Anda di halaman 1dari 28

19TAJUK TUGASAN

JKP 318/214 POLITIK PERBANDINGAN :

SOALAN 2.

APAKAH MAKSUD SOSIALISASI POLITIK? BAGAIMANAKAH PROSES SOSIALISASI


POLITIK MEMPENGARUHI SISTEM POLITIK DALAMAN NEGARA? BINCANGKAN
PROSES INI DI AMERIKA SYARIKAT

AHLI KUMPULAN :

1. SYED MOHD NAJIB BIN ISMAIL @ SYED JG/7754/13 801229-07-5159


ISMAIL
2. IEZAIDEE MATUN SULAIMAN BIN IBRAHIM JG/6820/13 890825-09-5073

3. MOHD KHUSHAIRI BIN MAT ISA JG/7041/13 830716-07-5343

4. NURUL QISTINA QAMARUL ABRAR JG/7402/13 851008-07-5134

5. TENGKU SARI AFFIZAN BIN TENGKU JG/7600/13 830311-07-5329


DENAN

PUSAT PENGAJIAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SESI 2016 / 2017


1. PENGENALAN

Sosialisasi politik, merupakan proses pembentukan sikap dan orientasi politik

pada anggota masyarakat. Perlaksanaan sosialisasi politik, sangat ditentukan oleh

lingkungan sosial, ekonomi, dan kebudayaan di mana seseorang individu itu berada.

Selain itu, juga ditentukan oleh interaksi pengalaman-pengalaman serta keperibadian

seseorang. Sosialsiasi politik, merupakan proses yang berlangsung dengan lama

dan rumit yang dihasilkan dari usaha saling mempengaruhi di antara kepribadian

individu dengan pengalaman-pengalaman politik yang relevan yang memberi bentuk

terhadap tingkah laku politiknya. Pengetahuan, nilai-nilai, dan sikap-sikap yang

diperoleh seseorang itu membentuk satu persepsi, melalui mana individu menerima

rangsangan-rangsangan politik. Tingkah laku politik seseorang berkembang secara

beransur-ansur. Jadi, sosialisasi politik adalah proses di mana individu-individu dapat

memperoleh pengetahuan, nilai-nilai, dan sikap-sikap terhadap sistem politik

masyarakatnya , menurut Rush & Althoff menjelaskan bahwa sosialisasi politik

merupakan suatu proses bagaimana memperkenalkan sistem politik pada

seseorang, dan bagaimana orang tersebut menentukan tanggapan dan reaksi-

reaksinya terhadap gejala-gejala politik. Sosialisasi politik ditentukan oleh lingkungan

sosial, ekonomi, dan kebudayaan di mana individu berada selain itu juga ditentukan

oleh interaksi pengalaman-pengalaman serta keperibadiannya.

Mempelajari tentang sosialisasi politik menjadi sangat menarik semenjak akhir-

akhir ini. Ada dua alasan yang menyebabkan sosialisasi politik menjadi kajian

tersendiri dalam politik kenegaraan. Pertama, sosialisasi politik dapat berfungsi untuk

memelihara agar suatu sistem berjalan dengan baik dan positif. Dengan demikian,

sosialisasi merupakan alat agar individu sedar dan merasa selesa dengan sistem

serta kultur (budaya) politik yang ada. Kedua, sosialisasi politik menunjukkan

1
kesesuaiannya dengan sistem politik dan pelaksanaannya di masa datang mengenai

sistem politik.

2. SOSIALISASI POLITIK

Proses sosialisasi politik membentuk sikap dan orientasi politik daripada ahli-

ahli masyarakat. Pengaruh pelaksanaan sosialisasi politik ditentukan oleh sosial,

ekonomi, dan budaya di mana seseorang individu itu menetap di samping itu, ia juga

ditentukan oleh pengalaman iteraksi dan personaliti. Sosialsiasi politik adalah satu

proses yang mengambil masa yang panjang dan rumit terhasil daripada interaksi

antara personaliti individu dengan pengalaman berkaitan politik yang memberi

bentuk kepada tingkah laku politik. Pengetahuan, nilai dan sikap yang diperolehi oleh

individu menpengaruhi sikap seseorang yang membentuk satu persepsi, di mana

individu menerima rangsangan politik dan tingkah laku politik seseorang membangun

beransur-ansur. Oleh itu, sosialisasi politik adalah proses di mana individu boleh

memperoleh pengetahuan, nilai dan sikap terhadap sistem politik masyarakat.

Rush & Althoff menjelaskan tentang proses sosialisasi politik tentang

bagaimana sistem politik beliau diperkenalkan kepada seseorang, dan bagaimana

orang yang menentukan respons dan reaksi kepada gejala politik. sosialisasi politik

ditentukan oleh persekitaran sosial, ekonomi, dan budaya di mana individu hidup,

tetapi ia juga ditentukan oleh interaksi pengalaman dan personaliti.

2.1 KAEDAH SOSIALISASI POLITIK

Perkembangan sosiologi politik bermula pada zaman kanak-kanak atau

remaja. Siasatan David Easton dan Robert Hess berhujah bahawa di

Amerika Syarikat, kajian politik bermula pada usia tiga tahun dan menjadi

stabil pada tujuh tahun pada peringkat awal kajian politik termasuk

pembangunan bon alam sekitar seperti "lampiran kepada sekolah-sekolah

2
mereka," bahawa mereka tinggal di kawasan yang tertentu. Pemuda itu

mempunyai keyakinan terhadap negerinya tentang kecantikan, kebaikan

dan kebersihan rakyat. Ini manifestasi simbol diikuti oleh pihak berkuasa

awam,seperti ejen polis, presiden dan bendera kebangsaan. Pada usia

sembilan dan sepuluh tahun kesedaran mengenai konsep yang lebih

mendalam, seperti mengundi, demokrasi, kebebasan sivil, dan peranan

rakyat dalam sistem politik. Peranan keluarga dalam sosialisasi politik

adalah sangat penting.

