Anda di halaman 1dari 14

PERSEPSI MASYARAKAT SETEMPAT TERHADAP PERKEMBANGAN

EKOPELANCONGAN DI TAMAN NEGARA BAKO, SARAWAK

Syazatul Syahira Binti Shahrun

Fakulti Seni Gunaan dan Kratif, Universiti Malaysia Sarawak

ABSTRAK

Kajian mengenaipandangan masyarakat setempat terhadap perkembangan ekopelancongan di Taman


Negara Bako adalah penting.Keunikan yang terdapat di Taman Negara Bako mampu menjadi daya tarikan
kepada masyarakat setempat dan pelancong luar.Kesan daripada perkembangan ekopelancongan telah
menjadi suatu tarikan kepada pelanconguntuk mengunjungi Taman Negara Bako seterusnya dapat
menyumbang kepada peningkatan sumber ekonomi masyarakat setempat di daerah Bako kini.Pandangan
masyarakat mengenaiperkembangan ekopelancongan di daerah tersebut juga positif dan masyarakat
setempat juga bersetuju bahawa perkembangan ekopelancongan banyak memberikan kemudahan kepada
masyarakat setempat.Dalam kajian ini memfokuskan aspek seperti faktor yang menjadi daya tarikan
kepada masyarakat setempat dan pelancong yang datang untukmelawati Taman Negara Bako, persepsi
masyarakat setempat di daerah Bako dan kesan daripada perkembangan ekopelancongan kepada
masyarakat setempat.Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif
sepanjang kajian dilaksanakan. Bagi kaedah kualitatif, pengkaji telah temu bual seramai 5 orang
penduduk yang berada di sekitar daerah Bako dan soalan yang diberikan kepada informan adalah
berdasarkan persoalan kajian untuk memudahkan proses analisis dan seterusnya data mencapai objektif
kajian. Manakala, kaedah kuantitatif pengkaji telah mengedarkan sebanyak 320 borang soal selidik
kepada responden iaitu masyarakat setempat, kakitangan di Terminal Taman Negara Bako dan pekerja di
sekitar tersebut. Berdasarkan hasil kajian memperolehi keputusan analisa deskritif dan analisa kekerapan
sebagai bukti dan rujukan yang lebih tepat.Berdasarkan hasil kajian menunjukkan faktor yang menjadi
daya tarikan pelancong keTaman Negara Bako adalah seramai 312 orang (97.5%) masyarakat setempat
bersetuju bahawa Taman Negara Bako merupakan Taman Negara yang cantik dan unik di Borneo. Hasil
kajian juga menunjukkan seramai 305 orang (95.3%) bersetuju perkembangan ekopelancongan dapat
meningkat taraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat di daerah Bako. Seramai 148 orang (46.3%)
bersetuju bahawa perkembangan ekopelancongan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dari
segi pelancongan dan seramai 142 orang (44.4%) bersetuju perkembangan ekopelancongan dapat
meningkatkan ekonomi masyarakat dari segi perniagaan. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat

1
membantu menjadi bahan rujukan kepada pengkaji dan sektor pengurusan ekopelanconganpada masa
akan datang.

Kata Kunci - Persepsi, Ekopelancongan, Perkembangan, Masyarakat daerah Bako, Sarawak

PENGENALAN

Kajian ini bertujuan membincangkan perkara-perkara utama yang merangkumi latar belakang kajian,
permasalahan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, persoalan kajian, skop kajian, kerangka kajian,
sorotan kajian, kaedah kajian, kaedah SPSS, analisa data dan kesimpulan dalam kajian ini.

Ekopelancongan merupakan satu sub dalam industri pelancongan di sesebuah negara. Ekopelancongan
juga merupakan salah satu usaha untuk mencapai keseimbangan antara eksploitasi ekonomi terhadap
sumber alam dan warisan budaya masyarakat peribumi tanpa sebarang kerosakan atau ancaman kepada
alam sekitarnya.Selain itu, ekopelancongan melibatkan pemeliharaan terhadap alam sekitar dan sosio-
budaya yang wujud di kawasan ekopelancongan tersebut(Goeldner et al., 2000).

