Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU ZON SEBUYAU

06-08 OKTOBER 2017

1. PENDAHULUAN:

Pihak Jawatankuasa ko-kurikilum bersama Majlis Gurubesar Zon Sebuyau


telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan bersepadu Tahun 2017 pada 06hb
hingga 08hb Oktober yang lalu. Perkhemahan Tahunan ini telah dirancang dan
dianjurkan oleh unit kokurikulum Zon yang diterajui oleh Pengerusi zon Sebuyau, En
Masdar Bin Paiman dan diselaraskan oleh semua Penolong kanan ko-
kurikulum.Seperti kelazimannya tahun ini, aktiviti perkhemahan diadakan di kawasan
sekolah SK ST Andrew Entangor Sebuyau. Perkhemahan selama 3 hari dan 2 malam
ini adalah bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi ,Rohani, Intelektual, dan sahsiah (JERIS) yang
digarapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para peserta yang
didedahkan dengan disiplin sepanjang masa perkhemahan ini diharapkan akan
menggunakan dan memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu yang diperoleh
bagi meneruskan kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Allah ini.

2. RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan
kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan ke
manusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri
situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-
cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat
juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada
para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka menyelesaikan
masalah.
Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,
secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta psikomotor masing-masing.
Demikian jugalah , aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur
patriotisme akan turut menyumbang kepada pengukuhan perasaan cintakan
bangsa dan agama.

3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan
3.2 Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial
3.3 Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
3.4 Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan
3.5 Menerapkan nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan sikap tidak mementingkan diri
sendiri.

4. OBJEKTIF
4.1 PSIKOMOTOR
4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas
Perkhemahan serta pelbagai kemahiran ikhtiar hidup
4.1.2 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin
4.1.3 Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah
dipelajar
4.1.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-
latihan lasak dan mencabar

4.2 KOGNITIF
4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain
4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan
kreativiti masing-masing dalam bidang rekacipta, kesenian dan
kebudayaan.
4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan
rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.
4.3 AFEKTIF
4.3.1 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi
pelbagai kaum.
4.3.2 Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora
sebagai sebahagian daripada kehidupan sejagat

5. PELAKSANAAN

Program Perkhemahan Bersepadu Zon Sebuyau bagi Tahun 2017 telah


dijalankan pada 06 hingga 08 Oktober yang lalu. Program ini berlangsung selama 3
hari dan 2 malam.
Perkhemahan tahun ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada 06 oktber
2017 (Jumaat) pada jam 2.30 petang. Seramai 100 orang peserta telah mendaftar.
Selesai pendaftaran pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul hdapan astaka ST
Andrew Entangor bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan dan
Penyelaras Aktiviti. En.Jami(SK Tuanku Bagus Sebuyau)selaku Kem Komandan telah
memberikan taklimat berkaitan aktiviti sepanjang perkhemahan berlangsung dan
mengingatkan peserta supaya sentiasa menjaga keselamatan sepanjang
perkhemahan berlangsung. Beliau juga menyampaikan taklimat ringkas berkaitan
aktiviti dan penempatan.

Gambar 1(Taklimat Komanden)

Selepas taklimat, aktiviti pertama pada hari pertama adalah dengan


Pengurusan diri dan solat Asar. Seterusnya dalah perjumpaan semua guru Unit
beruniform Zon sebuyau yang terlibat dengan perkhemahan ini juga diadaka.Kem
komandan menerangkan peranan dan tugas setiap guru dalam menjayakan
perkhemanah ini kelak.
Pada tahun ini khemah dibina di kawasan padang sekolah untuk
megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disamping menjamin
keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan dibahagi dua iaitu khemah untuk
peserta (unit A) dan khemah peserta perempuan (unit B). Kedua unit ini di bina
dalam kedudukan sebaris bersempadankan khemah urusetia dan khemah
aktiviti.Pihak pengelola telah membina khemah besar bagai khemah peserta dan
khemah urusetia sebagai pusat aktiviti kelak.

Gambar khemah

Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke


khemah urusetia untuk aktiviti kerohanian yang dikendalikan oleh Ustaz Saudi
(pelajar Muslim) dan Cikgu Steve(Pelajar NonMuslim/Kristien).Aktiviti seterusnya ialah
LDK 1(Persiapan Persembahan malam Kebudayaan), yang dikendalikan oleh guru-
guru mengikut kumpulan masing-masing bermula jam 0830 sehinggan 1100 malam.
Pada pukul 1100malam , semua peserta diberikan rehat dan tidur untuk persediaan
mental dan fizikal bagi aktiviti keesokan.
Sebelum semua peserta masuk tidur, Kem Komandan telah membahagikan
tugas kepada para guru untuk bertugas berjaga malam mengikut khemah yang
telah ditetapkan dan akan bertugas dalam empat sesi iaitu dari jam 12.00 malam
hingga 4.30 pagi.
Pada hari kedua iaitu 07.Oktober 2017 (Sabtu), selepas menunaikan solat
Subuh secara berjemaah, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka
kepada pakaian sukan untuk aktiviti pagi itu ialah Senaman Pagi yang telah
dikendalikan oleh Encik ....................... Senaman pagi ini dimulakan dengan aktiviti
memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta melakukan senaman
aerobik. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bergerak untuk bersarapan
bersama-sama. Selepas itu, para peserta mengemas diri masing-masing dan bersiap
sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Dari 0700 pagi hingga 0430 petang pelajar-pelajar meneruskan aktiviti
dengan kembara rimba.Aktiviti ini juga di selitkan dengan aktiviti masakan rimba
dan aktiviti kumpulan (team building) yang dijalankan dengan pengawasan dan
tunjuk cara dari ketua aktiviti fizikal iaitu Encik Nawab (SK Tebelu) dibantu oleh Encik
Doniwadi(SK Lunying).

