Anda di halaman 1dari 11

Penghargaan Bismillahirahmanirahim Alhamdullilah, rasa syukur diuntaikan ke atas Allah Rabbul

Izza dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan dapat juga
kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa
penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Ustazah Anisah bt Ibrahim kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang memberi pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan
tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang terkurang. Sesungguhnya kami seisi kelas saling membantu
dengan menjawab setiap pertanyaan yang diutarakan. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus
ini.Terima kasih. Semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya membuat rujukan.Segala
kekurangan di dalam tugasan ini saya mohon maaf dari pihak tuan. Yang baik itu datangnya dari
Allah dan segala kelemahan yang ada itu datangnya dari pihak kami sendiri. Pendahuluan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang Segala puji pujian dipersembah ke
hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya
dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat
selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu
adalah pesuruh-Nya . Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam
untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah
dan kurnia dari Nya , kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung
ucapan terima kasih kepada semua ahli kumpulan sentiasa bersedia membantu antara satu sama
lain dalam mengumpul bahan dan maklumat untuk menjadikan kertas kerja ini sesempurna ini .
Seterusnya , tak lupa juga kepada pensyarah saya, Ustazah Anisah bt Ibrahim yang banyak memberi
dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna . Seperti tajuk tugasan
yang telah diberikan iaitu " Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia Tiang Hubungan Etnik" ,
skop penulisan kami Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini , dapat
memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian. Pengenalan
Ketika Rasullah SAW beserta kaum Muslimin baik dari Muhajirin dan Ansar telah membangunkan
sebuah masyarakat baru di Madinah. Pada masa yang sama sekelompok bukan Islam (Yahudi) juga
telah menetap di kota Madinah. Demi menjaga kestabilan masyarakat dan keamanan Madinah,
Rasullah SAW memandang perlu unuk menetapkan perjanjian yang akan mengikat sesama kaum
Muslimin dan juga kaum Yahudi [footnoteRef:1] [1: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah
Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1) ] Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi
Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah. Piagam Madinah
merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Piagam Madinah diperkenalkan sebagai
perjanjian yang menjelaskan dan menetapkan tentang hak-hak dan kewajiban anggota masyarakat
Madinah. Setiap elemen masyarakat yang ada di Madinah diperlakukan secara adil dan baik. Selain
itu Piagam Madinah juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-
Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan
Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam
bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang
bangsa atau kaum [footnoteRef:2]. Rasulullah SAW merupakan ketua Negara Madinah dan Nabi
Muhammad Saw memerintah Madinah berasaskan Piagam Madinah. Piagam Madinah meletakkan
Al-Quran sebagai sumber tertinggi Negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan al-
Quran akan terbatal dengan sendirinya. [footnoteRef:3]. [2: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter,
1968] [3: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan Etnik,
2014(Edisi 1) ] Rasullah SAW telah merangka Piagam Madinah mengikut bimbingan wahyu dan
berasaskan norma-norma masyaratkat ketika itu. Beliau mengambil tiga langkah untuk membentuk
Piagam Madinah. LANGKAH PERTAMA Rasullah telah mendirikan sebuah masjid sebagai
tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat
pentadbiran Rasulullah. LANGKAH KEDUA Untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup
baru dengan mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin bagi mewujudkan
persefahaman. LANGKAH KETIGA Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-
sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Tujuan Sebagaimana yang kita ketahui, Piagam
Madinah digubal oleh Rasulullah SAW selepas baginda dan kaum Muhajirin berhijrah dari Mekah ke
Madinah. Perlembagaan yang diiktiraf sebagai perlembagaan bertulis pertama ini bukanlah sengaja
digubal tanpa sebab dan visi yang jelas sebaliknya Baginda mempunyai pelbagai tuju serta agenda di
sebalik piagam ini seperti yang tercatit di bawah : Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat
pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan
keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk
setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk
Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk
bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang
kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.[footnoteRef:4] [4: Sh. Muhammad Ashraf, Medina
Charter, 1968] Isi Kandungan Piagam 1. Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara,
ketua hakim, dan ketua agama Peranan penting fasal tersebut adalah pengiktirafan Nabi
Muhammad SAW mempunyai kewibawaan dalam pentadbiran Kerajaan Madinah. Sebarang masalah
yang dihadapi oleh warga Madinah tanpa mengira bangsa dan agama mestilah dirujuk kepada
Baginda untuk masalah mereka sendiri. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan
keputusan baginda. 2. Setiap kaum harus bertanggungjawab mempertahankan madinah. Peranan
fasal tesebut adalah membolehkan Nabi Muhammad SAW memboleh mengambil tindakan
menyingkirkan sebarang pihak yang mengkhianati fasal ini atau bertindak membahayakan
keselamatan negara. Contohnya, Nabi Muhammad SAW berjaya menghalaukan golongan Yahudi
berdasarkan fasal ini apabila mereka telah membelot semasa Perang Badar, Perang Uhud dan
Perang Khandak atau Azhab. 3. Memjaminkan kebebasan agama di Madinah. Peranan penting
fasal tersebut sebagai langkah pengelakan permusuhan sesama masyarakat kerana tidak ada
kerasulam dalam penganutan agama. Nabi Muhammad SAW menjamin kebebasan agama dengan
