Anda di halaman 1dari 50

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA:


1.0 Mengkaji Multimedia

TAHUN 4

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2013
Cetakan Pertama 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iv
Draf
020413

MODUL EM1

Standard 1.0 Mengkaji Multimedia


kandungan:

Standard 1.1 Menyenaraikan elemen multimedia


pembelajaran: (teks, imej, audio, video dan animasi)

1.2 Membuat perbandingan saiz format fail


bagi setiap elemen multimedia seperti
untuk teks, imej (*.jpeg,*. bmp,*. tiff),
audio (*.midi, *.wav, *.mp3) dan video
(*.avi,*.mpeg).

Masa: 60 minit

1
Draf
020413

NOTA RUJUKAN

MULTIMEDIA

Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen


multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi.

TEKS

Contoh: buku cerita

IMEJ

Contoh: gambar air


terjun

AUDIO

Multimedia Contoh: bunyi burung

VIDEO

Contoh: rakaman
berita

ANIMASI

Contoh : Boboi Boy

2
Draf
020413

ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA

Teks ialah sebarang aksara yang di taip pada komputer.


Aksara terdiri daripada:

Abjad Nombor (sebarang


(A hingga Z) nombor 0 hingga 9)

Aksara

Contoh simbol:
-Tanda bacaan (. , ; : )
-Tanda-tanda ( $ + - =)

Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Teks


berada dalam bentuk perkataan, ayat atau perenggan. Ia
digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau fakta.

1. Mukataip (Typeface)
Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara.
Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer.
Antaranya ialah:
1.1 Arial
1.2 Comic Sans MS
1.3 Times New Roman
Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi
daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu
persembahan multimedia yang dibuat.

2. Fon (Font)
Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip.
Contohnya:
2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip
berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14.

3
Draf
020413

2.2 20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip


berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20.

3. Kategori Teks
Terdapat dua kategori teks iaitu:
3.1 Serif (ada dekoratif)
Serif merujuk kepada dekoratif pada hujung sesuatu
aksara.
Contoh:
x Times New Roman
x Ravie
x Book Antiqua
x Palatino Linotype

3.2 San Serif (tiada dekoratif)


Maksudnya tiada dekoratif pada hujung aksara.
Contoh:
x Arial
x Tahoma
x Calibri
x Century Gothic

TIADA ADA
DEKORATIF DEKORATIF
(perhatikan (perhatikan pada
hujung aksara)

TAHUKAH ANDA? Perkataan sans bermakna tanpa dalam


bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna
fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.

4
Draf
020413

YANG MANA SATU?

A. Kategori teks manakah yang


sesuai untuk menulis KAD HARI JADI?

B. Kategori teks manakah yang


sesuai untuk menulis SURAT KIRIMAN
RASMI?
SERIF ATAU SANS SERIF?

4. Struktur Teks
Terdapat dua jenis struktur teks iaitu
4.1 Teks Linear
Teks Linear ialah teks biasa

4.2 Teks Tidak Linear


Teks Tidak Linear ialah teks yang menggunakan pautan
(links). Ia juga dikenali sebagai Hiperteks.

5. Format Fail Teks


Kamu akan mempelajari dua jenis format fail teks iaitu:
5.1 Text (*.txt)
Merupakan format teks yang paling asas. Ia hanya
memformat aksara asas tanpa sebarang gaya (style).

5.2 Rich Text Format (*.rtf)


Merupakan format teks yang memformatkan aksara
yang ditulis dalam pelbagai gaya (style). Maksudnya,
aksara boleh ditaip dengan meletakkan pelbagai jenis
mukataip, saiz mukataip dan kesan font seperti huruf
tebal atau huruf condong. Teks dalam format ini juga
boleh ditulis dalam bentuk perenggan dan boleh
diletakkan penjajaran (align text- kanan, kiri, tengah
atau kelarasan (justify).

5
Draf
020413

Tanpa Sebarang Gaya? Apa Maksudnya???

