Anda di halaman 1dari 15

Kepentingan Penghayatan Akidah Melalui Nama-Nama Allah SWT dalam Pengukuhan

Institusi Kekeluargaan : Sorotan Literatur

Salha Nabilla binti Shariat & Tengku Intan Zarina binti Tengku Puji

Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam,


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor.
shariatnabilla@yahoo.com

ABSTRAK

Dewasa ini, terdapat banyak kes-kes penceraian dan keretakan rumahtangga yang berlaku. Kekeruhan
suasana rumah tangga dan kerapuhan hubungan antara ahli keluarga contohnya antara ibu bapa dan
anak-anak, kebanyakannya berpunca daripada masalah kurangnya ilmu agama dan kemahiran
keibubapaan di kalangan mereka untuk menangani kehidupan berkeluarga. Tambahan pula, masih
terdapat ramai ibu bapa yang tidak menerima ilmu dan pendedahan tentang kemahiran-kemahiran
penting dalam bidang keibubapaan. Kekurangan kemahiran berkeluarga terutama sekali kemahiran
keibubapaan mengakibatkan ibu bapa tidak begitu memahami serta mengetahui bagaimana untuk
melaksanakan. tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk
menganalisis kajian lepas berkaitan dengan kepentingan penghayatan dan kefahaman akidah dalam
menangani permasalahan dalam institusi kekeluargaan. Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif
berdasarkan kajian-kajian dan penyelidikan yang terdahulu menerusi dokumen, jurnal dan buku-buku
yang berkaitan dengan perbincangan mengenai aspek penekanan akidah melalui nama-nama Allah
SWT dalam pengukuhan rumahtangga. Hasil sorotan literatur mendapati bahawa kajian terhadap
pengukuhan institusi kekeluargaan telah banyak dilakukan dari aspek kepentingan ilmu kemahiran
keibubapaan dan kepentingan akidah dalam ilmu keibubapaan sahaja tetapi tidak menitikberatkan
serta menjelaskan kepentingan penerapan aspek akidah melalui penghayatan nama-nama Allah SWT
dalam ilmu keibubapaan secara terperinci di samping itu pengkaji mendapati terdapat 19 nama-nama
Allah SWT yang boleh dihayati dalam pengukuhan institusi kekeluargaan. Justeru, bagi
menyelesaikan kemelut rumahtangga ini, kajian lanjut tentang kepentingan penghayatan akidah
melalui nama-nama Allah SWT dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan perlu dilakukan.

Kata kunci : Penghayatan Akidah, Pengukuhan Institusi kekeluargaan.

PENGENALAN

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan negara. Tanpa
institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam mengiktiraf keluarga sebagai sebuah
institusi pencorak masyarakat. Di samping itu, tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya
terletak pada kaum lelaki. Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua
belah pihak iaitu suami dan isteri memainkan peranan yang sama penting dalam pembentukan
keluarga yang cemerlang. Peranan asas suami ialah menyediakan keperluan seperti makanan, tempat
tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja, sebagai seorang ayah, beliau juga bertanggungjawab untuk
memberi pendidikan akademik yang penting untuk perkembangan minda dan pendidikan agama untuk
kesejahteraan rohani dan fizikal. Bagi isteri pula, tanggungjawab utamanya ialah memastikan
kelancaran dalam sistem rumah tangga yang disulami perasaan kasih sayang dan hormat
menghormati. Di samping suami isteri melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna, aspek
akidah juga merupakan komponen terpenting dalam membentuk keperibadian ibu bapa yang
bertakwa.
PENYATAAN MASALAH

Kesan negatif pengabaian ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mengikut kerangka Islam dapat
diperhatikan melalui wujudnya fenomena keruntuhan akhlak remaja Muslim di Malaysia. Ketahanan
diri remaja yang lentur dan kian pupus menyebabkan sebahagian daripada anak-anak remaja Muslim
terjebak dalam penagihan dadah, aktiviti-aktiviti jenayah, lepak, pengangguran, maksiat dan pelbagai
gejala yang tidak sihat. Rentetan daripada itu, kebimbangan mengenai fenomena keruntuhan akhlak
dalam kalangan masyarakat Islam khususnya, orang Melayu di Malaysia disuarakan oleh golongan
ulama, intelektual dan pendokong gerakan pembaharuan Islam di Malaysia. Mereka menggesa agar
masyarakat Islam menyedari fenomena negatif yang semakin menular dan menyeru supaya ibu bapa
meletakkan Islam sebagai prinsip dalam kehidupan berkeluarga. Maka anak-anak perlu kepada
penghayatan Islam sejak kecil lagi disamping melatih mereka dengan kemahiran untuk menghadapi
cabaran hidup.
Di samping itu, terdapat ramai pasangan muda yang baru setahun jagung berkahwin
memfailkan cerai dengan pelbagai alasan serta faktor usia muda dan mentah turut mempengaruhi
dalam membuat keputusan. Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha (Zuhayati
Yazid 2011), beliau mengakui bahawa berlaku peningkatan kes penceraian setiap tahun di kalangan
pasangan muda. Ketika ini lingkungan umur yang paling tinggi bercerai adalah antara 31 hingga 35
tahun dan angka usia tersebut semakin rendah dari semasa ke semasa. Perkembangan ini
sememangnya cukup membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi keluarga di negara
ini yang semakin rapuh.Keruntuhan akhlak remaja dan masalah sosial berpunca daripada ibu bapa
yang mempunyai masalah rumahtangga. Ibubapa juga tidak berjaya menunjukkan nilai keislaman
terhadap anak-anak (Azida Abu Kasim 2012).
Selain itu, kelemahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menerusi nilai keislaman
disebabkan kurang pengetahuan agama dan penekanan akidah dalam diri ibubapa. Menurut Abu
Hasan Din (1996), punca berlakunya konflik dalam rumahtangga adalah kurangnya pengetahuan
agama yang mendalam dalam diri setiap pasangan suami isteri. Pengetahuan agama yang mendalam
amat penting kerana ianya boleh menjadi benteng dalam melindungi suami isteri daripada melakukan
perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kepentingan akidah dalam Islam merupakan aspek
terpenting dalam pembangunan insan bertakwa dan ini dapat dilihat menerusi nas-nas al-Quran dan
al-Hadith yang banyak mengaitkan pembentukan akhlak dengan akidah atau iman. Hal ini berkait
rapat dengan kebergantungan ibu bapa kepada Allah SWT. Kesedaran hidup beragama yang
mendalam juga akan menjadi ubat dan penawar dalam menangani pelbagai penyakit sosial dalam
masyarakat hari ini.

PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian yang menjadi tumpuan pengkaji, iaitu:

1. Apakah kepentingan penghayatan akidah dalam pengukuhan dalam institusi kekeluargaan?


2. Bagaimana penghayatan pengukuhan akidah melalui nama-nama Allah SWT?
3. Apakah kesan penghayatan nama-nama Allah SWT dalam institusi kekeluargaan?

