Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.

JOHN
JALAN BUKIT NANAS,
50250 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA 2017

Tarikh : 27 Jun 2017


Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : 1N
Pengerusi : Pn Mullaikody a/p Muniveloo

Kehadiran
1. Encik Mustafa Kamal bin Musa
2. Puan Siti Najwa binti Haji Sahri
3. Puan Mullaikody a/p Munivelloo
4. Puan Maaziana binti Muhamad
5. Puan Aminah binti Ibrahim

Tidak Hadir Bersebab


1. Encik Sharol bin Saha

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Puan Mullaikody mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang berkorban masa
untuk hadir ke mesyuarat kali ini.
Tindakan : Makluman
2.0 Meluluskan Minit Mesyuarat
2.1 Puan Aminah mengesahkan minit mesyuarat yang lepas dan disokong oleh Puan Siti Najwa.
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Puan Mullaikody memaklumkan bahawa hanya terdapat beberapa guru yang berjumpa dengan
beliau untuk mengambil soft copy soalan PT3. Beliau berharap guru-guru lain dapat berjumpa dengan
beliau secepat mungkin bagi mendapatkannya.
Tindakan : Guru-guru Sains
3.2 Puan Mullaikody masih mencari tarikh yang sesuai bagi melaksanakan Bengkel Teknik
Menjawab Sains PT3 untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Beliau sudah berbincang perkara ini dengan
Puan Lim Wai Leng dan kertas kerja sudah dibuat. Bengkel ini akan diadakan di Dewan Kuliah pada
waktu pertama dan kedua selepas perhimpunan.
Tindakan : Ketua Panitia

3.3 Respon kepada cadangan Encik Mustafa yang mencadangkan supaya diadakan Teknik Menjawab
PT3 bagi pelajar tingkatan 3, Puan Mullaikody memaklumkan bahawa hal ini belum dilaksanakan
untuk semua pelajar tingkatan 3. Namun begitu, baru-baru ini seramai 42 pelajar tingkatan 3 telah
menyertai Teknik Menjawab PT3 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Encik Mustafa
mencadangkan supaya bengkel ini diadakan melibatkan semua pelajar tingkatan 3. Puan Mullaikody
mencadangkan supaya sekolah menjemput penceramah luar. Beliau juga memaklumkan bahawa
sekiranya bengkel ini diadakan dalam kumpulan yang besar, ia kurang berkesan. Beliau juga
mencadangkan supaya silibus dihabiskan dahulu barulah dibuat bengkel.
Tindakan : Ketua Panitia

3.4 Encik Mustafa memaklumkan bahawa, bagi soalan PT3 yang mempunyai petikan yang panjang,
ramai pelajar yang tidak dapat jawab. Sekira pelajar jawab pun, mereka hanya menyalin kembali
soalan. Jadi Puan Siti Najwa mencadangkan supaya guru mengajar pelajar dengan lebih berhati-hati.
Contohnya, sekiranya soalan meminta pelajar supaya menjawab betul atau salah, tapi pelajar
tanda tick, cikgu perlu bagitahu salah walaupun diterima jawapan tersebut dalam PT3. Beliau
memaklumkan bahawa adalah lebih selamat sekiranya pelajar menjawab mengikut kehendak soalan.
Hal ini adalah kerana sekiranya dalam SPM, jawapan tersebut tidak diterima. Puan Mullaikody juga
mengingatkan bahawa tiada markah dalam PT3.
Tindakan : Guru-guru Sains

3.5 Berkenaan Teknik Menjawab yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Siti Najwa
memaklumkan bahawa terlalu ramai pelajar yang hadir pada hari tersebut sehinggakan tiada tempat
duduk. Makluman awal memaklumkan bahawa guru dijemput, namun tiada tempat untuk guru. Oleh
kerana slot untuk Sains telah penuh, jadi pelajar dibawa ke slot English, namun OHP pula rosak.
Terdapat banyak masalah semasa dibengkel tersebut dan bengkel turut lewat setengah jam. Pelajar
pula tidak dapat banyak input. En Mustafa miminta supaya guru komplen kepada pihak penganjur.
Puan Mullaikody memaklumkan bahawa Puan Azny sudah menghubungi pihak penganjur dan
meminta supaya yuran dikembalikan, namun tiada respon.
Tindakan : Makluman

