Anda di halaman 1dari 11

Cikgu Salmiah Ramli 1

Email: mypersonalemail97@gmail.com

ALIH BENTUK KOMUNIKASI DARI BUKAN LINEAR KEPADA LINEAR

Pembahagian Soalan Jadual atau Carta Pai atau Graf


(Mentafsir atau menganalisis data)

Carta Alir atau Gambar Rajah


(Menghurai proses atau faktor)

2. Kemahiran asas perlu dikuasai:

MEMAHAMI DAN MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN

Kebiasaan terdapat 2 kehendak soalan iaitu:


Menganalisis data (mentafsir data) - AD . Menganalisis pengetahuan - AP

MEMAHAMI FORMAT PENULISAN JAWAPAN

Format berasingan -analisis data + analisis


Format Bergabung - analisis data + analisis
pengetahuan ditulis dalam perenggan yang
pengetahuan ditulis dalam satu perenggan
berasingan

CARA MENULIS JAWAPAN

Menyatakan bentuk analisis analisis pentahuan AP (jika


Bukti /data
data diminta)

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 1


Cikgu Salmiah Ramli 2
Email: mypersonalemail97@gmail.com

3. Pendekatan Menganalisis data (AD)

1. Pendekatan Analisis/ Pola Perubahan


a. Meningkat berterusan
b. Menurun berterusan
c. Turun naik/ tidak konsisten/tidak stabil
d. Konsisten/stabil

2. Pendekatan Analisis/ Pola Bandingan


a. Paling Tinggi/tertinggi
b. Paling Rendah/terendah
c. Lebih banyak/paling banyak
d. Lebih besar/paling besar

3. Pendekatan Analisis/ Pola Perubahan Bandingan

4. Cara menjawab

5.1 Menganalisis Kehendak Soalan (KS)


Terdapat 2 kehendak soalan :
o Analisis data (AD):
Menganalisis jenis pola-pola utama iaitu:
Pola Perubahan
Pola Bandingan
Pola umum (Perubahan bandingan)
o Analisis Pengetahuan (AP):
Berikan Sebab/Faktor/Kesan/Langkah

5.2 Memilih Format Jawapan


Format Bergabung:
o Idea : Jenis Pola + contoh DalSatu perenggan
o Huraian : Data sebagai bukti + Sebab
Format Berasingan:
o Analisis Data AD:
Idea : Jenis Pola + contoh Satu perenggan
Huraian : Data sebagai bukti
o Analisis Pengetahuan AP:
Idea : Sebab/Faktor/Kesan/Langkah Satu
Satu perenggan
perenggan
Huraian : Huraian idea

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 2


Cikgu Salmiah Ramli 3
Email: mypersonalemail97@gmail.com

1.0 PENDEKATAN ANALISIS PERUBAHAN/ POLA PERUBAHAN


1.1. Jenis jadual

Menganalisis data (AD) dengan merujuk kepada perubahan data:


Meningkat berterusan
Menurun berterusan
Tiada perubahan/ stabil/ konsisten
Tidak konsistan menurun,menaik, menurun dan menaik, menaik dan menurun

Ciri-Ciri Soalan (Kata Kunci dalam soalan):-

i. Menggunakan perkataan Perubahan dalam soalan


ii. Menggunakan perkataan Perkembangan dalam soalan
iii. Menggunakan perkataan Pergerakan dalam soalan
iv. Menggunakan perkataan Kadar dalam soalan
v. Menggunakan perkataan Aliran dalam soalan
vi. Menggunakan perkataan Trend dalam soalan

Teknik menganalisis :

i. Menganalisis data secara mendatar sahaja iaitu


dengan melihat pergerakan dari tahun ke tahun.
ii. Ingat: perubahan tidak boleh dilihat jika ia hanya melibatkan satu
tahun sahaja diberi.
iii. Kata kunci Jawapan meningkat/menurun/tidak konsisten/konsisten
iv. Data yang digunakan untuk dianalisis - Hanya data mutlak.

