Anda di halaman 1dari 18

BAB 11

KEMAHIRAN PEMIKIRAN DALAM KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan takrifan pemikiran kritikal,
kreatif dan saintifik.
2. Menghuraikan ciri-ciri setiap jenis pemikiran
tersebut.
3. Membincangkan aplikasi pemikiran tersebut
dalam bidang komunikasi.

11.1 PENGENALAN

Dalam bab-bab yang terdahulu anda telah didedahkan


dengan proses komunikasi dan seterusnya bidang-
bidang komunikasi secara khusus. Jika diamati dengan
baik, sedar atau tidak bahawa komunikasi merupakan
satu bidang pengajian yang agak luas. Misalnya dalam
bab enam, komunikasi diperlihatkan sebagai satu
bidang yang memerlukan kemahiran tertentu pada
tahap-tahap yang tertentu. Cara kita berkomunikasi
apabila berhadapan dengan seseorang adalah berbeza
apabila berhadapan dengan sekumpulan kecil manusia
atau dalam kumpulan yang besar. Kemahiran yang
pelbagai juga diperlukan apabila kita mengurus
aplikasi komunikasi yang berlainan.

Sebagai seorang pelajar komunikasi yang bakal


menterjemahkan ilmu melalui tugas serta peranan
masing-masing, kita memerlukan kemahiran berfikir
sebelum kita boleh bertindak. Dalam bab tujuh hingga
sepuluh umpamanya, komunikasi diperlihatkan sebagai
satu bidang yang dinamik dan memerlukan kreativiti
dalam perancangan dan pelaksanaan. Justeru itu bab
ini akan membincangkan tiga bentuk pemikiran yang
berguna dalam memikirkan idea-idea untuk
melaksanakan aktiviti komunikasi. Tiga jenis pemikiran

175
yang dimaksudkan ialah Pemikiran Saintifik, Pemikiran
Kreatif dan Pemikiran Kritis.

Walau bagaimanapun, sebelum kita membincangkan


ketiga-tiga jenis pemikiran tersebut, adalah lebih baik
jika dibincangkan asas-asas pemikiran yang mendasari
diri kita. Hal ini akan dikupas di bahagian berikutnya.
11.2 LATAR BELAKANG SISTEM PEMIKIRAN
MANUSIA

Pemikiran adalah hasilan minda yang merupakan satu


pemberian dan nikmat Allah kepada manusia.
Pemikiranlah dikatakan antara aspek yang membeza
manusia dengan kehidupan lain di dunia. Malah
keupayaan pemikiran juga telah menjadikan kita
sesama manusia berlainan. Menurut Mohd. Yusof
(1994), pemikiran asas manusia boleh dikategorikan
kepada emapat atau dikenali sebagai 4L iaitu luhur,
lahir, logik dan lateral.

Rajah 11.1
Sistem Pemikiran

LUHUR

LOGIK LAHIR LATERAL

Pemikiran luhur merupakan pemikiran yang tinggi


tahapnya dan dikaitkan dengan minda yang
membicarakan tentang ketuhanan. Luhur adalah
pemikiran yang dianggap sebagai suci berdasarkan
kepada aspek ketauhidan (hal-hal ketuhanan),
keimanan dan ketakwaan. Pemikiran luhur jika dibina
dengan teguh pastinya mempengaruhi pemikiran-
pemikiran lain ke arah kebaikan. Sementara itu
pemikiran lahir pula merujuk kepada keupayaan

176
berfikir manusia ketika di peringkat rahim hinggalah
ke enam tahun. Pemikiran lahir jelas menunjukkan
bahawa manusia telah dan boleh berfikir sejak awal
lagi. Pemikiran di peringkat inilah dikatakan
seterusnya mempengaruhi pemikiran seseorang
apabila meningkat kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Di samping keupayaan manusia berfikir tentang ilmu-


ilmu ketuhanan, Allah juga menganugerahkan manusia
dengan dua lagi ilmu pemikiran untuk manusia hidup
di dunia. Pemikiran logik merujuk kepada satu bentuk
pemikiran yang membolehkan manusia mempelajari,
memahami dan menjelaskan ilmu-ilmu sains dan
matematik. Pemikiran logik ini merupakan pemikiran
yang didasari di bahagian otak sebelah kiri manusia.
Logik memerlukan manusia untuk menyatakan bukti,
hujah, fakta, alasan dan kebenaran. Manakala bagi
pemikiran lateral pula ia mampu menghasilkan minda
yang bersifat kreatif, inovatif, imaginasi, rekaan dan
khayalan. Pemikiran ini yang didasari oleh otak sebelah
kanan membolehkan manusia untuk melihat atau
menilai sesuatu perkara secara subjektif berbanding
dengan pemikiran logik bersifat objektif.

