat.

Bolehkah anda berikan beberapa contoh


bahasa denotatif dan bahasa konotatif?

Selain itu, bahasa pertuturan juga perlu melalui proses


pencerapan (mendengar) sebelum sesuatu makna
diberi oleh penerima. Dalam proses pencerapan
makna, maklumat akan dianalisis oleh penerima
sebelum maklum balas diberikan terhadap mesej
tersebut. Setiap individu memberi makna yang berbeza
terhadap perkataan yang didengar. Faktor
pengalaman, konteks komunikasi, gaya penyampaian
dan bahasa yang digunakan akan mempengaruhi
seseorang mentafsir sesuatu mesej. Oleh itu, dapat
dikatakan bahawa makna sesuatu mesej bergantung
kepada manusia bukan perkataan.

5.3.2 Fungsi Komunikasi Lisan

Komunikasi lisan amat penting dalam kehidupan kita


seharian. Kita berinteraksi dengan masyarakat
sekeliling untuk berkongsi maklumat. Justeru itu,
bahasa merupakan suatu komponen yang melancarkan
lagi proses sosialisasi seseorang individu. Bayangkan
jika anda seorang yang pendiam, pemalu dan rendah
diri, adakah anda mempunyai ramai kenalan atau
adakah anda dapat menyelesaikan sesuatu masalah
dengan mudah? Di sini jelas bahawa tanpa komunikasi
lisan kita tidak dapat meluahkan perasaan,
menyatakan sesuatu kepada orang di sekeliling dengan

67
jelas dan tepat. Oleh kerana bahasa setiap kelompok
masyarakat berbeza antara satu sama lain maka makna
sesuatu perkataan dalam masyarakat yang berbeza
juga membawa konotasi yang berbeza. Jadi kita perlu
berhati-hati dengan apa yang kita pertuturkan. Justeru
itu, mempelajari bahasa melalui proses sosialisasi dan
pendidikan formal adalah satu cara untuk
mempertingkat serta memperluas jaringan sosial kita.
Haliday (dlm. Bittner, 1985) telah menyenaraikan tujuh
fungsi bahasa sebagai alat komunikasi, iaitu

(i) Alatanuntuk menyempurnakan sesuatu


kehendak seperti memerintah atau
meminta.

(ii) Pentertibuntuk mengawal tingkah laku


atau peristiwa yang berlaku.

(iii) Interaksiuntuk memastikan hubungan


sesama manusia berjalan dengan lancar
tanpa sebarang salah faham, penutur perlu
mempunyai pengetahuan dalam dialek,
slanga, jargon dan sebagainya.

(iv) Peribadiuntuk menyatakan atau


meluahkan perasaan, kemahuan dan
sebagainya yang bersifat peribadi.

(v) Penemuanuntuk memperoleh ilmu


pengetahuan yang dinyatakan dalam
bentuk soalan-soalan yang memerlukan
jawapan.

(vi) Khayalanuntuk memikirkan atau


melakukan sesuatu berdasarkan daya
imaginasi dan kreativiti sendiri.
(vii) Pernyataanuntuk menyatakan,
memerikan, menggambarkan, menjelaskan
fakta, peristiwa, pengetahuan dan
sebagainya.

Selain fungsi yang dinyatakan oleh Haliday, terdapat


juga fungsi umum komunikasi lisan yang lain, iaitu

68
(i) Memberitahubahasa digunakan untuk
memberitahu orang lain tentang sesuatu
perkara. Contohnya, pemimpin
menyampaikan ucapan untuk memberitahu
masyarakat tentang pembangunan
masyarakat luar bandar sama ada secara
bersemuka ataupun melalui media massa.

(ii) Mendidik dan membujukuntuk


mempengaruhi individu supaya mengubah
sikap, budaya dan pemikiran seseorang
dengan memberi maklumat dan kaunseling
melalui perbincangan bersemuka.
Contohnya, bahasa yang digunakan dalam
iklan mestilah menarik dan jelas supaya
pengguna dapat mengetahui tentang
sesuatu produk.

(iii) Lambang sesuatu budaya dan identiti


bangsakewujudan pelbagai bahasa di
dunia secara tidak langsung mewakili
bangsa dan budaya penuturnya. Dewasa
ini, pengetahuan tentang bahasa kedua dan
ketiga selain bahasa ibunda menjadi
penting dalam dunia globalisasi. Melalui
bahasa kita dapat berinteraksi dengan
bangsa lain dengan lancar. Moto Dewan
Bahasa dan Pustaka, Bahasa Jiwa Bangsa
cukup menggambarkan bahasa sebagai
lambang sesuatu bangsa. Kehalusan dan
ketertiban ketika berbahasa akan
mencerminkan keperibadian dan amalan
bangsa seseorang.

Cuba anda fikirkan fungsi komunikasi lisan


selain daripada yang dinyatakan.

Terlajak perahu boleh berundur terlajak


kata badan binasa cuba anda fikirkan
sebab dan kesan komunikasi lisan
berdasarkan pepatah Melayu tersebut.

69
Amalan komunikasi lisan yang berhemah dan efektif dapat
mewujudkan suasana positif ke arah pencapaian matlamat
komunikasi. Terdapat banyak strategi dan panduan untuk
mempertingkatkan tahap keberkesanan penggunaan bahasa. Bolehkah
anda nyatakan beberapa panduan untuk meningkatkan keberkesanan
komunikasi secara lisan?