Maksudnya aksara yang ditaip tidak diletakkan sebarang kesan


font seperti :

-ditebalkan (bold) -dicondongkan ( italic)


-digariskan (underline) -dipotong (strikeout)

.txt .rtf

menggunakan menggunakan
perisian Notepad. perisian
pemprosesan
perkataan.

6. Saiz Fail
Saiz fail Text( *.txt) lebih kecil berbanding saiz fail Rich Text
Format ( *.rtf).

Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia


x Pastikan Teks yang Digunakan Boleh Dibaca
x Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian
x Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian
x Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat
x Awasi Kuantiti Teks pada Paparan

6
Draf
020413

ELEMEN IMEJ DALAM MULTIMEDIA

1. Jenis Imej:
1.1 Fotograf atau gambar foto
1.2 Lukisan
1.3 Kartun
1.4 Graf atau carta
1.5 Ikon, simbol, garis dan butang
1.6 Diagram

2. Peranan imej dalam multimedia


2.1 Menghiburkan
2.2 Memberi maklumat
2.3 Media komunikasi
2.4 Menyampaikan cerita
2.5 Memujuk
2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi

3. Imej terbahagi kepada 2 kategori


3.1 Imej vektor
Imej vektor ialah imej jenis lukisan atau imej berasaskan
objek. Imej ini dihasilkan menggunakan perisian tertentu.

3.2 Imej bitmap


Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Imej ini
merupakan imej sebenar dalam kehidupan seharian kita
seperti gambar foto dari kamera digital,koleksi gambar
yang diimbas dengan pengimbas imej dan sebagainya.

7
Draf
020413

4. Perbezaan diantara imej vektor dan bitmap adalah seperti


jadual 1.1 dibawah:
Jadual 1.1
IMEJ VEKTOR IMEJ BITMAP
Saiz fail kecil Saiz fail besar
Mudah untuk diubahsuai Susah untuk diubahsuai
Terhasil melalui lakaran atau Mudah dihasilkan
lukisan menggunakan kamera digital,
pengimbas dan sebagainya
Sesuai untuk carta, graf dan Sesuai untuk memaparkan imej
diagram. dalam kualiti yang realistik
seperti foto.

5. Perbezaan diantara format fail imej digital dan bitmap adalah


seperti jadual 1.2 dibawah:
Jadual 1.2
Format fail imej vektor Format fail imej bitmap
x *.cgm/CGM ( Computer x *.bmp/BMP (Windows
Graphics Metafile) Bitmap)
x *.dxf/DXF (Computer-Aided x *.png/PNG (Portable
Design) Network Graphicd)
x *.eps/EPS (Encapsulated x *.tga/TGA (Targa)
PostScript)

x *.tiff/TIFF (Tagged Image File


Format)
x *.jpeg/JPEG(Joint
Photographic Experts
Group)
x *.gif/GIF (Graphics
Interchange Format)

6. Warna dalam imej


Imej boleh diwakili dengan warna 4 bit, 8 bit, 16 bit sehingga
bermillion warna.

8
Draf
020413

ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA

Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga


manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan
persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara
latar, muzik atau lagu.

1. Tujuan audio dalam multimedia


Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu
proses penyampaian lebih mantap dan berkesan. Ini kerana
audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid
tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik. Di samping
itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana
yang menarik dan ceria. Audio juga dapat meningkatkan
motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat
mengikuti sesuatu penyampaian maklumat.

TAHUKAH ANDA?

Terdapat dua jenis audio di


dalam multimedia iaitu:

Mono menggunakan satu


saluran audio sahaja.
Contohnya fail berformat MIDI.

Stereo menggunakan dua


saluran audio. Contohnya fail
berformat mp3.

