Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 2016

1.0 Encik Md. Som


1.1 Arahan kepada guru
1.1.1 Arahan 1.5
Jangan salah tafsir maksud bimbingan
Maksud bimbingan ialah menunjukkan cara, bukan membuatkan atau
menyediakan jawapan. Guru boleh membimbing cara untuk melaksana
atau cara untuk mendapatkan maklumat dan bahan tetapi bukan
menyediakan maklumat atau bahan yang berkaitan.
Berintegriti dalam mengendalikan tugasan
Adil dalam menjalankan tugasan. Jangan calon cemerlang, sederhana
dan lemah mendapat keputusan A
Guru tidak boleh menyediakan bahan tetapi boleh membimbing untuk
mengenal pasti sumber rujukan.

1.1.2 Arahan 1.6


Dilarang menyediakan jawapan atau pun contoh jawapan
Dilarang membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan
akhir tugasan. Guru tidak boleh membuat penambahan fakta, huraian
ataupun contoh yang membolehkan calon boleh mendapat markah
tambahan. Guru harus menanda setakat hasil penulisan calon sahaja.

1.1.3 Arahan 1.7


Calon tidak boleh melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme
Hasil kerja merupakan hasil usaha sendiri yang tidak ditiru daripada
mana-mana pihak
Bagi tugasan tahun ini, jika calon memetik mana-mana ayat daripada
bahan sumber sebulat-bulatnya mesti menyatakan sumbernya.
Contohnya,
E.H. Carr mengatakan Ia (Sejarah) adalah kesinambungan peristiwa dari zaman dahulu
hinggalah sekarang. (Sejarah Pembangunan Negara dan Bangsa, Halaman: 23)
Jika calon mengolah pernyataan tersebut dengan ayatnya sendiri maka
tidak akan dianggap sebagai plagiat atau ciplak atau plagiarisme dan
tidak perlu menulis sumbernya.

2.0 Tugasan

1
BANGUNAN:
Masjid, sekolah (yang ada keistimewaan), rumah panjang, bangunan bersejarah, rumah tok guru, surau, makam
Jika tiada bangunan , boleh kaji rumah yang unik tetapi memastikan maklumat mencukupi untuk menyiapkan
laporan
Tiada lingkungan masa untuk bangunan / binaan
Yang penting calon mendapat dan memproses maklumat serta nilai semangat nasionalisme

TEMPAT TINGGAL ANDA:


Daerah tempat tinggal
Jangan bergerak jauh (Jika sekolah asrama penuh buat kajian sekitar kawasan sekolah)
Negeri-negeri kecil tiada batasan daerah
Boleh buat kajian bangunan di luar daerah jika ada keperluan
BIL KRITERIA HURAIAN
PERANCANGAN (8M)
1.1 Tajuk Nama bangunan / binaan yang dikaji
1.2 Jadual kerja / Senarai semak Semua kandungan dengan tarikh-tarikh yang berbeza
1.3 Objektif kajian Minima 3
1 Minima 2
Calon WAJIB menjalankan lawatan tapak sebagai salah satu
kaedah. Mesti ada bukti. Contohnya, gambar dan surat ataupun
1.4 Kaedah kajian
cap pengesahan lawatan
Sumber-sumber lain seperti sesi temu ramah (dapatkan tanda
tangan, nama dan nombor kad pengenalan) dan internet
PROSES AWAL (20M)
2.1 Mengumpul maklumat yang sangat tepat, Membuat catatan dalam bentuk poin dan menyatakan
lengkap dan sesuai dengan tugasan dari sumbernya
2 pelbagai sumber. (10M) Sumbernya melebihi satu
2.2 Menyediakan kerangka kasar penulisan Boleh dibuat dalam sebarang bentuk seperti peta minda, i-Think
(10M) dan sebagainya. Beri peluang kepada calon menggunakan
kreativiti masing-masing dari pengenalan hingga rujukan.
PELAPORAN (72M)
- Pelaporan boleh ditulis mengikut nombor yang ditetapkan oleh guru
- Pelaporan tidak perlu mengikut format karangan Laporan seperti dalam penulisan bahasa Malaysia
3
3.1 Pengenalan (5M) Pengenalan yang sangat sesuai yang menggambarkan
kandungan keseluruhan tugasan secara umum
Menerangkan latar belakang bangunan /
binaan (10M)
Nama
Tarikh / Tahun
3.2
Lokasi
Pemunya / Pemilik
Pihak yang menguruskan pembinaan
Kos pimbinaan
Menerangkan struktur bangunan / Jenis bangunan - Bangunan bertingkat / rumah ibadat / klasik /
binaan (10M)
tradisional / moden
Saiz / keluasan bangunan
Bahan binaan batu / papan / madu / simen
Jenis bangunan
3.3 Pihak yang membina Nama tukang / kontraktur / tuan
Bahan binaan
Luas kawasan
Pihak yang membina
Luas kawasan Bentuk bangunan Contoh : rumah tradisional seperti Rumah
Bentuk bangunan Minangkabau, bentuk colonial
3.4 Menghurai sebab / tujuan bangunan / Sebab / tujuan ketika dibina
binaan dibina (10M) Contohnya tempat berkumpulnya masyarakat / keselamatan /
tempat belajar

2
Fungsi pada masa kini
- Jika sama tulislah fungsinya dan juga fungsi tambahan
Menganalisisi fungsi dan keadaan
3.5
bangunan pada masa kini. (10M)
Keadaan bangunan