SOALAN DALAM TEKS

3. Jelaskan maksud konotatif dan


denotatif.
4. Huraikan DUA (2) ciri komunikasi
lisan.
5. Kenal pasti dan huraikan empat fungsi
komunikasi lisan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Beberapa sarjana berbelah pendapat


tentang tulisansama ada dikategorikan
sebagai komunikasi lisan atau komunikasi
bukan lisan. Beri pandangan dan justifikasi
anda tentang perkara ini.

5.4 KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Komunikasi antara manusia tidak hanya melibatkan


pertuturan. Mesej juga boleh disampaikan melalui
perlakuan manusia sama ada gerakan anggota badan
secara sengaja atau tidak sengaja. Dalam konteks
komunikasi organisasi, ramai pengkaji sependapat
bahawa lebih 65 peratus mesej disampaikan melalui
komunikasi bukan lisan. Selebihnya adalah mesej yang
disampaikan secara lisan. Dapatkah anda bayangkan
jika anda bekerja dan bercakap sepanjang hari, apa
akan terjadi dengan produktiviti dan kualiti kerja
anda?

Terdapat juga kajian yang telah membuktikan bahawa


apabila interaksi berlaku secara bersemuka, kurang 10
peratus impak datangnya daripada perkataan yang

70
diucapkan, manakala yang selebihnya adalah mesej
bukan lisan. Malah sarjana komunkasi menganggarkan
hanya 10 peratus komunikasi antara manusia diwakili
oleh kata-kata. Manakala 30 peratus diwakili oleh
bunyi yang mengiringi suara dan 60 peratus pula
diwakili oleh komunikasi bukan lisan (Zulkifli, 2000).
Justeru itu, komunikasi bukan hanya sekadar bercakap.
Seluruh anggota badan kita juga berupaya
mewujudkan mesej-mesej tertentu.

Berdasarkan pembacaan anda dalam bab-


bab terdahulu, apakah yang anda faham
dengan komunikasi bukan lisan?

Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai


komunikasi tanpa perkataan. Harrison (1965)
berpendapat bahawa penyelesaian yang paling mudah
untuk mentakrifkan perbezaan komunikasi lisan
dengan komunikasi bukan lisan adalah seperti berikut:

(i) Komunikasi lisan adalah apa-apa jua


perkara yang menggunakan perkataan
bertulis dan dituturkan. Dalam erti kata
lain bahasa adalah medium untuk
menyatakan mesej.

(ii) Komunikasi bukan lisan menggunakan


simbol-simbol yang membawa mesej
tertentu.

Pandangan Harrison ini disokong oleh Knapp (1972)


yang menyatakan bahawa komunikasi bukan lisan
merangkumi peristiwa perkataan yang tidak ditutur
atau ditulis. Contohnya peristiwa marahanda tidak
semestinya menyatakan saya sedang marah
sebaliknya keadaan marah anda boleh dilihat melalui
perubahan anggota badan seperti muka merah, mata
besar, kening terangat dan perubahan nada suara.
Dalam hal ini kita dapat menilai kemarahan seseorang
melalui tanda-tanda komunikasi bukan lisan.

71
Kita juga boleh mentafsir emosi, personaliti, tujuan,
keintiman dan status sosial seseorang melalui
komunikasi bukan lisan yang dipraktiskan oleh
seseorang individu. Dalam proses interaksi antara
manusia, amalan komunikasi bukan lisan dapat
meningkatkan keberkesanan penyampaian sesuatu
mesej kerana komunikasi bukan lisan berfungsi
sebagai pelengkap kepada komunikasi lisan.

5.4.1 Prinsip Komunikasi Bukan Lisan

Komunikasi bukan lisan adalah sesuatu yang kompleks


untuk difahami. Pelbagai makna boleh ditafsir bagi
mewakili satu simbol atau isyarat. Setiap individu
mungkin memberi makna yang berbeza mengikut
pentafsiran dan konteks komunikasi. Justeru itu,
kemahiran memahami komunikasi bukan lisan amat
penting dalam mengukuhkan pentafsiran sesuatu
mesej. Berikut kita bincangkan beberapa prinsip
komunikasi bukan lisan secara ringkas.

5.4.1.1 Komunikasi bukan lisan wujud

Komunikasi bukan lisan wujud tanpa kita sedari atau


tidak dirancang. Walaupun kita tidak bercakap, duduk
diam, perlakuan sebegini dapat memberi mesej kepada
orang lain. Malah gerakan anggota badan dan
perlakuan kita semasa berinteraksi ada kalanya di luar
kawalan. Semua gelagat ini berlaku secara spontan.
Melalui komunikasi bukan lisan kita boleh mentafsir
emosi seseorang sama ada sedang gembira, takut,
marah, sedih dan sebagainya. Justeru itu, komunikasi
sebenarnya wujud tanpa kita sedari dan dapat
memberi mesej tertentu tentang diri kita. Apakah
tafsiran anda tentang rakan anda yang sering menguap
semasa mengikuti kelas? Waspada dengan perlakuan
kita. Sebenarnya kita diperhatikan!