Pengetahuan umum bahawa industri ekopelancongan bukan hanya menyumbangkan kepada ekonomi dan
persekitaran fizikal tetapi ekopelancongan juga berupaya mewujudkan perubahan budaya dan sosial
tempat termasuk kepada sistem nilai, cara hidup tradisional, hubungan kekeluargaan , perlakuan individu
atau struktur komuniti sesuatu tempat. Berdasarkan kajian terdahulu lebih sensitif untuk megupaskan isu
impak pelancongan terhadap sosio-ekonomi berbanding sosio-budaya.Namun, kini ramai pengkaji lebih
terbuka untuk mengkaji mengenai isu impak pelancongan terhadap sesuatu budaya komuniti tersebut.

Menurut Ratz, T. (2000) seorangpengkaji dari Hungary menyatakan bahawa di Hungary, kajian mengenai
impak ekopelancongan dalam analisis ekonomi telah dihadkan dan mereka lebih memfokuskan kepada
kajian mengenai impak pelancongan kepada budaya kerana untuk mengenali sesuatu budaya dalam
sesebuah komuniti adalah penting. Menurut pengkaji-pengkaji seperti Zeel, H. (2003) dan Kadir (1997)
juga telah membincangkan impak ekopelancongan terhadap budaya sejak dahulu lagi.Kajian ini
dilaksanakan kerana dapat dilihat bahawa skop perbincangan elemen budaya dilihat semakin penting
dalam era globalisasi dan dunia yang semakin maju dengan arus permodenan.

2
Berdasarkan kajian yang dijalankan dapat dilihat persepsi atau pandangan masyarakat setempat di daerah
Bako terhadap kesan perkembangan ekopelancongan di kawasan daerah mereka.Hasil kajian
menunjukkan bahawa ramai pelancong luar yang datang ke daerah tersebut untuk merasai pengalaman
kehidupan masyarakat di situ sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Taman Negara Bako.

Selain itu, kehadiran pelancong luar dapat memperkenalkan kampung Bako sebagai kampung yang tertua
di Sarawak. Kampung ini mempunyai keunikan tersendiri kerana kebanyakan masyarakat di situ
menjalankan aktiviti harian seperti membuat belacan, menangkap ikan atau sebagai nelayan, pemandu bot
dan terdapat juga masyarakat yang bekerja di bandar.Keunikan kampung Bako inimenyebabkan
kehadiran pelancong dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dan mempromosikan kampung
Bako dan Taman Negara Bako.

Berdasarkan kemajuan dan pembangunan ekopelancongan di daerah Bako telah meningkatkan taraf hidup
masyarakat di daerah Bako. Mereka telah mendapat beberapa kemudahan seperti tenaga elektrik, sumber
air, kemudahan pemandu bot, jalan penghubung dan kemudahan lain-lain.Jelas menunjukkan bahawa
perkembangan ekopelancongan dapat meringgankan beban masyarakat di sekitarnya.

Oleh itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti mengenai faktor yang menjadi daya tarikan masyarakat
setempat dan pelancong untuk datang ke Taman Negara Bako dan seterusnya mengkaji pandangan
masyarakat setempat terhadap perkembangan ekopelancongan di daerah Bako dan kesan pembangunan
terhadap ekonomi masyarakat setempat. Dalam kajian ini memfokuskan perkara-perkara tersebut.

PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat beberapa permasalahan kajian yang dapat dikenalpasti sebelum meneruskan kajian ini.Kajian
berkenaan persepsi masyarakat terhadap perkembangan ekopelancongan telah banyak dilakukan di negara
luar atau barat.Namun dalam kajian tempatan masih belum meluas atau banyak mengenai kajian
berkenaan ekopelancongan ini terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri. Dalam
kalangan masyarakat kini juga ada yang masih tidak mengetahui maksud ekopelancongan tersebut jadi
kajian ini akan dijalankan untuk memberikan pengetahuan tambahan kepada masyarakat mengenai
perkembangan ekopelancongan kepada masyarakat.

Kajian yang dijalankan ini memfokuskan beberapa konteks permasalahan yang dilihat sebagai cara untuk
mencapai objektif kajian. Antara permasalahan kajian tersebut,

3
1. Bagaimana persepsi atau pandangan masyarakat setempat di daerah Bako terhadap perkembangan
yang telah diwujudkan atau dipertingkatkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk
masyarakat setempat.
2. Seterusnya faktor-faktor yang menjadi daya tarikan kepada pelancong atau masyarakat setempat
untuk datang ke Taman Negara Bako.
3. Permasalahan terakhir sejauh mana ekopelancongan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat
setempat daerah Bako.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini memfokuskan faktor dan usaha supaya perkembangan yang dilakukan untuk masa hadapan
lebih memberikan kesan positif kepada masyarakat dari segi kesepaduan masyarakat dengan alam semula
jadi. Antara objektif dan matlamat kajian,

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mampu menjadi daya tarikan pelancong atau masyarakat untuk
datang ke Taman Negara Bako, Sarawak.
2. Menganalisis persepsi atau pendapat masyarakat terhadap perkembangan ekopelancongan di
Taman Negara Bako, Sarawak.
3. Membuktikan impak atau kesan daripada perkembangan ekopelancongan ini dapat meningkatkan
ekonomi masyarakat setempat di daerah Bako.

HIPOTESIS KAJIAN

Di samping persoalan kajian untuk mencapai objektif kajian, beberapa hipotesis telah dibentuk
berdasarkan beberapa pengukuhan.

H1: Perkembangan ekopelancongan ini dapat meningkatkan ekonomi dan memberikan kesan
positif terhadap perkembangan masyarakat di daerah Bako.

H0: Perkembangan ekopelancongan tidak dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat di


daerah Bako.

SASARAN KAJIAN

4
Populasi dalam konteks ini merupakan golongan atau individu yang tinggal di daerah Bako dipilih untuk
membantu menjalankan kajian untuk sesi temu bual dan menjawab borang soal selidik. Kajian yang
dijalankan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual informan atau penduduk setempat di
daerah Bako dan kaedah kuantitatif iaitu kaedah mengedarkan borang soal selidik kepada responden atau
masyarakat setempat di daerah Bako.

Temubual ini bertujuan untuk mendapatkan hasil kajian yang sahih dan tepat. Segala maklumat yang akan
diperolehi akan menjadi sebuah laporan yang membuktikan kesahihan sesuatu maklumat tersebut.
Temuramah juga akan dilakukan mengikut masa yang sesuai oleh penduduk kampung dan kakitangan
yang terlibat.

Manakala, hasil kajian daripada kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik akan memperolehi hasil
analisa deskritif dan analisa kekerapan. Hasil kajian tersebut akan dihuraikan dengan lebih terperinci.
Hasil daripada kajian akan diterangkan dengan lebih mendalam dalam bahagian SPSS untuk menerangkan
setiap soalan yang telah disediakan kepada responden.

SOROTAN KAJIAN

Definisi persepsi

Zhiyong Fan et al. (2012) telah mengkaji faktor yang mempengaruhi persepsi pelancong terhadap
persekitaran yang harmoni dalam warisan budaya di negara China.Hasil daripada kajian menunjukkan
persepsi terhadap ekosistem semula jadi yang harmoni adalah dipengaruhi oleh tiga faktor seperti
kefahaman tentang alam sekitar, sistem perhubungan sosial dan eko-sistem budaya.Faktor ini dipengaruhi
oleh keadaan persekitaran yang harmoni.