9
Draf
020413

2. Jenis-jenis fail format audio


Perbezaan diantara tiga jenis format audio adalah seperti
jadual 1.3 dibawah:
Jadual 1.3
Fail wave Fail MIDI Fail MP3
Moving picture
waveform audio musical instrument
expert group level
file digital interface
3
*.wav *.mid *.mp3
Boleh mengecilkan
Boleh dibuat Boleh dibuat saiz fail bagi
penyuntingan penyuntingan format MIDI dan
wave
Saiz fail kecil dan Saiz fail kecil dan
Saiz fail besar
padat padat
Contoh : Contoh : Contoh :
negaraku.wav negaraku.mid negaraku.mp3

3. Penggunaan audio dalam multimedia


Walaupun kesan audio di dalam multimedia mempunyai
banyak kelebihan, namun penggunaannya perlu dirancang
dengan teliti. Berikut merupakan beberapa asas bagaimana
audio dapat digunakan dengan berkesan dalam sesebuah
persembahan multimedia.
3.1 Audio hanya digunakan jika bersesuaian dengan isi
kandungan persembahan.
3.2 Pastikan pengguna mempunyai kawalan yang penuh
terhadap audio yang digunakan. Contohnya,
pengguna berupaya untuk mengawal ketinggian bunyi
audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
3.3 Gunakan saiz fail yang tidak terlalu besar bagi tujuan
rakaman atau semasa menyimpan fail audio.
3.4 Elakkan penggunaan audio yang sama di dalam
sesuatu persembahan untuk mengelakkan kebosanan.

10
Draf
020413

3.5 Elakkan menggunakan audio sekiranya boleh


mengganggu persembahan. Contohnya, slaid untuk
memberikan penerangan tentang sesuatu maklumat.
ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA

Video ialah satu siri imej yang disusun dan dimainkan dengan
pantas. Susunan imej ini dibuat secara beberapa siri imej dalam
satu saat (frame per second atau fps). Semakin banyak fps
semakin jelas paparan videonya. Walau bagaimanapun kejelasan
video bergantung kepada kepada piksel ataupun bit warnanya.

Antara resolusi warna yang biasa digunakan ialah 8 bit, 16 bit, 24


bit. Semakin tinggi resolusi warna semakin menarik dan jelas
warnanya. Rakaman video digunakan untuk hiburan, drama,
muzik, dokumentari, kartun, gambar animasi dan sebagainya.
Video dalam sistem operasi window disimpan dalam bentuk;

Jadual 1.4

Fail AVI Fail MPEG

Audio Video Interleave Motion Picture Expert Group

*.avi *.mpg / *.mpeg

Saiz fail yang besar Saiz fail yang kecil

Contoh: Contoh:
pakmamat.avi pakmamat.mpeg atau
pakmamat.mpg.

11
Draf
020413

ELEMEN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi


sesuatu objek. Ia merupakan suatu proses menjadikan sesuatu
objek kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada
sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.

Penggunaan animasi mampu menceriakan proses penyampaian


dimana persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup
atau realistik. Ia juga mampu menarik minat murid dengan mudah
dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan.

1. Animasi GIF (Animated GIF)


Animasi GIF (Animated GIF) merujuk kepada siri imej statik
berformatkan gif dan ianya disusun berurutan dengan
menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan
menggunakan pelayar web, imej-imej statik akan kelihatan
bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ia
digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan
pengiklanan.

2. Animasi Berkomputer
Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk
dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan
elektronik. Kategori animasi berkomputer terdiri daripada
animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (2D).

12
Draf
020413

3. Animasi 2 Dimensi
Animasi 2 dimensi merujuk kepada pergerakan objek yang
mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Ia juga dikenali
sebagai animasi linear. Antara kaedah yang digunakan ialah:

3.1 Animasi Laluan (Path Animation)


x Pergerakkan objek disepanjang laluan yang telah
ditetapkan pada skrin sama ada garisan lurus atau
lengkungan.
x Biasanya objek yang bergerak tidak akan berubah
kepada objek yang lain namun berubah dari segi saiz
dan bentuk.
x Contohnya: Pergerakan bentuk segitiga dari saiz kecil
ke besar dalam perisian MS Power Point.

3.2 Animasi Sel (Cell Animation)


x Satu siri frame atau sel yang mana objeknya akan
dilukis berulangkali bagi menghasilkan satu ilusi
pergerakan.
x Biasanya merujuk kepada subobjek dalam sesuatu
frame animasi.
x Contohnya: pergerakan kaki, kaki dianggap satu sel.