5.4.1.2 Komunikasi bukan lisan asas


perhubungan

Komunikasi bukan lisan dikatakan lebih baik ataupun


lebih berkesan digunakan untuk menunjukkan

72
perasaan dalaman khususnya yang menyentuh tentang
emosi seseorang seperti sedih, marah, sayang,
gembira, takut dan sebagainya. Tanpa komunikasi
lisan, gerakan anggota badan masih dapat menyatakan
keintiman atau kerenggangan hubungan.

5.4.1.3 Komunikasi bukan lisan suatu proses


yang kabur

Berbanding dengan komunikasi lisan, mesej


komunikasi bukan lisan memerlukan lebih banyak
pengamatan sebelum mesej diterjemahkan kepada
makna. Komunikasi bukan lisan sukar ditafsir secara
tepat. Kita ambil contoh seorang kanak-kanak sedang
menangis. Pada fikiran anda apakah mesej menangis
kanak-kanak tersebut? Mungkin kanak-kanak tersebut
sakit gigi atau mungkin kehilangan duit belanja
sekolah atau mungkin kerana dibuli rakan sekolah.
Pelbagai andaian mesej yang mungkin anda beri. Di
sini jelas menunjukkan bahawa mesej komunikasi
bukan lisan sukar ditafsir dengan tepat.

Bagaimana anda hendak mentafsir dengan


tepat mesej komunikasi bukan lisan?
Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan
semasa membuat pentafsiran?

5.4.1.4 Komunikasi bukan lisan refleksi


kebolehpercayaan dan mesej tersirat

Dalam interaksi lisan dan penulisan, sukar untuk kita


mengesan sama ada mesej yang disampaikan benar
atau palsu. Sebaliknya komunikasi bukan lisan
merupakan satu refleksi emosi dalaman seseorang.
Contohnya, guru kaunseling tidak hanya bergantung
kepada soalan lisan dalam mencari bukti kesalahan
pelajar tetapi melalui gerak anggota badan pelajar
yang disiasat, guru tersebut boleh melihat kejujuran
atau penipuan pelajar tersebut. Kita biasa mendengar
orang berkata mulut kata lain hati kata lain. Untuk
mendapatkan kepastian apa yang diucapkan oleh

73
seseorang, kita juga perlu melihat gerakan anggota
badannya seperti mata, muka dan kepala. Semua
gerakan anggota badan ini dapat memberi makna
tertentu malah orang yang cuba melakukan penipuan
sukar untuk bertentang mata apabila berinteraksi.

Bolehkah anda berikan beberapa contoh


bahasa denotatif dan bahasa konotatif?

5.4.1.5 Komunikasi bukan lisan melengkapi


komunikasi lisan

Komunikasi bukan lisan melengkapi dan menjelaskan


mesej komunikasi lisan sekiranya maksud sesuatu
mesej lisan sukar difahami. Contohnya, jika anda
mengalami sakit kepala anda tidak semestinya
menyatakan saya pening kepala. Dengan perlakuan
memicit-micit kepala sudah cukup memberi mesej yang
anda mengalami pening kepala walaupun anda tidak
menyatakannya secara lisan. Sekiranya anda
menyatakan saya pening kepala sambil memicit-micit
kepala, perlakuan sebegini dapat meneguhkan lagi
mesej lisan anda. Cuba anda fikirkan beberapa
beberapa contoh lain.

SOALAN DALAM TEKS

6. Beri definisi komunikasi bukan lisan.


7. Jelaskan prinsip komunikasi bukan
lisan berikut:
(i) Komunikasi bukan lisan adalah
kabur.
(ii) Komunikasi bukan lisan refleksi
kebolehpercayaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.4.2 Fungsi Komunikasi Bukan Lisan

74
Lazimnya komunikasi bukan lisan berfungsi sebagai
pelengkap kepada komunikasi lisan (DeVito, 2000).
Berikut adalah beberapa fungsi komunkasi bukan lisan.

5.4.2.1 Pengukuhan

Komunikasi bukan lisan berfungsi untuk


memperkukuhkan sesuatu mesej yang disampaikan
oleh pengirim secara lisan. Contohnya isyarat mata
dapat mempamerkan emosi seseorang dengan melihat
ke dalam mata seseorang dalam tempoh masa yang
lama untuk melafazkan kata-kata cinta atau merenung
dengan tajam dan membesarkan mata sebagai tanda
marah atau geram. Perlakuan seperti ini dapat
mengukuhkan makna mesej yang hendak disampaikan.

5.4.2.2 Pelengkap

Mesej bukan lisan juga berfungsi mengiring


komunikasi lisan untuk menjelaskan lagi suasana
interaksi. Contohnya, Ahmad begitu gembira sambil
bersorak apabila mendapat keputusan cemerlang
peperiksaan akhir semester.

Kenal pasti komunikasi bukan lisan yang


melengkapi suasana kegembiraan Ahmad.

5.4.2.3 Percanggahan

Mesej bukan lisan juga berfungsi mendedahkan


sesuatu mesej yang bercanggah dengan maksud lisan.
Contohnya, perlakuan mengelakkan hubungan mata
dengan kaunselor dan sering menunduk kepala ke
bawah dalam sesi kaunseling dapat ditafsirkan sebagai
suatu percubaan untuk menafikan perlakuan salah oleh
pelajar yang didakwa melakukan kesalahan. Di sini kita
dapat lihat berlakunya percanggahan antara penafian
lisan pelajar dengan gerakan anggota badannya.