Easton dan Dennis menyatakan terdapat empat (4) fasa dalam proses

sosialisasi politik kanak-kanak, antaranya adalah seperti berikut :

i. Pengenalan kepada pihak berkuasa melalui sesuatu individu,

seperti ibu bapa kanak-kanak itu, Presiden dan polis.

ii. Pembangunan perbezaan antara kuasa dalaman dan luaran,

iaitu antara pegawai-pegawai swasta dan pegawai kerajaan.

iii. Pengenalan kepada institusi politik adalah bersifat peribadi,

seperti kongres (parlimen), Mahkamah Agung, dan mengundi

(pilihan raya).

iv. Pembangunan perbezaan antara institusi politik dan mereka

yang terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan institusi-

institusi ini.

Manakala Menurut Rush Kaedah Politik Sosialisasi Althoff ada tiga,


iaitu:

i. Peniruan Tingkah Laku

Meniru daripada tingkah laku individu lain. Peniruan adalah

penting dalam sosialisasi kanak-kanak. Di kalangan remaja dan

3
orang dewasa,peniruan adalah lebih banyakbercampur dengan

dua mekanisme lain.

ii. Arahan

Arahan adalah penerangan tentang peristiwa itu sendiri atau

meberi arahan tentang sesuatu supaya boleh diletakkan dalam

keadaan yang intruktif semula jadi.

iii. Motivasi

Motivasi adalah satu proses sosialisasi yang berkaitan dengan

pengalaman individu. Jika peniruan dan arahan adalah sejenis

pengalaman, manakala motivasi yang lebih pasti dengan

pengalaman secara amnya. sosialisasi politik yang memberi

kesan kepada pembentukan identiti politik ke atas seseorang

boleh berlaku melalui cara langsung dan tidak langsung. Proses

tidak langsung termasuk pelbagai bentuk proses sosialisasi yang

pada asasnya bukan politik tetapi kemudian berpengatuh kepada

pembentukan identiti atau personaliti politik. Sosialisasi politik

secara langsung merujuk kepada proses pemindahan atau

orientasi pembnetukan dalam bentuk dan kandungan yang

bersifatpolitik.

2.2 AGEN SOSIALISASI POLITIK

2.2.1 Keluarga

Sosialisasi nilai politik yang paling cekap dan berkesan adalah

keluarga, ibu bapa dan kanak-kanak.Mereka sering bercakap

tentang semua perkara yang berkaitan dengan politik supaya tidak

4
sengaja pemindahan pengetahuan dan nilai-nilai politik tertentu

diserap oleh kanak-kanak.

2.2.2 Sekolah

Pelajaran awam di sekolah-sekolah melalui pendidikan (pendidikan

sivik), pelajar dan guru bertukar-tukar maklumat dan berinteraksi

dalam membincangkan topik-topik tertentu yang mengandungi nilai-

nilai politik, teori dan praktikal. Oleh itu, pelajar telah memperoleh

pengetahuan sedia ada tentang kehidupan politik awal dan nilai

politik betul dari sudut akademik.

2.2.3 Parti-Parti Politik

Sosialisasi politik di sini dimaksudkan sebagai proses membentuk

sikap dan orientasi politik ahli komuniti. Melalui proses sosialisasi

politik orang ramai dengan sikap dan orientasi terhadap kehidupan

politik berlaku dalam masyarakat dan sepanjang hayat diperolehi

sengaja melalui pendidikan formal dan secara tidak sengaja oleh

sentuhan dan pengalaman harian. Parti-parti politik pendidikan politik

melalui kursus, latihan kepimpinan, perbincangan dan penyertaan

dalam pelbagai mesyuarat forum untuk menyebarkan nilai-nilai dan

simbol yang dianggap sesuai dan baik.

3. PROSES SOSIALISASI YANG MEMPENGARUHI SISTEM POLITIK DALAM


NEGARA
Sistem politik dalam Malaysia dipengaruhi oleh golongan yang

mendominasi sistem tersebut. Corak system politik dalam negara juga

5
mengalami turun naik disebabkan perubahan keadaan semasa dan juga

penglibatan rakyat dalam bidang politik.Pendekatan politik yang

dikemukakanoleh setiap individu atau seseorang pemimpin mempunyai

perbezaan yang tersendiri. Berlakunya perbezaan pendekatan politik ini

disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui oleh seseorang. Untuk

mengetahui dengan lebih lanjut pengaruh sosialisasi terhadap sistem politik

negara, kita perlu lihat kajian kajian dan penulisan tokoh tokoh politik

terdahulu. Secara amnya, sosialisasi politik merupakan satu proses

membentuk cara berpolitik terhadap diri individu bermula daripada mereka

mula mengenal dunia. Proses pembelajaran ini dilalui dalam tempoh masa

yang panjang secara sedar atau tidak oleh seseorang melalui agen agen

persekitaranya. Antara agen yang melakukan sosialisasi politik terhadap

seseorang adalah ahli keluarga, rakan sebaya, sekolah, pusat pengajian dan

juga media massa.

Easton dan Dennis telah mentafsirkan sosialisasi politik sebagai cara

masyarakatmenyalurkan budaya dari satu generasi ke generasi yang lain

dengan digerakkan oleh agen agen masyarakat seperti keluarga , rakan

sebaya, sekolah dan juga media massa. Antara lain, sosialisasi politik turut

ditafsirkan sebagai satu proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi

individu atau masyarakat dalam sistem politik. Dawson dan Prewitt pula

mentafsirkan sosialisasipolitik sebagai cara meneruskan orientasi dan

pegangan politik kepada generasi baru. Pelaksanaan ini dijalankan menerusi

institusi institusi formal seperti sekolah dan tidak formal seperti keluarga dan

rakan sebaya. Berdasarkan definasi yang diutarakan oleh beberapa tooh

falsafah tersebut, proses sosialisasi juga merupakan suatu proses

6
pembelajaran sepanjang hayat yang akan dilalui oleh kanak kanak , remaja,

dan dewasa.

Tujuan sosialisasi politik merupakan satuproses penerapan budaya

berpolitik dalam diri setiap individu bagi melahirkan semangat patriotik.