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:


1. Mengenal pasti kepentingan penghayatan akidah dalam pengukuhan institusi kekeluargaan.
2. Mengenal pasti penghayatan pengukuhan akidah melalui nama-nama Allah SWT.
3. Menganalisis kesan penghayatan nama-nama Allah SWT dalam institusi kekeluargaan.
METODOLOGI KAJIAN

Metod kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan reka bentuk kajian ini adalah
berasaskan analisis dokumen. Metod analisis dokumen melalui kajian perpustakaan dilakukan
terhadap bahan literatur seperti artikel jurnal dan prosiding, tesis, buku dan laman web yang berkaitan
dengan kepentingan penghayatan akidah dalam pengukuhan institusi kekeluargaan. Data-data yang
diperoleh dianalisis secara deskriptif.

SOROTAN LITERATUR

Isu-isu yang dibentangkan dalam kajian ini adalah menjurus kepada kepentingan penghayatan akidah
dalam pengukuhan institusi kekeluargaan. Bagi mendapatkan hasil lanjut kajian, penulis telah meneliti
dan menganalisis beberapa kajian terdahulu dengan bidang kajian ini. Oleh yang demikian, sorotan
literatur ini akan dibahagikan mengikut peringkat.

Kepentingan Penghayatan Akidah dalam Pengukuhan Institusi Kekeluargaan

Kepentingan aspek akidah merupakan aspek yang terpenting dalam membentuk keluarga Islam.
Menurut Muhaymin Hakim Abdullah (t.t.) untuk menjadi seseorang pemimpin keluarga perlulah
memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, pelaksanaan amalan ibadat yang meliputi
ibadat khusus dan fardhu kifayah serta mempunyai akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan
serta amal salih. Di samping itu, terdapat dua peringkat tanggungjawab yang penting iaitu peringkat
permulaan institusi kekeluargaan dan tanggungjawab pendidikan anak-anak (Muhaymin Hakim
Abdullah t.t). dan keluarga itu juga harus mempunyai disiplin-disiplin yang tertentu dan ini adalah
menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi penekanan dan perhatian yang tinggi supaya kes-kes yang
tidak bermoral tidak berlaku (Azizi Yahaya 2008). Namun, para pengkaji tidak menjelaskan secara
lebih terperinci tentang penekanan aspek akidah yang perlu ada dalam diri ibu bapa itu sendiri dan
hanya menjelaskan tentang peranan ibu bapa dan gaya keibubapaan yang perlu dilakukan apabila
berhadapan dengan anak yang bermasalah.
Kepentingan aspek akidah dalam pembentukan kekeluargaan ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Muhammad Nubli (1997), Mustafa Daud (2004) Fauziah Hanim Jalal et al. (2009) Seri
hayati Husain (2010), Nur Zahidah & Raihanah Azahari (2011), Maznah Binti Ali & Zakiah Binti
Zakaria (2010). Mereka sependapat bahawa dalam membentuk pembangunan sebuah keluarga yang
bahagia, bab akidah yang berasaskan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tentang kewujudan
Allah SWT berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah perlu ada dalam diri ibu bapa dan juga perlu
diutamakan. Model keibubapaan Islam dilihat sebagai satu langkah untuk melahirkan anak-anak yang
salih dan muslih. Pendidikan keibubapaan dengan nilai agama akan memartabatkan Islam sebagai
rujukan dan panduan. ibu bapa perlu mementingkan pendidikan akidah dalam diri kanak-kanak dan
merupakan salah satu proses penting yang perlu diambil berat oleh ibu bapa. Ini kerana, akidah yang
mantap dan teguh adalah bermula dengan pendidikan asas yang disemai sejak kecil dan seterusnya
akan menjadi pegangan hidup dalam diri kanak-kanak apabila menjelang dewasa kelak. Namun,
kajian mereka hanya menjelaskan tentang kepentingan akidah dalam ilmu keibubapaan sahaja tanpa
menjelaskan kaedah penerapannya.
Asming Yalawae et. al (2011), pula menyatakan bahawa akidah yang sahih dapat
memberikan kesan positif terhadap kehidupan keluarga dan melahirkan ketenangan, kerukunan dan
ketenteraman hidup. Terdapat beberapa ciri-ciri keteguhan akidah yang mendorong kebahagiaan
rumahtangga, antaranya ialah, berakhlak baik, melahirkan pengorbanan, berperikemanusiaan, lemah-
lembut serta berkeprihatinan, bercakap benar dan melakukan pekerjaan yang baik serta berfikiran
logik. Namun begitu, pengkaji hanya menjelaskan kepentingan aspek akidah itu dalam pembinaan
keluarga.
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa kepentingan penerapan akidah dalam
pembentukan sesebuah keluarga itu merupakan asas yang paling penting. Hal ini kerana keimanan
yang kukuh dapat menguatkan lagi kerukunan rumahtangga.
Penghayatan Pengukuhan Akidah Melalui nama-nama Allah SWT

Allah SWT memiliki nama-nama indah yang dikenali sebagai al-Asma' al-Husna.
Penghayatan terhadap nama-nama ini mampu memberi natijah yang sangat baik kepada kehidupan
manusia (Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari 2010). Oleh itu, aspek akidah melalui nama-
nama Allah SWT merupakan salah satu kaedah bagi mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT. Al-
Ghazali (2003) telah menjelaskan tentang cara penghayatan nama-nama Allah SWT iaitu dengan
mencapai makrifah tentang makna-makna Asma al-Husna secara mukashafah dan musyahadah
sehingga jelas difahami hakikatnya berpandukan dalil-dalil yang tepat. Di samping itu, berusaha
sedaya mungkin untuk memiliki sifat-sifat tersebut dan berakhlak dengannya serta menghiaskan diri
dengan nilai-nilai baik yang ada di dalamnya. Oleh itu, seseorang itu akan menjadi manusia rabbani
iaitu insan yang dekat dengan Tuhan-Nya dan akan menjadi teman rapat kepada malaikat.
Di samping itu, aspek penghayatan nama-nama Allah SWT telah dikaji oleh beberapa
pengkaji yang menyentuh tentang kepentingan penghayatan dan kaedahnya dalam kehidupan
seharian. Menurut Mohd Fauzi (2009), beliau menyatakan bahawa kepentingan penghayatan nama-
nama Allah SWT yang elok perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh Muslim, iaitu menerusi penghayatan
terhadap makna yang terkandung di dalamnya dan berusaha meniru nilai-nilai mulia yang terkandung
di dalamnya. Umat Islam dianjurkan berusaha sedaya mungkin untuk memiliki sifat-sifat tersebut dan
berakhlak dengannya serta menghiaskan diri dengan nilai-nilai baik yang ada di dalamnya. Kajian ini
menekankan kepentingan penghayatan nama-nama Allah SWT dalam menyuburkan profesionalisme
dalam sesuatu masyarakat atau organisasi dan menghuraikan sebahagian atau 12 nama Allah SWT
sahaja untuk memperkasa nilai dan profesionalisme.
Menurut Mohd Fauzi (2002) penerapan nilai-nilai akidah dalam segenap aspek pembangunan
ummah, khususnya menerusi bidang pendidikan dan latihan akan mempastikan generasi kini yang
pernah dikelirukan minda dan falsafah hidup mereka oleh faham sekular buat sekian lama akan
kembali bangkit semula menggerakkan kegiatan 'islah' bagi membangun ummah secara yang
bersepadu.
Di samping itu, menurut Mohd Hasrul Shuhari dan Mohd Fauzi Hamat (2011) penghayatan
terhadap nilai-nilai yang terkandung dalam nama-nama Allah S.W.T yang indah tersebut berperanan
dalam pembinaan integriti dalam diri manusia. Kajian ini merumuskan bahawa penghayatan terhadap
ciri-ciri akhlak Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Asma al-Husna mampu membentuk sifat
integriti dalam diri manusia sekaligus membantu membina masyarakat yang berintegriti. Berdasarkan
kedua-dua kajian di atas, penghayatan nama-nama Allah SWT diterangkan dengan jelas.
Kesimpulannya, dapat kita faham bahawa penghayatan pengukuhan akidah melalui nama-
nama Allah SWT ini merupakan satu langkah bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan
membina jati diri muslim yang kuat rohani dan fizikalnya. Justeru itu, sudah pasti kaedah penerapan
nama-nama Allah SWT ini dalam sesebuah keluarga dapat menumbuhkan sebuah usrah yang mantap
imannya dan teguh amalnya.