5.4.2.4 Pengawalan

75
Komunikasi bukan lisan juga dapat mengawal atau
menunjukkan satu keinginan dalam mengawal aliran
mesej lisan. Cuba anda ketap bibir anda. Apa perasaan
anda? Bagaimana anda hendak mengawal rakan anda
yang sering menyampuk ketika anda sedang
menghayati syarahan?

5.4.2.5 Pengulangan

Fungsi pengulangan akan membantu seseorang


memahami maksud lisan. Bila ditanya Di mana
letaknya bangunan Canselori, anda mungkin
menjawab 500 meter dari bangunan perpustakaan,
bangunan bewarna putih. Komunikasi lisan anda
dituruti dengan menunjukkan arah bangunan yang
maksudkan dengan menggunakan tangan. Dalam hal
ini, komunikasi bukan lisan tidak saja berfungsi
sebagai pelengkap tetapi juga sebagai pengulangan
maksud lisan. Cuba anda beri contoh lain yang sesuai.

5.4.2.6 Pengganti

Bagi golongan kurang upaya (khususnya mereka yang


pekak dan bisu), pergerakan anggota badan berfungsi
sebagai pengganti kepada bahasa lisan. Bagi mereka
yang normal, komunikasi bukan lisan dapat
memperlihatkan emosi dalaman mereka. Contohnya,
rakan anda begitu murung sepanjang hari ketika
menghadiri kelas. Gelagat murung ini dapat
menggantikan bahasa lisan rakan anda yang kini
menghadapi masalah kewangan.

Secara keseluruhannya, apabila kita berinteraksi,


komunikasi bukan lisan merupakan komponen penting
dalam menyampaikan mesej. Justeru itu, kita perlu
berhati-hati dengan keadaan anggota badan kita. Kita
diperhatikan, bukan sahaja bahasa lisan kita. Pastikan
ketika mentafsir perlakuan bukan lisan, kita
memahami konteks komunikasi, banyakkan bertanya
agar kita tidak tersilap membentuk makna mesej
bukan lisan.

5.4.3 Bentuk Komunikasi Bukan Lisan

76
Sebahagian besar komunikasi bukan lisan adalah
berkaitan dengan tubuh badan kita. Pergerakan tubuh
badan ini adalah gambaran emosi dan perasaan
dalaman kita yang sukar dikawal dan berlaku tanpa
sedar walaupun sebahagian simbol bukan lisan
dirancang untuk menyampaikan mesej. Komunikasi
bukan lisan boleh dihimpunkan kepada lima kategori
iaitu prosemik, kinesik, kronemik, paralinguistik dan
artifaktual.

5.4.3.1 Prosemik

Prosemik merujuk kepada jarak, ruang atau kawasan.


Berdasarkan komponen prosemik, kita dapat lihat
bentuk interaksi yang berlaku sama ada berbentuk
formal, peribadi, sosial atau awam. Di samping itu, kita
juga dapat mengetahui peringkat pengaruh, kuasa dan
status sosial seseorang berdasarkan posisi interaksi
dan kedudukan fizikalnya.

1. Ruang

Penggunaan ruang boleh dibahagikan kepada dua iaitu


ruang sosial dan ruang peribadi. Ruang sosial
mempunyai sempadan yang boleh dilihat oleh orang
lain dan berada dalam keadaan tetap. Sebaliknya
ruang peribadi ditentukan oleh sifat-sifat psikologi
seperti personaliti seseorang. Edward Hall (dlm.
Hashim, 2001) membahagikan konsep ruang kepada
tiga iaitu

(i) Ruang tetap


bergantung kepada status, perjawatan,
pengetahuan, kepimpinan dan kewibawaan
seseorang. Tiga prinsip hubungan yang
mungkin menggunakan ruang tetap ialah
Semakin tinggi kedudukan seseorang
dalam organisasi, semakin baik ruang
yang dimiliki. Biasanya ruang khas
disediakan kepada mereka. Contohnya,
dalam acara rasmi, suasana tempat

77
duduk di hadapan telah ditetapkan
untuk pegawai mengikut kekananan.
Semakin tinggi kedudukan seseorang
dalam organisasi semakin baik
perlindungan terhadap ruangnya.
Semakin tinggi kedudukan
perjawatan seseorang semakin mudah
mereka menguasai kedudukan orang
bawahannya.

(ii) Ruang
separuh tetap tidak dianggap mempunyai
mesej tetapi cara kita menyusun perabot
dan mengatur kedudukan akan memberi
gambaran tentang disiplin, keterbukaan
dan situasi interaksi.

(iii) Ruang tidak


formal melibatkan interaksi secara tidak
formal, contoh semasa kita menunggu bas
atau beratur di kantin. Keadaan ini
menggambarkan situasi terbuka.

Ruang dapat memberi mesej kepada kita. Sehubungan


itu, kita perlu menghormati ruang orang lain agar
tidak menimbulkan konflik yang boleh mengganggu
proses komunikasi (Samsuddin, 1993).

78
Sila akses laman web
Center for
Nonverbal Studies
di
www.members.a
ol.com/nonverba
l2/ yang
mengandungi
kamus komunikasi
bukan lisan,
kajian mengenai
gerakan badan,
gestural, ekspresi
muka, adornment,
fesyen, reka
bentuk landskap,
mass media dan
reka bentuk
barangan
pengguna. Pusat
kajian ini
mengkaji
komunikasi bukan
lisan dari pelbagai
perspektif seperti
antropologi, seni
dan sastera,
biologi, evolusi
manusia dan
neurosains.