3.3 Animasi Skrin atau Transaksi Objek


x Merujuk kepada kaedah paparan sesebuah skrin yang
dipersembahkan.
x Contohnya: Skrin berterbangan dari satu arah atau
skrin semakin kabur sebelum digantikan skrin
persembahan yang baru.

4.3 Animasi Fon dan Ikon


x Animasi Fon merujuk kepada animasi kepada aksara
dan mampu menghidupkan persembahan elektronik.
x Animasi Ikon dikenali sebagai animasi sprite yang
melibatkan pertukaran ikon yang sedia ada kepada
ikon lain.
x Contohnya: Pergerakan yang bergoyang-goyang,
berkelip-kelip.

13
Draf
020413

4. Animasi 3 Dimensi (3D)


Animasi 3 dimensi merujuk kepada objek tiga dimensi
terbentuk menerusi permodelan atau formula matematik yang
mampu dipapar dari setiap sudut pandangan. Antara kaedah
yang digunakan ialah:

4.1 Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)


4.2 Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lighting)
4.3 Pemetaan (Mapping)
4.4 Rendering dan Animasi

Antara fail format animasi ialah format daripada perisian


AutoDesk 3D Studio & Animator (*.fli, *.flc) dan Macromedia
Director (*.dir). Animasi juga disimpan sebagai klip video yang
mempunyai format fail Quick Time (*.mov) dan Video untuk
format Windows (*.avi).

KEPERLUAN PERKAKASAN

Komputer Multimedia

KEPERLUAN PERISIAN

MS Paint, Real Player, MS PowerPoint, Notepad, MS Word

14
Draf
020413

AKTIVITI 1.1

Objektif: Membezakan antara huruf Serif dan Sans Serif

Langkah 1: Tulis satu perkataan dengan menggunakan mukataip


ciptaan anda sendiri dalam ruangan yang disediakan
di bawah atau menggunakan kertas lain.

Langkah 2: Cuba tentukan sama ada mukataip ciptaan kamu itu


berjenis Serif atau Sans Serif. Kenapa?

15
Draf
020413

AKTIVITI 1.2

Objektif: Membuat perbandingan saiz format fail rtf dantxt

Langkah 1: Murid membina satu folder dan diberi nama SAIZ FAIL
TEKS.
Langkah 2: Murid membuka perisian MS Word dan menaip satu
huruf menggunakan fon Calibri saiz 24. Contohnya
huruf s.

RAJAH 1.1

Langkah 3: Simpan fail tersebut dengan nama Contoh Fail Teks di


dalam folder yang dibina tadi. (semasa menyimpan fail
pastikan kamu memilih Plain Text (*.txt) pada ruangan
Save as type).

16
Draf
020413

Langkah 4: Murid membuka perisian MS Word dan menaip huruf


yang sama.

RAJAH 1.2

Langkah 5: Simpan (save) fail tersebut dengan nama Contoh Fail


RTF di dalam folder SAIZ FAIL TEKS. (semasa menyimpan
fail pastikan kamu memilih Rich Text Format (*.rtf) pada
ruangan Save as type).

Langkah 6: Buka folder SAIZ FAIL TEKS dan gerakkan kursor pada
fail Contoh Fail Teks. Klik tetikus sebelah kanan.
Perhatikan saiz fail pada ruangan properties yang
tertera.

Langkah 7: Gerakkan pula kursor kepada fail Contoh Fail RTF. Klik
tetikus sebelah kanan. Perhatikan saiz fail pada
ruangan properties yang tertera.

Langkah 8: Guru akan bertanya fail mana yang lebih besar dan
mana yang lebih kecil.

17
Draf
020413

AKTIVITI 2.1

Objektif: Murid mengkategorikan imej mengikut format imej.

1 2 3

4 5 6

7 8 9

10 11 12

13 14 15

16 17 18

RAJAH 1.3

18
Draf
020413

Langkah 1: Perhatikan imej di atas.