3.6 Respon kepada pertanyaan Puan Noraisah yang memaklumkan bahawa dalam PT3, terdapat
soalan yang meminta pelajar melukis dan melabel. Perkara ini sudah diimplimentasikan di dalam
kelas. Puan Mullaikody memaklumkan markah yang diperuntukkan untuk soalan no 12 PT3 ini ialah
3 markah iaitu 1 markah untuk lukis, 1 markah untuk label dan 1 markah untuk penerangan.
Tindakan : Makluman

3.7 Maklumkan daripada Puan Jessica, Smart Lab 1 dan 2 masih dalam penyelenggaraan. Semua
kelas boleh mendapat access internet dan hanya Makmal Sains A dan B sahaja yang tidak dapat
access tersebut. Modem boleh diperolehi daripada Puan Jessica dan perlu dimaklumkan lebih awal.
Tindakan : Makluman

3.8 Puan Mullaikody memaklumkan fail PEKA akan disimpan dalam Bilik Mezzanine. Fail PEKA
tingkatan 4 dan 5 didapati tidak lengkap. Pada tahun lepas, terdapat guru yang tidak menghantar fail
tersebut. Pada tahun ini, guru-guru yang berkenaan diminta menghantar fail berkenaan ke Bilik
Mezzanine mengikut kelas.
Tindakan : Guru-guru Sains tingkatan 4 dan 5

3.9 Puan Mullaikody memaklumkan bahawa ada guru yang telah menghantar kertas soalan awal
untuk disemak. Namun terdapat juga segelintir guru yang hantar kertas soalan lewat kepada beliau.
Ada guru yang hantar sehari sebelum peperiksaan dan beliau tidak dapat menyemak kertas tersebut.
Bagi soalan tingkatan 3, mesti dimasukkan sekali soalan tingkatan 1 dan 2. Soalan yang dibuat
mestilah mengikut format PT3 seperti berikut:

Soalan 1,2,3 - suaikan dan jawapan disediakan


Soalan 4,5,6 - ada gambar rajah
Soalan 11, 12,13,14 - KBAT

Puan Mullaikody meminta supaya guru menghantar kertas soalan lebih awal jika tidak perlu terus
hantar kepada Ketua Bidang. Skema hendaklah bertaip. Terdapat guru yang menghantar soalan
bersama skema yang berbeza jawapan dan tedapat guru yang menulis jawapan di atas kertas jawapan.
Tindakan : Guru-guru Sains

3.10 Puan Siti Najwa mengingatka guru supaya membuat soalan mengikut format. Pesanan daripada
Puan Norrizan bahawa guru-guru perlu mendapatkan tandatangan daripada beliau dahulu sebelum di
riso. Hal ini kerana terdapat guru yang tiada tandatangan semakan dan pengesahan serta riso di luar.
Perkembangan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Tindakan : Makluman
3.11 Encik Mustafa memaklumkan bahawa beliau perlu menghantar report sarana, keputusan Bicara
Akademik sebelum 30 Jun ke jabatan. Namun begitu, tingkatan 1,2 dan masih belum mengadakan
hari Bicara Akademik. Beliau mencadangkan supaya selepas ini tiada tempoh yang terlalu lama antara
peperiksaan dan Hari Bicara Akademik.
Tindakan : Makluman

4.0 Post Mortem Penilaian Sumatif 2


4.1 Antara kelas yang di highlight oleh Pengerusi ialah seperti berikut:
1H ada peningkatan dari Ujian Sumatif 1, bilangan gagal semakin berkurang
1J - terdapat seorang pelajar yang gagal dalam US1 dan US2. Namun mereka adalah
pelajar yang berbeza. Markah mereka melebihi 30.

