Anda di halaman 1dari 22

BAB 1

SEJARAH KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan kaitan hubungan bidang
komunikasi dengan bidang sains sosial.
2. Menerangkan sejarah dan perkembangan
komunikasi di peringkat dunia dan Malaysia.

1.1 PENGENALAN

Komunikasi secara umumnya telah wujud bersama


dengan penciptaan manusia oleh Tuhan. Sejak beribu-
ribu tahun dahulu manusia sudah mengamalkan
prinsip-prinsip komunikasi dalam pelbagai konteks
penggunaan untuk tujuan utama iaitu berinteraksi dan
bertukar maklumat. Jika kita imbas kembali dalam
sejarah awal tamadun Islam, ayat-ayat al-Quran
disebarkan melalui komunikasi lisan secara
bersemuka. Kemudiannya ditulis di atas kulit kayu dan
kulit binatang bagi menjaga ayat-ayat tersebut
daripada hilang, di samping boleh digunakan oleh
generasi seterusnya tanpa ada sebarang tokok
tambahan walaupun masa dan tamadun manusia
berubah. Kini inovasi teknologi maklumat dan
komunikasi telah memudahkan kita mendokumentasi
dan mengakses ayat-ayat suci al-Quran tadi dalam
bentuk yang lebih canggih seperti dalam media VCD,
DVD malah boleh digabungjalinkan dengan audio-
visual.

Senario ringkas yang dipaparkan, jelas menunjukkan


bahawa pendekatan dan aplikasi komunikasi berubah
seiring dengan kemajuan serta persekitaran
1
masyarakat. Namun begitu, perkembangan komunikasi
sebagai satu bidang ilmu pengajian hanya mendapat
perhatian sarjana pada awal abad ke-20. Walaupun
komunikasi merupakan satu bidang pengajian yang
baru berbanding bidang-bidang sains sosial yang lain,
bidang komunikasi amat pesat berkembang
berdasarkan pengembangan ilmunya melalui kajian-
kajian intelektual yang dijalankan oleh para
cendekiawan yang terlibat.
Dalam bab ini, kita akan mendalami sejarah
komunikasi mengikut tahap-tahap perkembangan dan
melihat kedudukan bidang komunikasi sebagai satu
bidang sains sosial. Perbincangan juga akan
ditumpukan kepada pembangunan bidang komunikasi
di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.

1.2 KOMUNIKASI SEBAGAI SATU BIDANG


SAINS SOSIAL

Pengasasan bidang komunikasi banyak berdasarkan


kepada bidang-bidang sains sosial yang lebih dahulu
wujud seperti psikologi, sosiologi, antropologi, sains
politik dan ekonomi. Bidang-bidang ini mempunyai
banyak pengaruh terhadap bidang komunikasi kerana
kebanyakan penyelidikan awal komunikasi sebenarnya
dipelopori oleh mereka yang berada di bawah bidang-
bidang tersebut. Antaranya ialah Harold Lasswell yang
membina Model Komunikasi Lasswell atau lebih
terkenal dengan Teori Peluru Ajaib adalah merupakan
ahli sains politik, Paul Lazarsfeld yang
mengembangkan Model Pengaliran Maklumat Dua
Peringkat pula merupakan pakar sosiologi dan Karl
Hovland yang banyak mengkaji perubahan sikap
adalah merupakan penyelidik dalam bidang psikologi.

Selain itu, teori-teori utama bidang sains sosial juga


banyak menyumbang kepada kerangka ilmu
komunikasi. Antara contohnya ialah Teori Evolusi
Darwin yang dilihat sebagai pencetus idea dan
penelitian terhadap komunikasi bukan lisan, Teori
Psikoanalitik oleh Freud yang menyumbang kepada
kerangka pengajian ilmu pemujukan yang dibina oleh
Carl Hovland, dan juga Teori Kritikal oleh Karl Marx

2
yang mempengaruhi bidang kajian kesan media dan
politik-ekonomi dalam konteks komunikasi.

Perkembangan pesat teknologi dan komunikasi turut


merangsang perkembangan media yang mula
memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia. Berbagai-bagai ciptaan terbaru daripada
telegraf, radio, televisyen, telefon, satelit sehinggalah
kepada ciptaan peralatan komputer mula wujud.
Bertitik tolak daripada penggunaan pelbagai jenis
teknologi media dalam penyebaran maklumat telah
mencetuskan minat para penyelidik untuk menjalankan
kajian-kajian berkaitan, seperti kesan penggunaan
teknologi media terhadap manusia secara individu atau
berkumpulan, sama ada kepada kanak-kanak atau
orang dewasa. Perkembangan politik dan ekonomi
semasa juga turut menarik perhatian para pengkaji
untuk menumpukan kajian kepada topik-topik
berkaitan penyebaran propaganda, pendapat publik
dan periklanan.