membenarkan penganut agama beribadat secara bebas. Ini terus mengakibatkan lebih ramai
penganut-penganut Islam menyebar dan berdakwa secara bebas. 4. Menerangkan konsep
persamaan dan keadilan dari sudut ekonomi. Peranan fasal ini dapat mengelakan eksploitasi
ekonomi dan monopoli oleh satu-satu golongan sahaja. Fasal tersebut menyeimbangkan jurang
perbezaan dan mengelak penindasan ke atas golongan miskin. Semua penduduk diberi hak dan
boleh mengamalkan aktiviti ekonomi secara adil dan saksama. Aktiviti perdagangan misalnya tidak
lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi sahaja. Ini mewujudkan pembangunan ekonomi yang akhirnya
menjadikan madinah sebagai pusat perdagangan setanding Makkah pada ketika itu.
[footnoteRef:5] . [5: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks
Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1) ] Prinsip Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak
dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan Negara Dasar hubungan baik dan
saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara
pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti
hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab
negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.[footnoteRef:6]
[6: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter, 1968] 47 Fasal Piagam Madinah Piagam Madinah terdiri
daripada 47 fasal : 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat
Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki
membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Rajah 1
Piagam Madinah Fasal 1 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab
(Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang
bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.[1]
Fasal 2 Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain. Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-
menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana
mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang
beriman. Fasal 4 Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka
bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan
setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri
dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 5 Bani al-Harith (dari
Yathrib Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj)
hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan
orang-orang yang beriman. Fasal 6 Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka
bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak
dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 7 Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas
pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti
dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 8 Bani al-Najjar
(dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar
wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang
tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman. Fasal 9 Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka
hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 10 Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan
lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan
tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 11 Bani Aus (dari Yathrib)
tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan
darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah
untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman. Fasal 12
a) Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara
mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan
berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil. b) Hendaklah seseorang yang
beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang
beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu. Fasal 13 Bahawa orang-
orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar
kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-
orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun
jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka. Fasal 14 Tidak sayugianya seseorang mukmin
itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana
kafir terhadap seseorang mukmin. Fasal 15 Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia
melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin
hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain. Fasal 16 Bahawa orang-
orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak
menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka. Fasal 17 Bahawa perdamaian
orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-
mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan
Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka. Fasal 18 Bahawa setiap
serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan
tenaga menentangnya. Fasal 19 Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka
atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah. Fasal 20 a)Bahawa orang-orang mukmin lagi
bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya. b)Bahawa tidak
boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa
mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya) Fasal 21 Barangsiapa membunuh
dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup (alasan
yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji
oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara
mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya. Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan
percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi
orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada
hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
Fasal 23 Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara
itu kepada Allah dan Nabi Muhammad. Fasal 24 Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta
membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka
bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu
juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang
zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
Fasal 26 Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 27 Yahudi Bani al-
Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 28 Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan)
sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 29 Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani
Auf. Fasal 30 Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf. Fasal 31 Yahudi Bani
Thaalabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang
yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri. Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Thaalabah (diperlakukan) sama
dengan mereka itu (Bani Thaalabah) Fasal 33 Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi
Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan. Fasal 34 Bahawa orang-
orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
Fasal 35 Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang
Yahudi itu sendiri. Fasal 36 a) Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar
dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad. b) Tidak boleh disekat
dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa
membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi
dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini. Fasal 37 a) Bahawa orang-
orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah
membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua
yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-
menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa. b) Mana-mana orang tidaklah
boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan
hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi. Fasal 38 Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah
memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
Fasal 39 Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-
mana pihak yang menganggotai piagam ini. Fasal 40 Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku
sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa. Fasal 41 Tidak
boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri. Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta
piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah
dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi
kandungan piagam ini dan merestuinya Fasal 43 Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan
kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang
membantunya. Fasal 44 Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib
daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya. Fasal 45 Apabila mereka diajak untuk berdamai
atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai
atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka
orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama
(Islam). Fasal 46 Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang
bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain
yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota
piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukandosa kerana barang
siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan
kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya. Fasal 47 Bahawa piagam ini tidak boleh
dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini
barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin
keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap
orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh
Allah.[footnoteRef:7] [7: Sh. Muhammad Ashraf, Medina Charter, 1968] Kandungan Piagam
Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal. 23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan
24 fasal tentang orang Yahudi. Antara kandungannya ialah: 1. Mengakui Nabi Muhammad SAW,
ketua Negara Madinah. 2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab
terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam. 3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan
cara hidup masing-masing. 4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan
Negara daripada serangan musuh. 5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta
menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy. 6. Setiap
masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah. 7.
Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-
menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan. 8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah
SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan. 9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan
pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka. 10. Piagam ini mempunyai kuasa
melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang
melanggarnya. Penyatuan Masyarakat Plural Telah jelas menurut sejarah bahawa Nabi Muhammad
saw telah berusaha untuk membangunkan Islam selama 13 tahun di kota Makkah. Disebabkan
pelbagai kacau yang tidak pernah sekali pon bertambah reda malah semakin tegang dan kacau, Nabi
akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah. Setelah sampai di Madinah, maka
beliau beserta kaum muslimin yang lainnya hidup bertetangga baik dengan kaum Yahudi di Kota
Madinah. Perlu diketahui bahawa sebelum Nabi Muhammad sendiri sampai di tempat hijrahnya,
penduduk Madinah sendiri telah mendengar dan mengenal perihal peribadi dan kemasyhuran Nabi.
Bukan itu sahaja, mereka juga telah mendengar dan mengenal perihal peribadi dan kemasyhuran
Nabi. Juga mereka telah mengenal atau mendengar tentang kejujuran, kebersihan hati Nabi,
gelarannya sebagai orang yang terpercaya ( al-Amin), tidak pernah minum arak, tidak pernah
melakukan perbuatan yang melanggar susila dan semua akhlak atau pernagai mulia yang beliau
miliki, semua itu telah didengar sendiri oleh Kepala-kepala Suku dan penduduk Madinah. Maka
disebabkan itulah sesampainya baginda di Madinah, baginda terus dilantik sebagai pemimpin kota
itu. Perlantikan ini dilaksanakan setelah mendapat kata sepakat penduduk Madinah yang berlainan
kabilah dan setiap kabilah ini diwakili oleh Kepala Suku.[footnoteRef:8] [8: Umar Hasyim, Toleransi
dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Islam sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan
Antara Agama, 1979 (Edisi 1)] Masyarakat Madinah terdiri dari pelbagai bangsa, etnik, agama,
bahasa dan budaya (masyarakat pluraliti). Kaum Yahudi yang berada di Madinah dibahagikan kepada
tiga suku yang terdiri dari kabilah Quraizah (Bani Quraizah), Bani Nadhir dan Bani Qainuqa.