Mencadangkan langkah-langkah untuk


Mencadangkan dan menghuraikan langkah-langkah memelihara
3.6 memelihara / memulihara bangunan /
binaan (15M) dan memulihara bangunan

Rumusan pengetahuan, nilai, unsur-


3.7
unsur patriotisme dan harapan (5M) Merangkumi pengetahuan, iktibar dan harapan yang relevan

3.8 Rujukan (5M) Sumber rujukan autentik, relevan dan pelbagai

4 Penilaian umum keseluruhan tugasan (2M)


Penilaian keseluruhan tugasan yang kemas, tersusun dan
bahasa gramatis

3
3.0 RUBRIK PENSKORAN
3.1 Perancangan
3.1.1 Markah 7 8
- Tajuk , Jadual kerja , objektif (3), kaedah Kajian (2) lengkap - 8 M
- Tajuk lengkap tetapi mana-mana bahagian jadual kerja, objektif ataupun kaedah
kurang lengkap 7 M

3.1.2 Markah 5 6
- Tajuk / Jadual kerja / objektif (2) / kaedah Kajian (2) kurang lengkap - 6 M
- Tajuk / Jadual kerja / objektif (2) / kaedah Kajian (2) kurang lengkap - 5 M

3.1.3 Markah 3 4
- Tidak membuat lawatan tapak 4 M
- Tidak membuat lawatan tapak dan Jadual kerja / objektif (2) / kaedah Kajian (2)
kurang lengkap - 3 M

3.1.4 Markah 1 2
- Tajuk sahaja 1 M
- Tajuk + Jadual kerja / objektif / kaedah Kajian - 2 M

3.2 Proses awal (Mengumpul maklumat)


3.2.1 Markah 8 - 10
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 dimasukkan dengan lengkap dengan dua sumber 10M
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 ada yang kurang lengkap dua sumber 9M
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 ada yang kurang lengkap dua sumber 8M

3.2.2 Markah 6 - 7
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 yang kurang lengkap dua sumber 7M
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 yang kurang lengkap dua sumber 6M

3.2.3 Markah 4 - 5
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 yang kurang lengkap satu sumber 5M
- Maklumat 3.2 hingga 3.6 yang sangat kurang lengkap dua sumber 4M

3.2.4 Markah 1 3
- Ada sumber tiada maklumat - 0 M
- Ada maklumat tiada sumber 1 hingga 3M

3.3 Proses awal (Kerangka Kasar)


3.3.1 Kerangka berdasarkan aspek di m/s 7 dengan terperinci dari Tajuk sehingga sumber
rujukan

4
3.3 Pelaporan
3.3.1 Pengenalan
- kekal seperti tahun 2015.
- Untuk mendapat 5 M menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan
- Jika tidak menggambarkan keseluruhan markah akan berkurangan
- Jika pengenalan tidak sesuai dengan kandungan hasil bagi 1 M.

3.3.2 Menerangkan latar belakang bangunan / binaan


Markah 8 - 10
- Menerangkan kesemua aspek latar belakang yang ditetapkan (boleh menambah
maklumat yang relevan di bahagian ini) 10 M
- Menyatakan kesemua tetapi kurang memberi penerangan 8 hingga 9M

Markah 6 - 7
- Menerangkan beberapa aspek sahaja l/belakang dengan jelas dan terperinci
- Markah antara 6 hingga 7 bergantung kepada bilangan aspek yang diterangkan

Markah 4 - 5
- Menerangkan aspek latar belakang tetapi kurang jelas dan kurang terperinci
- Markah antara 4 hingga 5 bergantung kepada bilangan aspek yang diterangkan

Markah 1 - 3
- Menerangkan latar belakang tetapi secara umum dan terhad
- Markah antara 1 hingga 3 bergantung impression mark

3.3.3 Menerangkan struktur bangunan / binaan


- Rubriknya sama dengan 3.3.2

3.3.4 Menghurai sebab / tujuan bangunan dibina


Markah 8 - 10
- Menghuraikan sebab / tujuan bangunan dibina dengan sangat jelas dan terperinci
- Menghuraikan satu sebab / tujuan sahaja + huraian yang mantap boleh dapat 10 M
- Menghuraikan beberapa sebab / tujuan + huraian yang mantap 10 M

Markah 6 - 7
- Menghuraikan satu sebab / tujuan + beberapa huraian yang sesuai 6 hingga 7M
- Menghuraikan beberapa sebab / tujuan + huraian huraian yang sesuai 6 hingga 7M

Markah 4 - 5
- Menghuraikan banyak tujuan tetapi huraian yang kurang jelas 4 hingga 5 M
- Menghuraikan satu tujuan tetapi huraian yang kurang jelas 4 hingga 5 M

Markah 1 - 3
- Menghuraikan sebab / tujuan bangunan dibina secara umum dan terhad
- Markah antara 1 hingga 3 bergantung impression mark

5
3.3.5 Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan binaan pada masa kini
* Pelaksana harus mengingkatkan calon supaya menganalisis fungsi dan keadaan.
Jangan menganalisis fungsi sehingga terlepas pandang keadaan ataupun sebaliknya.
Analisis ini menyentuh fungsi dan keadaan bangunan / binaan pada masa kini.
- Rubrik penskoran adalah sama seperti 3.3.4

3.3.6 Mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara / memulihara bangunan / binaan


* Pelaksana harus mengingkatkan calon supaya langkah yang dibincang berkaitan
dengan bangunan yang dikaji.
- Rubrik penskoran adalah sama seperti 3.3.4