Cuba anda bayangkan posisi ruang dan


kedudukan semasa menghadiri temu
duga, perundingan, mesyuarat dan
kaunseling. Adakah wujud perbezaan
posisi ruang? Apakah maknanya?

79
Ilustrasi di sebelah
menunjukkan
kedudukan ruang
dalam konteks
komunikasi yang
berbeza.

Sumber:
www.mhhe.com/tubb
smoss

2. Jarak

Ketika kita berinteraksi, jarak kita dengan individu lain


adalah penting. Seorang wanita sudah tentu tidak
selesa berbual dengan lelaki yang baru dikenali dalam
keadaan jarak fizikal yang dekat. Ini berbeza dengan
jarak seorang ibu dengan anak. Mereka boleh
berpimpin tangan dan bersentuhan anggota badan
ketika berbual. Ini menunjukkan bahawa wujud
keintiman dan ikatan kasih sayang. Bagaimana pula
jarak anda dengan orang yang anda benci?

Dalam menghuraikan jarak atau dikenali juga sebagai


proksimiti, Hall (1959) telah membahagikan jarak
fizikal kepada empat kategori. Setiap bentuk
mempunyai ciri dan kesan komunikasi tertentu. Secara
ringkasnya, Jadual 5.1 menerangkan empat bentuk
jarak fizikal iaitu jarak mesra, jarak peribadi, jarak
sosial dan jarak awam.

Jadual 5.1
Jarak dan Ciri-Ciri Komunikasi

Bentuk Jarak Ciri-Ciri komunikasi


Jarak

Mesra 0 18 inci - Hubungan mesra misalnya


suami isteri, rakan karib.
- Topik perbincangan bersifat
peribadi dan adakalanya
sulit.

80
Peribadi 18 inci 4 - Hubungan rapat dan saling
kaki mengenali misalnya rakan
dan saudara mara.
- Topik perbincangan
berbentuk peribadi tetapi
tidak sulit.
- Menunjukkan tahap
penyesuaian semasa
interaksi.

Sosial 4 kaki 12 - Hubungan tidak begitu rapat


kaki atau tidak begitu dikenali.
- Bentuk perbincangan adalah
formal seperti temu duga,
perundingan dan mesyuarat.

Awam 12 kaki 25 - Hubungan tidak rapat dan


kaki tidak dikenali.
- Hanya wujud komunikasi
sehala.
- Interaksi antara individu
terhad.
- Topik perbincangan
berbentuk formal seperti sesi
forum, ceramah, taklimat
dan seminar.

Bagaimana anda dapat mengggunakan


konsep jarak untuk mempengaruhi
pelanggan anda?

5.4.3.2 Kinesik

Secara umumnya, kinesik merujuk kepada gerakan


anggota badan manusia semasa berkomunikasi. Dalam
konteks komunikasi, kinesik amat penting untuk
melihat emosi, tingkah laku dan hubungan antara
individu. Kemahiran mentafsir kinesik dapat
meningkatkan keberkesanan dan kelangsungan
komunikasi. Namun begitu, faktor konteks komunikasi
dan budaya perlu diambil kira dalam membuat tafsiran
makna mesej kinesik. Kinesik boleh diklasifikasikan
kepada beberapa bentuk iaitu isyarat mata, mimik
muka, gestural dan sentuhan.

1. Isyarat mata

81
Komunikasi mata mempunyai pelbagai fungsi. Kajian
tentang isyarat mata dikenali sebagai oculesics.
Melalui mata kita dapat melihat minat, emosi,
tumpuan, tujuan, dan maksud seseorang semasa kita
berinteraksi. Jelingan, renungan, keayuan, kelayuan
mata serta kerdipan mata dapat memberi mesej
tertentu. Malah melalui gelagat mata, kita dapat
melihat personaliti seseorang sama ada bersifat
pemalu, ego, periang dan manja.

DeVito (2000) telah membahagikan fungsi mata kepada


empat iaitu

(i) Mendapatkan maklum balas


dengan memandang terus kepada
seseorang.
(ii) Memaklumkan orang lain
tentang keterbukaan saluran komunikasi
dengan mengangkat kening mata.
(iii) Isyarat bentuk hubungan sama
ada sebagai tanda perkenalan atau emosi
marah serta benci.
(iv) Pengganti jarak fizikal apabila
berada dalam jarak yang jauh antara satu
sama lain.

2. Mimik muka

Wajah seseorang dapat memberi seribu makna!


Apakah maksud kenyataan ini? Ini bermaksud bahawa
raut wajah atau mimik muka dapat memberi pelbagai
mesej sesuai dengan konteks komunikasi. Menurut
Jalaludin (1985), mimik muka seseorang itu dapat
memberi sekurang-kurangnya sepuluh kategori makna
iaitu kebahagiaan, terkejut, ketakutan, ketakjuban,
kesedihan, kemuakan, kemarahan, minat, tekad dan
mengancam. Bolehkah anda tunjukkan ekspresi muka
anda berdasarkan ketegori ini. Isyarat muka dapat
menggambarkan keadaan dalaman seseorang tanpa
disedari malah sukar dikawal. Anda tidak dapat
berselindung dengan riak wajah anda sekiranya anda

82
mengalami trauma kemalangan walaupun anda
menyatakan secara lisan anda sudah sihat.