Walaupun banyak kajian berkaitan dengan komunikasi


yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik daripada
pelbagai bidang sains sosial yang lain sebelum Perang
Dunia Kedua lagi, namun hanya selepas Perang Dunia
Kedua, bidang komunikasi diiktiraf sebagai bidang
sains sosial yang sah yang seterusnya menjadi bidang
pengajian yang penting (Saodah Wok et al., 2004). Kita
akan berbincang mengenai komunikasi dan sains sosial
ini dengan lebih lanjut lagi dalam sub topik yang
seterusnya.

SOALAN DALAM TEKS

1. Namakan bidang-bidang sains sosial


yang memberi banyak pengaruh kepada
bidang komunikasi.
2. Bilakah bidang komunikasi diiktiraf
sebagai bidang sains sosial?

3
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan, kenapa ramai sarjana


sains sosial mula menceburi bidang
komunikasi di peringkat awal?

1.3 PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN


BIDANG KOMUNIKASI

Jika kita membaca buku-buku berkaitan dengan


komunikasi, kita akan dapati terdapat pelbagai cara
penerangan yang digunakan oleh para penulis dan
para ilmuwan menerangkan mengenai sejarah dan
pembangunan bidang komunikasi. Namun, secara
umumnya mereka semua mengasaskan sejarah
perkembangan dan pembangunan bidang komunikasi
ini kepada negara barat dengan tumpuan khusus
kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Bagi
memudahkan kita memahami peringkat-peringkat
perkembangan dan pembangunan tersebut, kita
asaskan perbincangan bahagian ini kepada
penerangan yang diberikan oleh Griffin (1997) yang
membahagikan zaman perkembangan komunikasi di
barat kepada tujuh era yang akan dibincangkan
seterusnya (Saodah Wok et al., 2004).

1.3.1 Era Awal (1900 - 1930)

Era awal pembangunan bidang komunikasi dikenali


sebagai era kebangkitan retorik. Ia merupakan
lanjutan daripada percambahan idea-idea ahli-ahli
falsafah pada zaman Greek kuno. Pada zaman Greek
kuno, ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Isocrates
melihat retorik sebagai satu aspek penting dalam
kehidupan awam. Aristotle mengajar masyarakat
bagaimana untuk menganalisis pendengar, mencari
idea untuk komunikasi, mengatur mesej secara efektif,
mengembangkan bukti bagi menyokong dakwaan dan
menyampaikan ucapan yang boleh mempengaruhi
pendengar (Wood, 2001).

4
Beberapa abad selepas Plato dan Aristotle mengajar
dalam forum-forum Athenian, retorik menjadi bidang
utama dalam pendidikan liberal di Eropah dan Amerika
Syarikat. Berdasarkan pandangan Aristotle mengenai
retorik sebagai sastera praktik, guru-guru retorik
menyediakan panduan pragmatik kepada para pelajar
yang ingin menjadi pengucap yang efektif dalam
konteks publik. Dalam abad ke-19, kebanyakan
universiti ternama di Amerika Syarikat mempunyai
kerusi-kerusi retorik yang kebanyakannya dipegang
oleh ilmuwan-ilmuwan tersohor dan pemimpin-
pemimpin awam. Antara contoh diberikan oleh Foss,
Foss and Trapp (1991) ialah John Quincy Adams yang
merupakan bakal presiden yang pertama memegang
kerusi retorik yang dinamakan Boylston Professor of
Rhetoric Chair di Harvard University (Wood, 2001).

Sekitar 1800-an dan awal 1900-an, retorik diajar


sebagai sastera praktik yang menyediakan masyarakat
ke arah partisipasi bertanggungjawab dalam
kehidupan awam (Wood, 2001). Memandangkan
penekanan yang lebih diberikan kepada pengajaran
pada ketika itu, tidak hairanlah mengapa organisasi
profesional nasional di Amerika Syarikat yang pertama
ditubuhkan pada 1914 dinamakan sebagai Persatuan
Nasional Guru-Guru Pengucapan Awam.

Pada peringkat awal ini, guru-guru yang mengajar


pengucapan awam menekankan pengajaran mereka
kepada persembahan lisan dan berada di bawah
Jabatan Bahasa Inggeris. Namun setelah pengucapan
awam mula mendapat perhatian, pada 1935 didapati
lebih 200 universiti dan kolej di Amerika Syarikat
menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan
daripada Jabatan Bahasa Inggeris (Saodah Wok et al.,
2004).

Dari segi kursus yang ditawarkan di peringkat ini,


kebanyakannya lebih memberikan panduan praktik
dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan
awam, interpretasi lisan, drama, debat dan
perbincangan meja bulat. Sementara guru-guru
menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai
bahan rujukan. Plato, Aristotle, Cicero, dan Quantilian

5
menjadi sumber bahan pengajian dalam hebahan awam
ketika itu (Saodah Wok et al., 2004).

Kegiatan pada waktu itu pula bertumpu kepada kritik


retorik, iaitu ucapan dilihat sebagai komunikasi kepada
penerima yang khusus, dan fokus utama diberikan
kepada analisis dan apresiasi kaedah yang digunakan
oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para
pendengar (Saodah Wok et al., 2004).

