Anda di halaman 1dari 18

BAB 6

JENIS KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menerangkan jenis-jenis komunikasi mengikut konteks
komunikasi.
2. Menghuraikan konsep dan ciri-ciri komunikasi mengikut
konteks.
3. Mengenal pasti fungsi dan peranan komunikasi mengikut jenis-
jenis komunikasi.

6.1 PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang jenis-


jenis komunikasi berdasarkan konteks yang berbeza.
Dalam bab sebelumnya anda telah didedahkan dengan
elemen dan model komunikasi yang menerangkan
keseluruhan proses komunikasi. Sehubungan itu,
apakah yang anda faham tentang kontkes komunikasi?
Konteks komunikasi merujuk kepada suasana dan
persekitaran berlakunya sesuatu komunikai.
Contohnya komunikasi yang berlaku di kalangan
pekerja majikan dikenali sebagai komunikasi
organisasi. Komunikasi antara ibu bapa dengan anak-
anak dikenali sebagai komunikasi keluarga.

Di sini jelas menunjukkan bahawa konteks di mana


komunikasi berlaku dapat menggambarkan suasana
dan proses sesuatu komunikasi. Manakala konteks
yang berbeza bermaksud faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi komunikasi seperti suasana, masa dan
individu yang terlibat dalam komunikasi tersebut yang
memberikan kesan dalam komunikasi yang berlainan.
Konteks komunikasi memainkan peranan penting
dalam menentukan tujuan, saluran dan keberkesanan
sesuatu proses komunikasi. Berdasarkan sejarah
perkembangan bidang komunikasi seperti dalam Bab 1,
didapati ruang lingkup komunikasi berlaku dalam
berbagai-bagai situasi mengikut keperluan. Menurut
Wood (2001), bermula tahun 1979 sehingga 1990-an
tumpuan sarjana mula beralih kepada perspektif
kritikal dengan mengkaji bagaimana komunikasi
membentuk dan dibentuk oleh konteks sosial, sejarah,
teknologi dan politik yang berlaku pada satu-satu
masa.

Untuk bacaan lanjut tentang jenis-jenis


komunikasi, sila lawati
http://en.wikipedia.org/wiki/Communicat
ion

Berikut ialah lapan jenis komunikasi yang berbeza


mengikut konteks.

(i) Komunikasi Intraperibadi (Intrapersonal


communication).
(ii) Komunikasi Antara Peribadi
(Interpersonal communication).
(iii) Komunikasi Kumpulan (Group
communication).
(iv) Komunikasi Organisasi (Organizational
communication).
(v) Komunikasi Awam (Public
communication).
(vi) Komunikasi Massa (Mass
communication).
(vii) Komunikasi Antarabudaya (Intercultural
communication).
(viii) Komunikasi Atas Talian (Online
communication).

6.2 KOMUNIKASI INTRAPERSONAL


Komunikasi intrapersonal merujuk kepada proses
komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri. Kita perlu
memikirkan tahap kemampuan komunikasi yang kita
miliki sebelum berkomunikasi dengan orang lain
(DeVito, 2002). Dalam proses komunikasi
intrapersonal, komunikasi yang berlaku merujuk
kepada aktiviti berfikir, mempersepsi dan seterusnya
kita menilai sebelum membuat keputusan apa yang
hendak dikomunikasikan. Justeru itu, komunikasi
intrapersonal adalah asas kepada proses komunikasi,
iaitu kita menjana mesej (enkod) dalam diri kita
terlebih dahulu sesuai dengan konteks sebelum
menghantar mesej dalam bentuk simbol lisan atau
bukan lisan kepada penerima.
6.2.1 Takrifan Komunikasi Intrapersonal

Sheldtesky (2000) telah mengemukakan takrifan yang


agak jelas tentang komunikasi intrapersonal. Beliau
menyatakan komunikasi intrapersonal merupakan satu
proses memberi makna dalam diri individu. Ini
bermakna komunikasi intrapersonal wujud dalam diri
individu dan memberi makna terhadap sesuatu simbol
yang diberikan. Menurut Cunningham (dlm.
Sheldtesky, 2000) komunikasi intrapersonal adalah
satu proses penukaran mesej dan maklumat yang unik
dan wujud dalam diri individu sendiri. Sehubungan itu,
komunikasi intrapersonal dapat diklasifikasikan
sebagai

i. Proses komunikasi dalam diri sendiri.