Berdasarkan kupasan di atas maka ia menjelaskan


kepada kita bagaimana sistem pemikiran kita
berfungsi. Oleh itu, tiga bentuk pemikiran yang bakal
kita bincangkan dengan lebih lanjut merupakan
pemikiran yang dikategorikan dalam pemikiran logik
dan lateral. Walau bagaimanapun, sebagai seorang
insan, setiap pemikiran logik mahupun lateral perlu
ditunjangi oleh pemikiran luhur. Kedua-dua pemikiran
tersebut tidak bersifat sendirian tetapi bergantungan
dengan pemikiran luhur. Apabila pemikiran luhur itu
diabaikan atau lemah, maka inilah yang menyebabkan
idea atau pemikiran kita menghasilkan keburukan dan
bencana kepada masyarakat.

Sebagai contoh, keupayaan pemikiran manusia


mencipta media massa umpamanya adalah satu
kehebatan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita.
Tetapi apabila pemikiran lateral yang digunakan tidak
lagi bertunjangkan pemikiran luhur, kita menjadi

177
terlalu kreatif menghasilkan pelbagai filem yang
melalaikan dan mencemarkan masyarakat. Orang
politik dikurniakan pemikiran logik yang hebat oleh
Tuhan namun apabila tidak bersandarkan pemikiran
luhur maka cakapnya saja yang petah tetapi
tindakannya kosong. Begitulah halnya dalam
masyarakat kita hari ini, pelbagai idea dan produk
yang menjejaskan masyarakat dihasilkan. Kesemua ini
berlaku akibat kelogikan dan kelateralan pemikiran
manusia sudah tidak lagi bertunjangkan kepada
pemikiran luhur. Dalam erti kata lain tindakan kita
adalah hasil pemikiran lateral. Sekiranya setiap
pemikiran lateral dan tindakan kita tidak ditunjangi
pemikiran luhur maka hasilnya adalah idea, produk
atau tingkah laku yang bertentangan dengan ajaran
agama.

Jika anda berminat untuk mendapatkan


penjelasan lanjut berhubung sistem
pemikiran 4L anda disaran merujuk Mohd.
Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik
(SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa &
Pemikiran Saintifik, UUM.

11.3 PEMIKIRAN SAINTIFIK

Masihkah anda ingat tentang hubungan komunikasi


dengan sains sosial seawal perbincangan di bab satu?
Apakah yang dikatakan sebagai sains sosial itu?
Apabila kita menyebut tentang sains, ia merujuk
kepada usaha memikir dan menganalisis sesuatu
secara sistematik dan empirikal. Menurut Schafersman
(1994), sains ialah satu kaedah menyelidik kejadian
alam bagi tujuan memastikan sesuatu ilmu dan
pemahaman. Maka pemikiran saintifik ialah satu
proses berfikir tentang kejadian alam yang
mementingkan soal pengkaedahan menyelidik
bukannya berasaskan kepercayaan. Dengan erti kata
lain pemikiran saintifik adalah kaedah berfikir yang
berusaha membuktikan kebenaran sesuatu
kepercayaan.

178
Dalam pemikiran ini apa yang ditegaskan ialah tentang
apa yang berlaku atau realiti kejadian sesuatu perkara.
Untuk itu terdapat tiga komponen mendasari
pemikiran saintifik iaitu bukti empirikal, penghujahan
logik dan sikap mencurigai (scepticism). Apabila
kesemua prinsip tersebut diamalkan maka satu proses
penghasilan rumusan yang sistematik dan rasional
telah wujud.

11.3.1 Bukti Empirikal

Bukti empirikal merujuk kepada bukti secara nyata.


Pemikiran saintifik berkehendakkan sesuatu bukti yang
boleh menepati keadaan seperti dilihat, didengar,
disentuh, dirasa atau dihidu. Dengan kata lain hujah-
hujah dalam pemikiran saintifik merupakan hujah yang
boleh dikesan oleh salah satu atau semua deria
manusia. Bukti empirikal penting menurut pemikiran
ini kerana ia dikatakan bukti yang boleh dipercayai
memandangkan boleh dikesan oleh deria manusia.
Selain itu, bukti empirikal juga dikatakan bukan sahaja
boleh dikesan oleh individu yang mengkaji malah turut
boleh dikesan oleh pihak lain juga. Dengan demikian
pembuktian yang wujud adalah dianggap sebagai nyata
dan bukan sekadar andaian memandangkan ia turut
dialami oleh pihak ketiga. Sebagai contohnya kalau
saya katakan cara saya berkomunikasi adalah berkesan
maka buktinya bukan sahaja boleh dikesan oleh saya
malah anda dan orang lain juga boleh
mengenalpastinya.