1.3.2 Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930


1960)

Selepas dua perang dunia, para profesional dalam


bidang komunikasi yang hanya memfokuskan kepada
pengucapan awam sebelum ini mula berminat dengan
isu-isu sosial. Ahli-ahli dalam disiplin ini merasa amat
perlu untuk memahami hubungan antara komunikasi
dan kebangkitan kuasa Hitler, perkembangan sikap
prejudis terhadap kumpulan-kumpulan sosial,
kesediaan untuk mengikuti pemimpin autoritarian,
kesan-kesan propaganda, dan perubahan sikap dan
kepercayaan (Wood, 2001). Perkembangan luas bidang
ini menerangkan sebab Persatuan Nasional Guru-Guru
Pengucapan Awam menukar namanya kepada
Persatuan Pengucapan Amerika.

Kemunculan kajian-kajian yang banyak bertumpu


kepada isu-isu berkaitan dengan kesan media turut
menjadikan era kedua ini lebih dikenali sebagai era
kesan media. Griffin (1997) merujuk peringkat ini
sebagai era kebangkitan empat orang sarjana yang
digelar Bapa Penyelidikan Komunikasi. Menurut
Schramm (1963), empat orang sarjana tersebut
mengambil pendekatan sains perlakuan (behavioral
science approach) untuk mengkaji kesan mesej
pembujukan terhadap audiens yang ramai dan mereka
terdiri daripada Harold Lasswell, Kurt Lewin, Paul
Lazarsfeld dan Karl Hovland (Saodah Wok et al., 2004).

Harold Lasswell merupakan ahli sains politik yang


membuat analisis propaganda Nazi untuk mengenal
pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.

6
Beliau berpandangan bahawa untuk mendapatkan
pemahaman yang sepatutnya mengenai sistem
komunikasi massa, beliau menekankan soalan ini
dalam proses komunikasi iaitu: Siapa - Mengatakan
Apa Dalam Saluran Mana Kepada Siapa Dengan
Kesan Apa?.

Kurt Lewin pula merupakan ahli psikologi sosial yang


yang tidak dapat menerima kepimpinan autoritarian.
Beliau banyak mengkaji prejudis dan bagaimana
kumpulan mempengaruhi individu lain dalam
kumpulan. Konsep gatekeeping untuk pemilihan
berita kepada umum turut dibicarakan.

Paul Lazarsfeld yang menjalankan projek


penyelidikan radio merupakan pakar sosiologi yang
turut dianggap sebagai perintis kajian tinjauan dan
teknik kumpulan sasaran (focus-group) yang digunakan
bagi melihat impak penyiaran terhadap emosi. Beliau
juga merupakan orang yang bertanggungjawab
menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial Gunaan (Bureau
of Applied Social Research) di Universiti Columbia bagi
mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan
dan sektor perniagaan.

Karl Hovland pula adalah ahli penyelidik psikologi


yang menjurus kajian kepada perubahan sikap. Beliau
menguji kesan pembujukan terhadap kredibiliti sumber
dan juga susunan hujah dalam mesej. Selepas
menjalankan kajian propaganda selepas Perang Dunia
Kedua, beliau menubuhkan pusat penyelidikan yang
besar di Yale University (Baran & Davis, 1995).

Apabila kebanyakan yang dianggap sebagai bapa


penyelidikan komunikasi ini telah bersara, meninggal
dunia atau meninggalkan bidang penyelidikan
komunikasi, Bernard Berelson (1959), seorang yang
bekerja rapat dengan Paul Lazarsfeld menyatakan
pandangan beliau yang bidang penyelidikan
komunikasi dilihat semakin malap (Baran & Davis,
1995).

Namun, Schramm yang melihat keadaan tersebut telah


mengambil langkah awal dengan membentuk disiplin

7
komunikasi bagi menyokong bidang sains sosial yang
terdiri daripada psikologi, sosiologi, sains politik,
ekonomi dan antropologi yang telah wujud ketika itu.
Wilbur Schramm merupakan ilmuwan kesusasteraan
Inggeris yang terlatih. Beliau mendapat pendidikan
sarjana dari Harvard University dan Doktor Falsafah
dalam bidang bahasa Inggeris dari University of Iowa,
tetapi apabila beliau memulakan kerjaya beliau di Iowa
sekitar 1930-an, beliau tidak dapat lari daripada
menyertai bidang sains sosial kerana waktu itu
merupakan waktu kebangkitan sains sosial empirik
(Baran & Davis, 1995). Justeru itu, Schramm
bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain daripada
bidang pendidikan dan psikologi di samping membantu
Jabatan Bahasa Inggeris menganjurkan Bengkel
Penulis-Penulis Iowa. Schramm merupakan seorang
yang telah banyak berjasa kepada perkembangan
bidang komunikasi. Beliau bertanggungjawab
menubuhkan program Ijazah Kedoktoran (PhD.) dalam
bidang komunikasi massa yang pertama di University
of Iowa (Saodah Wok et al., 2004). Beliau juga turut
menubuhkan Institut Penyelidikan Komunikasi yang
penting di Illinois, Stanford dan di East-West Center di
Hawaii yang banyak membantu meningkatkan taraf
pengajian komunikasi. Schramm seterusnya dianggap
sebagai bapa komunikasi, iaitu pengasas bidang
komunikasi yang tulen kerana asas pendidikan beliau
adalah dalam bidang kewartawanan.

