Anda di halaman 1dari 2

Cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh

Sinopsis
Parjo ialah anak kepada Wak Salikon. Ibu dan ayah Parjo
mengusahakan perniagaan tapai ubi. Parjo rajin membantu ibu dan
ayahnya membuat tapai. Tapai buatan mereka sangat sedap dan habis
dijual pada setiap hari. Kawan-kawannya telah mengelarnya sebagai
Parjo Tapai. Parjo mengagumi ibu dan ayahnya begitu gigih
mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka sehigga dia dan adik
beradiknya dapat belajar sehingga ke menara gading.

Pada suatu hari, Parjo memberitahu Prof Haidar bahawa mereka


sedang melakukan kajian tetang tapai ubi yang dapat mengurangkan
penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan
bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang dapat mencegah
kanser. Parjo gigih melakukan kajian dan hasil kajiannya menunjukkan
keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Penemuan Parjo dalam menghasilkan penawar telah mendapat


pengiktirafan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Hasil kajian
Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Sejak hari itu, Parjo
sering dijadikan tempat rujukan dalam kajian mencegah kanser.

Semasa majlis konvokesyennya berlangsung, Parjo telah


membawa ibu dan bapanya serta memberitahu kepada pensyarah dan
rakan-rakannya bahawa ayah dan ibunyalah menjadi sumber inspirasi
atas kejayaannya itu. Permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga
semakin tinggi. Sebuah kilang tapai telah didirikan di Kampung Dr.
Parjo manakala Dr. Parjo kini, bergelar pensyarah perubatan dan beliau
masih meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan
penawar bagi mencegah penyakit lain.
PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka
pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera
Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu
yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas
kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima
nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila
telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di


tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di
tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si
Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan
membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan
mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera
Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa Maharaja Indera Dewa untuk
meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang
teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah


memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin
semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di
pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan
gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia
terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang
ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si
Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu
dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat.
Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala
isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama
kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri
yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh
dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.