11.3.2 Penghujahan Logik

Rasionalisme atau penghujahan berasaskan logik


merupakan satu komponen pemikiran saintifik yang
merujuk kepada hujahan yang tepat dan betul. Hujah
logik adalah hujah yang bukan dipengaruhi atau
didasarkan kepada perasaan. Penghujahan logik adalah
penjelasan mengenai sesuatu perkara menurut realiti
kejadian. Kita seringkali memberi jawapan atau hujah
terhadap sesuatu perkara namun selalunya
dipengaruhi oleh perasaan. Adalah dikatakan bahawa
memang sukar untuk manusia berhujah secara logik.

179
Namun ia boleh dibina menerusi kaedah pengucapan,
penulisan dan juga kemahiran matematik. Apabila kita
berucap atau menulis tentang sesuatu perkara, kita
akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kefahaman
kepada pembaca dan juga membuat mereka percaya
dengan apa yang ingin disampaikan. Kebiasaannya hal
ini dilakukan dengan mengemukakan hujah-hujah yang
bernas atau berasaskan fakta-fakta yang nyata.
Matematik juga boleh meningkatkan penghujahan
logik seseorang kerana setiap jawapan yang diberikan
melalui prinsip-prinsip dan prosedur-prosedur tertentu.
Jawapan hanya akan betul dan boleh diterima apabila
proses mencari jawapan adalah betul.

11.3.3 Sikap Mencurigai (Skepticism)

Keperluan untuk sentiasa mempersoal kepercayaan


dan rumusan tentang sesuatu perkara juga merupakan
elemen yang membentuk pemikiran saintifik. Sikap
tersebutlah yang diertikan sebagai skeptisisme. Demi
mendapatkan bukti dan huraian terbaik dan betul
maka sesuatu perkara itu harus dipersoal dari masa ke
masa. Dengan kata lain pemikiran saintifik
memerlukan individu peka dan sentiasa bersikap ragu
untuk menilai bukti, penjelasan dan sebab musabab
secara berterusan.

Seseorang tidak boleh mudah menerima sesuatu


rumusan dengan mudah. Sebaliknya rumusan atau
sesuatu jawapan itu mesti dinilai dan diselidiki
kebolehpercayaannya. Dengan berbuat demikian maka
seseorang membuka ruang bagi menerima
kemungkinan-kemungkinan yang bakal wujud untuk
mengukuhkan lagi jawapan atau sesuatu rumusan.
Dalam bahasa akademiknya wujud skeptis bukanlah
satu bentuk pemikiran yang sempit sebaliknya ia
mengasuh membuka minda kita untuk meraih jawapan
dan ilmu yang terbaik.

Awan mendung menyebabkan hujan.


Apakah kenyataan tersebut merupakan
satu hujah logik?

11.4PEMIKIRAN KREATIF

180
Anda sering mendengar atau diseru untuk berfikiran
kreatif. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
pemikiran kreatif? Menurut Harris (1998) pemikiran
kreatif merupakan pemikiran yang mempunyai
keupayaan, sikap dan proses ke arah penambahbaikan.
Pemikiran kreatif ialah kemampuan memikirkan
sesuatu yang baru melalui pelaksanaan perubahan,
gabungan atau aplikasi semula sesuatu idea. Individu
kreatif juga dirujuk sebagai bersikap mampu menerima
perubahan dan pembaharuan. Proses dalam pemikiran
ini bersifat berterusan ke arah keadaan atau idea yang
lebih baik secara berperingkat.

Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang


pemikiran ini, terdapat lima prinsip atau asas yang
membentuknya. Kelima-lima prinsip tersebut ialah
evolusi, sentisis, revolusi, aplikasi-semula dan
perubahan aliran. Apabila anda meneruskan bacaan
terhadap kelima-lima prinsip tersebut anda akan
mendapati bahawa setiap satunya ada menghasilkan
pembaharuan atau perubahan. Keadaan tersebutlah
yang mewujudkan kreativiti.
Rajah 11.2
Lima Prinsip Pemikiran Kreatif

EVOLUSI SENTISIS

Pemikiran
APLIKASI Kreatif
SEMULA PERUBAHAN
ALIRAN
REVOLUSI

11.4.1 Evolusi

Menurut pemikiran kreatif, perubahan adalah secara


peningkatan. Sesuatu itu akan berubah akibat apa
yang dimiliki pada masa lalu. Perkara baru adalah
peningkatan atau bertambah baik daripada situasi
yang lama. Apabila perubahan ini berterusan (evolusi),

181
akhirnya perubahan itu kelihatan satu yang besar atau
hebat. Masihkah anda ingat bagaimana rupa telefon
bimbit pada peringkat awal diperkenalkan iaitu sekitar
awal tahun 1990-an? Saiznya agak besar, berat, hanya
boleh berkomunikasi secara lisan sahaja dan
pemaparannya adalah hitam-putih sahaja. Setelah lebih
sedekad, kini rupanya lebih canggih, kecil dan
menyediakan pelbagai fungsi. Inilah yang dimaksudkan
dengan kreatif secara evolusi.

11.4.2 Sintesis

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang senantiasa


membicarakan tentang pembentukan kesatuan dalam
kepelbagaian. Idea-idea yang difikirkan rasional dan
perlu, digabungjalinkan membentuk satu idea besar
yang satu. Satu-satu idea dalam pemikiran kreatif
sebenarnya merupakan idea terbaik hasil penyatuan
idea-idea lain yang bersesuaian. Kalau dahulu orang
buta tidak berpeluang menggunakan internet, kini
mereka boleh berbuat demikian kerana sudah ada
internet yang bersuara dengan memberi penjelasan
terhadap mana-mana bahagian yang diklikkan. Contoh
tersebut menggambarkan tentang kreativiti secara
sintesis.

11.4.3 Revolusi

Dalam pemikiran kreatif, adakalanya perubahan atau


pembaharuan secara total dapat menjana sesuatu yang
baru. Prinsip revolusi menerangkan bahawa
adakalanya perkara sedia ada ditukar terus dengan
yang baru. Dalam bidang teknologi komunikasi
umpamanya, automasi pejabat seperti mesin taip tidak
lagi digunakan memandangkan komputer bukan sahaja
boleh mengambil alih fungsi mesin taip tetapi pelbagai
peranan boleh dilaksanakan oleh komputer. Kalau
dahulunya surat perlu ditaip dan dihantar kepada
penerimanya, tetapi kini dengan penciptaan e-mel
surat boleh sampai dengan lebih pantas dan tepat. E-
mel telah dijadikan sebagai pengganti kepada surat
biasa.

11.4.4 Aplikasi-Semula

182
Satu lagi prinsip pemikiran kreatif ialah aplikasi-
semula iaitu melihat dengan cara yang baru terhadap
perkara sedia ada atau lama. Terdapat beberapa
perkara sedia ada yang agak sukar digantikan atau
diubah kerana ia masih sesuai. Namun pemikir kreatif
akan memikirkan kesesuaian perkara tersebut untuk
diaplikasikan terhadap aspek lain. Pemikiran kreatif
tidak mengamal prejudis tetapi memikir mencari
aplikasi baru untuk sesuatu perkara. Sebagi contoh
telefon, dari dahulu kita tahu bahawa alat
telekomunikasi tersebut berfungsi sebagai alat
interaksi. Tetapi kini ia juga telah digunakan sebagai
alat perniagaan seperti teleperbankan dan sebagainya.
Dengan asas yang sama alat tersebut kini telah
dipelbagaikan fungsinya pula.

11.4.5 Perubahan Aliran

Kecelikan kreatif yang merujuk kepada perubahan


aliran adalah merupakan satu kaedah menilai dan
meninjau sesuatu dari sudut yang berbeza. Pencarian
jalan penyelesaian merupakan matlamat dalam
pemikiran ini. Sesuatu perkara harus difikirkan
berasaskan kepada punca kejadiannya dan bukan
andaian terhadap kejadian tersebut. Perubahan aliran
mendidik individu untuk sentiasa mencari jalan
penyelesaian menerusi fokus atau perspektif yang
berbeza.

SOALAN DALAM TEKS

1. Untuk menarik minat pelanggan


khususnya kaum lelaki, syarikat C
telah menonjolkan imej lelaki separuh
bogel yang kelihatan begitu segar
apabila menggunakan sabun
syarikatnya. Apakah dalam konteks
masyarakat kita iklan sebegini boleh
dianggap sebagai kreatif?