Komunikasi intrapersonal adalah satu
proses berkomunikasi dengan diri sendiri,
ucapan dalaman ataupun merupakan satu
sistem komunikasi yang berlaku dalam diri
individu, iaitu individu menjadi pengirim
dan penerima mesej.

ii. Satu dialog dalaman ataupun penukaran


makna dalam diri individu itu sendiri sama
ada secara sedar atau tidak.

iii. Satu proses individu mengurus atau


menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Ini bermakna individu akan memanipulasi
simbol atau isyarat yang ada di dalam atau
di luar dirinya.

iv. Satu persepsi yang ada dalam diri individu,


iaitu mereka akan menerima, menyimpan
dan mendapatkan maklumat daripada
simbol yang abstrak.

v. Satu proses interaktif, iaitu data mentah


bagi setiap persepsi yang ada dalam minda
diolah menjadi sesuatu maksud atau
ditukarkan kepada maklumat yang menjadi
satu makna secara semula jadi.

Semua proses ini mungkin berlaku secara spontan atau


dirancang dalam diri sendiri. Ini bermakna pada
peringkat awal diri kita berperanan sebagai sumber
dan penerima. Cuba anda fikirkan bahagian manakah
yang berfungsi sebagai salurannya? Adakah maklum
balas berlaku dalam komunikasi intrapersonal?

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi


komunikasi intrapersonal. Faktor-faktor yang
dimaksudkan adalah seperti kebolehan diri sendiri,
perasaan, kepercayaan, penampilan, peranan sosial,
psikologi dan kemampuan teknikal. Komunikasi
intrapersonal adalah asas perhubungan berfikir dan
merancang tanpa diketahui oleh orang lain.
Namun begitu kalau kita teliti, komunikasi
intrapersonal ini adalah asas kepada proses
komunikasi seterusnya. Proses komunikasi dalam diri
individu akan merangsang individu untuk berinteraksi
dengan individu lain dalam pelbagai konteks.
Contohnya dalam diri kita sering tertanya-tanya
tentang markah penglibatan dalam tutorial yang akan
diperoleh setelah tamat semester. Situasi diri yang
sentiasa tertanya-tanya akan membawa kepada suatu
rangsangan untuk berinteraksi dengan pensyarah atau
kawan-kawan sekuliah. Sekiranya kita bertanya kepada
pensyarah mungkin pertanyaan kita ialah Bagaimana
dengan markah penglibatan saya dalam tutorial,
encik?. Sebelum bertanya, berbagai-bagai persoalan
muncul dalam diri individu itu, sama ada lulus atau
tidak dan bermacam-macam lagi.
Adakah komunikasi
intrapersonal dapat
mewujudkan
keberkesanan
komunikasi?

6.3 KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Komunikasi secara bersemuka adalah komunikasi yang


berlaku antara dua orang individu atau lebih.
Komunikasi interpersonal berlaku disebabkan
beberapa tujuan seperti untuk berkongsi maklumat,
menyelesaikan masalah, menangani konflik, memahami
diri sendiri dan orang lain serta pengukuhan hubungan
dengan orang lain.

6.3.1 Takrifan Komunikasi Interpersoanal

Wood (2002) mentakrifkan komunikasi interpersonal


sebagai proses interaksi yang dipilih, sistematik, unik
dan berterusan antara individu yang menggambarkan
dan membina pengetahuan peribadi tentang individu
lain serta membina satu maksud bersama. Pada
pendapat anda kenapa perlu membina satu maksud
bersama? Komponen-komponen inilah yang
membezakan sama ada interaksi itu merupakan
interaksi interpersonal atau tidak. Selain itu,
komunikasi interpersonal mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang membezakannya dengan komunikasi
yang lain. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah

i. Melibatkan sumber dan penerima.


i. Berlaku secara bersemuka.
(iii) Jarak yang dekat.
(iv) Melibatkan komunikasi lisan dan tanpa
lisan.
(v) Asas proses perhubungan sosial.