Manakala Jian (2013) mengkaji dimensi imej dari ciri khusus negeri Jammu dan Kashmir yang
menunjukkan persepsi pelancong lebih cenderung dengan tiga dimensi imej utama Jammu dan Kashmir,
iaitu keindahan sesuatu tempat, imej kebudayaan dan imej wilayah sesuatu kawasan tersebut sebagai
suatu tempat istimewa kepada pelancong. Imej kebudayaan Jammu dan Kashmir seperti tradisi, gaya
hidup dan perkhidmatan.

Trker dan ztrk (2013) mengkaji mengenai persepsi masyarakat tempatan yang tinggal di sempadan
Mountains National Park Kure (KMNP), Turki terhadap pembangunan pelancongan.Hasil kajian

5
menunjukkan persepsi penduduk tempatan KMNP agak positif terhadap industri pelancongan di kawasan
tersebut. Selain itu, persepsi penduduk dipengaruhi oleh faktor lokasi kawasan tempat mereka tinggal.

Kajian mengenai sikap dan persepsi penduduk tempatan dan pelancong terhadap kawasan perlindungan di
Taman Kebangsaan Retezat, Romania oleh Szell dan Hallett (2013). Hasil kajian menunjukkan pelancong
mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan kawasan perlindungan, nilai sikap menghargai
yang tinggi terhadap kewujudan taman tersebut dan menyokong setiap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Muhd Rusdi et al. (2011) mendapati pelancongan mempunyai persepsi utama yang berbeza terhadap
aspek pengurusandan penyelenggaraan sumber ekopelancongan berdasarkan profil mereka. Hasil kajian
ini dapat membantu pihak pengurusan untuk menambah baik aspek pengurusan sumber ekopelancongan
dan membangunkan pelan pengurusan bersepadu pembangunan ekopelancongan pada masa akan datang.
Rosniza Aznie et al. (2012) juga telah menggunakan kaedah persepsi untuk mengukur tingkat kepuasan
pelanocng terhadap kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan di Langkawi
Geoark.Kajian ini menunjukkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan tidak memuaskan
pelancong yang menggunakan perkhidmatan tersebut terutama pada musim perayaan atau cuti umum.

Kajian persepsi oleh Salleh et al. (2012) menilai tahap kepuasan pelancong melalui kualiti perkhidmatan
di Pulau Tioman.Kajian telah menunjukkan pelancong tempatan dan antarabangsa berpuas hati dengan
kualiti perkhidmatan yang telah diberikan.Pelancong berpendapat bahawa penduduk tempatan terutama
perniaga, pengusaha homestay atau pemandu pelancong,berbudi bahasa dan peramah disamping
menghargai pelancong yang datang melawat ke kawasan tersebut. Namun kebanyakan pelancong juga
berpendapat , bangunan dan warisan budaya lain yang terjaga dengan baik, kemudahan infrastruktur dan
kebersihan bandar masih memerlukan pembaikan untuk mencapai tahap pelancongan lestari yang baik.

Definisi masyarakat

Masyarakat juga merupakan sekelompok individu yang memiliki kepentingan bersama dan memiliki
budaya serta organisasi yang khas.Masyarakat juga difahami sebagai sekelompok manusia yang
berorganisasi kerana memiliki tujuan bersama. Sebuah masyarakat boleh terdiri dengan pelbagai jenis
manusia yang berbeza, mempunyai fungsi yang berbeza tetapi mempunyai perasaan tidak ingin saling
menyakiti dan saling menjaga antara satu sama lain.

6
Schaefer & Lamm (1998) Masyarakat adalah sejumlah besar orang atau manusia yang tinggal di wilayah
yang sama dan orang yang tinggal di luar wilayah itu dan memiliki budaya yang sama. Menurut
Macionis (1997) definisi masyarakat juga merupakan interaksi manusia dalam sebuah wilayah tertentu
dan memiliki budaya bersama.

