Anda di halaman 1dari 3

Latihan pantun budi

1. Berdasarkan Pantun Budi di atas,


mengapakah budi bahasa diberi keutamaan
oleh masyarakat? [3 markah]
Berdasarkan Pantun Budi di atas, budi
bahasa diberi keutamaan oleh masyarakat
kerana ketinggian darjat sesuatu bangsa
dinilai pada bahasa dituturkannya. Selain
itu, masyarakat Melayu amat
mementingkan budi bahasa. Di samping
itu, kebijaksanaan seseorang terserlah
melalui budi bahasanya.

2. Nyatakan perkara yang ingin


disampaikan dalam rangkap ketiga Pantun
Budi. [3 markah]
Perkara yang ingin disampaikan dalam
rangkap ketiga Pantun Budi ialah orang yang
tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

3. Banyak persoalan yang terkandung


dalam Pantun Budi. Nyatakan dua persoalan
yang dapat diperoleh daripada pantun
tersebut. [3 markah]

4. Aspek budi bahasa amat penting dalam


kehidupan kita. Pada pendapat anda,
apakah kepentingan rakyat Malaysia
berbudi bahasa? [4 markah]
Pada pendapat saya, kepentingan rakyat
Malaysia berbudi bahasa adalah supaya
disegani masyarakat luar. Selain dapat
mengeratkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Di samping itu, pergaduhan dapat dielakkan
jika rakyat berbudi bahasa.
5. Amalan berbudi bahasa semakin
dipinggirkan oleh masyarakat di negara
kita. Pada pendapat anda, apakah langkah
yang perlu diambil untuk meningkatkan
amalan berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat? [4 markah]

Pada pendapat saya, langkah yang perlu


diambil untuk meningkatkan amalan
berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat
adalah mengadakan kempen kesedaran
akan kepentingan budi bahasa. Selain itu,
ibu bapa perlu mendidik anak-anak berbudi
bahasa sejak kecil lagi. Di samping itu,
pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti
Bulan Budi Bahasa bagi mendidik pelajar
berbudi bahasa.