Komunikasi interpersonal mempunyai tujuan utama


seperti untuk mencapai kehendak diri, mencari dunia
luar, mewujudkan hubungan bermakna, mengubah
sikap dan tingkah laku, dan melaksanakan sesuatu
tugas.

Mencapai kehendak diri antaranya adalah untuk


menyelesaikan masalah. Kita akan bertanya kepada
seseorang untuk mendapatkan jawapan. Contohnya
kita hendak ke Kolej Telekom, UUM sudah tentu kita
akan bertanya kepada orang lain kerana kita pelajar
baru di UUM. Melalui interaksi itu berlaku komunikasi
interpersonal walaupun dalam masa yang singkat.

Mencari dunia luar bermaksud kita dapat memahami


diri orang lain. Katakan kita berkomunikasi dengan
orang lain, kita akan mengikut cara yang kita amalkan
setiap hari dan mengikut kesesuaian. Contohnya kalau
bercakap dengan guru tentulah dengan sopan, bahasa
yang betul dan teratur berbanding bercakap dengan
rakan. Dari senario itu kita dapat memahami orang
lain.

Mewujudkan hubungan bermakna mewujudkan


hubungan yang baik dengan orang lain. Pada pendapat
anda apakah yang dimaksudkan dengan hubungan
yang bermakna? Mungkinkah untuk mewujudkan
kepercayaan antara manusia? Cuba anda bincangkan.

Komunikasi interpersonal bertujuan untuk mengubah


sikap seperti mengharapkan supaya rakan berubah
daripada seorang yang pemalas kepada seorang yang
rajin bekerja. Caranya mungkin secara pembujukan.
Dalam melaksanakan tugas pula komunikasi lebih
kepada arahan. Misalnya, ketua jabatan memanggil
seorang pensyarah dan meminta menyiapkan silibus
pengajaran kursus Pengantar Komunikasi. Tujuan
komunikasi interpersonal yang berlaku antara ketua
jabatan dengan pensyarah tersebut adalah lebih
kepada bentuk arahan.

6.4 KOMUNIKASI KUMPULAN

Komunikasi kumpulan terbentuk hasil daripada


interaksi antara individu yang terjalin dari semasa ke
semasa sehingga terbentuk satu entiti untuk mencapai
tujuan bersama. Menurut Mansor dan rakan-rakan
(1984), dalam mana-mana kumpulan sosial, komunikasi
memainkan peranan penting dalam membentuk dan
mencorakkan kumpulan itu. Terdapat lima ciri
komunikasi kumpulan. Ciri-ciri yang dimaksudkan
adalah

6.4.1 Bilangan Ahli dalam Sesuatu Kumpulan

Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan menentukan


jenis kumpulan sama ada kumpulan kecil atau
kumpulan besar. Menurut DeVito (2003), bilangan ahli
dalam kumpulan kecil adalah tiga hingga dua belas
orang. Jika bilangan melebihi jumlah tersebut
kumpulan dikategorikan sebagai kumpulan besar.

6.4.2 Interaksi

Semua ahli kumpulan bebas berinteraksi secara


bersemuka antara satu sama lain. Menerusi interaksi,
mesej dapat disampaikan dan dikongsi dengan ahli lain
bagi mencapai objektif kumpulan.

6.4.3 Hubungan

Hubungan antara ahli berdasarkan amalan, norma


serta perlakuan yang diterima untuk memperkukuh
dan menstabilkan kumpulan. Oleh itu, semua ahli perlu
patuh kepada budaya dan norma yang dipersetujui
bersama ahli lain bagi memastikan tiada mana-mana
ahli yang bertindak di luar peraturan dan budaya yang
diamalkan bersama.

6.4.4 Saling Bergantungan

Setiap ahli saling perlu memerlukan antara satu sama


lain kerana mempunyai matlamat yang serupa. Semua
ahli adalah sama penting. Justeru itu, ahli dalam
kumpulan bertanggungjawab secara bersama dalam
menentukan sesuatu objektif kumpulan tercapai tanpa
menggugat mana-mana ahli lain.

