Anda di halaman 1dari 1

Amier Arief Bin Hamdan

10P-2, Blok 10, Flat Sri Pulau Pinang,


Jalan Ikan Emas, 56100 Cheras,
Kuala Lumpur
_________________________________________________________________________
Pengarah Sumber Manusia,
Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur. 3 April 2017

Tuan,
PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR ATAU KERANI
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Saya Amier Arief bin Hamdan
(No.Kad Pengenalan : 901101-14-7043) ingin memohon jawatan sebagai pembantu tadbir
atau kerani di tempat tuan.
2. Untuk makluman tuan, saya kini sedang bekerja sebagai Pembantu Tadbir Pekerja
Singkat Harian (PSH PT19) di Institut Sosial Malaysia dari tahun 2015. Sebab saya membuat
permohonan ini adalah kerana saya ingin mencuba persekitaran kerja yang baharu di samping
saya ingin mempunyai pekerjaan yang tetap bagi menampung kehidupan keluarga saya.
Selain itu, pengalaman kerja yang saya pernah timba sebelum ini mungkin boleh menjadi aset
kepada syarikat tuan kelak sekiranya saya diterima untuk bekerja.
4. Di sini saya sertakan bersama resume terkini serta salinan sijil-sijil saya untuk rujukan
pihak tuan. Saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa
sahaja. Sila hubungi saya di talian 016-2463032 atau 019-2658351 untuk tindakan lanjut.
5. Saya amat berharap permohonan kerja saya ini akan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

AMIER ARIEF BIN HAMDAN


emel : amierarief11@gmail.com