Langkah 2: Pilih imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam


persembahan multimedia anda berdasarkan tajuk
Sekolahku dan masukkan nombor gambar-gambar
tersebut ke dalam jadual di bawah.

Jadual 1.5
Tulis nombor imej seperti dalam
Rajah 1.3 mengikut jenisnya.

Vektor Bitmap

Langkah 3: Berdasarkan koleksi imej di atas, pilih beberapa keping


gambar.

Langkah 4: Berdasarkan gambar tersebut, fikirkan satu tajuk


persembahan dan jalan cerita yang sesuai.

19
Draf
020413

Jadual 1.6
Nombor bagi
Tajuk persembahan
setiap imej

AKTIVITI 2.2

Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut


format imej.

Langkah 1: Murid akan mencari satu imej menggunakan enjin


carian.

Langkah 2: Salin dan tampal imej tersebut ke dalam perisian MS


Paint.

Langkah 3: Simpan imej tersebut ke dalam 3 format berlainan iaitu


* .bmp, *.jpeg dan *.tiff.

Langkah 4: Bandingkan ketiga-tiga fail tersebut dari segi:


a) kualiti format imej
b) saiz fail setiap format

20
Draf
020413

AKTIVITI 3.1

Objektif: Murid membuat penyesuaian antara imej dan audio


untuk memberikan kesan bermakna kepada
persembahan multimedia.

Langkah 1: Murid menonton slaid PowerPoint audio.ppt yang


mengandungi elemen imej dan audio.

Langkah 2: Murid memberi pendapat tentang slaid yang ditonton.

Langkah 3: Murid diminta membuat penambahbaikan untuk fail


audio.ppt dan memilih elemen imej dan audio yang
terdapat dalam folder imej_akt3.1dan folder
audio_akt3.1.

Langkah 4: Murid boleh menggunakan kreativiti masing-masing


bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik
dan bermakna.

AKTIVITI 3.2

Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut


format audio.

Langkah 1: Guru meminta murid membuka folder em1 yang


mengandungi sekumpulan fail.

21
Draf
020413

Langkah 2: Murid mencari format fail audio.

Langkah 3: Murid mencari saiz fail dengan mengelik kanan tetikus


kepada fail-fail audio bagi membuka properties.

Langkah 4: Murid mengisi butiran yang didapati ke dalam jadual


1.7 di bawah.
Jadual 1.7
negaraku_1 negaraku_1 negaraku_1
Nama Fail

Jenis format
fail

Saiz fail

Langkah 5: Murid membandingkan saiz fail-fail audio berpandukan


pada jadual yang diisi.

Langkah 6: Murid membuat rumusan berkenaan format fail dari


segi:
a) kualiti format fail audio
b) saiz fail setiap format fail audio

22
Draf
020413

AKTIVITI 4

Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut


format video.

Langkah 1: Guru memaparkan kedua-dua fail video


pakmamat.mpeg dan pakmamat.avi) di skrin
menggunakan aplikasi windows media player.

Langkah 2: Murid mencatat maklumat yang diperoleh daripada


paparan video berdasarkan maklumat dan diisi di
dalam jadual 1.8 di bawah:

Jadual 1.8
Perbandingan pakmamat.avi pakmamat.mpeg

Saiz Fail

Kualiti Paparan
(Jelas / Kurang
Jelas)
Peratus (%)
perbezaan
penjimatan saiz
Kesimpulan

23
Draf
020413

AKTIVITI 5

Objektif: Murid membuat lakonan dan teknik selak kertas untuk


memahami konsep animasi.

Lakonan Animasi

Langkah 1: Murid dibahagi kepada empat kumpulan.

Langkah 2: Guru menyerahkan kad tugasan yang mengandungi


arahan kepada setiap kumpulan.

Langkah 3: Berpandukan kad tugasan yang diberi oleh guru, murid


berbincang tentang apa yang perlu dilakukan.

Langkah 4: Setiap kumpulan perlu mencipta dan membuat


pergerakan berpandukan kad tugasan.