6.4.5 Identiti
Setiap ahli mempunyai rasa kekitaan yang kuat kepada
kumpulan. Keakraban dan pematuhan budaya
kumpulan secara tekal membawa suatu identiti kepada
kumpulan tersebut.

Walaupun ciri-ciri kumpulan yang dinyatakan


memperlihatkan kerjasama dan keintiman kumpulan
dalam mencapai hasrat yang diingini tetapi terdapat
juga beberapa cabaran dalam komunikasi kumpulan.
Semakin ramai ahli sesuatu kumpulan maka semakin
kompleks untuk beroperasi, misalnya untuk membuat
keputusan. Ini kerana banyak pandangan dan pendapat
daripada ahli-ahlinya berbanding kumpulan kecil yang
lebih mudah membuat keputusan. Komunikasi
kumpulan juga memerlukan penglibatan ahli yang
menyeluruh, memerlukan pemimpin yang mempunyai
daya kepimpinan yang berkesan dan mampu mengurus
konflik. Perkara yang lebih penting sekali ialah
kesanggupan ahli bersatu dan bekerjasama dalam
semua keadaan untuk mencapai matlamat penubuhan
kumpulan.

6.5 KOMUNIKASI ORGANISASI

Kebanyakan amalan harian dalam organisasi


melibatkan proses pertukaran dan koordinasi
maklumat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menjadi
lebih efektif apabila komunikasi organisasi yang
berkesan dipraktikkan. Komunikasi menjadi pemangkin
kerjasama antara warga dalam organisasi dan
hubungan organisasi dengan pihak luar.

6.5.1 Takrifan Komunikasi Organisasi

Komunikasi organisasi melibatkan dua konsep yang


saling berkaitan iaitu komunikasi dan organisasi.
Secara ringkasnya, komunikasi ialah proses
penghantaran dan penerimaan maklumat (Bovee &
Thill, 2000). Organisasi pula membawa maksud
struktur dalam sistem yang mengandungi kumpulan-
kumpulan dan individu-individu yang saling
bekerjasama untuk mencapai objektif yang ditetapkan
(Greenberg & Baron, 2000).

Menurut Goldhaber (1993) komunikasi organisasi ialah


satu proses pembentukan dan pertukaran mesej antara
jaringan hubungan yang saling bergantungan untuk
menangani persekitaran yang tidak menentu. Menurut
Conrad (dlm. Goldhaber, 1993) pula, komunikasi
organisasi ialah proses yang menyebabkan individu-
individu saling bertindak balas, membentuk, mengekal
dan menguruskan makna melalui penggunaan tanda-
tanda lisan dan simbol dalam keadaan yang tertentu.
Muhd. Mansur (1998) pula menyatakan bahawa
komunikasi organisasi adalah suatu proses
pengumpulan maklumat yang tepat oleh ahli-ahli
mengenai organisasi dan perubahan yang terjadi dalam
organisasi itu sendiri. Daripada pandangan dan
takrifan tersebut, komunikasi organisasi secara
umumnya berkisar kepada sistem komunikasi,
pengurusan dan matlamat.

Lesikar (1976) membahagikan komunikasi organsisasi


kepada tiga kategori iaitu komunikasi pengoperasian
dalaman, komunikasi pengoperasian luaran dan
pengoperasian individu (dlm. Byers, 1997).

Komunikasi pengoperasian dalaman lebih kepada


usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Setiap
warga dalam organisasi saling berhubung dan
berkomunikasi untuk memenuhi misi dan visi yang
ditetapkan. Manakala komunikasi pengoperasian
luaran memberikan penekanan kepada struktur
komunikasi dalam usaha mencapai matlamat
organisasi melalui aktiviti dan hubungan antara
organisasi dengan pihak-pihak luar.