Semangat cintakan tanah air akan mndorong setiap rakyat berusaha untuk

mempertahankan Negara serta mengekalkan keharmonian. Semasa

pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, semua rakyat dipaksa taat setia

kepada pemerintahan Maharaja Jepun. Propaganda yang disebarkan oleh

pihak Jepun dikalangan rakyat Tanah Melayu pada masa itu dilihat sebagai

salah satu proses sosialisasi untuk melahirkan semangat cintakan tanah air di

bawah naungan tentera Jepun. Rakyat bukan sahaja diajar menulis,

membaca dan bertutur dalam bahasa Jepun malah perlu mengamalkan nilai

nilai kenegaraan Jepun. Pendekatan sosialisasi yang digunakan oleh pihak

Jepun memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa rakyat Tanah Meayu

pada masa itu.Berdasarkan peristiwa itu, pihak kerajaan telah mengambil

inisiatif untuk menanam dan menyuburkan semangat patriotic dikalanga

rakayat Malaysia bermula daripada zaman kanak- kanak. Berdasarkan kajian

yang dilakukan oleh Almond dan Verba, kesedaran politik

berupayamencetuskan semangat patriotik.

Proses sosialisasi politik di peringkat kanak kanak bermula daripada

keluarga. Anak anak akan diterapkan dengan nilai nilai politik bermula

daripada rumahdengan cara melihat peranan bapa sebagai ketua keluarga.

Peranan bapa mencerminkan autoriti yang sama seperti seorang ketua

pemerintah Negara yang perlu ditaati dan dihormati, ibubapa merupakan

medium rujukan terawal yang dirujuk oleh anak-anak untuk mendapatkan

7
kepastian sesuatu perkara seiring dengan perkembangan pendidikan dan

pendedahan yang dilalui, kanak-kanak akan dapat mengenalpasti perbezaan

kuasa seorang bapa dan ketua Negara. Ketua Negara mempunyai kuasa dan

tanggungjawab yang lebih besar untuk mengendalikan urusan Negara.

Terdapat empat tahap sosialisasi yang akan dilalui oleh kanak-kanak seperti

yang diperkenalkan oleh Easton Dennis iaitu autoriti yang terdapat dalam

Negara melalui individu seperti ibubapa, presiden dan juga polis. Tahap kedua

pula ialah kanak-kanak didedahkan dengan autoriti internal dan eksternal

seperti jabatan swasta dan jabatan awam. Pada tahap ketiga, kanak-kanak

akan diperkenalkan dengan institusi politik seperti mahkamah agung, kerajaan

dan juga pilihan raya. Pada tahap keempat pula, pengetahuan kanak-kanak

akan diperkembangkan dengan perbezaan antara insitusi politik dan individu-

individu yang terlibat dalam insitusi tersebut. Pada masa kini, penglibatan aktif

ibubapa dalam arena politik akan turut mempengaruhi perwatakanya dalam

menguruskan hal-hal keluarga, perbincangan isu-isu pollitik diantara ibubapa

dan keluarga di hadapan kanak-kanak akan menyebabkan meraka mendapat

gambaran yang jelas berkaitanm dengan bidang politik dalam Negara secara

tidak langsung anak-anak akan mengalami proses sosialisasi politik dan

mendapat pendedahan berkaitan bidang politik. Pada zaman sekarang, agak

mustahil apabila seseorang kanak-kanak membesar tanpa mengalami proses

sosialisasi politik. Peranan ibubapa akan dimainkan oleh individu yang

berhampiran dengan kanak-kanak sekiranya mereka tidak mempunyai atau

dibebaskan bersama ibubapa.

Anak-anak akan menerima segala pembelajaran yang didedahkan

kepadanya, sikap ibubapa yang ekstrem terhadap sesuatu bidang politik

8
seperti menyokong parti atau mengikut fahaman seseorang pemimpin politik

akan turut mempengaruhi anak-anak. Fenomena ini boleh dilihat dengan jelas

dalam insititusi keluarga di Malaysia yang membentuk anak-anak mereka

supaya sama-sama menyokong fahama politik yang dipengarugi oleh ahli

keluarga seperti ibubapa. Kenyataan ini turut disokong oleh Kyung hwan

melalui kajianya terhadap penduduk di Jepun yang mendapati perbincangan

isu politik di rumah merupakan antara asas tercetusnya kesedaran politik

terhadap generasi muda. Peranan ibubapa dalam melaksanakan proses

sosialisasi politik terhadap anak-anak juga turut dipengaruhi oleh taraf

pendidikan ibubapa, keluarga yang berpendidikan lebih mudah mempengaruhi

dan menerangkan kepada anak-anak mereka berbanding dengan ibubapa

yang tidak berpendidikan serta tidak berpengetahuan sukar untuk

menerangkan kepada anak-anak sehingga meyebabkan anak-anak

dipengaruhi sikap berat sebelah, rasis dan tidak adil. Sehubungan itu ibubapa

perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan pemahaman yang luas dalam bidang

politik supaya dapat menjadi agen sosailisasi yang baik kepada anak-anak.

Pendidikan juga merupakan proses sosialisasi yang bermula di rumah

melalui peranan ibubapa sehingga diperkembangkan serta diperincilkan lagi

melalui peranan sekolah dan juga merupakan pusat pengajian. Pada

peringkat ini seseorang kanak-kanak akan melalui proses sosialisasi politik

secara formal melalui kokurikulum yang disediakan berlandaskan kepada

matlamat untuk memupuk semangat patriotic dengan cara yang lebih

berkesan dan sistematik. Kerajaan sedar dengan hanya semangat patriotic

yang menebal dalam diri setiap rakyat sahaja dapat memastikan arena politik

Negara bergerak berpandukan keamanan serta memupuk sifat berkerjasama

9
membangunkan Negara. Kanak-kanak diajar menyanyikan lagu kebangsaan,

dan belajar mengenal bendera kebangsaan dan negeri yang menjadi penanda

kemakmuran serta melafazkan ikrar bertujuan meniup semangat patrotik.