Walaupun kepimpinan Nabi ke atas Kota Madinah telah diakui sejak saat awal Baginda menjejakkan
kaki ke Madinah, kaum Yahudi kemudiannya telah memusuhi Nabi Muhammad dan orang-orang
Islam lainnya. Baginda akhirnya berjaya untuk menyatupadukan mereka dengan mewujudkan
perpaduan di bawah payung persaudaraan Islam atau ukhuwah Islami.
[footnoteRef:9] [9: Umar Hasyim, Toleransi dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Islam
sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antara Agama, 1979 (Edisi 1)] Permusuhan dari kaum
Yahudi ini bukan kerana kebodohan dan tidak mengerti apa yang ingin disampaikan Rasulullah
sebagaimana kaum Quraisy di Madinad dahulu tetapi mereka berbuat demikian kerana sifat dengki
dan iri hati. Mereka sebenarnya faham akan kerasulan Muhammad bahkan mereka mempercayai
dan mengimankan Muhammad sebelum Muhammad lahir lagi. Atas sebab inilah mereka telah
mengenali Muhammad sebagaimana mereka mengenali anak meraka sendiri walaupun sebelum
Muhammad menjejakkan kaki ke Kota Madinah. Mereka iri hati kerana nabi akhir zaman ini tidak
muncul dari kalangan mereka atau dari bangsa Yahudi tetapi bangsa Arab (QS 2:90). Sedangkan
sebelum Muhammad dating, bila sekali mereka bertengkar atau bermusuhan dengan kaum kafir
yang menolak agama mereka, mereka senantiasa mengharap-harap kedatangan Muhammad kerana
nabi akhir zaman ini akan menjelas dan membenarkan agama mereka. Sebab lain penolakan mereka
secara tiba-tiba terhadap Muhammad adalah kerana mereka khuatir akan kehilangan kewibawaan
dan mata pencarian sebab mereka (para pemimpin Yahudi yang terdiri dari kaum pendeta itu) hidup
dari sistem kependetaan tersebut. [footnoteRef:10] [10: Umar Hasyim, Toleransi dan Kemerdekaan
Beragama dalam Islam sebagai Islam sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antara Agama,
1979 (Edisi 1)] Di bawah payung persaudaraan Islam atau ukhuwah Islami, baginda
telah berjaya menyatu padukan antara orang Islam dengan orang Islam (Muhajirin dan Ansar),
menyatu padukan antara orang Islam dan bukan Islam selain dapat menyatu padukan orang-orang
yahudi sesama Yahudi.[footnoteRef:11] Tindakan ini adalah untuk mewujudkan kehidupan yang
harmoni di Madinah di mana semua golongan harus berdampingan secara damai, dalam suasana
persahabatan dan penuh ketenteraman. Ini secara tidak langsung akan dapat menjamin kedamaian
di kota ini. [11: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam konteks Hubungan
Etnik, 2014(Edisi 1)] Seterusnya, dalam usaha baginda untuk mewujudkan kehidupan yang rukun dan
tertib di Madinah telah menggubal perlembagaan (sahifah) Madinah yang mengandungi 47 perkara-
23 perkara berkaitan orang Islam dan 24 perkara berkaitan dengan orang bukan Islam. Antara isi
penting dalam PerlembagaanMadinah dalam konteks hubungan etnik termasuklah isu-isu seperti
sumber perundangan, Ketua Negara, syura, keselamatan, kerjasama sosial, pembangunan ekonomi,
kebebasan hak asasi dan keadilan universal. Dalam konteks sumber perundangan, perlembagaan ini
telah meletakkan al-Quran sebagai sumber utama Hukum. Namun begitu dalam kenyataannya
baginda telah pun memutuskan bahawa apabila berlaku pertikaian antara sesama orang Islam
diputuskan dengan hukum Islam, bila antara sesame orang Arab yang bukan Islam diputuskan
dengan hukum adat yang berlaku pada suku yang bersangkutan, dan pertikaian antara sesame orang
Yahudi akan diputuskan dengan hukum Taurat. Menyentuh konteks Ketua Negara, semua penduduk
Madinah telah bersetuju dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah (bagi orang Islam)
dan mengakui Nabi sebagai ketua negara (bagi non Islam). Selain itu, majlis syura juga telah
menetapkan bahawa jika berlaku sesuatu permasalahan hendaklah dirujuk kepasa al-Quran dan al-
Sunnah (ketertinggian al-Quran dan al-Sunnah). Mengenai isu keselamatan, setiap penduduk
Madinah wajib mempertahankan Madinah dari serangan musuh sama ada musuh dalaman atau
musuh luaran. Bukan itu sahaja, setiap penduduk Madinah sama ada Islam atau non-Islam
hendaklah saling tolong menolong jika salah satu pihak berada dalam kesusahan. Mereka juga (Islam
atau non-Islam) bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan ekonomi Madinah. Dari konteks
kebebasan hak asasi, kebebasan orang-orang non-Islam dijamin di bawah kepimpinan Rasulullah
SAW dengan membayar cukai jizyah (jaminan social) sama seperti hak orang Islam. Akhir sekali,
konteks keadilan universal di mana dinyatakan bahawa mana-mana orang Islam yang menzalimi
orang non-Islam yang taat kepada pimpinan Rasulullah dan Piagam Madinah akan dikenakan