1.3.3 Era Revolusi (1950 1970)

Era ketiga dirujuk kepada teori dalam tabung uji yang


menekankan kajian saintifik dan empirik yang memberi
kesan kepada hampir semua bidang sains sosial dan
kemanusiaan. Ia muncul pada pertengahan abad ke-20.
Pembentukan Persatuan Komunikasi Antarabangsa
(ICA) pada 1950 menandakan satu kemajuan kajian
saintifik dalam bidang komunikasi. Walaupun
Persatuan Pengucapan Amerika memasuki bidang
kemanusiaan, ICA bersekutu dengan tradisi saintifik.
Tradisi ini telah menarik ramai pengkaji komunikasi
mengutamakan bentuk kajian kuantitatif bagi
mempelajari sesuatu isu itu dengan lebih jelas. Contoh

8
isu-isu yang menarik kajian seperti faktor-faktor yang
mempengaruhi kredibiliti seorang penceramah, kesan-
kesan mengikuti model-model rasional pembuat
keputusan, maklum balas ahli kumpulan kepada gaya
kepimpinan yang berbeza dan kesan pelbagai jenis
bukti terhadap pembujukan (Wood, 2001).

Perubahan orientasi bidang komunikasi berlaku


apabila Shannon dan Weaver (1948) membentuk model
linear komunikasi dan David Berlo (1960)
memudahkan model tersebut kepada empat bahagian
asas seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 dan
Rajah 1.2 (Saodah Wok et al., 2004).

Rajah 1.1
Model Linear Komunikasi Shannon dan Weaver (1949)

Isyarat
Mesej Isyarat Terima Mesej

Sumber Transmiter Penerima Destinasi


maklumat

Sumber
gangguan

Sumber: Watson & Hill. ( 2000: 284).

Rajah 1.2
Model SMCR Berlo (1960)

Sumber Mesej Saluran Penerima

Sumber: Watson & Hill. (2000: 25).

Model Berlo ini merupakan model yang dibangunkan


ke arah bidang sosiologi berasaskan Model Linear
Komunikasi Shannon dan Weaver (Watson & Hill,
2000). Model SMCR ini juga merupakan cara piawai
untuk melihat proses komunikasi (Saodah Wok et al.,
2004). Perkembangan yang menggalakkan ini telah
9
merangsang kebanyakan jabatan di kebanyakan
universiti menambah perkataan komunikasi pada nama
asal jabatan mereka. Dalam tahun 1969, organisasi
nasional yang menggunakan nama Persatuan
Pengucapan Amerika turut diubah kepada Persatuan
Komunikasi Pengucapan (Wood, 2001).

1.3.4 Era Pergolakan 60-an (1960 1970)

Tahun 1960-an dan 1970-an melihat motif baru dalam


perkembangan komunikasi yang sering dirujuk sebagai
asas pelancaran komunikasi interpersonal. Di Amerika
Syarikat, ia merupakan satu masa perubahan besar
sosial dan politik yang dikatakan tidak pernah berlaku
sebelum ini. Pergerakan hak-hak asasi dan pergerakan
wanita telah mengubah paten hubungan peribadi dan
sosial. Dalam waktu yang sama, pertembungan budaya
berlaku dengan mendadak dan membawa bersama
idea-idea baru mengenai bagaimana manusia perlu
berinteraksi dan apa yang sebenarnya penting di
dalam kehidupan (Wood, 2001).

Bagi mencari penjelasan kepada isu-isu yang terkini,


disiplin komunikasi telah meluaskan minatnya untuk
melibatkan komunikasi interpersonal. Walaupun pada
peringkat permulaan kursus pengenalan komunikasi
merupakan pengucapan awam, ia bertukar kepada
komunikasi interpersonal di kebanyakan kolej dan
universiti di sekitar tahun 1960-an dan 1970-an (Wood,
2001).

Kursus-kursus lain yang diperkenalkan dan turut


mendapat sambutan baik daripada pelajar-pelajar
adalah seperti kursus gelagat bukan lisan, komunikasi
keluarga dan interaksi dalam hubungan intim.
Penekanan interpersonal turut memberi kesan kepada
kursus-kursus komunikasi kumpulan yang menambah
perhatian kepada latihan dan hubungan manusia
terhadap kandungan tradisi berkenaan pembuat
putusan rasional (Wood, 2001; Saodah Wok et al.,
2004). Kedua-dua perspektif kemanusiaan dan saintifik
berkenaan komunikasi terus membentuk penyelidikan
dan pengajaran dalam era ini.