Semangat perpaduan dikalangan kaum turut ditekankan melalui bidang

pendidikan supaya generasi yang akan datang dapat mengekalkan perpaduan

yang telah dicapai, ianya berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Eston dan

Hess, mereka menyatakan dalam kajian bahawa semakin lama seseorang itu

belajardi sekolah atau pusat pengajian yang lebih tinggi, semakin banyak

pengetahuan yang diperolehi dan seterusnya menghasilkan kesedaran politik.

Kajian yang dilakukan oleh Almond dan Verba mendapati semakin

tinggi tahap pendidikan seseorang individu semakin tinggi kesedaran mereka

tentang hal ehwal politik dan kenegaraan. Diperingkat pengajian tinggi, pelajar

masih didedahkan dengan modul-modul pembelajaran yang berteraskan

kenegaraan, diperingkat ini pelajar akan lebih berpengatahuan, berkeyakinan

dan berfikiran rasional dalam melibatkan diri dalam arena politik, penglibatan

ini didorong oleh kesedaran yang tinggi di kalangan pelajar . Pelajar yang ada

pada masa kini lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mereka

kepada pihak kerajaan, situasi ini membuktikan institusi pendidikan telah

Berjaya menjalankan peranan sebagai agen sosialisasi melalui pendidikan

formal.

Rakan sebaya juga merupakan proses yang mempengaruhi sistem

sosialisasi politik, ianya turut berlaku terhadap individu melalui pergaulan

dengan rakan sebayanya, kenyataan ini disokong oleh Dawson dan Prewit

melalui kajian yang mendapati sekumpulan rakan sebaya merupakan satu

factor asas bagi sesebuah hubungan social yang bertindak sebagai alat

10
pembelajaran social dalam semua masyarakat. Daripada beberapa kajian

yang dilakukan oleh para sarjana mendapati agen rakan sebaya merupakan

agen yang lebih penting berbanding denganibubapa dan agen autoriti yang

lain, walaubagaimanapun pengaruh yang diterima oleh individu turut

dipengaruhi oleh budaya persekitaran dan juga sosial rakan sebaya. Individu

yang bergaul dengan kumpulan rakan sebaya yang membawa suatu fahaman

politik sama ada menyokong atau menentang pihak kerajaan akan turut

dipengaruhi dengan fahaman itu secara beransur-ansur melalui sesi

perbualan, perbincangan dan juga tindakan, walaupun tindakan yang diambil

oleh seseorang itu hanya sekadar untuk mengikuti budaya pergaulan atau

terpaksa mengikut tindakan rakan sebaya sehingga lama kelamaan fahaman

politik itu secara tidak langsung diserap masuk kedalam diri. Pada peringkat

ini, perkembangan sosialisasi politik yang berlaku terhadap seseorang akan

menimbulkan pelbagai konflik dalam diri disebabkan pandangan politik yang

berbeza yang diterima daripada rakan sebaya. Secara sedar atau tidak,

seseorang itu menerima sosialisasi politik daripada rakanya dan rakan juga

menerima sosialisasi politik daripadanya.

Perkongsian pandangan dan masalah berkaitan dengan isu-isu

semasa politik lebih kerap dibincangkan bersama rakan sebaya berbanding

dengan ahli keluarga. Kebebasan menyuarakan pandangan kepada rakan-

rakan menyebabkan seseorang lebih selesa berbanding dengan ahli keluarga

yang memerlukan hemah yangn tinggi untuk menyalurkan pandangan dan

terdapat batas-batas tertentu yang perlus dipatuhi untuk membicarakan isu-

isu semasa bersama masyarakat umum atau individu yang lebih tua. Rakan

sebaya juga adalah agen yang membentuk pembelajaran secara bertterusan

11
tanpa mengira tempat dan masa, proses pembelajran ini merupakan satu

proses sosialisasi yang penting untuk mewujudkan semagat patriotic dalam

setiap masyarakat. Semangat patritik akan menimbulkan kesedaran dan

kepentingan berpolitik dalam diri individu.

Media massa juga merupakan medium yang penting dalam memainkan

peranan sebagai agen sosialisasi pada masa kini. Seseorang kanak-kanak

akan dididik melalui nasihat dan contoh perwatakan daripada ibubapa semasa

berada dirumah namun anak-anak tetap terdidik melalui media massa seperti

television, majalah dan akbar, pengaruh ibubapa akan terhenti apabila anak-

anak mereka berada berjauhan denganya namum anak-anak tersebut tetap

menerima sosialisasi melalui media massa yang ada secara meluas di

sekelilingnya. Media massa merupakan mediaum yang paling penting dalam

menyerap elemen-elemen perubahan terhadap masyarakat tradisional supaya

berubah kepada masyarakat moden.

Maklumat terkini berkaitan isu-isu politik disebarkan kepada rakyat

secara umum dengan kandungan fakta yang tepat dan teperinci, pengaruh

yang disebarkan melalui media massa akan memberikan kesan yang

mendalam untuk membentuk semangat patriotic dan kesedaran politik.

Berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh para sarjana politik

mendapati media massa terutamanya television dan wayang bergambar

merupakan sumber yang paling kerap digunakan oleh kanak-kanak di Negara

maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun bagi mendapatkan

maklumat, situasi ini jelas berbeza dengan Negara yang kurang membangun

kerana berdasarkan kajian seperti di Brazil, Lubnan, dan Turki pula tidak

menyebut television sebagai sumber maklumat mereka, sebaliknya mereka

12
menyatakan bahawa ibubapa dan kawan-kawan adalah sumber utama untuk

mendapatkan maklumat.