Gambar kembara.

Pergerakan keluar dari hutan dijalankan pada jam 0430 petang untuk
memberi kesempatan dan peluang kepada semua murid dan guru bagi sessi
pengurusan diri dan solat serta slot moral pada malam kelak.
Aktiviti diteruskan lagi dengan malam kebudayaan dan penyampaian
hadiah kepada peserta-peserta dan kumpulan berbakat dan
berketerampilan.Anugerah Putera disandang oleh............................dari
SK..............................dan Anugerah Puteri adalah........................dari SK..................... ...
Keseluruhan kesemua kumpulan wajib bagi mempersembahkan
persembahan masing-masing.Aktiviti ini didakan di Rumah Panjang Entangor iaitu
diruai dengan disaksikan oleh jemputan semua penduduk dan penghuni rumah
panjang berkenaan.Aktiviti ini tamat pada jam 1100 malam.
Majlis Perasmian Penanguhan telah berlangsung pada jam 0800 pagi dan
tamat pada jam 0900 pagi. Encik Masdar selaku pengerusi Zon Sebuyau telah
mengucapak penghaargaan dan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dan
guru sekolah terlibat dalam menjayakan aktiviti perkhemahan bersepadu ini.
Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah
memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Selesai majlis
pelajar-pelajar dibenarkan bersurai. Akhir sekali, aktiviti membuka dan mengemas
semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan padang sekolah.
6. PENYERTAAN

Perkhemahan Tanunan Unit Beruniform pada kali ini disertai oleh 100 orang
pelajar tahun 5 dan 6 sekolah Zon Sebuyau.

7. JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : En.Masdar Bin Paiman (Pengerusi Zon)
Pengerusi : En Spwi Bin Lajim( Pen Kanan Kokurikulum SKTBS)
Setiausaha : En Mijen Ak Nyohey(GB Klait)
Bendahari : En.Riduan(GB SK Bulan Jeragam)
Kem Komandan : En Jami(SKTBS)
Ketua Aktiviti : En Nawab(SK Tebelu)
En Doniwadi( SK Lunying)

AJK :Semua PKKK Zon Sebuyau


AJK Kerohanian :Ustaz saudi
En Steve

Guru Pengiring :Semua guru sekolah jemputan.


8. LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM )

KELEBIHAN
1. Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa terutama
kakitangan sekolah sekolah dan AJK PIBG SK ST Andrew Entangor.
2. Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa
berusaha gigih.
3. Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah
diadakan dan murid-murid sendiri mengikut semua arahan yang
telah diberikan.

KEKURANGAN/MASALAH
1. Kurang mendapat kerjasama dari segelintir guru yang hadir dan tidak
membantu Kem Komandan dan penyelaras aktiviti dalam
menjalankan aktiviti bersama murid.
2. Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja
dan tugas masing-masing.
3. Ada segelintir Ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas
sambil lewa umpama sekadar melepaskan batuk ditangga.

PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH)


1. Penyelaras aktiviti atau Ketua jawatankuasa perlu dilantik dikalangan
guru-guru yang berminat dengan perkhemahan dan berkaliber.
2. Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap tentang
jadual tugasan serta skop kerja jawatankuasa masing-masing.
3. Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil dan
telus.
4. Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari dengan
skop kerja jawatankuasa.
5. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu bersedia dan bertanggungjawab
menjalankan tugasan yang telah diamanahkan sejurus selepas
dilantik.
6. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu ada sikap tolong menolong dan
bertanggungjawab serta amanah dalam melaksanakan tugasan
masing-masing.
7. Tidak boleh ada sifat pentingkan diri dan mengharapkan orang lain
menjalankan tugas.

9. PENUTUP

Syukur kepada Tuhan, Program Perkhemahan Bersepadu Tahun 2017 telah


berjaya dilaksanakan hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa kerja dan semua
fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, Kem Komandan, En. Jami dan
Penyelaras Aktiviti, Encik Nawab dan Encik Doniwadi dan guru-guru bertungkus
lumus melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sehingga kurang rehat. Selain
itu, peserta juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan melaksanaka
aktiviti walaupun kepenatan. Perkhemahan ini juga telah berjaya mencapai objektif
yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta dan telah mewujudkan
perubahan yang positif di dalam diri murid-murid selepas mengikuti aktiviti
perkhemahan ini.
Di samping itu, aktiviti aktivit yang dilaksanakan telah memberi peluang
kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya
dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri,
semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokkan yang disepadukan
dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang hakikat
bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada
kebahagiaan kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah
berpandukan etika dan budaya bangsa.
Akhir sekali, pihak penganjur, Majlis Guru Besar Zon Sebuyau merakamkan
jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru guru
yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi terutama
dalam penyediaan makanan kepada semua peserta dan ahli-ahli jawatankuasa
kerja dan semua fasilitator dalam menjayakan Program Perkhemanan Bersepadu
Tahun 2017 ini. Adalah diharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa
hadapan. INSYAALLAH .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... .......................................
Encik Bonniface Risat En Masdar bin Paiman
PKKK SK Lunying Sebuyau Pengerusi Zon Sebuyau

Anda mungkin juga menyukai