10
1.3.5 Era Retorik Baru (1965 1980)

Pada akhir 1970-an sehingga 1990-an, minat dalam isu-


isu sosial membentuk kembali semua bidang
komunikasi termasuklah retorik yang mula meluaskan
kajiannya melewati kajian pengucap secara individu.
Para ilmuwan retorik mula mengkaji pergerakan sosial
seperti pergerakan kuasa orang kulit hitam dan
pergerakan anti perang Vietnam. Mereka bukan hanya
mengkaji pengucapan awam yang merupakan
sebahagian daripada pergerakan tersebut, malah
mereka turut menganalisis bagaimana taktik-taktik
paksaan digunakan, bagaimana strategi simbolik untuk
menerangkan isu-isu berjaya dilaksanakan, dan
bagaimana pergerakan sosial mencabar dan merubah
amalan dan nilai budaya yang telah diterima pakai
umum (Wood, 2001).

Contohnya, Edwin Black (1965) yang mengutarakan


cara baru menganalisis ucapan. Antara lain,
kemunculan artikel-artikel seperti The Rhetoric of
Black Power oleh Burgess (1968) dan The Rhetoric of
Confrontation, oleh Scott and Smith (1969). Mereka
berpendapat ucapan awam tidak mempunyai kaitan
dengan ucapan yang disediakan secara rapi ataupun
hujah-hujah yang diterima akal. Seterusnya, para
sarjana menerima hakikat hasutan sosial (social
agitation) dan komunikasi bukan verbal memainkan
peranan penting dalam penerimaan mesej (Saodah
Wok et al., 2004).

Para pengkaji daripada bidang lain berkongsi minat


mereka dalam perspektif kritikal yang memberi fokus
kepada cara-cara, iaitu komunikasi membentuk dan
dibentuk oleh konteks sejarah, sosial dan politik di
mana ia berlaku. Oleh yang demikian, fakulti
komunikasi interpersonal mengendalikan penyelidikan
dan mengajar mengenai bagaimana teknologi baru
memberi kesan kepada hubungan personal melalui
pertemuan atas talian (online dating), bagaimana
kejadian seperti Million Man March dan pergerakan
seperti pergerakan feminis mempengaruhi komunikasi

11
setiap individu wanita dan lelaki, dan bagaimana trend-
trend nasional ekonomi seperti pengecilan saiz dan
penggunaan sumber luaran memberi kesan kepada
pekerja dalam konteks pekerjaan dan kehidupan
personal mereka (Wood, 2001).

1.3.6 Era Pencarian Model Sejagat (1970 1980)

Menurut Saodah Wok et al. (2004) saintis komunikasi


adalah berbeza dengan sarjana retorik kerana mereka
cuba membuat penyatuan tetapi sarjana retorik cuba
membuat kepelbagaian. Ia bukan sesuatu yang mudah
kerana walaupun melepasi satu dekad penyelidikan
empirik dijalankan, masih tiada hasil yang betul-betul
boleh dibanggakan disebabkan kekurangan teori besar
yang dapat digunakan bagi memfokuskan semua usaha
penyelidikan dalam bidang komunikasi. Mereka
seterusnya memandang para penyelidik komunikasi
sebagai terasing kerana kajian bertumpu kepada
pemboleh ubah yang terpisah tetapi penting dalam
proses komunikasi. Mereka membawa bidang pidato
sebagai contoh, iaitu penyelidik cuba melihat sebab
berlaku kekhuatiran berucap. Kajian penyelidik
kumpulan dinamik memberikan tumpuan untuk
menguji ciri-ciri dan gaya kepimpinan tetapi penyelidik
komunikasi massa memberi tumpuan kepada kesan
keganasan program televisyen. Manakala penyelidik
bidang pembujukan cuba mendapatkan jawapan
kepada persoalan berkenaan faktor kredibiliti sumber.
Dari sudut antara perseorangan pula melibatkan
pendedahan kendiri, harga diri, komunikasi bukan
lisan dan cara mengatasi konflik.

Berdasarkan pendapat Kuhn (1970) yang mengatakan


sains yang matang perlu model atau paradigma yang
sejagat, ahli sains sosial dalam bidang komunikasi
dilihat belum mencapai tahap tersebut (Saodah Wok et
al., 2004). Oleh kerana itulah kebanyakan buku yang
dihasilkan di sekitar 1970-an berkisar tentang
gambaran proses komunikasi disebabkan oleh usaha-
usaha yang dilakukan oleh para penyelidik komunikasi
bagi mencari satu model komunikasi yang boleh

12
diterima umum sebagai menggambarkan proses
komunikasi.

1.3.7 Era Pergolakan Bidang Komunikasi (1980


Kini)

Istilah pergolakan yang digunakan oleh Griffin bagi era


ini menggambarkan percubaan untuk melihat
percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan
yang berlaku dalam bidang komunikasi semasa
(Saodah Wok et al., 2004).

Seiring dengan perkembangan pesat ekonomi dan


politik dunia serta teknologi komunikasi maklumat
pada era ini, bidang komunikasi juga turut
berkembang daripada fokus kepada bidang
interpersonal dan komunikasi massa kepada
percambahan pelbagai bidang lain. Antaranya ialah
bidang komunikasi organisasi, perhubungan awam,
periklanan, komunikasi pembangunan, pengurusan
konflik, kemahiran kepimpinan, komunikasi
antarabudaya dan komunikasi pembujukan. Bidang ini
terus ditawarkan di universiti-universiti berkaitan dan
mendapat perhatian ramai pelajar disebabkan oleh
keperluan semasa yang relevan dengan kehendak
sektor-sektor pekerjaan dan arus globalisasi.