KESAN PENGHAYATAN NAMA-NAMA ALLAH SWT


DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji telah mendapati terdapat beberapa nama-nama Allah SWT yang
dapat diterapkan dan dihayati dalam pembinaan sesebuah institusi kekeluargaan. Antaranya ialah al-
Razzaq, al-Wahhab, al-Basit, al-Khaliq, al-Syakur, al-Basir, al-Raqib, Al-cAdl, al-Muqsit, Al-
Rahman, al-Rahim, al-Quddus, al-Salam, al-Latif, al-Muhaymin, al-Kabir, al-Hakam, al-Khabir dan
al-Qahhar. Di samping itu, kesan daripada penghayatan nama-nama Allah SWT dalam institusi
kekeluargaan ini dapat membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Diantara
implikasi penghayatan tersebut ialah berkenaan rezeki, zuriat, maruah, pembinaan keluarga, keadilan
dalam rumahtangga dan pendidikan akidah, ibadah dan akhlak serta keperibadian suami dan isteri.

1. Rezeki

Rezeki merangkumi harta, anak-anak, pekerjaan tubuh badan yang sihat, keharmonian rumahtangga
dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa wang dan harta merupakan satu keperluan dalam kehidupan
berumah tangga, lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ini. Boleh dikatakan hampir
keseluruhan keperluan hidup memerlukan wang. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat
untuk membina kehidupan yang kukuh dan maju supaya dapat membangunkan masyarakat yang
kukuh ekonominya. Namun begitu, asas yang paling utama perlu diterapkan dalam rumahtangga
adalah setiap pasangan perlu meyakini bahawa Allah SWT itu adalah al-Razzaq, al-Wahhab dan al-
Hakam.
Menurut Al-Ghazali (2003), Al-Razzaq bermaksud Tuhan yang menjadikan rezeki ataupun
mereka yang diberi rezeki dan Allah SWT menyampaikan rezeki itu kepada mereka dan mencipta
cara-cara untuk menikmatinya. Di samping itu, Allah SWT juga berfirman,

(Al-Qur'an Surah Al-Dhariyat 51:58)
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah
sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya.

Nabi SAW juga telah bersabda berkenaan penetapan rezeki daripada Allah SWT,
(
1
)
Maksudnya:
Sesungguhnya setiap kalian penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari dalam bentuk nutfah,
kemudian menjadi Alaqah (segumpal darah) selama 40 hari kemudian menjadi Mudghah (segumpal
daging) selama 40 hari juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu
diperintahkan untuk menuliskan 4 kalimah : Rezeki, Ajal, Amal dan Takdir baik atau takdir buruk.

Firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah memberi rezeki kepada semua
makhluknya termasuklah binatang.

(Al-Qur'an Surah Hud 11:6)
Maksudnya:
dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang
menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu
tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Firman Allah SWT lagi,



(Al-Qur'an Surah Al-cAnkabut 29:60)
Maksudnya:
dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah Yang
memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
Berdasarkan dalil-dalil yang telah disebutkan di atas tadi jelas menggambarkan kepada kita
bahawa Allah SWT merupakan Allah SWT yang bersifat Maha Memberi Rezeki. Allah telah
menetapkan rezeki kepada setiap makhluk-Nya tanpa ada pengecualian. Disebabkan itu, Allah
menambahkan keluasan ilmu pengetahuan, kegagahan tubuh dan kekayaan harta kepada hamba-
hamba-Nya. Oleh itu, pasangan yang berkahwin perlulah meyakini bahawa rezeki Allah itu luas dan
perlulah berusaha untuk taat kepada Allah SWT. Hal ini kerana, Allah SWT telah memberi jaminan
bahawa sesiapa sahaja hambanya yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadanya

1
Imam al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Kitab Bad'i Al-Khalqi, No hadith : 3036.
sedikit atau banyak pasti Allah akan menggandakannnya lagi nikmat itu seperti dalam firman Allah
SWT,


(Al-Qur'an Surah Ibrahim 14:7)
Maksudnya:
dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
Sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".

Di samping itu, untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi rumah tangga, setiap keluarga
mestilah menguruskan soal-soal perbelanjaan dengan jalan yang betul dan halal. Perkara-perkara yang
menjadi tegahan agama seperti pembaziran, makan riba, rasuah, menipu, merompak dan sepertimana
isteri yang dikehendaki melacurkan diri oleh suaminya adalah dilarang oleh Islam walaupun bayaran
yang diperolehinya tinggi. Hal ini kerana, Islam menyuruh umatnya supaya hidup bersederhana dan
berjimat cermat serta mengutamakan keberkatan Allah.
Oleh itu, pasangan yang bekahwin juga perlulah memahami dan menghayati nama Allah, Al-
Wahhab dan al-Hakam iaitu yang bermaksud Tuhan yang bersifat pemurah, memberikan nikmat dan
melimpahkan segala kurnia dan Allah SWT juga amat banyak pemberian-Nya, sentiasa berbuat baik
kepada sekalian makhluk-Nya serta meliputi mereka dengan sifat pemurah dan kasih sayang-Nya
(Ahmad cAbd al-Jawwad 2003). Imam Al-Qushairiy (2006) pula menjelaskan bahawa, setiap manusia
yang benar-benar mengetahui bahawa Allah ialah Yang Maha Pengurnia pasti tidak akan memohon
hajat kecuali kepada-Nya dan tidak akan berserah kepada selain-Nya. Selain itu, penghayatan melalui
nama Allah iaitu al-Basit yang bermaksud Tuhan yang menebarkan rahmat dan limpah kurnia-Nya
kepada hamba-hamba-Nya dan Allah mengurniakan rezeki seluas-luasnya dan memberikan nikmat
lebih banyak daripada yang diperlukan oleh manusia. Begitu juga orang yang meghayati nama Allah
SWT, al-Hakam, beliau tidak akan runsing tentang masa hadapan bahkan hatinya selalu sedar bahawa
apa-apa pun yang terjadi pada dirinya pasti telah ditetapkan sejak azali (Mahmud Al-Sayyid Hasan
2004).