183
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.5 PEMIKIRAN KRITIKAL

Seterusnya anda akan dibawa untuk memahami satu


lagi bentuk pemikiran yang agak berbeza dengan
prinsip dua pemikiran yang terdahulu. Pemikiran ini
dikatakan antara kaedah pemikiran yang sudah
bertapak sejak 2500 tahun dahulu. Socrates dikenal
pasti sebagai golongan awal yang mempelopori
pemikiran ini. Pemikiran ini secara reflektif bersifat
mempersoal kebiasaan, kepercayaan dan penjelasan
tentang sesuatu perkara. Hal ini disebabkan para
pengasas pemikiran ini percaya bahawa sesuatu
fenomena selalunya berbeza dengan apa yang
kelihatan pada zahirnya. Sebagai tambahan, pemikiran
ini tidak percaya terhadap perkara yang kelihatan
disebabkan ia dianggap hanya bersifat permukaan
tidak mendalam. Daripada penjelasan-penjelasan
ringkas tadi, dapat kita simpulkan bahawa pemikiran
kritikal bersifat memahami sesuatu perkara secara
mendalam, meluas, sistematik dan komprehensif (Paul,
Elder & Bertell, 1997).
Rajah 11.3
Enam Prinsip Pemikiran Kritikal

KESIMPULAN
ANALISIS HAKIKAT

Pemikiran
PENTAFSIRAN Kritikal PENJELASAN

KAWALAN PENILAIAN
DIRI

Sebagai usaha mendapat penjelasan tentang pemikiran


ini, terdapat beberapa ciri atau prinsip yang mampu
menghuraikannya. Facione (1997) telah menggariskan
enam prinsip utama dalam pemikiran kritikal seperti
yang akan dijelaskan seterusnya.

184
Untuk mengetahui
secara lanjut tentang
pemikiran kritikal
anda disarankan
mengunjungi laman
http://www.criticalthi
nking.org/aboutCT/br
iefHistoryCT.shtml

11.5.1 Pentafsiran

Pentafsiran ialah proses memahami dan


menyampaikan makna yang pelbagai terhadap
pengalaman, situasi, data, kepercayaan dan penilaian.
Pentafsiran juga dapat dijelaskan sebagai
pengkategorian, penjelasan kod yang signifikan dan
penjelasan makna. Prinsip ini secara tidak langsung
menjelaskan bahawa ke arah pemikiran kritikal ia
memerlukan satu proses dan penilaian yang
mempunyai asas. Ia tidak hanya bersifat di permukaan
(surface) tetapi memahami sesuatu perkara dengan
merujuk kepada aspek yang menyeluruh. Setiap satu
perkara dijelaskan menerusi pelbagai sudut. Misalnya
dalam menjelaskan kenapa kanak-kanak mudah
terpengaruh dengan televisyen, bukan sahaja hujah
dari sudut rancangan yang menarik diutarakan tetapi
dijelaskan juga dari segi persekitaran fizikal, keluarga
dan tahap psikologi. Inilah yang dimaksudkan dengan
pentafsiran secara menyeluruh atau kritis.

11.5.2 Analisis

Analisis merupakan satu usaha mengenal pasti


hubungan kenyataan, persoalan, konsep dan huraian
yang bertujuan melahirkan sesuatu kepercayaan,
penilaian, sebab musabab mahupun pandangan. Dalam
usaha memikirkan sesuatu perkara, pemikiran kritikal
berkehendakkan kepada penilaian dilakukan terhadap
idea dan penghujahan. Sesuatu idea dan hujah itu
seringkali memerlukan ianya dibahas dan dipersoal
sehingga ianya menjadi kukuh. Apabila sesuatu hujah

185
itu tidak dapat dipersoalkan lagi maka secara tidak
langsung ia telah menjadi satu hujah yang tidak dapat
dipertikaikan sekurang-kurangnya pada masa tersebut.
Proses ini akan menjadikan idea menerusi pemikiran
kritikal ini mendalam dari segi penjelasannya.