Komunikasi interpersonal dalam organisasi pula


melibatkan perkongsian maklumat dan perasaan
antara individu dengan individu yang lain apabila
berinteraksi. Pada pandangan anda bagaimanakah cara
berkomunikasi yang sihat dalam organisasi supaya
wujud keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan
kerja di sesebuah organisasi? Sudah tentu komunikasi
yang boleh mewujudkan perkongsian makna yang
positif dapat mendorong mencapai matlamat
organisasi. Bagaimanakah sebaliknya?

Selain komponen komunikasi yang dinyatakan dalam


perbincangan tadi, terdapat juga komponen lain yang
penting dalam proses komunikasi organisasi iaitu
aliran mesej dan individu yang terlibat dalam proses
tersebut. Apabila melibatkan manusia sudah tentu ia
berkait rapat dengan sifat-sifat manusia itu sendiri
seperti sikap, hubungan dan tahap kerjasama. Perkara
yang diperkatakan lebih memfokus ke arah untuk
membentuk komunikasi dalam organisasi yang ideal.

6.5.2 Peranan Komunikasi dalam Organisasi

Peranan asas komunikasi organisasi menurut


Goldhaber (1993) ialah

i. Pengarahan bertujuan supaya tugasan


dan aktiviti berjalan dengan lancar. Contoh
adalah arahan ketua kepada subordinatnya.

ii. Koordinasi untuk mencapai matlamat dan


kepentingan organisasi. Dalam proses
keuntungan organisasi hendaklah melihat
kepada komponen struktur organisasi,
teknologi yang digunakan, sistem dan
prosedur yang digunakan, guna tenaga dan
sumber manusia yang berkredibiliti serta
budaya organisasi yang wujud dalam
organisasi.

iii. Persahabatan dalam organisasi,


komunikasi bukan sahaja bertujuan
melaksanakan kerja tetapi turut untuk
mewujudkan jaringan mesra rakan sekerja.
Cara ini dapat membantu mengukuh dan
cintakan organisasi.

(iv) Dipercayai dan diterima organisasi


digambarkan melalui komunikasi yang
terjalin sama ada komunikasi lisan dan
tanpa lisan. Bagaimanakah tafsiran
kenyataan tersebut? Ya, dengan komunikasi
yang telus warga organisasi akan tahu apa
yang perlu dan tidak perlu mereka lakukan.
Jika warga organisasi tahu tanggungjawab
masing-masing maka permasalahan
organisasi seperti konflik dapat ditangani
dengan tertatur dan baik.

Hasil daripada mempraktikkan keempat-empat tujuan


tadi maka akan wujud perkongsian maklumat yang
sistematik.

Teruskan
perbincangan lanjut
dengan merujuk
Topik 7 Komunikasi
Organisasi.

6.6 KOMUNIKASI AWAM

Apabila disebut komunikasi awam, kita akan


membayangkan berkomunikasi dalam suasana yang
ramai. Secara spesifiknya komunikasi awam adalah
komunikasi yang berlaku secara formal, iaitu seorang
individu berkomunikasi bagi tujuan menyampaikan
maklumat kepada sekumpulan manusia yang ramai.
Komunikasi awam juga merujuk kepada komunikasi
pengucapan awam.

Komunikasi awam mempunyai elemen-elemen seperti


komunikasi yang lain. Cuba anda nyatakan elemen-
elemen komunikasi yang anda telah pelajari sebelum
ini? Berikan contoh-contoh setiap elemen yang anda
berikan. Sebagai contoh dalam komunikasi awam,
maklum balas khalayak mungkin dalam bentuk
tepukan, sorakan atau pasif terhadap maklumat
pengucapan yang diterima.

Seperti mana jenis-jenis komunikasi lain yang telah


kita pelajari sebelum ini, komunikasi awam juga
melibatkan elemen-elemen seperti sumber dan
penerima. Apakah elemen lain yang anda tahu
berkaitan proses komunikasi?
Dalam komunikasi awam beberapa persediaan perlu
dibuat sebelum berucap. Persediaan yang dimaksudkan
ialah mengetahui:

(i) Tujuanapakah tujuan kita berkomunikasi?


Adakah untuk mendidik, memberitahu,
menghibur atau membujuk? Tujuan akan
menentukan gaya kita menyampaikan
mesej.