2. Zuriat

Setiap pasangan yang berkahwin mestilah berkeinginan mempunyai zuriat. Namun begitu, menurut
Ibrahim Amini (1994) terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi mengenai zuriat ini antaranya
pasangan yang mempunyai masalah untuk memiliki zuriat, suami atau isteri yang tidak menginginkan
zuriat ataupun mempunyai pasangan yang berbeza pendapat mengenai jantina anak mereka.
Berdasarkan permasalahan ini, pasangan yang berkahwin perlulah mempunyai kefahaman yang benar
mengenai konsep zuriat dalam institusi kekeluargaan. Hal ini kerana anak-anak merupakan
kelangsungan umat Islam dan ibu bapa jualah yang akan mencorakkan keperibadian mereka dengan
ajaran Islam atau sebaliknya. Allah SWT telah berfirman bahawa,

(Al-Qur'an Surah Al-Taghabun 64:15)
Maksudnya:
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah
jualah pahala Yang besar.

Pasangan yang sudah mempunyai zuriat hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan
oleh Allah SWT itu dengan sebaiknya. Berdasarkan Hadith Nabi SAW,
(2 (
Maksudnya:

2
Imam al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Kitab al-Qadr. Bab Allah Yaclamu bima kanu camilin. No hadith : 6226.
Tidaklah seorang anak dilahirkan melainkan dilahirkan di atas fitrah. Namun, kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa setiap anak yang dilahirkan perlulah dididik dengan
ajaran agama Islam yang benar. Pembentukan diri anak-anak itu bergantung kepada ibu bapanya yang
mencorakkan. Oleh itu, ibu bapa perlulah menjaga, melindungi serta memenuhi keperluan anak-
anaknya.
Di samping itu, Allah SWT juga telah mengingatkan kepada para suami agar membimbing
ahli keluarganya daripada terjebak dengan kemaksiatan dan kekufuran kepada Allah SWT. Firman-
Nya,


(Al-Qur'an Surah Al-Tahrim 66:6)
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-
bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat
Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.

Oleh itu, pasangan yang berkahwin perlulah menerapkan dan menghayati nama Allah iaitu
Al-Khaliq yang bermaksud Tuhan yang mencipta segala perkara daripada tiada kepada ada dengan
ketetapan, aturan, pengetahuan dan kekuasaan-Nya dan Allah juga telah sedia ada ketika makhluk
belum wujud lagi (Ahmad cAbd al-Jawwad 2003). Nama Allah Al-Khaliq ini perlu ditanamkan dalam
diri pasangan yang berkahwin agar mereka sentiasa meyakini bahawa rezeki anak itu merupakan
anugerah daripada Allah SWT. Keinginan untuk memiliki zuriat merupakan perkara yang paling
dinanti-nantikan namun begitu terkadang Allah SWT menguji setiap pasangan yang berkahwin
dengan ujian tidak memiliki anak ataupun lambat memiliki anak. Menurut Al-Qushairiy (2006),
pengajaran yang boleh diambil daripada nama Allah Al-Khaliq ini ialah bagi orang yang mengenali
Allah sebagai al-Khaliq ialah ia harus merenung kejadian dirinya dengan teliti sehingga tergambar
dalam hatinya tanda-tanda kebijaksanaan Allah pada ciptaan-Nya.
Di samping itu, penghayatan nama Allah Al-Syakur juga perlu diterapkan dalam diri
pasangan. Al-Syakur yang bermaksud Yang Maha Penerima Syukur adalah Tuhan yang
mengurniakan nikmat yang tidak terbatas di akhirat sebagai balasan untuk amalan yang cuma
dikerjakan dalam tempoh tertentu (Al-Ghazali 2003). Begitu juga bagi pasangan yang berkahwin
namun belum dikurniakan zuriat, mereka perlu meyakini bahawa Allah SWT Maha Membalas
Kebaikan dan mereka haruslah bersungguh-sungguh bersyukur kepada-Nya dan sentiasa memuji-Nya
tanpa cuai sedikit pun (Al-Qushairiy 2006). Hal ini kerana walaupun hajat memiliki zuriat belum
tercapai namun pasangan yang berkahwin perlulah banyak-banyak bersyukur kepada Allah kerana
Allah mengurniakan kepada mereka tubuh badan yang sihat, harta kekayaan serta kemudahan dalam
menunaikan ibadah kepada Allah.

3. Maruah

Kehidupan dalam rumahtangga juga tidak terlepas daripada sebarang kelemahan dan kesilapan.
Namun begitu, kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah tangga adalah aspek yang
paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga kerana di antara unsur yang boleh
mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan pihak suami atau isteri dalam menjaga rahsia
rumahtangga di mana banyak sekali rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang
bersikap suka menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain. Seperimana dalam
firman Allah SWT,

(Al-Qur'an, Surah Al-Nisa' 4:34)
Maksudnya:
maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,

Berdasarkan ayat di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah mereka yang taat kepada
Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf dan memelihara dirinya ketika suaminya
tidak berada di sampingnya. Di samping itu, terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh nabi SAW,