Sudut
pandangan
Nilai Eksport (RM Juta)
Kelompok Negara Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014
Asia Barat 19 615 22 917 31 324
Asia Tenggara 119 814 128 080 241 512
Kesatuan Eropah 42 930 49 021 34 763
Amerika utara 44 207 39 616 26 278
Amerika Tengah 13 222 11 985 12 564
Afrika Utara 2 306 2 306 2 306
Jumlah 246 861 266 147 348 747

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 3


Cikgu Salmiah Ramli 4
Email: mypersonalemail97@gmail.com

Analisis Data (AD)

1. Jumlah Keseluruhan tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan)
2. Asia Barat tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan)
3. Asia Tenggara tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola meningkat berterusan)
4. Kesatuan Eropah tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola tidak konsisten meningkat dan
menurun)
5. Amerika Utara tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola menurun berterusan)
6. Amerika Tengah tahun 2012 hingga tahun 2014 (Pola Tidak konsisten menurun dan
meningkat)
7. Afika Utara tahun 2012 hingga tahun 2014 ( Pola konsisten/ stabil)

Contoh Soalan Analisis Jadual- Soalan 1:

Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih
dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.

EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA ASEAN TERPILIH DARI


TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2006

Negara 2004 (RM Juta) 2005 (RM Juta) 2006 * (RM Juta)
Nilai % Nilai % Nilai %
Brunei 1141 1.18 1205 1.25 1206 1.02
Filipina 5162 5.36 5469 5.69 7362 6.22
Indonesia 6804 7.06 8086 8.42 11677 9.86
Myanmar 909 0.94 568 0.59 533 0.45
Singapura 60534 62.80 62488 65.06 72176 60.94
Thailand 17505 18.16 15092 15.71 22954 19.38
Vietnam 4334 4.50 3138 3.27 2526 2.13
Jumlah 96389 100 96046 100 118431 100
* Anggaran
Nilai Nilai
Mutlak Peratusan

Analisis Kandungan Soalan :

Ciri-Ciri Soalan

Menggunakan perkataan Perubahan dalam soalan.


Menerangkan mengikut negara ke satu negara
Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh diambil untuk
mencari perbezaan peratusan

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 4


Cikgu Salmiah Ramli 5
Email: mypersonalemail97@gmail.com

1. Kehendak Soalan
o Analisis data (AD) : 1) Perubahan eksport Malaysia
o Analisis Pengetahuan (AP) 2) Sebab berlaku perubahan
sedemikian

o Format Penulisan Jawapan : Bergabung (dalam satu perenggan)

Skema Jawapan (4 + 0) = 4 isi pola perubahan

STEP 1: ANALISIS DATA (AD) POLA PERUBAHAN

Sila lihat hanya pada data mutlak bukan data peratusan

8. Jumlah Keseluruhan tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola tidak konsisten menurun dan
meningkat semula)
9. Brunei tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
10. Filipina tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
11. Indonesia tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
12. Myanmar tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan)
13. Singapura tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola Meningkat berterusan)
14. Thailand tahun 2004 hingga tahun 2006 ( Pola tidak konsisten menurun dan meningkat)
15. Vietnam tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan)

Rumusan : terdapat 3 jenis pola perubahan dari jadual diatas:

1. Meningkat berterusan
a. Brunei
b. Filipina
c. Indonesia
d. Singapura
2. Tidak konsisten menurun dan meningkat semula
a. Jumlah Keseluruhan
b. Thailand

3. Menurun berterusan
a. Myanmar
b. Vietnam

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 5


Cikgu Salmiah Ramli 6
Email: mypersonalemail97@gmail.com

CARA MEMBINA IDEA/ ISI:

Idea hendaklah di tulis dalam satu ayat sahaja.


Idea perlu ada 3 elemen seperti:
i) Negara/sektor(dalam idea perlu menyatakan semua negara/sektor yang terlibat)
ii) Tahun/tempoh (dari tahun mana ke tahun mana)
iii) Jenis pola

Contoh Idea:

Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga 2006
(anggaran) adalah meningkat berterusan

BUKTI DATA:

Nota: Bukti data perlu ada 4 elemen iaitu:


i) Tahun
ii) Negara/ sektor
iii) Nilai sebenar tahun yang disebut.
iv) Perbezaan jumlah dalam nilai mutlak dan peratusan

Contoh : Meningkat Berterusan : Negara Brunei


Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat
kepada RM1206 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta
bersamaan 5.69%.