Pernahkah anda melihat rakan anda


tersenyum apabila mendapat berita
kemalangan rakannya? Kenapa dia
tersenyum? Adakah perlakuan ini
menggambarkan keadaan dalam dirinya
yang sebenar?

Imotikon adalah simbol yang digunakan


untuk menggambarkan emosi manusia.
Apakah mesej yang hendak disampaikan
melalui simbol imotikon berikut: :) :
0 ;) :( :( :D :P

3. Sentuhan

Manusia sentiasa bersentuhan antara satu sama lain


dalam pelbagai situasi dan tujuan. Sentuhan
mempunyai tujuan psikiologi dan profesional. Sentuhan
anggota badan khususnya tangan dapat
menggambarkan hubungan antara individu. Salam
berjabat tangan, berpelukan, berpimpin tangan,
menepuk bahu semasa bertemu adalah beberapa
contoh sentuhan yang membawa makna dan kesan
tersendiri. Melalui sentuhan, kita dapat mentafsir
emosi seseorang. Sentuhan juga dapat menunjukkan
kemesraan, kasih sayang dan pengharapan semasa
berinteraksi.

Heslin (dlm. Adler & Rodman, 1991) membahagikan


sentuhan kepada lima kategori iaitu

(i) Sentuhan fungsional sentuhan profesional


seperti berjabat tangan.

(ii) Sentuhan sosial sentuhan merendah diri


atau tanda hormat seperti bersalaman dan
berpelukan semasa bertemu.

83
(iii) Sentuhan persahabatan sentuhan mesra
seperti menepuk bahu dan berjalan
berganding bahu.

(iv) Sentuhan sayang sentuhan kemesraan


dan hubungan yang berdasarkan kasih
sayang seperti berjalan berpimpin tangan
sambil menggenggam erat tangan.

(v) Sentuhan seks sentuhan yang


menimbulkan keghairahan.

Cuba anda kaitkan konsep jarak dan


sentuhan. Adakah wujud persamaan atau
perbezaan?

4. Gestural

Gestural merujuk kepada gerakan anggota badan kita


khususnya tangan. Cara kita berdiri, menggerakkan
tangan, kaki serta badan, cara duduk boleh
menggambarkan sikap dan emosi kita seperti
mendorong-menghalang, pasif, keterbukaan,
keyakinan, ketegasan dan ketakutan. Mesej gestural
juga menggambarkan sifat seseorang sama ada
ekstrovet atau introvet (Hashim, 2001). Gestural boleh
dibahagikan kepada empat kategori iaitu

(i) Perlambangan bertindak sebagai


pengganti mesej lisan. Contohnya, isyarat
jari v yang membawa maksud
kemenangan kedamaian atau kejayaan
tanpa menyatakan secara lisan.

(ii) Ilustrasi isyarat gerakan tangan yang


digunakan bersama ucapan lisan. Isyarat
tangan ini berfungsi untuk mengukuhkan
mesej lisan. Contohnya, apabila pelajar
membuat bising, guru meminta pelajar
diam dan menunjukkan jari telunjuk di
bibir sebagai tanda senyap. Perlakuan guru

84
tadi memperkukuhkan larangan membuat
bising yang dinyatakan secara lisan.

(iii) Penyesuaian gerakan anggota badan juga


boleh menggambarkan penyesuaian diri
seseorang dengan emosi atau rangsangan
dalaman. Contohnya, perlakuan memicit
kepala boleh menggambarkan bahawa
individu tersebut mengalami sakit kepala.

(iv) Pengawalan mesej gestural juga boleh


mengawal situasi komunikasi dan
menonjolkan sifat seseorang. Dalam
keadaan berdiri sambil bercekak pinggang,
tentu situasi komunikasi yang tegang
sedang berlakumarah! Dalam hal ini,
gestural dapat mengawal serta
menggambarkan situasi komunikasi.

Ilustrasi di sebelah
menunjukkan
beberapa contoh
gerakan tangan yang
membawa maksud
tertentu. Cuba anda
tafsirkan mesej yang
hendak disampaikan
dengan isyarat tangan
tersebut.

Sumber:
www.mhhe.com/tubbs
moss

5.4.3.3 Kronemik

Kronemik adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat


penggunaan masa. Kronemik mengkaji bagaimana
manusia menggunakan masa dan menetapkan masa
sama ada secara budaya mahupun secara masa
realistik (Lewis, 1987). Tafsiran penggunaan masa
adalah sesuatu yang subjektif kerana dipengaruhi oleh
budaya, status, psikologi dan kesesuaian konteks
komunikasi. Masyarakat barat mementingkan

85
ketepatan waktu. Penggunaan waktu sebenar amat
penting dalam dunia perniagaan. Justeru itu, mereka
yang menepati waktu sebenar adalah mereka yang
menepati janji. Bagaimana pula dengan penggunaan
waktu budaya? Waktu budaya merujuk kepada waktu
yang secara umumnya difahami oleh masyarakat
setempat. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan
waktu budaya: Jumpa saya selepas waktu subuh;
Pastikan semua pelajar berkumpul selepas matahari
naik; dan Jarak perjalanan ke kampung orang asli
mengambil masa kira-kira empat batang rokok.
Berdasarkan beberapa contoh ini, dapatkah anda
tentukan masa yang sebenarnya? Manakala masa
sebenar pula merujuk kepada masa piawai, 24 jam
sehari.