Selari dengan perkembangan bidang komunikasi,


penyelidikan komunikasi turut meningkat dan banyak
dimuatkan dalam jurnal-jurnal khususnya jurnal-jurnal
komunikasi dan bahan bacaan berkaitan sebagai
rujukan. Analisis jurnal-jurnal berkaitan dengan
komunikasi seperti Communication Theory, Language
and Social Interaction,dan the Journal of Social
Relationships mendapati bahawa terdapat lima trend
dalam pengajian komunikasi iaitu (Saodah Wok et al.,
2004):

(i) Minat yang meningkat


dalam penyelidikan interpretif bagi tujuan
memahami dan memberi interpretasi.
Kajian utamanya adalah berkenaan dengan

13
budaya dan kritik feminis yang cuba
mempersoalkan ketidakseimbangan kuasa.
(ii) Banyak kajian dijalankan
menggunakan kaedah etnografi, iaitu
tumpuan penganalisis media beralih
daripada kandungan mesej program
televisyen kepada bagaimana pentafsiran
mesej dibuat oleh setiap penonton.
(iii) Percubaan untuk
menembusi minda dengan membentuk
model struktur mental dan proses kognitif
yang menjadi panduan kepada proses
komunikasi.
(iv) Tumpuan kepada fenomena
yang melibatkan hubungan iaitu
percintaan, persahabatan dan
kekeluargaan.
(v) Perpecahan dalam
pengajian komunikasi sekitar 1990-an.

Seterusnya Griffin mengandaikan perkembangan


bidang komunikasi dalam abad ke-21 seperti sungai
dengan dua arus bagi menggambarkan sains dan seni
komunikasi (Saodah Wok et al., 2004). Perubahan
minat bidang ini dalam konteks dan bentuk komunikasi
yang pelbagai telah melihat perubahan nama
Persatuan Komunikasi Pengucapan kepada Persatuan
Komunikasi Nasional di pertengahan 1990-an dan
ianya diguna pakai sehingga hari ini (Wood, 2001).

Kunjungi laman web


http://www.mediahistory.u
mn.edu yang menjejaki
sejarah perkembangan
komunikasi dan
perantaraan media dari
zaman yang terawal
hingga yang terkini.

14
SOALAN DALAM TEKS

3. Nyatakan era-era perkembangan


komunikasi.
4. Senaraikan nama empat orang bapa
penyelidikan komunikasi.
5. Apakah yang membezakan saintis
komunikasi dan sarjana retorik dalam
pencarian model atau teori?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.4 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI


MALAYSIA

Setelah kita meninjau perkembangan bidang


komunikasi secara umum, kita lihat pula
perkembangannya secara khusus di Malaysia. Seperti
mana perkembangannya di peringkat dunia yang
dilihat secara berperingkat, Syed Arabi (2002) turut
melihat sejarah dan perkembangan pengajian
komunikasi di Malaysia melalui empat fasa (Mohd
Baharudin & Mohd Khairie, 2004):

1.4.1 Fasa Pertama

Pada fasa ini perkembangan bidang komunikasi banyak


dipengaruhi oleh bidang kewartawanan yang mula
berkembang sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957. Menurut Mohd Safar (1996), ketika
ini media cetak khususnya surat khabar banyak
memainkan peranan dalam masyarakat untuk
memupuk semangat kebangsaan serta kemerdekaan
kepada rakyat Malaysia yang berada di bawah tekanan
kuasa penjajah ketika itu. Media dan komunikasi
banyak memainkan peranannya dari aspek politik dan
sosioekonomi seperti menyokong usaha-usaha
menanamkan semangat nasionalisme di kalangan
rakyat bagi membantu perjuangan menuntut

15
kemerdekaan. Pada peringkat ini bidang komunikasi
belum diwujudkan sebagai bidang pengajian formal.

1.4.2 Fasa Kedua

Fasa kedua bermula selepas Malaysia mencapai


kemerdekaan. Bidang komunikasi mula berkembang
dan mendapat perhatian apabila operasi
persuratkhabaran dipindahkan dari Singapura ke
Kuala Lumpur. Perpindahan ini telah mengasaskan
perkembangan media cetak di negara ini. Seterusnya
bidang komunikasi berkembang lagi dengan
kewujudan bidang penyiaran di sekitar awal 1970-an.

Pada peringkat ini juga, iaitu sekitar 1960-an dan 1970-an, berlakunya
penubuhan beberapa institusi profesional khususnya bagi menampung
keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi kepada para
pengamal komunikasi. Antara institusi yang terbabit ialah Berita
Nasional Malaysia (BERNAMA) yang ditubuhkan pada tahun 1968
yang memberi tumpuan kepada bidang kewartawanan, Institut
Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) yang ditubuhkan pada 1962 bagi
keperluan mereka di bidang perhubungan awam, dan Institut
Penyiaran Tun Abdul Razak yang ditubuhkan pada 1972 bagi
memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik.
Kunjungi laman web
BERNAMA
http://www.bernama.c
om/about/bm/index.ht
ml yang menyediakan
pelbagai produk
berita dan maklumat
kewangan kepada
organisasi media,
perniagaan dan
kerajaan.