Nota: Untuk Pola Perubahan yang meningkat berterusan atau


menurun berterusan, memandai hanya sebut tahun awal dan tahun
akhir sahaja. Tahun diantaranya tidak perlu di sebut atau ditulis.

Perbezaan antara tahun awal dan tahun akhir ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai
peratusan. Contoh Pengiraan seperti berikut:
Negara Brunei

Tahun awal tolak tahun akhir (Tahun 2004 Tahun 2006)

Tahun 2004 RM1 141 juta - Tahun 2006 RM1206 juta = Meningkat sebanyak RM65 juta

Peratusan = Perbezaan jumlah bahagi Jumlah tahun awal X 100

65 juta X 100 = meningkat 5.69% (dua titik perpuluhan)


1 141 juta

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 6


Cikgu Salmiah Ramli 7
Email: mypersonalemail97@gmail.com

Ingat:
Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh
diambil untuk mencari perbezaan peratusan. Hal Ini merupakan satu
kesalahan yang besar.

Contoh : Tidak Konsisten menurun dan meningkat semula : Negara Thailand

Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand adalah sebanyak RM 17 505 juta
menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan sebanyak RM 2413 juta atau
13.78% kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada RM22 954 juta.
Peningkatan ini sebanyak RM7502 juta atau 49.70%.

Nota: Untuk pola perubahan yang tidak konsisten, data perlu di tulis dari
tahun ke tahun mengikut turun naik data tersebut.

Perbezaan antara tahun ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai peratusan. Contoh
Pengiraan seperti berikut:

Negara Thailand:

i. Tahun 2004, RM17 505 juta Tahun 2005, RM15 092 juta = Menurun sebanyak RM 2413
juta

Peratusan= Perbezaan jumlah bahagi tahun awal 2 413 Juta X 100 = menurun 13.74%
17 505 juta

Tahun 2005, RM15 092 juta Tahun 2006, RM22 954 juta = Meningkat sebanyak RM7502
juta

Peratusan = Perbezaaan jumlah bahagi tahun awal

7 502 juta X 100 = meningkat 49.70%


15 092 juta

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 7


Cikgu Salmiah Ramli 8
Email: mypersonalemail97@gmail.com

STEP 2 ANALISIS PENGETAHUAN (AP) :

Berikan alasan sebab @ kenapa berlaku perubahan dari tahun 2004 hingga tahun 2006 untuk
negara-negara tersebut.

Sila pilih contoh satu negara sahaja bagi setiap 3 pola di atas:

Contoh 1: untuk Meningkat berterusan: Negara Brunei

Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Brunei meningkat berterusan?

Jawapan: Berlakunya peningkatan ini adalah disebabkan oleh negara Brunei yang kecil dan tidak
mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi menampung keperluan ini, maka
pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu dilakukan. (Isi + Huraian)

Contoh 2: Untuk Tidak Konsisten menurun dan meningkat semula: Negara Thailand.

Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Thailand tidak konsisten iaitu menurun dan meningkat
semula?

Jawapan: Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya ketidakstabilan politik dalam negara Thailand
sehingga menjejaskan perdagangan antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa
pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan pedagang Malaysia membekukan
perdagangan mereka buat sementara waktu tetapi meningkat sedikit pada tahun berikutnya. (Isi +
Huraian)

STEP 3 Format penulisan Jawapan:

Format Format
Bergabung ATAU Berasingan

??
Untuk kedua-dua soalan dibawah, formatnya adalah Format Bergabung.

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 8


Cikgu Salmiah Ramli 9
Email: mypersonalemail97@gmail.com

Contoh Soalan 1:

Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih
dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.

Contoh Soalan 2:
Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perkembangan eksport Malaysia ke negara-negara Asean
terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006.

Kata kunci Format bergabung:

Ada ayat seperti mengapakah berlakunya perubahan sedemikian dalam soalan.


Tiada lagi ayat selepas tahun.

# Oleh kerana format penulisan jawapan jenis bergabung. Bermakna Analisis Data + Bukti + Alasan
sebab perlu di tulis dalam satu perenggan yang sama.