Ketepatan penggunaan masa akan mencerminkan


tanggapan awal orang lain terhadap kita. Misalnya,
pelajar yang sering datang lewat, mungkir janji, tidak
menepati masa dianggap sebagai individu yang malas,
tidak bertanggungjawab atau tidak boleh dipercayai.
Bagaimana dengan diri anda?

5.4.3.4 Paralinguistik

Paralinguistik merujuk kepada elemen lisan yang


keluar daripada mulut tetapi bukan dalam bentuk
perkataan. Paralinguistik adalah isyarat suara dan
bunyi yang mengiringi simbol lisan yang diucapkan.
Paralinguistik penting kerana makna daripada mesej
lisan selalunya bergantung kepada tanda
paralinguistik. Bayangkan anda bercakap dengan nada
yang mendatar dan kelajuan yang sekata. Apakah
emosi dan bentuk ucapan anda? Isyarat paralinguistik
penting dalam menentukan kesan komunikasi dan
mengenal pasti makna mesej sebenar.

Paralinguistik berfungsi untuk menyatakan perasaan,


mengawal situasi, mengarah, memberi penekanan
maksud dan meningkatkan kadar pembujukan. Bahasa
penulisan tidak dapat menggambarkan emosi sebenar.
Tiga komponen paralinguistik ialah kelancaran dan
kelajuan, nada suara dan kualiti suara.

86
1. Kelancaran dan kelajuan

Berapa lancar anda mengemukakan pandangan apabila


diminta oleh pensyarah? Adakah anda tergagap-gagap
semasa menjawab? Ya, maklum balas anda yang
tersekat-sekat, gagap seketika dapat memberi
gambaran tentang ketidaksediaan anda dalam
mengikut kuliah. Begitu juga ada pelajar yang
membentang kertas kerja tugasan dengan laju
sehingga rakan-rakan lain tidak dapat memahami idea
utama yang hendak disampaikan. Adakah kelajuan
ucapan ini menggambarkan pelajar tersebut seorang
yang pandai? Pelajar yang bijak dapat
menyeimbangkan kelajuan ucapan supaya maklumat
dapat dikongsi secara efektif dengan pelajar lain.
Beberapa contoh ini, dapat mengetengahkan emosi,
pengetahuan dan persediaan seseorang berdasarkan
kelajuan dan kelancaran suara ketika berinteraksi.
Lazimnya kelajuan pengucapan yang berkesan adalah
antara 125 150 patah perkataan seminit. Kelajuan
bertutur menggambarkan emosi seseorang dalam
kebimbangan dan ketakutan. Manakala individu yang
berada dalam kemurungan, sedih, susah hati,
menyuarakan sesuatu dalam nada dan kelajuan yang
mendatar.

Kelancaran dan kelajuan bertutur boleh disesuaikan


dengan konteks komunikasi. Cuba anda bayangkan
suasana syarahan akademik dan ceramah politik
manakah yang lebih lancar dan laju? Kenapa berbeza?

2. Nada suara

Lazimnya nada suara yang tinggi dan rendah secara


berselang-seli dapat menekankan sesuatu maksud yang
hendak disampaikan. Dalam ceramah politik
umpamanya, penceramah menggunakan nada yang
agak tinggi ketika menyatakan pendiriannya,
sebaliknya menggunakan nada rendah ketika merayu
para pengikutnya mengubah sikap. Di sini jelas
bahawa, tuturan dengan nada tinggi rendah sesuai
dengan konteks interaksi dapat memperlihatkan tahap

87
pendidikan, perasaan, daya pembujukan dan niat-
tujuan seseorang.

3. Kualiti suara

Kualiti suara di sini merujuk kepada kejelasan sebutan


dan jenis suara. Ada individu yang bersuara merdu,
garau dan nyaring. Contohnya, pengacara majlis
mempunyai kualiti suara yang baik dan bijak
menggunakan nada serta kelajuan yang sesuai ketika
mengacarakan sesuatu majlis. Cuba anda lihat
rancangan terbitan TV3 Malaysian Top Host. Semua
peserta boleh bertutur dengan baik. Perkara yang
membezakan mereka ialah kualiti suara dan
kebijaksanaan mempelbagaikan gaya suara sesuai
dengan kandungan program yang dihoskan.

Apa pandangan anda jika seorang


pensyarah tidak menyampaikan syarahan
dengan lancar dan jelas? Apakah mesej
yang anda dapat simpulkan apabila anda
menghadapi situasi kuliah seperti ini?

5.4.3.5 Artifaktual

Artifaktual merujuk kepada penampilan diri individu


sama ada secara penampilan tubuh badan ataupun
aksesori diri seperti barang kemas. Penampilan diri
yang menarik solekan sesuai dengan fesyen dan
majlis, dapat menggambarkan keperibadian seseorang.
Begitu juga dengan tubuh badan yang sasa, kulit cerah
dan rambut ikal mayang. Kesemua penampilan diri ini
dapat memberi mesej tertentu. Pakaian yang mahal
dan berjenama juga boleh menampilkan status dan
keperibadian seseorang. Pakaian pasukan keselamatan
polis dan tentera pula melambangkan disiplin,
ketegasan dan ketangkasan. Kesesuaian pemilihan
warna pakaian juga melambangkan emosi dan
personaliti seseorang. Ahli psikologi menggunakan
pemilihan warna untuk mentafsir personaliti individu.
Justeru itu, mesej artifaktual dapat memperlihatkan
gambaran awal tentang diri seseorang sebelum
interaksi berlaku.