hukuman yang keras. Lapan perkara mengenai hubungan etnik yang telah digubal dalam Piagam
Madinah secara tidak langsung telah berjaya membentuk Madinah sebagai sebuah Negara Islam
dengan meletakkan Al-Quran sebagai sumber perundangan. Bukan itu sahaja, isu-isu seperti ini telah
dapat mengintegrasikan masyarakat Madinah yang terdiri dari pelbagai etnik (masyarakat pluralistik)
di bawah paying persaudaraan Islam. Isu-isu sensitif seperti pergaduhan yang telah diperincikan
terlebih dahulu ini secara tidak langsung telah dapat mewujudkan keamanan dan suasana politik
yang harmoni serta stabil kerana masyarakat sudah sedia maklum di mana tempat mereka jika
sesuatu perkara tidak diingini berlaku maka mereka sentisa berhati-hati dan menjaga adab
pergaulan sesama mereka. Akhir sekali, keadaan ini pasti akan dapat menjamin keadilan social yang
holistic dan komprehensif tanpa mengira perbezaan agama, etnik, budaya, bangsa, gender dan
tempat lahir.[footnoteRef:12] [12: Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yakob, Sejarah Malaydia dalam
konteks Hubungan Etnik, 2014(Edisi 1)] Aspek Persamaan antara Piagam Madinah dan
Perlembagaan Malaysia 1. Kebebasan Beragama PIAGAM MADINAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 25 (Kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin, dan mereka bebas
beragama dengan agama sendiri begitu juga dengan umat Islam)[footnoteRef:13] [13: Sejarah
Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -hal ini menjelaskan bahawa Rasulullah saw berlaku adil
dalam kalangan ummah nya tanpa megira agama. (Nabi Muhammad tidak pernah memaksa mereka
yang bukan Islam memeluk agama Islam)[footnoteRef:14] [14: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4]
Contoh:Orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran mereka sendiri. Perkara 3 Fasal (1) (Islam adalah
agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di mana- mana bahagian
persekutuan)[footnoteRef:15] [15: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -walaupun
agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi, tetapi agama lain tidak diketepikan serta boleh
diamalkan secara aman dan damai. Perkara 11 Fasal (1) (Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti
dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan
agamanya)[footnoteRef:16] [16: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik ]-
Masyarakat boleh mengamalkan serta mengembangkan agama mereka selagi tidak menyalahi
undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan. Perkara 11 Fasal (2) (Tiada seorang pun
boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas kesemuanya atau
sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri)[footnoteRef:17] [17: Sejarah
Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -Sistem ini menegaskan bahawa sesebuah agama tidak
mempergunakan agama lain demi kepentingan agamanya sendiri. Perkara 11(3) (setiap agama
berhak untuk meguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan institusi-institusi bagi maksud
agama atau khairat serta meperolehi dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirnya
megikut undang-undang)[footnoteRef:18] [18: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -hal
ini menegaskan setiap individu bebas membangunkan agamanya selagi tidak menyalahi agama dan
mengikut undang-undang. Perkara 11(4) (undang-undng negeri dan mengenai Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan
menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang menganut agama
Islam)[footnoteRef:19] [19: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -Perlembagaan ini
ditubuhkan bagi menyekat apa-apa kepercayaan agama dalam kalangan orang Islam. Perkara
12(3) (Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau
mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada
agama sendiri)[footnoteRef:20] [20: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -
Perlembagaan ini ditubuhkan bertujuan mengelakkan daripada seseorang itu terpesong daripada
landasan agamanya sendiri 2. Jaminan Hak Asasi Kemanusian PIAGAM MADINAH PERLEMBAGAAN
MALAYSIA Fasal 16 (Bahawa sesungguhnya kaum Yahudi yang setia kepada negara kita(Madinah)
berhak mendapat bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh
diasingkan daripada pergaulan umum)[footnoteRef:21] [21: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4] -hal ini
menjelaskan bahawa pertolongan boleh diberikan kepada orang-orang Yahudi yang menyertai orang
Islam. Fasal 20(b) (Bahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang
Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang-orang mukmin akan
haknya)[footnoteRef:22] [22: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -Fasal ini
menerangkan bahawa orang Musyrik perlu berpihak kepada orang mukmin dan bukan orang
Quraisy. Fasal 21 (Sesiapa yang membunuh sewenang-wenangnya seorang mukmin dengan tiada
bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh kecuali dipersetujui oleh wali yang kena bunuh
menerima ganti darah, namun orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu
bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya)[footnoteRef:23] [23: Sejarah Malaysia
dalam konteks Hubungan Etnik] -hal ini menunjukkan keadilan dalam masyarakat iaitu sesuatu
kesalahan akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya. Fasal 40 (Bahawa jiran
tetangga hendaklah diperlukan sebagai diri sendiri tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang
bahaya dn dosa)[footnoteRef:24] [24: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -setiap
individu haruslah menyayangi orang lain sepertimana menyayangi diri sendiri supaya dapat
mengelakkan diri daripada perkara-perkara mungkar. Fasal 41 (Tidak boleh dihampiri sebarang
kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya sendiri) -hal ini mementingkan kepentingan
dan hak asasi setiap wanita. Perkara 8(1) (Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang
dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang)[footnoteRef:25] [25:
Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -keadilan yang sama rata dalam kalangan
masyarakat tanpa berat sebelah Perkara 8(3) (Tidaklah boleh ada perbezan bagi faedah seseorang
oleh sebab dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana negeri)[footnoteRef:26] [26: Sejarah Malaysia
dalam konteks Hubungan Etnik] -kedudukan yang sama taraf antara atasan dan juga bawahan.
Perkara 8(4) (Tiada satu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab dia
bermaustatin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang
kuasa pihak berkuasa itu)[footnoteRef:27] [27: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -
pihak bekuasa tidak mempunyai kuasa untuk mengabaikan sesorang atas sebab yang tidak relevan.
Perkara 9(1) (Tiada seorang pun warganegara boleh di buang negeri atau ditahan masuk ke
Persekutuan)[footnoteRef:28] [28: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -keistimewaan
hak kewarganegaraan yang tidak boleh dikenakan tindakan sewenang-wenangnya. Perkara 9(2)
(Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubung dengan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam,
atau peghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas ke seluruh
Persekutuan dan bermaustautin di mana-mana bahagiannya)[footnoteRef:29] [29: Sejarah Malaysia
dalam konteks Hubungan Etnik] -setiap warganegara bebas bergerak selagi tidak melanggar undang-
undang Persekutuan yang berhubung dengan keselamatan. Perkara 10(1) (Tertakluk kepada Fasal
(2),(3) dan (4) : tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, dan
berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta berhak membentuk persatuan)[footnoteRef:30]
[30: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -menerangkan bahawa setiap warganegara
mempunyai hak masing-masing untuk membangunkan negara. 3. Ketaatan Kepada Pemimpin
PIAGAM MADINAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA Fasal 23 (Walaubagaimanapun kamu berbalah
dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi
Muhammad)[footnoteRef:31] [31: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -hal ini
menujukkan bahawa sesuatu perkara hendaklah mengikut hukum hakam yang telah ditetapkan oleh
Allah dan Nabi Muhammad. Fasal 42 (Bahawa apa juga kemungkaran(bunuh) atau apa juga
pertengkaran di antara sesama peserta piagam sekira-kira dikhuatiri membawa bencana, maka
hendaklah merujuk kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh
Allah)[footnoteRef:32] [32: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -hukum Allah menjadi
keutamaan dalam apa jua keadaan dan tidak boleh diketepikan dalam hidup. Fasal 47 (Bahawa
piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa
mulai dari saat ini barangsiapa berpergian dari Kota Madinah atau menetap didalamnya adalah
terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui
setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah di akui
pesuruh Allah)[footnoteRef:33] [33: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -dalam fasal