11.5.3 Penilaian

Prinsip ini merujuk kepada penilaian terhadap


kenyataan atau elemen-elemen yang mewakili sesuatu
sumber itu. Penilaian harus dilakukan terhadap sumber
yang memberikan idea atau hujah dengan merujuk
kepada persepsi, pengalaman, kepercayaan dan situasi
sumber itu. Sebagai contoh, jika sesebuah stesen
media itu dimiliki oleh pihak A, kebiasaannya apa
sahaja yang disiarkan akan mewakili atau menzahirkan
unsur-unsur yang ada pada A. Dengan kata lain
penilaian ini merujuk kepada proses mengenal pasti
kebolehpercayaan terhadap sumber.

11.5.4 Kesimpulan Hakikat

Seterusnya pemikiran kritikal menekankan kepada


satu proses yang kukuh dalam menghasilkan rumusan.
Sesuatu rumusan yang munasabah terhasil melalui
pengumpulan fakta yang lengkap, pembentukan
andaian-andaian, dapatan bukti dan akhirnya
menggariskan dapatan. Bagaimana sesuatu idea itu
sampai kepada kesimpulannya merupakan aspek
penting dalam menghakiminya.

11.5.5 Penjelasan

Prinsip berikutnya ialah keupayaan dan kekukuhan


dalam membuat penjelasan. Penjelasan merujuk
kepada keupayaan untuk menyatakan sesuatu idea
berserta sebab musabab yang wajar. Penjelasan juga
merujuk kepada keupayaan untuk membentuk suatu
piawaian bagi menunjukkan bahawa sebab musabab
itu ada kualiti. Dalam pemikiran kritikal, sesuatu idea
perlu dilengkapi dengan hujah-hujah yang konkrit.
Selain itu, yang dimaksudkan mempunyai piawai ialah
sandaran-sandaran hujah itu adalah didasarkan kepada

186
idea atau sarjana yang sudah diakui. Dengan berbuat
demikian maka penjelasan itu menjadi kukuh.

11.5.6 Kawalan Diri

Pemikiran kritikal bukan sahaja satu bentuk pemikiran


yang berpusat kepada mempersoal apa yang
dinyatakan oleh pihak lain, tetapi ia juga turut
mempersoal pemikiran kita sendiri. Inilah yang
dimaksudkan dengan kawalan diri. Terdapat dua
bentuk aspek dalam kawalan diri ini iaitu pengujian-
diri (self-examination) dan pembetulan-diri (self-
correction). Bagi menjamin idea yang bakal seseorang
itu hasilkan, maka perlu dipersoalkan diri sendiri agar
idea dan hujah yang bakal dihasilkan tidak bias dan
menjauhi kepentingan diri. Seterusnya seseorang itu
juga perlu ada keupayaan untuk memperbetul idea dan
hujahnya dari semasa ke semasa. Dengan berbuat
demikian maka idea yang dikemukakan adalah yang
terbaik.

11.6HUBUNGAN KOMUNIKASI DENGAN


PEMIKIRAN

Kini anda berada semakin hampir dengan penghujung


kursus ini. Masihkah anda ingat akan proses
komunikasi? Jika tidak, sila rujuk kembali Bab 3 modul
ini. Sekadar mengimbas sepintas lalu, komunikasi
merupakan satu proses pengaliran mesej dari satu
pihak kepada pihak lain dengan menggunakan saluran
tertentu dengan tujuan tertentu. Kalau anda amati
betul-betul, ringkasnya ada peringkat dalam
menghasilkan satu-satu komunikasi. Peringkat yang
pertama ialah penilaian yakni kita sebagai komunikator
menilai keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan
orang lain dan juga kita menilai penerima dari segi
keupayaannya menerima mesej kita. Peringkat yang
kedua pula ialah perancangan. Ini bermaksud setelah
kita mempunyai maklumat awal tentang kita dan juga
penerima maka kita akan membuat perancangan
bagaimana komunikasi itu hendak dilaksanakan
dengan cara terbaik. Seterusnya setelah persiapan
dibuat maka proses pelaksanaan pula berlaku iaitu

187
komunikator mengaplikasikan segala perancangannya
untuk menyalurkan mesej tersebut.