: :
3

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda, 'Sebaik-baik isteri iaitu yang menyenangkanmu ketika kamu melihatnya,
taat kepadamu ketika kamu suruh serta menjaga dirinya dan hartamu ketika kamu pergi.' Hadith ini
sahih di atas syarat Imam Muslim.
Berdasarkan hadith di atas, Nabi SAW menyatakan bahawa isteri yang solehah itu adalah
isteri yang mentaati perintah suaminya namun bukan dalam perkara kekufuran. Di samping itu, isteri
yang baik juga adalah yang memelihara dirinya daripada jalan fitnah dan kemaksiatan serta menjaga
dengan baik rumahtangganya serta harta peninggalan suaminya ketika suaminya berada di luar atas
urusan.
Selain itu, suami dan isteri yang bertakwa mestilah menghayati sifat Allah SWT yang maha
Melihat, Al-Basir dan Allah Yang Maha Mengawasi, al-Raqib. Menurut Al-Ghazali (2003), Al-Basir
ialah Tuhan yang menyaksikan dan melihat sehingga tiada suatu perkara pun yang tersembunyi
daripada penglihatan-Nya sekalipun di bawah tanah di perut bumi. Al-Raqib pula bermaksud Allah
mengawasi segala perkara yang dengan ilmu-Nya yang suci daripada terjadinya kelupaan. Setiap
perkara yang umum atau yang terperinci, begitu juga semua perkara yang tersembunyi sama ada di
bumi atau di langit berada dalam pengawasan-Nya (Al-Qurtubiy:1995).
Suami dan isteri yang menerapkan nilai-nilai nama Allah SWT dalam kehidupan seharian
pasti akan menyedari bahawa Allah sentiasa mengawasi dan menyaksikannya. Hal ini kerana sebagai
seorang isteri, hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila
si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar
membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan
dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri juga perlulah
menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan
berlaku. Firman Allah SWT,


(Al-Qur'an Surah Al-Ahzab 33:59)
Maksudnya:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si
isteri hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus

3
Al-Hakim. Al-Mustadrak al-Hakim. Kitab al-Iman. No. Hadith : 2682.
kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu
pembentukan keluarga bahagia.

4. Adil

Antara tujuan utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan
kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Ayat-ayat Al-Quran yang menyeru pentingnya adil
dan keadilan antara lain adalah haruslah berlaku adil (Surah An-Nisa [4]: 135, Al-Maidah [5]: 8,
Al-Anam [6]: 152, An -Nahl [16]: 90); wajib berlaku adil dalam perniagaan (Surah al-Isra [17]:
35); adil terhadap lawan (An-Nisa [4]: 105, Al-Maidah [5]: 8) dan pernyataan Allah tentang
keadilan-Nya (Ali Imran [3]: 18). Namun begitu, konsep adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu
pada tempatnya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran berkaitan adil dalam memberi hak kepada
orang lain,


(Al-Qur'an Surah Al-Nahl 16:90)
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhi-Nya.

Berdasarkan ayat di atas, adil sebagai seorang pemimpin keluarga perlulah bersifat adil dalam
menguruskan rumahtangganya. Keadilan ini bukan pada kesamarataan tetapi pada hak bagi setiap ahli
keluarga tersebut. Contohnya, terdapat isu di mana suami melebihkan ibu sendiri daripada isteri dan
anak-anaknya, ibu atau bapa yang pilih kasih terhadap anak-anaknya, ataupun penunaian hak bagi
orang gelandangan yang tidak mempunyai rumah dan kemampuan untuk memberikan tempat
perlindungan yang selesa bagi isteri dan anak-anak mereka.
Apabila melihat kepada konsep nafkah yang perlu diberikan oleh suami kepada keluarganya
adalah keperluan asasi seperti makan, minum pakaian dan tempat tinggal (Hidayatullah Mohd Syarif
Aziz). Namun begitu, terdapat juga pembahagian suami yang wajib memberi nafkah terdiri kepada
tiga golongan iaitu suami yang kaya, kedua ialah suami yang pertengahan dan yang ketiga ialah suami
yang miskin atau papa. Ketiga-tiga golongan ini mempunyai peringkat nafkah masing-masing
terhadap isteri iaitu mereka perlulah memberi nafkah mengikut kemampuan masing-masing.
Menurut Nur Zahidah dan Raihanah (2011), Islam menekankan tentang pentingnya amanah
dalam menunaikan kewajipan dan tanggungjawab rumahtangga. Islam juga mengadakan
pembahagian tugas antara suami isteri agar segala keperluan rumahtangga terlaksana dengan baik,
teratur dan sempurna tanpa melebihkan mana-mana pihak terhadap yang lain. Islam telah
membahagikan tanggungjawab tersebut kepada tiga bahagian antaranya tugas suami terhadap isteri,
tugas isteri terhadap suami dan tugas ibu bapa terhadap anak-anak seperti pemberian nafkah,
bimbingan agama, taat dan menjaga harta, kehormatan suami, mengasuh dan memberi didikan agama
yang sempurna kepada anak-anak.
Di samping itu, menurut Jawiah Dakir (1996) keadilan merupakan antara asas pembentukan
keluarga yang penting memandangkan bahawa keadilan itu sendiri dapat menjamin keharmonian dan
kerukunan rumahtangga. Keadilan ini bukan sahaja terletak di bahu suami yang berpoligami tetapi
keadilan itu mestilah dilihat dari persepektif yang luas dalam lingkungan rumahtangga dan keluarga
iaitu,
1. Keadilan suami terhadap isteri dan isteri-isteri (poligami)
2. Keadilan isteri terhadap suami.
3. Keadilan ibubapa terhadap anak-anak.
4. Keadilan anak-anak terhadap ibu bapa.
Oleh itu pasangan yang berkahwin perlulah menghayati nilai-nilai murni melalui nama Allah
SWT iaitu Al-cAdl dan al-Muqsit. Menurut Al-Ghazali (2003), makna Al-cAdl ialah Yang Maha Adil
iaitu Allah SWT sentiasa berlaku adil dan sekali-kali tidak melakukan kezaliman. Melalui konteks
pengukuhan institusi kekeluargaan ini, penerapan nilai adil dalam diri pasangan akan menimbulkan
kepatuhan dan tunduk kepada perintah agama dan akal. Begitu juga dengan maksud nama Allah Al-
Muqsit, Yang Maha Adil, Tuhan yang menetapkan keputusan dengan benar dan adilnya dan Dia
membela orang yang dizalimi daripada orang yang zalim dengan cara yang adil (Ahmad cAbd al-
Jawwad 2003). Nilai-nilai mulia yang dapat dihayati melalui kedua-dua nama Allah ini ialah
mendorong setiap pasangan agar bertindak adil terhadap diri sendiri dan terhadap pasangannya serta
ahli keluarganya.
Natijahnya daripada sifat adil ini adalah suami akan bersifat adil kepada isteri dan anak-anak
serta memberi hak yang adil kepada keluarganya, begitu juga kepada suami yang berpoligami akan
berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan menunaikan tanggungjawab isteri dengan sepatutnya
iaitu dengan memberi nafkah zahir, nafkah batin, berlemah lembut dengan isteri serta memahami
sikap isteri sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an,


(Al-Qur'an, Surah Al-Nisa' 3:4)
Maksudnya:
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-
perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba
perempuan yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman.

Di samping itu, isteri pula akan bersikap adil terhadap suami dengan menunaikan
tanggungjawab isteri dengan sebaiknya seperti tidak melebihkan anak-anak daripada suami sendiri
dan bersedia melayan suami serta bersikap baik apabila berhadapan dengan suami sebagaimana suami
telah memberikan tanggungjawabnya dengan sepatutnya. Oleh itu, sikap adil ini bukanlah berpihak
pada suami sahaja bahkan isteri juga perlu adil dalam rumahtangganya.

