Anda di halaman 1dari 4

Bagaimana Untuk Menghadapi Pengutip Hutang?

August 9, 2017 |Posted by Amin Don | Bahasa Malaysia, Banking, Credit Card, Personal Loan

Anda mempunyai bayaran pinjaman yang tertunggak? Jika anda risau diganggu oleh pengutip hutang,
teruskan membaca untuk ketahui hak anda apabila dikunjungi pengutip hutang.

Siapa Pengutip Hutang?


Pengutip hutang, atau ejen pemungut hutang, adalah agensi yang biasanya diupah oleh bank, syarikat
telekomunikasi, atau syarikat utiliti. Agensi ini menawarkan perkhidmatan untuk memungut hutang dari
individu, perniagaan, atau syarikat jika penghutang gagal membuat bayaran.

Namun, oleh kerana pelaksanaan undang-undang agak longgar dalam bidang ini pengutip hutang, masalah
timbul apabila pengutip hutang bersikap melampaui batas sewaktu menjalankan perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan kutipan hutang sebenarnya sah disisi undang-undang jika ianya dilaksanakan oleh pengutip
hutang yang berlesen di Malaysia. Seperti yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia, bank dibenarkan
untuk menggunakan servis pengutip hutang, dengan beberapa terma dan syarat yang perlu dilaksanakan
untuk memastikan agensi pengutip hutang menjalankan perkhidmatan mereka dengan beretika.

Apa Hak Anda?


Bank Negara Malaysia telah menggariskan beberapa panduan untuk diamalkan oleh pengutip hutang. Proses
pemungutan hutang perlu dilakukan dengan tindakan yang adil kepada penghutang, termasuk melindungi
privasi sewaktu mengutip hutang. Dibawah garis panduan yang disediakan, pihak bank yang menggunakan
ejen pengutip hutang perlu pastikan:

Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.


Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
Tidak menggunakan kekerasan.
Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
Menunjukkan kad kuasa.
Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.

Hak Anda Kepada Maklumat

Jika anda dihubungi oleh pengutip hutang, anda boleh meminta mereka untuk menunjukkan kad kuasa,
nama syarikat pemungut hutang, dan notis makluman hutang anda.
Ada Had Masa Terhadap Hutang Anda

Di Malaysia, di bawah Akta Had Masa 1953, wujud had masa yang diperuntukkan untuk
pemiutang mengambil tindakan keatas penghutang. Pemiutang perlu mengambil tindakan undang-undang
dalam tempoh masa tersebut. Dalam kes ini, tempoh masa yang dikenakan ialah 6 tahun. Selepas tempoh
tersebut, institut kewangan tidak boleh mengambil tindakan terhadap penghutang yang tidak membayar
hutang.

Sebagai contoh, katakan anda memohon pinjaman peribadi dari bank pada tahun 2017, dengan tempoh
bayaran semula selama 7 tahun. Jadi, anda sepatutnya telah melangsaikan bayaran pinjaman tersebut pada
tahun 2024. Sekiranya anda masih belum berbuat sedemikian, bank diberikan tempoh masa sehingga 2030
untuk mengambil tindakan undang-undang.

Jadi, jika ejen pengutip hutang berjumpa dengan anda untuk hutang yang anda pinjam lebih dari 6 tahun
yang lalu, mereka tidak berhak untuk mengambil tindakan undang-undang disebabkan had tempoh tersebut.
Tempoh masa ini biasanya sama untuk semua produk dari bank, dari kad kredit hingga ke pinjaman.

Pengutip Hutang TIDAK BOLEH Menggunakan Kekerasan

Menurut Garis Panduan Pungutan Hutang yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ejen pemungut
hutang tidak boleh menggunakan kekerasan sewaktu memungut hutang. Ini bermakna sewaktu berjumpa
pemiutang, ejen tidak boleh mengugut, memukul, ataupun menggunakan bahasa kesat semasa memungut
hutang.

Pengutip Hutang Tidak Boleh Menghubungi Pemiutang Lebih dari 3 Kali

Jika ejen pengutip hutang sering kali menghubungi anda serta datang ke tempat kerja atau rumah, anda boleh
memfailkan aduan ke Bank Negara Malaysia. Ini kerana, syarikat pemungut hutang tidak boleh
menghubungi pemiutang lebih dari 3 kali seminggu. Jika mereka melanggar arahan ini, anda boleh membuat
aduan.

Pengutip Hutang Tidak Boleh Mengancam Anda

Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-
undang untuk memaksa anda membayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat
kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja, dan juga mengintip lokasi
anda.

Maklumat Anda Tidak Boleh Dikongsi


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) memainkan peranan penting untuk melindungi hak
individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi
kepentingan pihak ketiga. Akta ini mengandungi pelbagai garis panduan yang meliputi pengumpulan,
penggunaan, pendedahan serta perlindungan maklumat yang diberikan individu untuk tujuan komersial. Jika
anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda
membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan
dibawah akta ini.

Bagaimana Cara untuk Membuat Aduan?


Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika diatas.
Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus
ke Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)

1-300-88-5465

bnmtelelink@bnm.gov.my

Waktu operasi: 9:00 am 5:00 pm (Isnin Jumaat)

BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)

Bank Negara Malaysia

Ground Floor, D Block

Jalan Dato Onn

50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 9:00 am 5:00 pm (Isnin Jumaat)

Sebelum ejen pengutip hutang menghubungi anda, pihak bank biasanya telah menghantar notis
pemberitahuan kepada anda untuk membayar hutang terlebih dahulu. Jangan abaikan panggilan telefon,
surat, atau notis e-mel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda. Sebaliknya, hubungi pihak
bank sekiranya anda mengalami masalah dalam membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan
penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah
pinjaman tidak berbayar (non-performing loans)

Subscribe Now and Get:

Personal finance news

Money saving tips

Alerts on deals
Free weekly newsletter

Anda mungkin juga menyukai