Berdasarkan penerangan di atas, setiap peringkat atau


proses komunikasi itu memerlukan komunikator dan
juga komuniken untuk melaksanakan proses
pemikiran. Dikenal pasti bahawa setiap peringkat
komunikasi mempunyai hubungan dengan bentuk-
bentuk pemikiran tertentu. Fenomena ini dapat
digambarkan menerusi Rajah 11.4 berikut:
Rajah 11.4
Hubungan Proses Komunikasi dengan Pemikiran

Komunikator/ Komuniken/
Komuniken Komunikator
Penilaian Perancangan Pelaksanaan

Saintifik Kritikal Kreatif


Kritikal Kreatif

11.6.1 Hubungan Pemikiran dengan Penilaian


Komunikasi

Kebiasaannya apabila kita hendak melaksanakan


sesuatu aktiviti komunikasi maka kita perlu menilai diri
dan juga komuniken (penerima). Antara aspek yang
perlu diteliti ialah latar belakang dari segi bahasa
kefahaman, keupayaan fizikal, tahap pengetahuan dan
sebagainya. Aspek-aspek tersebut akan memberi kesan
secara langsung terhadap akses dan kesampaian
mesej. Pada tahap ini penyampai seharusnya
mempunyai maklumat asas tentang penerima. Ini boleh
dilaksanakan melalui penilaian-penilaian tertentu.
Dalam bidang komunikasi khususnya dalam kursus-
kursus yang bakal anda pelajari kelak, beberapa
penilaian antaranya dikenali penilaian analisis
khalayak, analisis mesej dan analisis media perlu anda
lakukan. Dalam hal ini pemikiran saintifik dan
pemikiran kritikal boleh diaplikasikan.

188
Sebagaimana yang telah dijelaskan pada bahagian 11.3
dan 11.5, pemikiran-pemikiran ini boleh diaplikasikan
memandangkan ia dapat menghasilkan fakta atau
maklumat yang sebenar tentang sesuatu perkara.
Misalnya pemikiran saintifik, dapat menyediakan hasil
maklumat yang empirikal atau yang objektif berhubung
sesuatu perkara. Ini dapat memberikan satu gambaran
tentang keadaan penerima atau sesuatu komunikasi.
Manakala pemikiran kritikal pula mampu menyediakan
gambaran yang mendalam berhubung sesuatu aspek
komunikasi mahupun penerima-penerima mesej.
Dengan adanya maklumat yang empirikal, logik, sahih,
mendalam dan terperinci, maka ia menjadi input
yang cukup berguna kepada komunikator dan
seterusnya dapat membantu perancangan komunikasi
itu pula. Maklumat awal berhubung segala aspek
sebelum sesuatu aktiviti komunikasi dijalankan adalah
penting kepada proses perancangan komunikasi
seterusnya. Input yang baik akan menjurus ke arah
hasil komunikasi yang baik.

11.6.2 Hubungan Pemikiran dengan


Perancangan Komunikasi

Perancangan komunikasi merujuk kepada proses-


proses yang terlibat dalam usaha membentuk strategi
dan mesej yang akan digunakan. Kebiasaannya pada
peringkat ini komunikator akan menggariskan
matlamat, membentuk mesej dan memilih saluran yang
terbaik. Perancangan juga melibatkan kegiatan
mengenal pasti keupayaan diri atau organisasi dalam
melaksanakan sesuatu kegiatan komunikasi.

Selain memperoleh input menerusi peringkat


penilaian, sebagai komunikator anda sewajarnya
senantiasa menilai dan membandingkan bahan-bahan
komunikasi yang dihasilkan dengan keupayaan
penerimaan. Bahan-bahan yang dihasilkan dan
pemilihan strategi perlu dipersoal akan keupayaannya.
Ini memerlukan anda mempunyai pemikiran yang
kritikal terhadap diri (komunikator) dan juga penerima
(komuniken). Kemahiran ini dapat dicapai melalui
pelaksanaan pemikiran kritikal. Ini kerana salah satu

189
asas pemikiran kritikal ialah kawalan-diri yakni
senantiasa mempersoal akan sesuatu agar ia dapat
menghasilkan penambahbaikan dan bersifat
sebenarnya. Di samping itu, sifat memikirkan kaedah
dan strategi terbaik serta berbeza penting dalam
menjamin proses penyaluran mesej adalah menarik
dan boleh diterima. Dalam hal ini kreativiti adalah
penting. Justeru itu pemikiran kreatif merupakan satu
keperluan sebagai komunikator.

Umpamanya kemalangan jalan raya merupakan satu


fenomena yang berterusan. Sebagai langkah
menangani masalah ini antara lain adalah memberi
kesedaran kepada masyarakat. Oleh yang demikian
bentuk mesej yang baru dan juga media yang baru
adalah diperlukan. Jika kaedah, bentuk dan cara yang
sama digunakan maka kemungkinan hasilnya tidak
seberapa. Jadi kita memerlukan idea yang lebih
inovasi, kreatif dan sesuai dengan cita rasa khalayak
masa kini. Kesemua ini hanya akan dapat tercapai jika
diaplikasikan pemikiran kreatif dalam perancangan
komunikasi.