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2

ANDA DIKEHENDAKI ANDA DIKEHENDAKI


MELAKONKAN MELAKONKAN
PERGERAKAN KAPAL PERGERAKAN PROSES
TERBANG MENDARAT BUNGA BERKEMBANG

24
Draf
020413

KUMPULAN 3 KUMPULAN 4

ANDA DIKEHENDAKI ANDA DIKEHENDAKI


MELAKONKAN MELAKONKAN
PERGERAKAN KAD PERGERAKAN ALUNAN
BERLAINAN WARNA OMBAK BAGI KAD
YANG BERTERBANGAN HURUF

Langkah 5: Sesi persembahan dijalankan.

Langkah 6: Murid perlu menyatakan jenis animasi yang


dipersembahkan.

Langkah 7: Berdasarkan animasi yang telah dilakonkan, murid perlu


mencipta satu pergerakan yang melambangkan
animasi setiap kumpulan.

Langkah 8: Terjemahkan Langkah 1 hingga Langkah 7 dengan


menggunakan teknik selak kertas.

Nota guru: 1. Guru perlu menyediakan kad huruf dan kad yang berwarna
sebelum aktiviti dijalankan.
2. Guru akan meminta murid menyediakan kertas selak.

25
Draf
020413

AKTIVITI 6

Objektif: Murid membuat NEMONIK elemen multimedia yang telah


dipelajari.

Langkah 1: Guru menerangkan elemen multimedia menggunakan


kaedah NEMONIK untuk memudahkan murid
mengingat.
Contoh:
a. Teks
b. Imej
c. Audio
d. Video
e. Animasi
Contohdalam bentuk ayat :
Toyota Grandis Adalah Van Ayah

Langkah 2: Secara berkumpulan, murid cuba kaedah NEMONIK


sendiri yang lebih mudah untuk diingat.

Langkah 3: Secara berkumpulan, murid cuba pula buat kaedah


NEMONIK sendiri untuk mengingat.

26
Draf
020413

PENILAIAN 1

1. Senaraikan lima elemen multimedia yang telah anda pelajari.

a) _____________

b) _____________

c) _____________

d) _____________

e) _____________

1. Tandakan () pada teks berjenis Serif dan (X) pada teks berjenis
Sans Serif.

a) EKSPLORASI MULTIMEDIA

b) EKSPLORASI MULTIMEDIA

c) EKSPLORASI MULTIMEDIA

d) EKSPLORASI MULTIMEDIA

2. Nyatakan 2 kategori imej.


a) ___________________

b) ___________________

27
Draf
020413

3. Suaikan fail audio di bawah dengan jenis format audio yang


sesuai.

Moving picture
negaraku.mid
expert group level 3

negaraku.mp3 waveform audio


file

negaraku.wav musical instrument


digital interface

4. Namakan 2 format video.


a) ___________________

b) ___________________

5. Berikan 2 kategori animasi 2 dimensi (2D) yang telah anda


pelajari.
a) ___________________

b) ___________________

28
Draf
020413

PENILAIAN 2

Langkah 1: Klik folder elemen imej.

Langkah 2: Di dalam kumpulan, perhati dan rekodkan saiz fail imej


(bmp, jpeg, tiff) di dalam folder imej, saiz fail audio
(wav, mp3, midi) di dalam folder audio dan saiz folder
video (mpeg dan avi) di dalam folder video ke dalam
jadual yang disediakan di bawah.

Langkah 3: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan


perbandingan imej dengan 3 format fail berlainan
(bmp,jpeg,tiff), audio (midi,wave,mp3) dan video
(avi,mpeg) menggunakan slaid persembahan
(em1.ppt) untuk menunjukkan perbezaan sebenar
setiap fail dalam format yang berlainan.