SKEMA 4 + 0 Format bergabung

1. Perenggan 1 Pendahuluan (ambil sebahagian ayat daripada soalan)


2. Peranggan 2 Jumlah Keseluruhan untuk pola perubahan, jumlah keseluruhan selalunya
akan menjadi isi yang pertama (Isi 1)
3. Perenggan 3 Meningkat berterusan (Isi 2)
4. Perenggan 4 Menurun berterusan (Isi 3)
5. Perenggan 5 Tidak konsisten (Isi 4)
6. Perenggan 6 - Kesimpulan

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 9


Cikgu Salmiah Ramli 10
Email: mypersonalemail97@gmail.com

Contoh Penulisan Jawapan lengkap:

Jadual menunjukkan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002
hingga anggaran tahun 2006. Bukti data dari jadual

Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara Asean terpilih dari tahun 2004 hingga
IDEA
tahun 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, jumlah eksport
Sebab
sebanyak RM96 389 juta meningkat kepada RM118 431 juta pada tahun 2006 (anggaran). berlaku
Perbezaan prubahan
Peningkatan ini adalah sebanyak RM22 042 juta atau 22.86%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh sedemikia
berlakunya perkembangan perdagangan antarabangsaa antara negara Asean. Kerjasama yang wujud n
(I + H)
ini menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang.
Perlu tulis
SEMUA
Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004
Negara yg hingga 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia
mengalami
peningkatan ke negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat kepada RM1206 juta pada tahun 2006
(anggaran). Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta atau 5.69%. Berlaku peningkatan ini adalah
disebabkan negara Brunei yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan
rakyatnya. Bagi menampung keperluan ini, maka pembelian barangan dari luar negara seperti
Malaysia perlu dilakukan.

1
Eksport Malaysia ke Myanmar dan Vietnam dari tahun 2004 hingga tahun 2006 (anggaran)
Markah adalah semakin menurun berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara
Vietnam sebanyak RM4 334 juta menurun kepada RM2 526 juta pada tahun 2006 (anggaran). 1 Markah
Penurunan ini adalah sebanyak RM 1 808 juta atau 41.71%. Berlakunya penurunan ini adalah
1 disebabkan negara Vietnam masih lagi menghadapi masalah keamanan dalam negara. Peniaga dari
Markah Malaysia masih belum yakin dengan sambutan peniaga di negara berkenaan. Keadaan ini
menyebabkan nilai eksport semakin berkurangan tahun demi tahun.

Eksport Malaysia ke Thailand dari tahun 2004 hingga 2006 (anggaran) adalah tidak
konsisten iaitu menurun dan meningkat semula. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke
Thailand adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan
penurunan sebanyak RM 2413 juta atau 13.78% kemudian meningkat semula pada tahun 2006
(anggaran) kepada RM22 954 juta. Peningkatan ini sebanyak RM7502 juta atau 49.70%. Keadaan ini
disebabkan oleh berlakunya ketidaksatabilan politik dalam negara Thailand sehingga menjejaskan
perdagangan antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa pemerintahan yang berlaku
pada tahun 2005 menyebabkan pedagang Malaysia membekukan perdagangan mereka buat
sementara waktu.

Peningkatan secara keseluruhan nilai eksport Malaysia memberi lebih perkembangan


ekonomi dan seterusnya kesejahteraan rakyatnya.

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 10


Cikgu Salmiah Ramli 11
Email: mypersonalemail97@gmail.com

Nota:
Data peratus dalam jadual boleh diabaikan (untuk pola perubahan je)
Pastikan anggaran ditulis bagi data 2006. Kecuaian akan
menyebabkan idea tidak diterima.
Idea 2,3 perlu menyatakan SEMUA sektor terlibat dan memandai
hanya mengambil SATU sektor dalam bukti

Pemarkahan:

Idea = 4 idea = 4 markah


Huraian idea = 4 idea X 2 huraian = 8 markah
Bahasa = 2 markah
Impak = 1 markah
Jumlah = 15 markah

Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang perlu di ketahui.


Contoh di atas adalah yang paling basic.

Modul Alih Bentuk Komunikasi Penggal 3, 2017 Page 11