Begitu juga komunikasi dalam sesebuah organisasi.


Mungkin hari ini satu cara untuk meningkatkan akses
maklumat maka kepelbagaian media boleh digunakan.
Maklumat yang berbentuk bercetak boleh difikirkan
diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual.
Disalurkan pula menerusi media yang paling tinggi
aksesnya terhadap penerima seperti melalui e-mel,
internet mahupun sistem pesanan mesej ringkas atau
sistem mesej multimedia. Dengan adanya perancangan
yang kreatif dan kritis maka ia membantu pencapaian
matlamat komunikasi.

11.6.3 Hubungan Pemikiran dengan


Pelaksanaan Komunikasi

Seterusnya anda akan didedahkan pula dengan aspek


pelaksanaan aktiviti komunikasi dan hubung kaitnya
dengan pemikiran. Pelaksanaan merupakan satu lagi
aspek yang begitu penting. Malah ada yang
berpandangan peringkat inilah yang utama dan

190
memainkan peranan besar dalam kejayaan sesebuah
komunikasi. Apabila sesuatu perancangan komunikasi
itu hendak dilaksanakan, komunikator harus memikir
cara penyampaian yang paling berkesan. Adakalanya
juga pelaksanaan itu harus dibuat sedikit
pengubahsuaian agar ia dapat menyesuaikan dengan
persekitaran penerimanya.

Pelaksanaan juga memerlukan startegi pemikiran yang


inovatif dan kreatif. Untuk itu pemikiran kreatif
seringkali dikaitkan dengan aplikasi pemikiran dalam
pelaksanaan sesuatu komunikasi. Sebagaimana
dijelaskan di bahagian 11.3, pemikiran kreatif merujuk
kepada pemikiran yang menjurus ke arah perubahan
secara penambahbaikan. Pemikiran ini perlu
memandangkan hakikat bahawa manusia sendiri
berubah secara evolusi dan tanpa disedari. Sesuatu
kaedah pelaksanaan yang berjaya pada masa lalu
mungkin sudah tidak sesuai pada masa sekarang
walaupun kepada kumpulan penerima yang sama.

11.7RUMUSAN

Pemikiran merupakan satu ilmu dan kemahiran yang


bergerak seiring dengan ilmu-ilmu sains sosial yang
lain. Pemikiranlah yang telah mencorakkan perubahan
dan pembaharuan dalam sesuatu ilmu itu. Begitu juga
dalam bidang komunikasi, kini para sarjana
berpendapat bahawa perlunya kepelbagaian pemikiran
dalam mencetus dan mengupas sesuatu aspek
komunikasi. Kejayaan berbuat demikian
memperlihatkan bahawa bidang ini terus releven
(Anderson & Baym, 2004). Dalam konteks pengajian
komunikasi, satu bidang yang cukup dinamik maka kita
tidak boleh lari daripada membicarakan tentang
pemikiran. Menerusi bentuk-bentuk pemikiran yang
telah kita bincangkan, dapat disimpulkan bahawa
kesemua pemikiran itu mempunyai fungsi dan peranan
tertentu bagi setiap peringkat proses komunikasi.
Pemikiran bukanlah satu bentuk atau ilmu baru kepada
setiap kita. Aplikasi dan pelaksanaannya telah kita
amalkan selalu. Hanya kita yang tidak sedar apakah
bentuk dan kesesuaian pemikiran yang telah

191
dilakukan. Walau bagaimanapun, perlu dipertegas
bahawa setiap pemikiran itu akan berfungsi dengan
baik dan menyumbang secara positif jika sekiranya ia
ditunjangi oleh pemikiran luhur. Dengan erti kata lain,
setiap pemikiran yang telah dikupas harus
diaplikasikan seiring dengan pemikiran yang utama
iaitu pemikiran luhur.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan DUA (2) perbezaan antara pemikiran


saintifik dengan pemikiran kritikal.

2. Bincangkan dengan ringkas bagaimana ketiga-


tiga bentuk pemikiran yang telah dibincangkan
mempengaruhi komunikasi interpersonal?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus


ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Secara ringkasnya iklan tersebut bukan


merupakan iklan yang kreatif. Sebagaimana yang
telah dijelaskan pada awal bahagian 11.2 dan
juga dalam rumusan di 11.7, setiap pemikiran itu
harus seiring dengan pemikiran luhur.

192