Definisi Ekopelancongan

Perkembangan industri pelancongan pada masa kini menunjukkan kesan positif kepada negara.Negara
Malaysia tidak terlepas pandang dengan era perkembangan industri pelancongan ini.Sarawak telah
menjadi salah satu destinasi pelancongan yang amat digemari kepada pengunjung termasuk dalam dan
luar negara.Perkembangan industri pelancongan ini, mewujudkan pelbagai penambahbaikkan dan
pembaharuan untuk sektor pelancongan dilaksanakan dan dipertingkatkan di negeri Sarawak.

Peningkatan pelancongan ini juga berteraskan kepada ekopelancongan yang semakin


membangun.Peningkatan pengunjung atau pelancong dalam mahupun luar negara menjadi perkembangan
ekopelancongan sebagai pilihan.Kebanyakkan pelancongan memilih percutian yang ringkas dan singkat
disebabkan masa yang terhad.Oleh itu, ekopelancongan menjadi salah satu pilihan mereka untuk
menikmati keindahan alam semula jadi dan budaya sesuatu masyarakat.

Banyak negara mengembangkan ekonomi negara mereka dalam bentuk percutian kerana keunikan setiap
negara mampu mempengaruhi fikiran masyarakat negara-negara lain untuk melihat atau mengenali
masyarakat dan budaya tersebut. Ekopelancongan merupakan salah satu bentuk percutian yang penuh
tanggungjawab terhadap alam sekitar, disamping membentuk atau mengatur perjalanan yang menarik,
seronok dan dapat menambah nilai pada alam semula jadi untuk mendidik diri menghargai setiap nikmat
semula jadi di dunia ini.

Pelancongan menurut Newsome et al. (2002) ialah satu industri yang cepat berkembang di dunia.Menurut
Matheison (1982) ialah pergerakkan manusia ke luar rumah dan tempat kerja menjalankan aktiviti-aktiviti
penginapan dan kemudahan untuk mewujudkan kemahuan.

Newsome et al. (2002) pelancongan bertanggungjawab untuk kesan yang meluas mengenai ekonomi,
alam sekitar, kesan kepada masyarakat dan budaya.Selain itu, mentakrifkan ekopelancongan sebagai satu
bentuk pelancongan dan matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan penggunaan mapan melalui
pemuliharaan sumber, perkembangan budaya dan pembangunan ekonomi.

7
Prinsip Asas Utama dalam Ekopelancongan

Pada masa kini, masyarakat semakin berpendidikan dan lebih sedar terhadap kepentinganalam sekitar,
ekopelancongan telah menjadi perkara yang hangat diperkatakan oleh masyarakat seluruh dunia
kenyataan daripada Chan (2004). Tujuan pelancongan kearah penggalakan skala kecil pelancongan yang
berimpak rendah di kawasan semula jadi seperti taman negara, taman negeri dan hutan lipur. Menurut
Clifton (2004) Terdapat masyarakat yang mengatakan ekopelancongan mendidik pelancong sebahagian
daripada konsep ekopelancongan pada masa yang sama menyediakan dana untuk proses pemuliharaan
ekologi dan pembangunan ekonomi kepada masyarakat tempatan.

Manakala, menurut Honey (2008) ekopelancongan dianggap usaha kritikal untuk alam sekitar supaya
generasi akan datang kemungkinan akan mengalami destinasi yang agak tidak disentuh oleh campur
tangan manusia. Sadry (2009) ekopelancongan merangkumi bahagian alam sekitar semula
jadi.Ekopelancongan juga memberikan tumpuan kepada perjalanan yang bertanggungjawab sosial,
pertumbuhan peribadi dan paling utama adalah kelestarian alam sekitar.