5. Pendidikan

Penekanan akhlak, ibadah dan akidah juga merupakan aspek yang penting dalam membentuk
sesebuah institusi kekeluargaan Islam. Hal ini kerana, ketiga-tiga elemen ini merupakan tapak asas
bagi kerukunan sesebuah rumahtangga. Ibu bapa yang mempunyai akidah yang kukuh akan dapat
mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang baik serta dapat beribadah kepada Allah dengan lebih
dekat lagi.
Setiap ahli keluarga mestilah ditanamkan dengan keyakinan yang kuat kepada Allah SWT,
rasulnya, pembalasan di surga dan neraka. Keyakinan yang kuat ini dapat memberikan kefahaman
kepada ahli keluarga bahawa kehadiran mereka ke dunia ini adalah untuk menyembah Allah SWT
sepertimana dalam firman Allah SWT,

(Al-Qur'an, Surah Al-Dhariyat51:56)
Maksudnya:
dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.
Menurut Nur Zahidah dan Raihanah (2011), kekuatan iman bergantung kepada keutuhan
akidah dalam diri setiap Muslim termasuklah suami dan isteri iaitu dengan mendalami bab akidah
yang berasaskan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tentang kewujudan Allah SWT berlandaskan
al-Quran dan al-Sunnah di samping menjauhkan diri daripada mensyirikkan Allah serta sifat-sifat
kesempurnaanNya. Berdasarkan dalil naqli yang menggunakan al-Quran dan hadis serta dalil aqli
yang bersandarkan kepada akal.
Natijah daripada pendidikan akidah dalam diri suami dan isteri ialah dapat mengikat
hubungan kekeluargaan. Antaranya ialah, suami akan bertanggungjawab terhadap isteri dan anank-
anaknya, suami tidak akan berfoya-foya dengan wanita yang bukan muhrim dengannya di luar rumah,
walaupun isteri sibuk ataupun sudah tidak menawan lagi rupa parasnya atau apa jua sebab, suami
tidak akan bertindak curang terhadap isterinya (Muhammad Hafizuddin Thani 2003). Hal ini terjadi
bukan kerana suami takut kepada isteri tetapi dia tahu hal yang demikian adalah haram hukumnya
dalam Islam. Begitu juga implikasi bagi seorang isteri yang mempunyai kefahaman iman yang benar,
para isteri akan sentiasa bersedia melayan suami kerana sedar bahawa disitu terletaknya keredaan
Allah SWT. Di samping itu, para isteri tidak mudah melenting, mengamuk apabila kehendaknya tidak
dituruti suami dan sentiasa menjaga kehormatan diri, suami dan keluarga. Pendidikan akidah ke atas
isteri juga dapat melahirkan isteri yang taat dan patuh kepada suami dan sentiasa meminta pendapat
suami dalam apa jua hal.
Penghayatan nilai-nilai mulia daripada nama Allah yang boleh diambil pengajaran ialah al-
Khabir, Al-Rahman, al-Rahim dan al-Quddus. Menurut Ahmad cAbd al-Jawwad (2003), manusia
yang mengambil pengajaran daripada nama al-Khabir dengan berusaha mengetahui segala perkara
yang terjadi pada dirinya, jiwa dan raganya setelah itu menjauhi larangan Allah kerana ia tahu akan
disoal di akhirat kelak. Oleh itu, setiap pasangan perlulah menghayati nama Allah, al-Khabir ini agar
dapat mendidik diri menjauhi perkara kemungkaran dan sentiasa melakukan perkara kebaikan.
Menurut Imam Al-Ghazali (2003) juga , manusia mengambil pengajaran daripada nama Al-Rahman
dengan menunjukkan belas kasihan terhadap hamba-hamba Allah yang lalai. Begitu juga peranan
seorang suami yang sentiasa menjaga dan membimbing isteri dan anak-anaknya daripada kelalaian
dengan nasihat yang baik serta menggunakan cara kelembutan bukan dengan kekerasan. Di samping
itu, pengajaran daripada penerapan nama Allah Al-Rahim ialah manusia sentiasa menyebut nama ini
sehingga lahirnya sifat belas kasihan terhadap semua makhluk. Tambahan lagi, penerapan nilai mulia
daripada nama Allah SWT iaitu al-Quddus ialah suami dan dan isteri harus menyucikan dirinya
daripada segala perkara yang mengikuti syahwatnya, harta kekayaannya daripada yang haram dan
yang meragukan, hatinya daripada segala kelalaian, rohnya daripada bermalas-malasan dan nuraninya
daripada memberikan tumpuan dan perhatian kepada makhluk. Setiap pasangan perlu sentiasa
membersihkan hati dengan mengingati Allah dan melakukan ibadah dengan khusyuk supaya dapat
membentuk akhlak yang mulia dalam diri masing-masing.
Selain itu, pendidikan ibadah terhadap suami dan isteri juga perlu dititikberatkan. Suami
perlulah mempunyai kefahaman dalam ibadah supaya dapat mengajarkan kepada isteri dan anak-anak
tentang ilmu fardu ain seperti solat, puasa dan sebagainya. Implikasinya adalah suami dan isteri dapat
mendidik anak-anak tentang kewajipan solat, menutup aurat dan sebagainya. Begitu juga seorang
suami itu perlu menguasai ilmu tentang perihal haid, nifas dan perkara-perkara lain yang berkaitan
tentang kesucian seorang wanita. Kepentingan mempelajari ilmu fardu ain ini merupakan kewajipan
setiap muslim untuk melaksanakannya. Hal ini kerana setiap perbuatan yang kita lakukan seharian
tidak terlepas daripada lingkungan amal ibadah. Hal ini kerana tanpa akidah yang kukuh matlamat
asal perkahwinan tidak akan tercapai dan apabila ilmu akidah dikuasai, pendidikan ibadah dan akhlak
akan seiring membangun dalam keluarga tersebut.
Berdasarkan ketiga-tiga nama Allah ini perlulah dihayati dalam kehidupan suami dan isteri
dengan memperlengkapkan diri dengan pendidikan akidah, ibadah dan akhlak.