1.4.3 Fasa Ketiga

Fasa ketiga ini dikatakan sebagai satu fasa yang


melalui anjakan paradigma dalam bidang komunikasi

16
negara. Pada peringkat ini, bidang-bidang ilmu dan
amalan komunikasi yang baru selain daripada bidang
kewartawanan dan penyiaran mula muncul. Dengan
kewujudan bidang-bidang baru, latihan serta profesion
dalam penyiaran radio, televisyen dan agensi berita
mula digandingkan dengan bidang periklanan dan
perhubungan awam.

Pada peringkat ini juga, bidang komunikasi mula


muncul sebagai bidang pengajian formal khususnya di
pertengahan 1970-an. Ini boleh dilihat dengan
penubuhan beberapa pusat pengajian khusus dalam
bidang komunikasi di beberapa institusi awam. Jabatan
Komunikasi pertama ditubuhkan di Universiti Sains
Malaysia (USM) pada 1970, diikuti dengan Sekolah
Kajian Sebaran Am di Institut Teknologi MARA (ITM)
pada 1972 kini dikenali sebagai Universiti Teknologi
MARA (UiTM), seterusnya Jabatan Komunikasi di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1976, dan
Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti
Pertanian Malaysia (UPM) pada 1979 sekarang
dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Pendidikan komunikasi pada fasa ini dikatakan lebih


bersifat terbuka daripada fasa-fasa sebelumnya, iaitu
ia tidak hanya terhad kepada para pengamal media
sahaja sebagaimana fasa-fasa sebelumnya. Penumpuan
pengajian komunikasi di peringkat ini pula dikatakan
banyak bertumpu kepada bidang komunikasi massa
khususnya penyiaran dan kewartawanan.

1.4.4 Fasa Keempat

Fasa terakhir ini bermula sekitar 1980-an.


Perkembangan bidang pengajian komunikasi ketika ini
adalah seiring dengan perkembangan pesat teknologi
dan komunikasi, dan kepesatan ekonomi negara. Pada
peringkat ini, bidang komunikasi dilihat semakin
penting apabila berjaya muncul sebagai salah satu
bidang komersial. Selaras dengan kehendak sektor-
sektor pekerjaan khususnya sektor swasta dan
keperluan semasa negara pada 1990-an telah
memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru

17
seperti komunikasi organisasi, komunikasi korporat,
periklanan, teknologi komunikasi dan telekomunikasi
di universiti-universiti awam. Melihat kepada senario
semasa, pada masa akan datang adalah dijangkakan
terdapat lebih banyak lagi bidang baru yang akan
diperkenalkan.

Jadual 1.1 menunjukkan senarai jabatan-jabatan dan


program-program komunikasi yang ditawarkan di
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di
Malaysia.

Jadual 1.1
Senarai IPTA, Jabatan dan Program Komunikasi yang Ditawarkan

IPTA Fakulti/ Jabatan Program


Universiti Sains Pusat Pengajian Komunikasi
Malaysia Komunikasi dan Kajian Media
Kewartawan
an
Penerbitan
Periklanan
Universiti Teknologi Fakulti Komunikasi Massa:
MARA Komunikasi dan Kewartawan
Pengajian Media an
Perhubunga
n Awam
Penyiaran
Periklanan
Penerbitan
Universiti Fakulti Sains Komunikasi
Kebangsaan Sosial dan Media
Malaysia Kemanusiaan Komunikasi
dan Pengurusan
Maklumat
Komunikasi
dan Dasar Awam
Universiti Putra Fakulti Bahasa Penyiaran
Malaysia Moden dan Kewartawan
Komunikasi an
Komunikasi
Korporat
Komunikasi
Kemanusiaan

Universiti Malaya Kewartawan


an
Penerbitan

18
Periklanan
Universiti Islam Kulliyyah Ilmu Komunikasi:
Antarabangsa Wahyu dan Sains Media Cetak
Malaysia Kemanusiaan Komunikasi
Jabatan Organisasi
Komunikasi Perhubunga
n Awam
Universiti Malaysia Fakulti Sains Kajian
Sarawak Sosial Komunikasi
Universiti Malaysia Sekolah Sains Komunikasi
Sabah Sosial
Universiti Utara Fakulti Komunikasi
Malaysia Komunikasi dan Organisasi
Bahasa Moden Komunikasi
Pembangunan
Teknologi
Komunikasi