ini, setiap individu hendaklah membuat kebaikan untuk mendapat keredhaan Allah. Perkara 3(2)
(Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, hendaklah masing-
masing membuat peruntukkan bagi memberi Yang Dipertuan Agong kedudukan sebagai ketua
ugama Islam negeri itu)[footnoteRef:34] [34: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -Yang
Dipertuan Agong untuk menjadi ketua agama Islam bagi negeri yang tidak bersultan. Perkara 3(5)
(Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Dipertuan Agong hendaklah menjadi ketua ugama
Islam di wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini
Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal
ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihati Yang Dipertuan Agong
mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan ugama Islam)[footnoteRef:35] [35: Sejarah
Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] 4. Hak Mendapat Perlindungan Daripada Kezaliman
PIAGAM MADINAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA (hak rakyat dijamin melalui undang-undang
qisas(hukuman balas) tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan atau kezaliman itu dari
kaum keluarga sendiri)[footnoteRef:36] [36: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -
undang-undang ini tidak menyebelahi mana-mana pihak mahupun ahli keluarga sendiri bagi yang
melakukan keselahan Fasal 16 (bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah
mendapat pertolongan dan pemimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak
baik terhadap mereka)[footnoteRef:37] [37: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -fasal
ini menunjukkan individu dilarang untuk menindas mana-mana orang Yahudi yang hendak memeluk
Islam. Fasal 36(b) (tidak disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang
keatas dirinya, barangsiapa yang membuat kejahatan, maka balasannya adalah dirinya dan
keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati
piagam ini)[footnoteRef:38] [38: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -setiap kejahatan
akan dibalas dengan balasan yang setimpal (hak keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab YDP
Agong untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kezaliman dalaman. Contoh : YDP Agong boleh
mengisytiharkan darurat jika negara diancam bencana besar tidak kira dari aspek politik, ekonomi
ataupun sosial.)[footnoteRef:39] [39: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] (tugas
perundangan digalas oleh mahkamah tinggi termasuk memastikan kesahihan pertuduhan agar yang
tertuduh tidak dianiaya.)[footnoteRef:40] [40: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik]
Fasal 5(2) (jika pengaduan dibuat kepada mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mahkamah tinggi
menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka
mahkamah hendaklah menyiasat pengaduan dan melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa
tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa kehadapan mahkamah
itu dan melepaskannya)[footnoteRef:41] [41: Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik] -
orang yang tidak bersalah atau teraniaya tidak akan dikenakan hukuman. Perkara 5(3) (jika
seseorang itu ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-
sebab dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang
dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.)[footnoteRef:42] [42: Sejarah Malaysia
dalam konteks Hubungan Etnik] -jika seseorang itu bersalah, dia berhak untuk mepertahankan
dirinya dengan melantik seorang peguam dan setiap kesalahannya haruslah diberitahu dengan
sejelas-jelasnya. Aspek Perbezaan antara Piagam Madinah dan Perlembagan Malaysia PIAGAM
MADINAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Islam yang pertama di dunia tahun 622
masihi yang berpandukan wahyu Allah. Berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
Menjadi sandaran pemerintahan Rasulullah s.a.w dan hubungannya dengan rakyat pelbagai kaum
dan agama. Mencatat tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya Mempunyai 47 fasal iaitu 23
fasal peraturan sesama Islam dan juga 24 fasal lagi tentang umat Islam dan umat bukan Islam
Mengandungi 183 perkara Undang-undang tertinggi di Malaysia Undang-undang bertulis yang
telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 Cadangan 1. Pemimpin perlu bijaksana dan adil dalam
melakukan setiap keputusan demi keamanan negara berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan
syariat Islam. 2. Jadikan Piagam Madinah sebagai rujukan utama dalam pemerintahan di Malaysia 3.