Peranan media massa seperti television, radio, laman sesawang,

majalah, surat khabar dan artikel bebas menyebarkan kefahaman sosialisasi

politik memberikan dua impak positif dan impak negative. Dari segi impak

positif, masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa

dapat mengetahui perkembangan terkini berkaitan bidang politik dalam

Negara mahupun luar Negara, penyiaran berhubung dengan kejayaan

pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat

memberikan sinar keyakinan tehadap golongan pemerintah dan perjalanan

sistem politik Negara. Secara tidak langsung, semangat patriotikl dikalangan

rakyat dapat diperkukuhkan oleh propanganda yang diutarakan oleh pihak

kerajaan untuk mencapai maklamat.Sekiranya golongan pelapis ini menjadi

pemimpin Negara pada masa yang akan datang. Laporan berita yang

disiarkan setiap hari melalui media massa tidak lekang mengutarakan

kejayaan golongan pemimpin politik mengekalkan keharmonian berpolitik

disamping mencapai matlamat yang digalaskan kepada mereka.

4. SOSIALISASI DI AMERIKA SYARIKAT

4.1 KEDUDUKAN POLITIK AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat atau juga dikenali sebagai United State of America

selepas perjanjian Paris pada tahun 1783 dahulu dan kini masih kekal

antara negara yang berpengaruh abad ini. Meliputi keluasan sebanyak

9.8 juta kilometer kaki persegi dengan populasi penduduk seramai lebih

kurang 317.6 juta. Penduduknya terdiri daripada pelbagai agama. Namun

13
majoritinya beragama Kristian diikuti agama Yahudi, Budha, Islam, Hindu

dan ada juga yang tidak beragama. Etnik terbesar Amerika Syarikat

terbesar adalah kaum kulit yang terdiri daripada keturunan Jerman,

Ireland dan Inggeris. Etnik lain adalah kaum kulit hitam, Asian, Amerindian

, Alaska, Hawaiian dan Pacific Islander. Bahasa rasminya adalah Bahasa

Inggeris yang mana bahasa ini mendapat status rasmi pada 31 buah

negeri daripada 50 buah negeri Amerika Syarikat. Ianya telah ditetapkan

oleh Undang-undang Persekutuan (Legislatif). Bahasa Inggeris ini,

sememangnya telah digunapakai oleh kebanyakkan masyarakat Amerika

Syarikat sebelum ianya diangkat status rasminya. Antara lain bahasa yang

digunapakai adalah bahasa Spanish, Asian, Indo-European, Pacific Island

dan lain-lain lagi.

Sistem politik Amerika Syarikat pula terbahagi kepada tiga

bahagian utama (pengasingan kuasa) yang mana bahagian-bahagian ini

saling mengimbangi antara satu sama lain. Bahagian-bahagian ini adalah

seperti berikut:-

i) Legislatif; berfungsi dalam pengubalan undang-undang,

mengawal peruntukan kewangan persekutuan dan perdagangan

antara negeri, menubuhkan sistem mahkamah sistem rendah

serta mengesahkan perlantikan dan perjanjian yang dibuat oleh

presiden.

ii) Eksekutif; pula bertindak sebagai penguatkuasaan undang-

undang, mengnalkan undang-undang baru, melantik hakim-

hakim mahkamah (Mahkamah Agung dan Mahkamah

Persekutuan), Ketua Pasukan Tentera, membuat perjanjian

14
dengan negara asing serta mengampunkan pesalah yang

dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.

iii) Kehakiman; berfungsi dengan membuat penyemakkan

keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah,

memutuskan sama ada undang-undang yang dibuat sah atau

tidak dari segi perlembagaan dan juga memutuskan kes-kes

yang menjadi pertikaian antara negeri-negeri di bawahnya.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang diketuai oleh

seorang ketua yang disebut presiden. Presiden bertindak sebagai

ketua negara atau ketua kerajaan. Presiden juga mengetuai badan

Eksekutif. (Kerajaan Persekutuan). Berikut merupakan Presiden

Amerika Syarikat dahulu sehingga kini serta parti politik yang diwakili:-

Presiden Nama Presiden Parti Politik Tahun

1. George Washington Federalist 1789-1797

2. John Adams Federalist 1797-1801

3. Thomas Jefferson Demokrat Republikan 1801-1809

4. James Madison Demokrat Republikan 1809-1817

5. James Monroe Demokrat Republikan 1817-1825

6. John Quincy Adams Demokrat Republikan 1825-1829

7. Andrew Jackson Demokrat 1829-1837

8. Martin Van Buren Demokrat 1837-1841

9. William Henry Whig 1841-1841

10. John Tyler Whig 1841-1845

11. James K. Polk Demokrat 1845-1849

15
Presiden Nama Presiden Parti Politik Tahun

12. Zachary Taylor Whig 1849-1850

13. Millard Fillmore Whig 1850-1853

14. Franklin Pierce Demokrat 1853-1857

15. James Buchanan Demokrat 1857-1861

16. Abraham Lincoln Republikan 1861-1865

17. Andrew Johnson Demokrat 1865-1869

18. Ulysses S. Grant Republikan 1869-1877

19. Rutherford B. Hayes Republikan 187701881

20. James A. Garfield Republikan 1881

21. Chester A. Arthur Republikan 1881-1885

22. Grover Cleveland Demokrat 1885-1889

23. Benjamin Harrison Republikan 1889-1893

24. Grover Cleveland Demokrat 1893-1897

25. William McKinley Republikan 1897-1901

26. Theodore Roosevelt Republikan 1901-1909

27. William Howard Taft Republikan 1909-1913

28. Woodrow Wilson Demokrat 1913-1921

29. Warren G. Harding Republikan 1921-1923

30. Calvin Coolidge Republikan 1923-1929

31. Herbert Hoover Republikan 1929-1933

32. Franklin D. Roosevelt Demokrat 1933-1945

33. Harry S. Truman Demokrat 1945-1953

34. Dwight D. Eisenhower Republikan 1953-1961

16
Presiden Nama Presiden Parti Politik Tahun

35. John F. Kennedy Demokrat 1961-1963

36. Lyndon B. Johnson Demokrat 1963-1969

37. Richard Nixon Republikan 1969-1874

38. Gerald Ford Republikan 1974-1977

39. Jimmy Carte Demokrat 1977-1981

40. Ronald Reagan Republikan 1981-1989

41. George H.W.Bush Republikan 1989-1993

42. Bill Clinton Demokrat 1993-2001

43. George W.Bush Republikan 2001-2009

44. Barrack Obama Demokrat 2009-2017

45. Donald Trump Republikan 2017

4.2 SOSIALISASI POLITIK DI AMERIKA SYARIKAT MEMUPUK


SEMANGAT PATRIOTISME

Sosialisasi politik merupakan cara masyarakat menyalurkan budaya

politik dari satu generasi ke generasi lain dengan digerakkan oleh agen-

agen masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media

massa. Easton dan Dennis6 menjelaskan sosialisasi politik sebagaisatu

proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi individu atau

masyarakat dalam sistem politik. Ini memantapkan lagi pernyataan

Dawson dan Prewitt yang menegaskan bahawa sosialisasi politik adalah

cara bagi meneruskan orientasi dan pegangan politik kepada generasi

baru. Pelaksanaan ini dijalankan menerusi institusi-institusi formal seperti

17
sekolah dan institusi tidak formal seperti keluarga dan rakan sebaya.