88
SOALAN DALAM TEKS

8. Beri TIGA (3) fungsi isyarat mata.


9. Terangkan EMPAT (4) jenis sentuhan
menurut Heslin (1991).
10. Apakah yang dimaksudkan dengan
paralinguistik?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Untuk bacaan
terperinci tentang
komunikasi bukan
lisan, sila lawat
laman web:
www.mhhe.com/tu
bbsmoss
yang menyediakan
gambar rajah
serta bab contoh
untuk anda muat
turun.

5.5 RUMUSAN

Dalam proses komunikasi antara manusia, mesej boleh


disampaikan melalui dua bentuk iaitu secara lisan dan
bukan lisan. Kedua-dua bentuk mesej komunikasi ini
mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling
melengkapi. Lazimnya, kita dapati bahawa komunikasi
lisan adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa
iaitu perkataan yang diucapkan ataupun dalam bentuk
tulisan. Dalam konteks komunikasi lisan, mesej
komunikasi lebih berbentuk tersurat dan terancang
walaupun ada bahasa kiasan dan puitis yang
memerlukan tafsiran yang mendalam. Sebaliknya,

89
komunikasi bukan lisan lazimnya berlaku tanpa
disedari diluar kawalan dan jika dirancang ianya
adalah mengikut keperluan fungsi seperti yang
dinyatakan di bahagian 5.4.2. Mesej bukan lisan
terbentuk hasil daripada rangsangan dalaman diri
yang mewakili emosi dan keperibadian seseorang.
Justeru itu, fungsi komunikasi bukan lisan selain
melengkapi mesej lisan ianya juga boleh memberi
penekanan, penggantian dan menimbulkan
percanggahan kepada mesej lisan.

Dalam usaha kita meningkatkan keberkesanan


komunikasi, pentafsiran mesej lisan dan mesej bukan
lisan hendaklah dibuat secara tepat dan berhemah bagi
mengelakkan kesilapan memberi makna sebenar. Oleh
itu, faktor konteks, budaya dan latar belakang mereka
yang terlibat dalam hubungan tersebut juga perlu
diberi perhatian kerana faktor ini dapat mempengaruhi
kelancaran serta keberkesanan proses komunikasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan perbezaan makna dengan mesej.

2. Huraikan EMPAT (4) fungsi komunikasi


bukan lisan.

3. Huraikan EMPAT (4) bentuk dan ciri jarak


fizikal.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan


prosekmik?

5. Huraikan bentuk-bentuk kinesik.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus


ini.

90
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Faktor yang mempengaruhi pentafsiran mesej


ialah konteks, tujuan, bentuk mesej, budaya,
pendidikan dan pengalaman.

2. Dua ciri mesej menurut Stohl (1995):

(i) Mesej membawa pelbagai makna.


(ii) Mesej terdiri daripada lisan dan bukan
lisan.

3. Maksud konotatif ialah bahasa yang membawa


makna tersirat. Manakala denotatif adalah
makna bahasa kamus iaitu makna telah
ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam
kamus.

4. Dua ciri komunikasi lisan [Rujuk bahagian 5.3.1]:

(i) Bahasa adalah satu sistem.


(ii) Bahasa adalah suatu yang abstrak.

5. Empat fungsi komunikasi lisan [Rujuk bahagian


5.3.2]:

(i) Peribadi: menggunakan bahasa untuk


meluahkan perasaan dan
melambangkan keperibadian seseorang.
(ii) Pernyataan: menggunakan bahasa untuk
menyatakan, menjelaskan dan
memerikan sesuatu perkara.
(iii) Penemuan.
(iv) Alatan.

6. Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi tanpa


perkataan (lisan) yang menggunakan simbol-
simbol fizikal dan gerakan badan untuk
menyampaikan mesej.

7. Prinsip bukan lisan [Rujuk bahagian 5.4.1]:

91
(i) Komunikasi lisan adalah kabur sebab
sukar ditafsir dan mempunyai pelbagai
makna.
(ii) Komunikasi bukan lisan refleksi
kebolehpercayaan simbol bukan lisan
adalah hasil rangsangan emosi dalaman
seseorang. Ianya dipancarkan di luar
kawalan individu (spontan dan tanpa
sedar).

8. Tiga fungsi isyarat mata: [Rujuk bahagian


5.4.3.2]

(i) Untuk mendapatkan maklum balas.


(ii) Memaklumkan tentang keterbukaan
saluran komunikasi.
(iii) Isyarat bentuk hubungan.

9. Empat jenis sentuhan (Heslin, 1991): [Rujuk


bahagian 5.4.3.2 untuk huraian lanjut]:
(i) Sentuhan fungsional.
(ii) Sentuhan sosial.
(iii) Sentuhan persahabatan.
(iv) Sentuhan seks.

10. Paralinguistik merujuk kepada elemen lisan yang


keluar daripada mulut tetapi bukan dalam bentuk
perkataan. Paralinguistik adalah isyarat suara
dan bunyi yang mengiring simbol lisan yang
diucapkan. [Rujuk bahagian 5.4.3.4 untuk
huraian lanjut].

92