Rakyat perlu menghayati dan patuh kepada setiap undang-undang dalam perlembagaan yang telah
ditetapkan. 4. Pemerintah haruslah menggunakan cara pemerintahan yang sama rata dalam setiap
aspek ekonomi, sosial, dan agama bukan tujuan mengaut keuntungan sahaja. 5. Pemimpin negara
juga harus mempamerkan undang-undang dengan jelas dan lengkap untuk mewujudkan masyarakat
yang patuh kepada undang-undang negara. 6. Bagi mewujudkan negara Islam yang kuat, rakyat
merupakan tonggak utama dengan cara bersatu padu tanpa ada perselisihan faham antara satu
sama lain sekaligus dapat mengelakkan dari berlakunya perpecahan kaum. 7. Dari segi pentadbiran
pula, pihak yang terlibat haruslah bersifat amanah supaya tidak berlakunya penyelewengan wang
sekaligus dapat menstabilkan ekonomi negara. 8. Sistem keselamatan negara haruslah diperketatkan
lagi supaya tidak ada orang asing yang sewenang-wenangnya menetap dan menguasai ekonomi di
Malaysia. 9. Pemimpin negara haruslah bersikap terbuka dan relevan dalam menerima pendapat
orang bawahan walaupun pihak tersebut tidak berkuasa sebagai contoh rakyat Malaysia. 10.
Masyarakat haruslah berpendirian tetap dari manerima unsur-unsur negatif dari negara luar supaya
negara kita akan dipandang tinggi di dunia. Kesimpulan Kerajaan Islam di Madinah merupakan
model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan
yang berasaskan Islam dan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Kepintaran Nabi
Muhammad s.a.w menggubal satu piagam sangat dikagumi kerana baginda nerjaya mengatur
sebuah pemerintahan yang lengkap, iaitu merangkumi peraturan, yang berkaitan dengan dunia dan
akhirat di mana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dari segi perbandingan
antara perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah, terdapat banyak persamaan jika dibandingkan
dengan perbezaan di mana undang-undangnya digubal mengikut kesesuaian kepelbagaian
masyarakat di negara ini. Sebagai contoh, masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian
yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan. Begitu juga dengan perlembagaan
Malaysia di mana setiap rakyatnya harus mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Cara
Nabi Muhammad s.a.w mendirikan sebuah kerajaan berbeza daripada cara yang dilakukan oleh
pemimpin lain di dunia. Hal ini menunjukkan keagungan dan kepintaran Rasulullah sebagai
pemimpin. Justeru itu, setiap pemimpin haruslah mencontohi cara kepimpinan baginda. Bibliografi
1. Azhar Abdul Aziz,Mohd Asmadi Yaakob (2014) , Sejarah Malaysia dalam konteks Hubungan Etnik,
Shah Alam;IMTIYAZ Multimedia and Publication 2. Mohd Ali Muhamad Don (2010), Piagam Madinah
asas wujud hubungan harmoni, Utusan Malaysia Sdn Bhd. 3. Umar Hasyim (1979), Toleransi
Kemerdekaan Beragama Dalam Islam Sebagai Dasar Menuju Dialog dan Kerukunan Antarabangsa (
Sejarah Toleransi dan Intoleransi Agama dan Kepercayaan Sejak Zaman Yunani), Jalan Gentengkali 9
Surabaya; pt. Bina Ilmu 4. Haji Zainal Abidin bin Ahmad (1977), Sejarah Islam dan Umatnya Sampai
Sekarang (Perkembangannya dari Zaman ke Zaman) (Terbitan pertama), Kramat Kwitang, Jakarta;
Bulan Bintang. 5. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Mohd Yusof bin Ibrahim, Muhammad
Bukhari bin Ahmad, Rosnanani bt Sulaiman (2010), Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks, DBP&KPM. 3

Anda mungkin juga menyukai