Perbandingan saiz format fail yang berlainan

ELEMEN FORMAT FAIL SAIZ FAIL

*.bmp

Imej *.jpeg

*.tiff

*.wav

Audio *.mp3

*.mid

*.mpeg

Video *.avi

29
Draf
020413

Langkah 4: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan

Perbandingan saiz format fail yang berlainan dengan


menggunakan simbol (>) untuk lebih daripada dan (<)
untuk kurang daripada kedalam kotak yang
disediakan

ELEMEN FORMAT FAIL

*.bmp *.jpeg
Imej

*.bmp *.tiff

*.tiff *.jpeg

*.wav *.mp3
Audio

*.wav *.mid

*.mp3 *.mid

*.mpeg *.avi
Video

30
Draf
020413

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: Eksplorasi Multimedia


Standard
Kandungan: 1.0 Mengkaji Multimedia

1.1 Menyenaraikan elemen multimedia (teks,


imej, audio, video dan animasi)
Standard 1.2 Membuat perbandingan saiz format fail
Pembelajaran: bagi setiap elemen multimedia seperti
untuk teks, imej (jpeg, bmp, tiff), audio
(midi,wav,mp3) dan video (avi,mpeg).

Pencapaian Catatan
Bil Perkara yang dinilai
Ya Tidak
Menyenaraikan elemen
1
multimedia
Membuat perbandingan saiz
2 format fail bagi setiap elemen
multimedia
(CAPAI /
KEPUTUSAN
TIDAK CAPAI)
TARIKH
Tandatangan &
Nama Guru:
Tarikh
Disahkan Tandatangan &
oleh: Tarikh

31
Draf
020413

MODUL EM2
Standard 1.0 Mengkaji Multimedia
kandungan:

Standard 1.3 Membezakan persembahan linear dan


pembelajaran: tak linear

Masa: 60 minit

32
Draf
020413

NOTA RUJUKAN

REKABENTUK ASAS MULTIMEDIA

Dua rekabentuk utama multimedia ialah persembahan linear dan


persembahan tak linear. Persembahan linear adalah pada rajah
1.4 dan tak linear pada rajah 1.5.

1. Persembahan Linear

SLAID 1 SLAID 2 SLAID 3 SLAID 4 TAMAT

Mula Berterusan Tamat

RAJAH 1.4

2. Persembahan Tak Linear

SLAID 2 SLAID 4

SLAID 1 TAMAT

SLAID 3 SLAID 5

RAJAH 1.5

33
Draf
020413

3. Perbezaan Antara Persembahan Linear Dan Tak Linear

Persembahan Linear PersembahanTak Linear

Pengguna tidak mempunyai Pengguna boleh mengawal


kawalan sepenuhnya terhadap persembahan
persembahan

Persembahan linear biasanya Pengguna bebas untuk


akan bermula dari awal hingga pergi ke mana-mana
akhir dan ia akan mengulang bahagian maklumat yang
semula maklumat dikehendaki melalui butang
navigasi

Persembahan ini digunakan Persembahan ini disusun


untuk menyampaikan sesuatu dalam bentuk menu dan
maklumat kepada sekumpulan pengguna boleh pergi ke
orang ramai ke atas skrin besar mana-mana bahagian
atau monitor televisyen secara terus.

Tidak interaktif Interaktif

Contoh : video, animasi dan Contoh : perisian kursus,


papan iklan digital (billboard) laman web dan portal.

KEPERLUAN PERKAKASAN

Komputer Multimedia

KEPERLUAN PERISIAN

MS PowerPoint

34
Draf
020413

AKTIVITI 1

Objektif: Membuat perbandingan antara persembahan linear dan


persembahan tak linear.

Langkah 1 : Guru menunjukkan dua jenis persembahan


menggunakan MS PowerPoint iaitu (em2-1.ppt) dan
(em2-2.ppt)

Langkah 2: Murid menentukan yang mana satu persembahan


linear dan persembahan tak linear.

Langkah 3 : Catatkan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua


persembahan tersebut ke dalam jadual 1.9 yang
disediakan.

Jadual 1.9

Persembahan 1 Persembahan 2

Jenis
Persembahan

Jenis
Pergerakan
(searah /
pelbagai arah)

Butang (ada /
tiada)

Menu
(ada/tiada)

Interaktiviti
(ada/tiada)

35
Draf
020413

AKTIVITI 2

Objektif: Melakarkan idea persembahan tak linear ke dalam rajah


ranting.