Berdasarkan sejarah penubuhan program pengajian


komunikasi di IPTA di seluruh Malaysia, Universiti
Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti yang
terkini memperkenalkan program tersebut pada tahun
1999. Program Komunikasi di UUM pada awalnya
berada di bawah Sekolah Pembangunan Sosial. Selepas
bulan April 2003, Program Komunikasi UUM telah
berkembang setapak lagi dengan penubuhan Fakulti
Komunikasi dan Bahasa Moden yang mengandungi tiga
jabatan utama. Jabatan Komunikasi, Jabatan Bahasa
Moden dan Jabatan Teknologi Media. Satu keunikan
dan keunggulan Program Komunikasi UUM adalah
struktur program akademiknya adalah berteraskan
ilmu komunikasi kepengurusan. Ini sesuai dengan misi
Program untuk melahirkan graduan yang
berkepakaran dan berkemahiran dalam selok belok
ilmu komunikasi dan pengurusan yang terkini, yang
berteraskan budaya Malaysia. Di samping itu, Program
Komunikasi UUM mensasarkan visi untuk menjadi
pusat kecemerlangan ilmu komunikasi kepengurusan
dan teknologi. Keunikan visi, misi dan struktur
akademik Program Komunikasi UUM yang menjurus
kepada bidang Komunikasi Organisasi, Komunikasi
Pembangunan dan Teknologi Komunikasi, telah
meletakkan program ini sebaris dan setanding dengan
program yang ditawarkan oleh IPTA lain.

19
Selain menawarkan program sarjana muda sepenuh
masa sejak tahun 1999, Program Komunikasi UUM
telah berkembang pesat dari semasa ke semasa dan
kini menawarkan beberapa program komunikasi di
peringkat pengajian seperti berikut:

(i) Program Sarjana dan Doktor Falsafah (mod


penyelidikan) 2003.
(ii) Program Sarjana Komunikasi
Kepengurusan Oktober 2004.
(iii) Program Diploma Komunikasi (kawal selia
dengan kolej-kolej swasta terpilih).
(iv) Program Sarjana Muda Komunikasi (mod
pendidikan jarak jauh) Oktober 2005.

Seperti di negara-negara barat, perkembangan sesuatu


bidang pengajian lahir daripada hasil usaha tokoh-
tokoh tertentu, begitu juga di Malaysia. Antara
pengasas bidang pengajian komunikasi yang terkenal
di Malaysia yang berasal dari bidang komunikasi
sendiri ialah Prof. Dato Dr. Syed Arabi Idid dan Prof.
Dr. Yusof Hussain.

Mengapa anda memilih Program


Komunikasi UUM? Apakah perbezaan dan
keunikan Program Komunikasi UUM
berbanding IPTA yang lain?

SOALAN DALAM TEKS

6. Mengapakah media cetak


memainkan peranan penting dalam
fasa perkembangan awal bidang
komunikasi di Malaysia?
7. Bilakah bidang komunikasi mula
berkembang sebagai bidang
pengajian formal di Malaysia?

20
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 RUMUSAN

Daripada perbincangan kita dalam topik ini, dapatlah


dikatakan bahawa perkembangan bidang komunikasi
ini adalah seiring dengan kemajuan bidang teknologi,
media dan komunikasi, serta perkembangan politik dan
ekonomi sesebuah negara. Sebagai satu bidang sains
sosial, kemajuan bidang komunikasi seperti yang
dicapai sekarang turut disumbangkan oleh ahli-ahli
bidang sains sosial yang lain. Selain itu, seperti yang
dinyatakan oleh Saodah Wok et al. (2004),
perkembangan bidang komunikasi di Malaysia amat
dipengaruhi oleh kejadian di barat kerana pengasas
bidang ini mendapat pendidikan dan latihan di barat,
namun mereka menyesuaikannya dengan nilai dan
budaya masyarakat timur.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan empat orang sarjana yang dikenali


sebagai Bapa Penyelidikan Komunikasi dan
jelaskan sumbangan mereka dalam bidang
komunikasi.

2. Bandingkan perubahan tumpuan pengajaran


atau penyelidikan dalam setiap peringkat
perkembangan dan pembangunan bidang
komunikasi, bermula daripada tahap yang paling
awal hingga yang terkini.

3. Huraikan empat tahap perkembangan bidang


komunikasi di Malaysia.

21
Semak jawapan anda di akhir modul kursus
ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Psikologi, sosiologi, antropologi, sains politik dan


ekonomi.

2. Selepas Perang Dunia Kedua.

3. Era perkembangan bidang komunikasi:

(i) Era Awal (1900-1930)


(ii) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930-
1960)
(iii) Era Revolusi Empirik (1950-1970)
(iv) Era Pergolakan 60-an (1960-1970)
(v) Era Retorik Baru (1965-1980)
(vi) Era Pencarian Model Sejagat (1970-
1980)
(vii) Era Pergolakan Bidang Komunikasi
(1988-kini)

4. Bapa-bapa penyelidikan komunikasi:

(i) Harold Lasswell


(ii)Kurt Lewin
(iii) Paul Lazarsfeld
(iv) Karl Hovland

5. Saintis komunikasi membuat penyatuan.


Sarjana retorik membuat kepelbagaian.
6. Bagi menyokong usaha-usaha menanamkan
semangat nasionalisme di kalangan rakyat bagi
membantu perjuangan menuntut kemerdekaan.

7. Pertengahan tahun 1970-an.

22