Anda di halaman 1dari 3

AYAT MAJMUK GABUNGAN

BIL. AYAT MAJMUK GABUNGAN POLA AYAT


1. Kedua-dua orang mempelai tersebut ke pelamin lalu
duduk bersanding.
2. Dia begitu tenang sahaja, manakala teman karibnya
gelisah tak keruan.
3. Lori itu sangat sarat dengan muatan atap genting dan
kepingan jubin lantai.
4. Jangankan hendak pergi, malahan bergerak dari
tempat duduknya pun tidak.
5. Puan Sarojini mengibas-ngibas kerusi itu dengan
sapu tangan, kemudian duduk.
6. Encik Zukhairi peguam dalam bidang Syariah,
manakala abangnya dalam bidang sivil.
7. Pengetua masuk ke dalam dewan sekolah lalu naik
ke pentas.
8. Hamdan, anak bongsu Cikgu Razali, gemuk tetapi
Afendi kurus.
9. Para pegawai, jurulatih serta pemain pasukan bola
sepak belia negara akan ke luar negara esok.
10. Nadzrah dan Afifah ke sekolah setiap hari dengan
bas sekolah.
11. Encik Asraf berjalan sendirian di bandar sambal
menjinjing sebuah beg jinjit.
12. Cuaca di bahagian hulu mendung namun di bahagian
baruh cerah.
13. Sekali-kali tidak pernah saya mencerca beliau,
malahan saya puji beliau.
14. Pendapat beliau itu amat cetek, tambahan pula
disampaikannya dengan cara yang tidak menarik.
15. Kami ragu-ragu sama ada berita ini sahih atau palsu
semata-mata.
16. Kereta lama ini berguna bukan sahaja untuk ayah ke
bengkel tetapi juga untuk ibu ke pasar.
17. Jangankan bapa, anak-anaknya pun usahawan
berjaya di bandar ini,
18. Datuknya pejuang bangsa dan negara tetapi anaknya
pengkhianat negara.
19. Tanpa menerima arahan ibu, Kak Limah ke dapur
lalu membuat minuman untuk tetamu yang hadir.
20. Mengapakah dia dalam kumpulan kita padahal
namanya tiada dalam senarai ?

BIL. AYAT MAJMUK GABUNGAN POLA AYAT


1. Kedua-dua orang mempelai tersebut ke pelamin lalu FN + FS
duduk bersanding.
2. Dia begitu tenang sahaja, manakala teman karibnya FN + FA
gelisah tak keruan.
3. Lori itu sangat sarat dengan muatan atap genting dan FN + FA
kepingan jubin lantai.
4. Jangankan hendak pergi, malahan bergerak dari FN + FK
tempat duduknya pun tidak.
5. Puan Sarojini mengibas-ngibas kerusi itu dengan FN + FK
sapu tangan, kemudian duduk.
6. Encik Zukhairi peguam dalam bidang Syariah, FN + FN
manakala abangnya dalam bidang sivil.
7. Pengetua masuk ke dalam dewan sekolah lalu naik FN + FK
ke pentas.
8. Hamdan, anak bongsu Cikgu Razali, gemuk tetapi FN + FA
Afendi kurus.
9. Para pegawai, jurulatih serta pemain pasukan bola FN + FS
sepak belia negara akan ke luar negara esok.
10. Nadzrah dan Afifah ke sekolah setiap hari dengan FN + FS
bas sekolah.
11. Encik Asraf berjalan sendirian di bandar sambal FN + FK
menjinjing sebuah beg jinjit.
12. Cuaca di bahagian hulu mendung namun di bahagian FN + FA
baruh cerah.
13. Sekali-kali tidak pernah saya mencerca beliau, FN + FK
malahan saya puji beliau.
14. Pendapat beliau itu amat cetek, tambahan pula FN + FA
disampaikannya dengan cara yang tidak menarik.
15. Kami ragu-ragu sama ada berita ini sahih atau palsu FN + FA
semata-mata.
16. Kereta lama ini berguna bukan sahaja untuk ayah ke FN + FK
bengkel tetapi juga untuk ibu ke pasar.
17. Jangankan bapa, anak-anaknya pun usahawan FN+FN
berjaya di bandar ini,
18. Datuknya pejuang bangsa dan negara tetapi anaknya FN+FN
pengkhianat negara.
19. Tanpa menerima arahan ibu, Kak Limah ke dapur FN+FS
lalu membuat minuman untuk tetamu yang hadir.
20. Mengapakah dia dalam kumpulan kita padahal FN+FS
namanya tiada dalam senarai ?