(ii) Analisis khalayaksebagai komunikator


kita perlu tahu siapa khalayak sasaran kita.
Kalau nelayan berikan maklumat tentang
nelayan. Dengan cara mengenali khalayak
maka komunikasi yang disampaikan adalah
lebih berkesan. Contohnya bahasa yang
kita gunakan biarlah mengikut tahap
pengetahuan atau yang boleh difahami oleh
nelayan dan jangan terlalu saintifik.
Perbezaan tahap pengetahuan dan
pendidikan khalayak penting diketahui
sebelum menyediakan ucapan.
(iii) Analisis lokasikomunikator perlu tahu
lebih awal tempat untuk berucap supaya
dapat menjangkakan masa untuk ke tempat
tersebut. Cuba anda bayangkan kalau kita
tidak pasti tempat untuk memberi ucapan
atau masa yang diambil untuk ke tempat
yang berkaitan. Sudah tentu kita tergesa-
gesa dan kurang berkeyakinan apabila
berucap.

(iv) Masafaktor masa berucap juga perlu


diberi perhatian apabila kita diminta
berucap di tempat awam. Kita perlu
prihatin dengan masa yang diperuntukkan
dan panjang isi ucapan yang perlu
disampaikan.

Dalam komunikasi awam faktor-faktor seperti yang


disebutkan amat penting diberikan perhatian kerana
faktor ini akan menentukan sama ada komunikasi itu
berkesan atau sebaliknya.

6.7 KOMUNIKASI MASSA

Kita sering mendengar perkataan sebaran am tetapi


jarang mendengar perkataan komunikasi massa.
Namun, ia mempunyai pengertian yang sama sahaja.
Komunikasi massa merupakan proses penyebaran
maklumat untuk dikongsi bersama dengan khalayak
umum yang tidak dikenali. Ini bermaksud penyebaran
maklumat adalah lebih luas dan tidak diketahui
sempadannya. Penyebaran maklumat melalui
komunikasi massa adalah melalui perantara iaitu
media seperti internet, radio, telefon, surat khabar,
majalah dan televisyen.

Dalam konteks khalayak pula, sumber tidak mengenali


khalayak mereka dan khalayak tidak seragam. Cuba
anda fikirkan apakah ciri-ciri lain yang anda tahu
berkaitan komunikasi massa?

Teruskan
perbincangan lanjut
dengan merujuk
Topik 10.5
Komunikasi Massa.

6.8 KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Gamble dan Gamble (2002) menyatakan komunikasi


antarabudaya sebagai proses menginterpretasi dan
berkongsi makna dengan seseorang yang mempunyai
latar belakang budaya yang berbeza. Komunikasi
antarabudaya bukan sahaja melihat aspek bertutur
secara lisan atau bukan lisan tetapi faktor yang sama
penting adalah memahami budaya yang berbeza. Di
sini faktor budaya memainkan peranan penting dalam
menentukan ketepatan dan keberkesanan komunikasi.
Cuba anda bayangkan yang anda berkomunikasi
dengan seorang pekerja berasal dari India dan
Bangladesh? Apakah faktor yang menghalang
kelancaran komunikasi tersebut?
Berkomunikasi dalam suasana budaya yang berbeza
sudah tentu memerlukan persediaan rapi kerana
beberapa cabaran perlu dihadapi seperti

(i) Interaksiinteraksi yang mudah menjadi


kompleks kerana timbul masalah atau
wujud salah faham dalam interaksi
pelbagai budaya.

(ii) Penerimaansetiap budaya mempunyai


penerimaan yang berbeza.

(iii) Persepsisetiap budaya mempunyai


persepsi yang berbeza tentang sesuatu
perkara kerana pengamalnya daripada
budaya yang berbeza.

Daripada cabaran-cabaran yang dinyatakan, jelas


kepada kita bahawa dalam komunikasi antarabudaya
memahami konteks budaya seseorang yang lain amat
penting kerana tanpa berbuat demikian komunikasi
yang berlaku tidak akan berkesan dan tidak akan
berpanjangan.