Langkah 1 : Gambarajah di bawah disediakan berdasarkan


persembahan dalam aktiviti 1 (em-2-2.ppt). Isikan
tempat kosong berdasarkan slaid persembahan
tersebut.

Elemen
Multimedia

Teks
Imej
Tamat
Audio
Video
Animasi

RAJAH 1.6

Langkah 2 : Bina satu persembahan tak linear berpandukan


kepada contoh em2-2.ppt dan bentangkan di dalam kelas.

36
Draf
020413

Nota guru: 1. Guru hendaklah menunujuk cara bagaimana membuat


pautan(hyperlink) dalam persembahan.

AKTIVITI 3

Objektif: Murid memahami konsep persembahan linear melalui


permainan atau sukan.
Langkah 1 : Guru memanggil satu kumpulan murid yang terdiri
daripada 6 orang.

Langkah 2 :Murid perlu berdiri dalam satu bulatan. Setiap murid


diberikan tag nombor untuk dikalungkan di leher.

Langkah 3 : Guru memberikan 1 baton kepada murid pertama.

Langkah 4 : Murid pertama perlu menghantar baton tersebut


kepada rakan di sebelah dan seterusnya sehingga
murid yang terakhir.

Contoh:
Murid 6
(slaid 6) Murid 5
(slaid 5)

baton

Murid 1 Murid 4
(slaid 1) (slaid 4)

Murid 2 Murid 3
(slaid 2) (slaid 3)

37
Draf
020413

Langkah 4 : Semua murid diminta meneka jenis persembahan yang


dilakonkan oleh rakan mereka itu.

Langkah 5 : Guru menjelaskan kaitan lakonan murid dengan


konsep persembahan linear.

Langkah 6: Murid memberikan contoh permainan atau sukan


yang menggambarkan konsep persembahan linear.
Nota guru: Contoh konsep persembahan linear dalam permainan atau sukan
ialah: lari berganti-ganti dan lari dalam guni.

AKTIVITI 4

Objektif: Murid memahami konsep persembahan tak linear


melalui permainan atau sukan.

Langkah 1 : Guru memanggil 6 orang murid dan berdiri secara


rawak.

Langkah 2 : Setiap murid diberikan tag nombor untuk dikalungkan


di leher.

Langkah 3 : Sebiji bola diberikan kepada seorang murid. Murid


tersebut perlu membaling bola itu kepada mana-
mana rakan yang disukai.

Langkah 4 : Rakan yang mendapat bola perlu membaling semula


bola kepada mana-mana rakan yang disukai.
Begitulah seterusnya sehingga guru mengarahkan
murid untuk berhenti.

38
Draf
020413

Contoh: Murid 6
(Slaid 6)

Murid 1
(Slaid 1)
Murid 5
(Slaid 5)

Murid 2
(Slaid 2) Murid 4
(Slaid 4)

Murid 3
(Slaid 3)
Langkah 5: Murid memberikan contoh permainan atau sukan
yang menggambarkan konsep persembahan tak
linear.
Nota guru: Contoh konsep persembahan tak linear dalam permainan atau
sukan ialah: bola sepak dan ular dan tangga (snake and ladder).

39
Draf
020413

PENILAIAN

Suaikan jawapan yang betul.

Menu

Tidak interaktif

Persembahan
Linear Mempunyai butang
navigasi

Pengguna bebas
kemana-mana slaid.

Pergerakan pelbagai
arah
PersembahanTak
Linear
Tiada butang navigasi

Interaktif

Penggunatidakmempunyaik
awalansepenuhnya

40
Draf
020413

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

NamaMurid:
Tahun:
Kelas

Eksplorasi Multimedia
Modul:
Standard 1.0 Mengkaji Multimedia.
Kandungan:

Standard 1.3 Membezakanpersembahan linear dantak


Pembelajaran: linear.

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan


Ya Tidak
1 Membezakanpersembahan
linear dantak linear

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)


TARIKH

Nama Guru: Tandatangan&Tarikh

Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh

41

Anda mungkin juga menyukai