6. Keperibadian suami dan isteri

Suami dan isteri perlulah mempunyai perwatakan yang seimbang daripada aspek; pembimbing,
mengambil berat, jujur, bersangka baik dan berlemah-lembut. Keperibadian yang mulia dapat
melahirkan suami dan isteri yang sempurna kerana mereka saling lengkap melengkapi akan
kekurangan dan kelebihan pasangan mereka.
Setiap pasangan mestilah mampu untuk mengawal hawa nafsunya ketika melayari bahtera
rumahtangganya. Oleh itu, penghayatan melalui nama Allah SWT, al-Qahhar yang bermaksud Tuhan
yang menghancurkan musuh-Nya yang sombong dengan mematikan dan menghinakan mereka (Imam
Al-Ghazali 2003) dapat membantu pasangan suami dan isteri daripada mengikut hawa nafsu dan
berjaya menundukkan kemahuan syaitan yang sentiasa ingin membinasakan keharmonian
rumahtangga.
Menghayati nama Allah SWT iaitu al-Kabir, menurut al-Ghazali (2003), menjadikan manusia
itu bersifat sempurna dan kesempurnaannya tidak terbatas hanya pada dirinya tetapi juga mengalir
kepada orang lain. Sifat ini perlu diterapkan dalam diri pasangan agar kesempurnaan fikiran dan
pengetahuannya dapat membimbing isteri dan anak-anaknya. Hal ini bertepatan dengan peranan
suami yang menjadi ketua kepada ahli keluarganya dan dijadikan teladan dan contoh kepada yang
lain.
Di samping itu, sikap mengambil berat antara pasangan merupakan suatu perkara yang perlu
ada dalam diri pasangan. Contohnya, suami mengambil berat tentang kesihatan isteri dan anak-anak,
suami memahami emosi isteri, dan juga memahami gaya bahasa isteri, isteri pula membantu
meringankan bebanan suami, menjaga keperluan pakaian dan makan minumnya, isteri cuba
memahami perwatakan suami dan bijak dalam menghadapinya. Di samping itu, mengambil berat
tentang ibadah kepada Allah SWT juga merupakan aspek terpenting antara suami dan isteri,
contohnya, suami mengambil berat akan aurat isteri ketika berada di luar rumah juga tentang
kecukupan solat lima waktunya, begitu juga sebaliknya bagi seorang isteri menjaga perihal solat dan
tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami sebagai hamba Allah dan sebagai seorang suami dan
bapa. Di samping itu, Islam juga telah mengajarkan supaya pasangan suami isteri mengenepikan sikap
mementingkan diri. Suami jangan terlalu mengaih kegembiraan daripada isteri tetapi memberi
kegembiraan dan begitu juga sebaliknya sebagai seorang isteri jangan menuntut suami memberi
kegembiraan kepada dirinya sahaja tetapi memberi dan membuat apa sahaja perkara yang
menggembirakan dirinya (Shuib Sulaiman 2012). Oleh itu, kepentingan sikap mengambil berat ini
ialah dapat menunjukkan rasa cinta antara pasangan dan menghidupkan keharmonian dalam
rumahtangga serta menyuburkan kasih sayang sesama pasangan.
Di samping itu, suami yang menghayati nama Allah iaitu al-Salam, dapat memberikan
keamanan dan keselamatan kepada ahli keluarganya daripada sebarang gangguan dan kecelakaan (Al-
Qushayriy 2006). Al-Muhaymin pula yang bermaksud Allah SWT yang mengawasi dan menyaksikan
sekalian makhluk-Nya dan Dia jugalah yang dipercayai, menguasai mereka sepenuhnya dan
menguruskan amalan, rezeki dan ajal mereka (Ahmad cAbd al-Jawwad 2003). Suami dan isteri yang
menghayati nama Allah ini akan merasa malu kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha melihat
setiap perbuatan mereka.
Selain itu, sikap jujur juga merupakan elemen yang penting dalam peribadi suami dan isteri.
Hal ini kerana kejujuran dapat mengukuhkan kerukunan rumahtangga. Menerusi sikap jujur ini,
pasangan mampu meluahkan apa yang terpendam dalam hati dan berterus terang kepada pasangan.
Natijahnya, pasangan akan merasa senang hati dan bersikap terbuka dengan perlakuan pasangan dan
lebih memahami sikap pasangan yang tersurat dan tersirat.
Selain itu, keperibadian yang perlu dibentuk dalam diri suami dan isteri ialah sikap bersangka
baik. Bersangka baik ini merupakan asas yang perlu ada dalam rumahtangga. suami dan isteri perlulah
menanam sifat mempercayai kepada pasangan. Apabila sikap suka memburuk sangka ini diamalkan
maka akan membawa kepada konflik perceraian dan keretakan dalam keluarga. Namun begitu, tidak
salah untuk mencurigai suami asalkan tidak keterlaluan hingga menjadi kecurigaan dan tidak percaya
(Ibrahim Amini).
Suami dan isteri juga perlulah bersikap lemah lembut dalam berkomunikasi dan melayan
sesama pasangan. Sepertimana Allah SWT telah berfirman,

(Al-Qur'an, Surah Al-Nisa' 4:19)
Maksudnya:
dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Berdasarkan ayat di atas, suami dan isteri perlulah memberi layanan yang baik dan
menunjukkan contoh tauladan kepada pasangan dengan bersikap lemah lembut. Sepertimana yang
boleh dihayati dalam nama Allah iaitu al-Latif, yang bermaksud Yang Maha Lemah Lembut, suami
dan isteri perlulah menyemai sikap berlemah lembut sesama pasangan. Pengajaran yang boleh diambil
daripada al-Latif ialah suami dan isteri bersikap lemah lembut dalam mengajak kepada Allah dan
memimpin kearah kebahagiaan akhirat bukan dengan cara mencela, bersikap kasar dan suka
bertengkar (Al-Ghazali 2003). Suami pula jika ingin menegur kesalahan isteri perlulah berhikmah dan
bijaksana dalam berkata-kata agar isteri dapat menerima teguran dan bimbingan suami. Di samping
itu, berlemah lembut ini juga perlulah diamalkan dalam rumahtangga seperti suami dan isteri
bercakap dengan cara yang sopan dan suami atau isteri memanggil pasangan dengan beradab bukan
dengan cara menjerit-jerit. Bahkan, ketika berkomunikasi sesama pasangan juga dipraktikkan
bercakap dengan baik agar mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pasangan.
Oleh itu berdasarkan penghayatan nilai-nilai mulia daripada nama-nama Allah SWT dalam
mengukuhkan institusi kekeluargaan dapat disimpulkan bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama
yang agung dan menjadi keharusan umat Islam untuk menghayati dan menerapkan nilai tersebut
dalam kehidupan seharian. Begitu juga, ketika melayari bahtera rumahtangga, setiap pasangan
perlulah kembali kepada Allah dan mengikuti garis panduan yang telah digariskan oleh Islam dalam
membenuk keluarga yang berkasih sayang dan sentiasa dibawah rahmat Allah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam telah menekankan kepentingan penghayatan nama-nama Allah SWT dalam
kehidupan muslim sepenuhnya. Hal ini kerana kesempurnaan dan kebahagian dapat dicapai oleh
manusia dengan meneladani akhlak Allah SWT dan seterusnya menghayati nama dan sifat-Nya
menurut kadar yang difahami (Al-Ghazali t.t.). Oleh itu, bagi mengukuhkan lagi institusi
kekeluargaan, setiap pasangan yang berkahwin perlulah menerapkan nilai-nilai mulia melalui nama
Allah SWT sebagai panduan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Hal ini kerana, keluarga
bahagia itu ialah satu keluarga yang dapat merasa senang terhadap satu sama lain dan terhadap hidup
sendiri serta mempunyai objektif pembinaan keluarga yang jelas dan positif. Elemen kebahagiaan
dalam Islam sebenarnya adalah penzahiran penyatuan di antara iman dan amal serta cabang-cabang
lain seperti akidah, ilmu, niat, akhlak, sosial, amanah dan keselamatan fizikal yang akhirnya
mencetuskan situasi yang dinamakan al-sakinah iaitu ketenangan dan ketenteraman, al-mawaddah
iaitu cinta serta al-rahmah iaitu kasih sayang.
Implikasi kajian diharap dapat membina satu modul pembangunan institusi kekeluargaan
yang menjadi rujukan kepada umat Islam untuk mengukuhkan kerukunan rumahtangga. Seperti yang
diketahui, pemantapan akidah ibubapa dapat melahirkan zuriat yang mempunyai peribadi yang mulia
dan akhlak yang soleh dan solehah. Di samping itu, pengkaji mencadangkan agar suatu kajian dapat
dijalankan bagi membina satu modul praperkahwinan yang dapat menambahbaik modul bagi Kursus
Praperkahwinan yang sedia ada serta bagi rujukan seminar keibubapaan.