Menurut Hong (2013) Dalam kelestarian alam sekitar, terdapat tanggungjawab ekopelancongan yang
merangkumi program untuk meminimumkan aspek negatif pelancongan konvensional kepada alam
sekitar dan peningkatan budaya masyarakat tempatan. Selain itu, Randall (1987) dan Ao & Kono (2011)

8
ekopelancongan adalah promosi kitar semula, kecekapan penggunaan tenaga, pemuliharaan airdan ciptaan
peluang ekonomi bagi masyarakat tempatan.

Merurut Sahazali & Choy, (2013) Ekopelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab ke atas alam
sekitar, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta memberikan faedah kepada komuniti tempatan
melalui penglibatan mereka dalam industri berkenaan. Ekopelancongan memberikan kesan pembangunan
dan kawasan yang menarik dan strategik yang mampu manarik pelancong yang sukakan aktiviti
ekopelancongan sambil menghayati keindahan alam sekitar.

Kaedah Kajian

Metodologi kajian merupakan kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji dalam membuat kajian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah
dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau kajian. Metodologi membantu pengkaji
mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan penyelidikan yang dibuat bagi
mempersembahkan hasil kajian pengkaji. Menurut Millan and Schumacher (1997) kajian sebagai
proses sistematik yang bertujuan untuk mengumpul data dan analisis maklumat.

Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian dengan cara temuramah informan iaitu beberapa orang
masyarakat di daerah Bako tersebut untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, mendapatkan bantuan
daripada masyarakat setempat daerah Bako untuk mendapatkan maklumat mengenai penyelidikan yang
dijalankan.Kaedah kuantitatif adalah mengedarkan borang soal selidik kepada responen iaitu masyarakat
setempat daerah Bako tersebut.

Selain itu, pengkaji juga melakukan pemerhatian terhadappersekitaran kampung, cara hidup masyarakat
setempat, aktiviti pekerjaan harian dan perniagaan yang dijalankan oleh masyarakat setempat di daerah
Bako tersebut. Berdasarkan pemerhatian tersebut juga pengkaji melaporkan dalam penulisan tesis yang
lengkap.Juga disokong dengan hasil temu bual daripada masyarakat setempat di daerah Bako ini.

9
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN TEMUBUAL DOKUMEN

Pemerhatian Penuh Temubual Contoh dokumen yang


Berstruktur boleh digunakan :

-Diari atau Jurnal


Pemerhatian Semi Struktur
Sebagai Peserta -Tugasan atau Buku
Latihan

-Rekod Pencapaian
Tidak Berstruktur
-Minit Mesyuarat

-Gambar Foto

Analisis Data

Data kajian yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The
Social Sciences (SPSS).Analisa statistik yang digunakan ialah analisa deskriptif dan analisa
kekerapan.Statistik seperti deskriptif dan kekerapan dilakukan ke atas maklumat demografi untuk
mengenal pasti profail umum responden dan penilaian pendapat masyarakat di daerah Bako
terhadapperkembangan ekopelanconganTaman Negara Bako.

Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif
mempunyai bentuk data tersendiri yang berbeza dengan bentuk kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ialah
berbentuk temubual/temuramah, pemerhatian dan analisis dokumen dan kaedah kuantitatif ialah
berbentuk peratusan berdasarkan maklumat yang akan diperolehi daripada kaedah kualitatif tersebut.
Manakala, sumber untuk mendapatkan data, pengkaji akan menggunakan sumber primer seperti kaedah
temu ramah, kaedah pemerhatian, kaedah diari atau catatan harian dan kaedah analisis dokumen.Hasil

10
kajian yang diperolehi berdasarkan soalan-soalan yang di jawab oleh responden melalui borang soal
selidik.