Menurut tokoh-tokoh tersebut, keluarga dan rakan sebaya adalah agen

sosialisasi politik yang penting di peringkat primer. Apabila seseorang itu

semakin meningkat dewasa, agen sosialisasi keluarga didapati semakin

lemah dan digantikan dengan agen-agen sosialisasi yang lain. Melalui

kajian Jaros yang mendapati bahawa masyarakat yang terlibat dalam

proses sosialisasi politik mempunyai kecenderungan untuk bersikap

patriotik. Ini kerana, dalam proses sosialisasi politik itu sendiri terdapat

elemen-elemen yang merangkumi aspek kenegaraan yang akhirnya akan

menjurus ke arah pencetusan semangat patriotisme rakyat.

Di samping itu, Easton dan Hess juga mendapati bahawa

pembelajaran hal yang berkaitan dengan politik berupaya melahirkan

semangat patriotisme. Pendapat mereka adalah berdasarkan kepada

kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat yang mendapati bahawa

kanak-kanak di negara tersebut telah menunjukkan semangat patriotisme

hasil daripada proses sosialisasi politik sejak mereka berusia seawal tiga

tahun.

Semangat patriotisme yang wujud dalam diri manusia turut

dipengaruhi oleh proses sosialisasi politik yang pernah dilalui mereka.

Dalam konteks ini, kesedaran politik yang terhasil daripada proses tersebut

akan membawa kepada penyemaian dan pemupukan kesedaran

patriotisme. Situasi ini dapat dibuktikan melalui kajian Almond dan Verba

yang menyatakan bahawa kesedaran politik berupaya mencetuskan

semangat patriotisme. Hal ini dapat dilihat apabila golongan sasaran

kajian mereka iaitu rakyat Amerika Syarikat yang mempunyai kesedaran

18
politik yang tinggi telah menunjukkan ketaatsetiaan terhadap aspekaspek

output yang merangkumi aspek-aspek berikut, seperti badan eksekutif,

birokrasi dan kehakiman. Kesedaran politik boleh diperolehi melalui

proses pembelajaran tentang hal yang berkaitan dengan politik secara

berterusan sama ada secara langsung atau sebaliknya. Proses

pembelajaran tersebut dikenali sebagai sosialisasi politik. Malah

masyarakat yang terlibat dengan proses sosialisasi politik mempunyai

kecenderungan untuk bersikap patriotik. Hal ini mempunyai kaitan rapat

dengan kesedaran politik yang dipupuk melalui agen-agen tertentu dalam

proses sosialisasi politik seperti keluarga, media massa, orientasi

pendidikan, rakan sebaya dan sebagainya.

4.3 AGEN SOSIALISASI POLITIK DI AMERIKA SYARIKAT

4.3.1 IBU BAPA DAN KELUARGA

Tahap kepentingan pengaruh sesebuah agen sosialisasi

terhadap masyarakat adalah berbeza-beza berdasarkan peringkat

kehidupan seseorang. Umpamanya, ibu bapa dan keluarga menjadi

agen sosialisasi politik yang paling berpengaruh ketika seseorang itu

masih lagi di peringkat kanak-kanak. Malah, berdasarkan kajian oleh

Easton dan Hess di Amerika Syarikat, didapati kanak-kanak pada

peringkat awal persekolahan telah memberi gambaran autoriti yang

sama antara bapa mereka dengan presiden, iaitu sebagai seorang

ketua atau penguasa. Namun begitu seiring dengan peningkatan usia

dan semakin luas pendedahan mereka berkaitan politik melalui proses

sosialisasi politik, kanak-kanak tersebut telah dapat membezakan

19
antara bapa mereka dengan seorang pemerintah. Ketika ini mereka

telah menyedari bahawa presiden merupakan golongan yang terlibat

dalam hierarki pemerintahan yang lebih kompleks berbanding dengan

bapa.

Easton dan Dennis telah mengemukakan empat tahap dalam

sosialisasi politik diri kanak-kanak. Tahap pertama, kanak-kanak

diperkenalkan dengan autoriti yang terdapat dalam negara melalui

individu-individu tertentu seperti ibubapa, presiden dan polis. Tahap

kedua, pengetahuan mereka diperkembangkan dengan mengenali

perbezaan antara autoriti internal dan eksternal, seperti jabatan swasta

dan jabatan awam. Tahap ketiga, kanak-kanak diperkenalkan dengan

institusi-institusi politik impersonal seperti Kongres, Mahkamah Agung

dan pilihan raya. Manakala tahap keempat pula, pengetahuan mereka

dikembangkan dengan mengenali perbezaan antara institusi-institusi

politik dan individu-individu yang terlibat di dalam institusi-institusi

tersebut.

