Anda di halaman 1dari 3
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR ICEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Oa MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA Aras 4, Blok E2, Kompleks E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel 62604 PUTRAIAYA Fete: 0-94 sore MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.my Ruj. Kami : KPMSP.100/1/7/2 ( F2) Tarith: |G Ogos 2016 ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 9 TAHUN 2016 PENGGUNAAN TEMPLAT PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TAHUN 6 UNTUK PENTAKSIRAN SEKOLAH DI BAWAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MULAI TAHUN 2016 Surat siaran ini bertujuan memaklumkan tentang penggunaan templat pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6) untuk pentaksiran sekolah di bawah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2016. Penggunaan templat pelaporan PST6 telah diputuskan dalam Mesyuarat Taskforce Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 16/2015 bertarikh 12 November 2015. 2. Penggunaan templat pelaporan PST6 bertujuan melaporkan tahap penguasaan keseluruhan semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi setiap murid Tahun 6. Tahap penguasaan yang dilapor merupakan standard prestasi yang berjaya dicapai oleh murid berdasarkan kepada pemyataan tafsiran umum pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu memuat turun templat Pelaporan PST6 menerusi laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, http:/bpk.moe.gov.my melalui menu pautan Muat Turun Dokumen/KSSR/Pelaporan. Pelaporan PST6 akan dikeluarkan bersekali dengan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 4, YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendaklah ~mengambil _tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan semua institusi pendidikan yang terlibat di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih ERKHIDMAT UNTUK NEGARA” menterian Péndidikan Malaysia sk. 10. "1 YB Menteri Pendidikan YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Beri Nilai