6.9 KOMUNIKASI ATAS TALIAN

Komunikasi atas talian juga dikenali sebagai komuikasi


media baru yang mula mendapat perhatian di
penghujung abad ke-20 dan awal abad ke-21.
Komunikasi atas talian merupakan komunikasi yang
dijalinkan atau dihubungkan menerusi elektronik.
Kaedah komunikasi ini telah diperkembang sejajar
dengan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Komunikasi atas talian mempunyai cirinya yang


tersendiri iaitu

(i) Komunikator tidak bersemuka secara


fizikalmereka yang terlibat dalam
komunikasi atas talian hanya menggunakan
perantara elektronik dalam alam siber.
(ii) Hubungan secara mayakomunikasi atas
talian berlaku secara maya. Ia tidak
menyalurkan mesej secara lisan.

Komunikasi atas talian merupakan bentuk komunikasi


yang mendapat sambutan meluas pada waktu kini
kerana sifatnya yang cepat, mudah alih dan kos lebih
murah dalam perhubungan jarak jauh. Contohnya ialah
penggunaan e-mel.
6.10 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah membincangkan jenis-jenis


komunikasi terpilih. Setiap satunya mempunyai fungsi
dan cirinya yang berbeza. Faktor utama yang
mewujudkan begitu banyak jenis komunikasi adalah
faktor konteks komunikasi. Konteks komunikasi dilihat
sebagai sesuatu yang perlu diambil kira kerana ia
mempunyai pengaruh dalam menentukan
keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Lihat Rajah 6.1
yang merumuskan secara ringkas jenis-jenis
komunikasi berserta tujuan dan kemahiran yang
diperlukan.
Rajah 6.1
Jenis-Jenis Komunikasi

Jenis Komunikasi Tujuan Kemahiran yang


Diperlukan

Intrapersonal Berfikir, analisis, Keyakinan diri,


bertindak balas, kesedaran diri,
menaakul tingkat kemampuan
menganalisis,
menyelesaikan
masalah, mengawal
diri, mengurangkan
tekanan dan
mengurus konflik.

Interpersonal Meneroka, Tingkatkan


berhubung, bermain komunikasi secara
dan tolong-menolong efektif, mengekalkan
hubungan keluarga,
kekasih dan rakan.
Mempertingkatkan
kemampuan
menyelesaikan
masalah.

Komunikasi Berkongsi maklumat, Menambah


Kumpulan bertukar idea, kebolehan sebagai
menyelesaikan ahli kumpulan,
masalah, membantu. memperbaiki
kepimpinan,
kumpulan untuk
mencapai tujuan
termasuk
penyelesaian
masalah.

Komunikasi Awam Memberitahu, Menyampaikan


meningkatkan secara efektif,
pengaruh dan meningkatkan
menghibur. kebolehan
membujuk,
membentuk,
mengorganisasi dan
cara menyampaikan
mesej secara
berkesan.

Komunikasi Massa Menghibur, Meningkatkan


mempengaruhi dan kebolehan
memberitahu. menggunakan media
secara berkesan,
menambah
kebolehan untuk
mengawal media.
Dipengaruhi oleh
iklan dan
kewartawanan yang
tidak objektif.
Sumber: DeVito. (2002).

SOALAN DALAM
TEKS

1. Mengapakah
komunikasi
intraperibadi
dikatakan
melalui proses
asas
komunikasi
yang sama
dengan proses
komunikasi
yang lain.
2. Nyatakan
perbezaan
antara
komunikasi
massa dan
komunikasi
publik.

Semak jawapan anda


di akhir bab ini.

SOALAN
PENILAIAN
KENDIRI

1. Nyatakan LIMA (5) ciri komunikasi kumpulan.

Semak jawapan anda


di akhir modul
kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. (i) Ada sumber dan penerima (dalam diri).


(ii) Ada saluran (otak).
(iii) Maklum balas (idea diterima atau ditolak).
1. Komunikasi massa: Khalayak tidak dikenali, luas,
maklum balas lewat, ada perantara.

Komunikasi publik: Khalayak ada di tempat


khusus, maklum balas segera (tanpa lisan
tepukan), komunikasi terus kepada khalayak.