Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI,

TAMAN JATI, 30020 IPOH,


PERAK DARUL RIDZUAN

PANITIA FIZIK
LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

PERKARA BUTIRAN
NAMA AKTIVITI
Klinik Pulih Miskonsepsi
/ PROGRAM
GURU Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad
PELAKSANA Pn. Dayang Siti Rosidah binti Abang Noh
1. Memahami dan menggunakan konsep fizik tingkatan 4 untuk
OBJEKTIF
menyelesaikan masalah.
TARIKH 16, 19, 23, 31 Januari 2017 (Persediaan Fasilitator)
PELAKSANAAN 17, 20, 24, 25 Januari 2017 & 1, 3, 7 Februari 2017
MASA / TEMPOH
2.15 petang hingga 4.00 petang / 1 jam 45 minit per sesi
PELAKSANAAN
Makmal Fizik (Persediaan Fasilitator)
TEMPAT
3RK, 3A, 3B & 3G (Klinik)
SASARAN 52 orang pelajar 5G & 5B KEHADIRAN 48 / 52
Sesi Persediaan Fasilitator:
1. Guru membincangkan konsep & demonstrasi fizik dan kaedah
penerangan yang sesuai.

Sesi Klinik:
PELAKSANAAN 1. Pelajar menduduki pra penilaian bagi mengenal pasti kelemahan
dalam subtopik.
2. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Fasilitator menerangkan
semula konsep dan teori fizik tingkatan 4, topik 1-4.
3. Pelajar menduduki penilaian formatif dan sumatif bagi mencerap
pemahaman pelajar.
Objektif tercapai tetapi meninggalkan impak negatif. Semua pelajar
menunjukkan peningkatan dalam markah penilaian sumatif berbanding pra
penilaian. Berdasarkan laporan fasilitator, pelajar faham topik yang diajar
PENILAIAN /
semula dalam kelas tetapi gagal retrieve semula pemahaman konsep apabila
KEPUTUSAN
ditanya pada minggu berikutnya. Pelajar didapati tidak melakukan ulang kaji
atau latihan di luar jadual persekolahan yang menyebabkan mereka
beransur-ansur melupakan kandungan yang telah dipelajari.
Fasilitator klinik merupakan pelajar-pelajar lepasan SMK Jati kumpulan
SPM 2016. Mereka telah dilatih menjadi fasilitator sejak tahun 2015 dan
KEKUATAN mempunyai kemahiran membimbing rakan sebaya. Memandangkan usia
fasilatator dan pelajar bimbingan hanya berbeza setahun, mereka dapat
berkomunikasi dengan lebih berkesan mengikut laras bahasa remaja. Mereka
PERKARA BUTIRAN
juga memahami situasi dan gaya hidup pelajar bimbingan yang menjadi
punca kegagalan pelajar menguasai pelajaran.
Pelajar menjadi bergantung harap kepada fasilitator untuk membuat rujukan
KELEMAHAN termasuklah perkara-perkara remeh seperti unit pertukaran C kepada Kelvin
walhal perkara itu boleh disemak dalam buku teks.
CADANGAN /
Panitia perlu mendedahkan kepentingan kemhairan belajar kepada pelajar
TINDAKAN
supaya mereka memahami tanggungjawab pelajar dan adab menuntut ilmu.
SUSULAN

Sesi perbincangan
LAMPIRAN

Sesi Penilaian

Disediakan oleh:

..
(NURUL NABISAH BINTI HAJI MOHAMAD)
Ketua Panitia

Anda mungkin juga menyukai