Analisa deskriptif umur

Umur Kekerapan (k) Peratus(%)


18 & ke bawah 51 15.9
19 hingga 28 44 13.8
29 hingga 38 69 21.6
39 hingga 48 82 25.6

49 hingga 58 41 12.8
59 & ke atas 33 10.3
Jumlah 320 100

Jadual menunjukkan paratus kekerapan umur masyarakat setempat di daerah Bako

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, hasil daripada analisa deskripsi menunjukkan kekerapan dan
peratusan bagi umur. Umur yang paling tinggi kekerapan 82 iaitu umur 39 hingga 48 tahun 25.6%.
Menunjukkan bahawa kebayakkan penduduk di daerah Bako berumur 39 hingga 48 tahun dan di ikuti
oleh kekerapan kedua tertinggi 69 iaitu belia yang berumur 29 hingga 38 tahun 21.6 %.

11
Analisa deskriptifpekerjaan

Pekerjaan Kekerapan(k) Peratus(%)


Pelajar 60 18.8
Sektor Awam 60 18.8
Sektor Swasta 6 1.9
Pesara 7 2.2
Kerja Sendiri 120 37.5
Tidak Bekerja 67 2.9
Jumlah 320 100

Jadual menunjukkan paratus kekerapanpekerjaan masyarakat setempat di daerah Bako

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan jumlah pekerjaan bagi masyarakat setempat di daerah
Bako.Jumlah tertinggi adalah 120 menunjukkan bahawa ramai masyarakat di daerah bako adalah bekerja
sendiri.Mereka mendapatkan hasil pendapat dengan menjalankan aktiviti perniagaan seerti membuat
belacan, penyediaan homestay, membuka kedai runcit, gerai makanan dan menangkap hasil
laut.Masyarakat di daerah Bako juga ada yang bekerja dengan sektor awam di bandar luar dari daerah
Bako tersebut. Jadual di atas juga menunjukkan kekerapan 60 merupakan kedua tertinggi bersamaan
18.8% penduduk adalah bekerja dengan sektor awam.

12
Analisa deskriptifpendapatan

Pendapatan Kekerapan(k) Peratus(%)


RM500 & ke bawah 69 21.6
RM 501 RM 1, 000 145 45.3
RM 1, 001 RM 1, 501 76 23.8
RM 1, 501 RM 2, 000 20 6.3
RM 2, 001 RM 2, 500 2 0.6
RM 2, 501 RM 3, 000 4 1.3
RM 3, 001 RM 3, 500 1 0.3
RM 3, 501 RM 4, 000 1 0.3
RM 4, 001 & ke atas 2 0.6
Jumlah 320 100

Jadual menunjukkan paratus kekerapanpendapatan masyarakat setempat di daerah Bako

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pendapatan gaji yang diperolehi oleh masyarakat setempat di
daerah Bako. Jumlah kekerapan yang paling tinggi adalah 145 iaitu 45.3% mewakili jumlah gajibulanan
sebanyak RM501 hingga RM1,000 sebulan. Diikuti dengan jumlah kekerapan gaji 76 bersamaan 23.3%
yang mewakili gaji sebanyak RM1,001 sehingga RM1,501 sebulan. Jumlah gaji yang diperolehi ini hasil
daripada pendapatan pekerjaan harian seperti perniagaan belakan, hasil tangkapan laut, hasil perniagaan
harian dan hasil pendapatan daripada pemandu bot pelancong.

13
CADANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini perlu diteruskan untuk melihat sejauh persepsi dan pandangan masyarakat setempat terhadap
perkembangan ekopelancongan dan melihat faktor-faktor yang dapat mempengaruhi daya tarikan
pelancong untuk datang ke Taman Negara Bako, Sarawak.Selain itu, impak perkembangan
ekopelancongan ini dalam meningkatkan ekonomi masyarakat setempat di daerah Bako itu sendiri.Kajian
ini juga dilaksanakan bertujuan untuk memastikan setiap permasalahan yang diperolehi dapat di atasi dan
mencapai objektif kajian. Harapan agar kajian ini akan menjadi satu rujukan kepada penyelidik akan
datang dan dapat membantu untuk pengurusan sektor pelancongan.

14