1K - kelas 1K bercampur antara pelajar yang lemah dan pandai dan mereka kuat bersaing
antara satu sama lain dalam pelajaran.

1N - dalam US2, terdapat seoarang yang mendapat A dan dalam US1 2 orang mendapat
A. Pelajar yang gagal tersebut memang bermasalah dan sudah pindah sekolah.

1O - tiada pelajar yang dapat A dalam kedua-dua Ujian. Namun bilangan pelajar lulus
meningkat daripada seorang lulus kepada 15 orang lulus.

2H - terdapat 23 orang pelajar yang gagal dalam US2 dan hanya seorang pelajar yang
lulus. Majoriti pelajar tidak jawab soalan di belakang.

2T -24 orang pelajar yang gagal, 4 orang lulus

2K - markah pelajar majoriti bawah 30. Soalan petikan ramai yang tidak jawab.

5T - terdapat 19 orang pelajar yang gagal. 3 orang pelajar tidak hadir. Kebanyakkan
pelajar tidak menjawab soalan esei.
Tindakan : Makluman

4.2 Encik Mustafa mencadangkan supaya diadakan kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 1 dan 2.
Beliau juga mencadangkan supaya dalam kelas terdapat kategori pelajar pandai dan lemah. Beliau
memaklumkan Kementerian juga tidak pernah mengeluarkan arahan untuk mengasingkan pelajar
meng ikut kepandaian.
Tindakan : Pentadbir
4.3 Puan Siti Najwa memberitahu bahawa masalah utama dikalangan pelajar ialah sikap diri-sendiri.
Mereka kadang-kadang tidak kisah sama ada mereka lulus atau gagal.
Tindakan : Makluman

4.4 Puan Aminah memberitahu bahawa sekiranya silibus dihabiskan awal untuk melebihkan masa
untuk membuat ulangkaji, pelajar lagi tidak mahu belajar kerana mereka beranggapan bahawa silibus
telah habis.
Tindakan : Makluman

4.5 Puan Mullaikody memaklumkan bahawa secara keseluruhannya, keputusan Ujian Sumatif 2
sangat teruk dan merosot. Beliau meminta guru-guru memberikan nama pelajar yang markah mereka
kurang dari 30 markah.
Tindakan : Guru-guru Sains

5.0 Program Peningkatan Akademik


5.1 Program JUARA dibentangkan oleh Puan Siti Najwa. Beliau memaklumkan bahawa program ini
lebih kurang seperti study group dan dalam setiap group ada seorang mentor. Guru hanya bertindak
sebagai fasilitator. Setiap tugasan akan direkod. Waktu diadakan program ini adalah serentak dengan
kelas pemulihan.Program ini akan bermula selepas cuti hari raya. Hanya subjek yang lemah sahaja
yang terlibat. Guru akan membimbing dahulu ketua kumpulan sebelum program ini bermula dan
ketua kumpulan pula akan membimbing ahli kumpulan mereka. Satu kumpulan adalah seramai 5
orang pelajar. Program ini diadakan pada hari Isnin dan Selasa bermula pukul 1.30 hingga 3.00
petang. Setiap subjek akan diadakan sebanyak dua kali.
Tindakan : Guru-guru Sains Tingkatan 5

6.0 Hal-hal Lain


6.1 Puan Maaziana menerangkan cara penandaan kertas PT3. Handout disediakan. Beliau
menegaskan bahawa tiada markah dalam PT3.
6.2 Puan Mullaikody menegaskan bahawa guru-guru yang tidak hadir pada mesyuarat hari ini perlu
member surat tunjuk sebab kepada Penolong Kanan Tadbir dan memaklumkan kepada Ketua Panitia.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( Siti Norokiah binti Omar) (Pn Mullaikody a/p Muniveloo)


Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains

Anda mungkin juga menyukai