RUJUKAN

Al-Qur'an Al-Karim.
Abu Hasan Din. 1996. Krisis Rumahtangga dan Cara Mengatasinya. Kuala Lumpur : Darul
Nu'man.
Ahmad cAbd al-Jawwad. 2003. Wa Lillah al-Asma' al-Husna. Beirut: Dar Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. 2003. Al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma' Allah
al-Husna. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad. t.t.. Majmucah Rasa'il al-Imam Al-Ghazali.
Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyah.
Al-Hakim Al-Naysaburi. 1990. Al-Mustadrak cAla Al-Sahihayn. Kitab Al-cIlm. Beirut: Dar al-Kutub
Al-cIlmiyyah.
Al-Qurtubiy, Muhammad ibn Ahmad. 1999. Al-Asna fi Sharh Asma' Allah al-Husna. Tanta: Dar al-
Sahabah li al-Turath.
Al-Qushairiy, cAbd al-Karim ibn Hawazin. 2006. Sharh al-Qushairiy li Asma' Allah al-Husna. Beirut:
Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Asming Yalawae et. al. 2011. Akidah: Peranan dan Kepentingannya dalam Memelihara Keharmonian
Rumah Tangga. Jurnal Usuluddin. 33: 1-18.
Azida Abu Kasim. 2012. Masalah kekeluargaan dan Kaitannya dengan Salah Laku Pelajar
Muslim: Kajian di Sekolah Menengah Daerah Jerantut. Disertasi, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizi Yahaya. 2008. Keluarga dalam Pembentukan Moral. 6035, Library of Congress Subject
Areas, Library Education, Universiti Teknologi Malaysia, 30 Julai.
Fauziah Hanim Jalal et al. 2009. Model Penghayatan Keibubapaan Islam: Satu Kajian ke atas
Keluarga Muslim. Laporan akhir penyelidikan UPSI.
Hidayatullah Mohd. Sharif Aziz. 2007. Peribadi Suami Cemerlang. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu
Dinar Sdn. Bhd.
Ibrahim Amini. 1994. Bimbingan Suami Isteri ke arah Keluarga Bahagia. Shah Alam: Hizbi Sdn.
Bhd.
Mahmud Al-Sayyid Hasan. 2004. Asrar al-Macani al-Muthla fi Asma' Allah al-Husna. Al-
Iskandariyyah : al-Maktab al-Jamiciy al-Hadith.
Maznah Binti Ali & Zakiah Binti Zakaria. 2010. Persediaan Ibu Bapa dalam Pendidikan Rohani
Terhadap Anak-Anak: Kajian di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur. 11248, Library of
Congress Subject Areas, Library Education, Universiti Teknologi Malaysia, 6 Disember.
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari. 2010. Al-Asma' al-Husna dalam Wacana Akidah. Afkar.
11: 1-54.
Mohd Fauzi. 2002. Peranan Akidah dalam Perancangan Pembangunan Ummah : Satu Analisis
dalam Konteks Masyarakat Kini. Kertas Kerja dalam Seminar Pemikiran Dan
Penghayatan Islam 2002, Anjuran Akademi Pengajian Islam, Cawangan Nilam Puri, UM
dengan kerjasama Unit Perundingan Islam, Bahagian Pembangunan Korporat APIUM.
Kelantan, 26 Oktober.
Mohd Fauzi. 2009. Pemerkasaan Nilai dan Profesionalisme menerusi Penghayatan Al-Asma Al-
Husna: Analisis Pemikiran Al-Ghazali dalam Al-Maqsad Al-Asma Fi Syarh Macani
Asma Allah Al-Husna. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. (10): 93-106.
Mohd Hasrul Shuhari & Mohd Fauzi Hamat. 2011. Penghayatan Al-Asma Al-Husna dan
pembentukan integriti: Analisis terhadap hadis-hadis berkaitan Al-Asma Al-Husna.
Dlm Buku Sunnah Nabi: Realiti dan Cabaran Semasa (pnyt.) Fauzi Deraman, Ishak
Suliaman dan Faisal Ahmad Shah. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al- Hadith,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Universiti Malaya.
Muhammad Hafizuddin Thani. 2003. Agama Teras Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur: Penerbitan
Seribu Dinar Sdn. Bhd.
Muhammad Nubli. 1997. Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut
Pengetahuan, dan Amalan. Disertasi, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia.
Muhaymin Hakim Abdullah. t.t. Peranan Keluarga adalah Sesuatu yang Cukup Signifikan
dalam Membentuk Generasi Muda Mempunyai Peribadi Unggul.
Mustafa Daud. 2004. Pendidikan keibubapaan: Satu pengenalan ringkas.Kertas Kerja Seminar
Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004). Anjuran Jabatan
Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara
Malaysia. Langkawi, 4-6 September.
Nooraini Othman & Salasiah Khairollah. 2013. Explorasi Hubungan Antara Personaliti Islamik Dan
Gaya Keibubapaan. International Journal of Islamic Thought. (4):48 57.
Nur Zahidah & Raihanah. 2011. Model Keluarga Bahagia Menurut Islam. Jurnal Fiqh. 8: 11. 25-44.
Seri hayati Husain. 2010. Asas-Asas Akidah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Menurut
Perspektif Islam. Disertasi, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Shuib Sulaiman. 2012. Indeks Prestasi Keluarga. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Zuhayati Yazid. 2011. Golongan Muda Paling Ramai Cerai. Utusan Online.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Keluarga&pg=ke_01.htm. [11 Disember 2015].