Kanak-kanak banyak mempelajari sesuatu yang baru daripada

ibubapa kerana mereka merupakan autoriti pertama yang muncul

dalam kehidupan kanak-kanak ini. Pernyataan ini disokong oleh

Almond dan Verba yang menegaskan bahawa keluarga yang

merangkumi ibubapa merupakan autoriti pertama yang dikenali kanak-

kanak. Oleh itu, mustahil bagi kanak-kanak untuk membesar tanpa

dipengaruhi oleh individu yang paling hampir dengan mereka seperti

ibu, bapa dan ahli keluarga. Dalam hal ini, ibubapa bertanggungjawab

dalam memperkenalkan anak-anak kepada pengetahuan awal tentang

20
negara dan kerajaan. Ketika itu agen-agen lain seperti rakan sebaya

dan sekolah belum lagi wujud dalam kehidupan mereka. Oleh yang

demikian, wujud pola keberkesanan terhad yakni lazimnya sesuatu

agen sosialisasi mempunyai keberkesanan untuk tahap tertentu.

Selanjutnya, kesedaran politik diambil alih oleh agen-agen sosialisasi

yang lain.

4.3.2 PENDIDIKAN

Aspek pendidikan yang merangkumi orientasi persekolahan dan

orientasi kampus merupakan agen sosialisasi politik yang terpenting

ketika para remaja atau golongan muda sedang menuntut di pusat-

pusat pengajian. Kenyataan ini dibuktikan berdasarkan kajian Easton

dan Hess yang mendapati bahawa semakin lama seseorang itu belajar

di sekolah atau di pusat pengajian tinggi, semakin banyak pengetahuan

yang diperolehi dan seterusnya menghasilkan kesedaran politik. Kajian

ini seiring dengan kajian Almond dan Verba yang mengemukakan

bahawa semakin tinggi tahap pendidikan seseorang individu itu,

semakin tinggi kesedaran mereka tentang hal ehwal politik dan

kenegaraan. Umpamanya, apabila seseorang individu ingin mengetahui

tentang impak dasar kerajaan ke atas mereka, ingin mengikuti arus

perkembangan politik, ingin mempunyai maklumat yang lebih banyak

tentang politik, ingin memiliki pandangan yang lebih luas tentang hal

yang berkaitan dengan politik, ingin melibatkan diri dalam diskusi politik

dengan lebih ramai orang, ingin memiliki keupayaan yang hebat untuk

mempengaruhi hal-ehwal politik, ingin menjadi ahli dan bergiat aktif

21
dalam organisasi sukarela dan ingin menunjukkan keyakinan serta

kepercayaan dalam persekitaran sosialnya.

Dalam hal ini, kajian Almond dan Verba di lima buah negara iaitu

Amerika Syarikat, England, German, Italy dan Mexico mendedahkan

sebanyak 89 peratus daripada para pelajar di Amerika Syarikat yang

mendapat pendidikan di peringkat sekolah menengah mempunyai

kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding dengan hanya 73

peratus daripada para pelajar di tahap sekolah rendah yang

mempunyai kesedaran tersebut. Dapatan kajian Almond dan Verba ini

jelas membuktikan bahawa keterbukaan pemikiran seseorang itu

tentang hal ehwal politik dan kenegaraan amat berkait rapat dengan

tahap pendidikan mereka.

Easton dan Hess turut menghasilkan dapatan yang sama

dengan kajian di atas melalui kajian mereka di Amerika Syarikat yang

mendapati bahawa individu berusia tiga tahun telah mempelajari politik

di sekolah dan pengetahuan mereka menjadi mantap apabila berusia

tujuh tahun. Tahap awal pembelajaran politik mencakupi hal ehwal

persekitaran mereka seperti keterikatan pada sekolah dan

pengenalan bahawa mereka tinggal di bahagian tertentu dalam

sesebuah negara. Kemudian diikuti pula dengan pengenalan terhadap

simbol-simbol yang dapat dilihat daripada autoriti-autoriti umum seperti

polis, presiden dan bendera negara. Apabila usia kanak-kanak ini

mencecah sembilan hingga sepuluh tahun, mereka telah didedahkan

dengan konsep-konsep lain yang lebih abstrak dan kompleks seperti

hak bersuara, sistem demokrasi, kebebasan sivil dan peranan

22
warganegara dalam sistem politik. Pembelajaran politik peringkat awal

yang sistematik, berpotensi melahirkan kesedaran patriotisme di

kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat. Senario ini dipaparkan

melalui dapatan kajian Easton dan Hess yang mendapati kanak-kanak

Amerika Syarikat mempunyai keyakinan dan kepercayaan tentang

keindahan negara mereka dan kebaikan serta kebersihan rakyat

negaranya. Kajian-kajian ini membuktikan semakin tinggi tahap

pendidikan seseorang itu, maka sikap mereka juga semakin terbuka

dalam memikirkan hal ehwal negara.

Di peringkat universiti atau pusat pengajian tinggi pula, orientasi

kampus telah menjadi salah satu daripada agen sosialisasi penting

para pelajar. Malah ketika ini juga media massa turut memainkan

peranan penting sebagai sumber pengetahuan politik mereka.

Umumnya, ketika di kampus para mahasiswa tidak lagi tinggal bersama

dengan ibu bapa dan keluarga tetapi tinggal di asrama atau rumah

sewa. Dengan demikian, ibu bapa dan keluarga sudah tidak lagi

berperanan sebagai agen sosialisasi politik yang penting bagi golongan

mahasiswa.

Amerika Syarikat telah lama menerapkan pengetahuan politik ke

atas pelajar melalui sistem pendidikan di sekolah-sekolah dan pusat-

pusat pengajian. Pada tahun 1790-an, para pelajar telah dibekalkan

dengan buku-buku teks sekolah yang berkaitan dengan politik seperti

pendedahan tentang ancaman-ancaman terhadap kerajaan yang baru

dibentuk. Manakala mulai tahun 1915 pula, para pelajar di sekolah

23
tinggi perlu mengambil kursus-kursus yang menekankan kajian tentang

institusi politik dan latihan kewarganegaraan

4.3.3 MEDIA MASSA

Media massa merupakan elemen dan mekanisme penting bagi

sesebuah masyarakat tradisional yang ingin berubah menjadi

masyarakat moden. Hal ini disebabkan media massa berupaya

menyebarkan mesej politik secara konsisten dan standard kepada

sekumpulan manusia dan mampu memainkan peranan penting dalam

transformasi masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh Fagen yang

menyatakan bahawa media massa lebih mudah tersebar dan berkesan

sebagai instrument komunikasi dan sosialisasi dalam masyarakat yang

lebih moden. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Lambert dan

Klineberg yang mendapati bahawa media massa terutamanya

televisyen dan wayang gambar merupakan sumber paling kerap

digunakan oleh kanak-kanak kelompok negara maju seperti Amerika

Syarikat bagi mendapatkan maklumat.

Peranan televisyen sebagai media yang paling penting dan

berpengaruh dalam proses sosialisasi politik telah dibuktikan melalui

dapatan kajian pengkaji-pengkaji yang lepas. Dalam hal ini, Atkin &

Gants menyatakan bahawa sebahagian besar kanak-kanak yang

menonton berita televisyen juga berminat terhadap pengetahuan hal

ehwal politik. Malah, berita televisyen turut menjadi penghubung yang

pertama antara kanak-kanak dengan dunia politik sehinggalah mereka

mencapai usia remaja. Pada peringkat ini, tingginya pendedahan

24
seseorang individu itu terhadap program berita televisyen seringkali

dikaitkan dengan tingginya tahap pengetahuan politik mereka. Begitu

juga dapatan kajian Renshon yang mengemukakan bahawa jenis

media yang paling berpengaruh di kalangan kanak-kanak di Amerika

Syarikat adalah televisyen. Manakala media cetak seperti suratkhabar

merupakan media paling berkesan di kalangan golongan remaja.

4.3.4 RAKAN SEBAYA

Kajian tentang rakan sebaya sebagai antara agen sosialisasi

yang utama dalam proses sosialisasi politik telah banyak dilakukan oleh

para sarjana sosiologi politik terdahulu. Umpamanya Dawson dan

Prewitt mendapati kumpulan rakan sebaya merupakan satu faktor asas

bagi sesebuah hubungan sosial yang bertindak sebagai alat

pembelajaran sosial dalam semua masyarakat. Walau bagaimanapun,

keberkesanan kumpulan ini sebagai agen sosialisasi adalah berbeza

antara satu budaya dengan budaya yang lain. Dalam hal ini, rakan

sebaya sebagai agen sosialisasi didapati semakin berkembang dan

penting dalam masyarakat moden dan maju.

Malah dapatan kajian Riesman mendapati kumpulan rakan

sebaya merupakan agen sosialisasi yang paling penting berbanding

agen-agen lain seperti ibu bapa dan autoriti-autoriti lain. Individu-

individu yang tinggal dalam masyarakat yang berkembang maju

didapati semakin ramai merujuk dan berbincang sesuatu perkara

tertentu dengan rakan sebaya berbanding dengan golongan yang lebih

tua daripada mereka dan autoriti-autoriti sosial yang lain. Hal ini

25
menunjukkan peranan dan kepentingan agen-agen sosialisasi berubah-

ubah mengikut perkembangan sesebuah masyarakat.

5. KESIMPULAN

Sosialisasi politik adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu

mengenali sistem politik yang kemudiannya menentukan persepsi-persepsi

terhadap politik dan reaksireaksinya terhadap fenomena politik yang berlaku.

Hal ini ditentukan oleh faktor sosial, ekonomi dan persekitaran budaya

sesebuah masyarakat, pengalaman berinteraksi dan personaliti individu.

Sarjana-sarjana ini berpendapat bahawa sosialisasi adalah satu proses yang

berterusan sepanjang hayat, melibatkan golongan kanak-kanak, remaja dan

dewasa. Proses tersebut beroperasi melalui agenagen tertentu seperti

keluarga, pendidikan, rakan sebaya, kumpulan kerja, kumpulan agama dan

media massa.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan tersebut jelaslah bahawa

sosialisasi politik adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Proses

ini digerakkan oleh agen-agen tertentu dalam masyarakat seperti keluarga,

rakan sebaya, pendidikan dan media massa. Malah, berdasarkan kepada

pandangan para sarjana di atas, antara matlamat atau sasaran utama bagi

proses sosialisasi politik adalah memupuk semangat patriotisme sama ada

secara langsung atau tidak langsung di kalangan rakyat bagi sesebuah negara.

Dalam hal ini Amerika Syarikat telah menerapkan agen-agen sosialiasi

politik dengan bekesan dan sepenuhnya bagi mempengaruhi sistem politik

dalaman negaranya.

26
BIBLIOGRAFI

Asna, W.;. (2010). Politik perbandingan modul 2. Malaysia: PPPJJ, USM.

ENH, A M; Hamzah, Z V;. (2011). Persaingan Amerika Syarikat Soviet. Indonesia:


Sosiohumanika.

F.Jody. (2007). English as the Official Language of the United. U.S: The Leading
Immigration Law.

Maas, A C; Lumbantoruan, D; Indar, R J. (2005). Sejarah amerika serikat. Indonesia: Biro


Program Informasi Internasional.

n.m. (2012, Jan 10). United States of America country profile. Retrieved Jan 1, 2017, from
BBC News: http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/country_profiles/1217752.stm

n.m. (2017, Jan 12). North america united states. Retrieved Jan 1, 2017, from Central
Intelligence Agency: https://www.cia.gov/library/publications/the-world-
factbook/geos/us.html

W.Taat. (n.d). USA. USA.

Curti, M. The Roots of American Loyalty. London: Columbia University Press. 1946.

Riesman, D., Denney, R., Glazer. The Lonely Crowd. New Haven: Yale University Press.
1950.

Roberts, G. K. A Dictionary of Political Analysis. London: Longman. 1971.


Rubin, A. M. Television in Childrens Political Socialization. Journal of Broadcasting.
Vol. 20, (1976), 51-59.

Rush, M. Politics And Society: An Introduction to Political Sociology. Hertfordshire: Simon


& Schuster International Group. 1992.

Rush, M. dan Althoff, P. An Introduction to Political Sociology. Melbourne : Thomas


Nelson and Sons Ltd. 1971.

Sigel, R. Assumptions about the Learning of Political Value. Annals of the American
Academy of Social and Political Science. Vol: 361. (1965). 1-9.

27