Anda di halaman 1dari 1

Resepi Cucur Kembung Lemak Manis yang Viral Dan Senang Dibuat

Baru-baru viral pasal cucur kembung lemak manis yang comel sangat. Cara untuk membuatnya amat
mudah dan senang sahaja. Cucur yang paling sikit barang digunakan tetapi sedap, ini kerana apabila
makin sejuk makin sedap pula dimakan. Teksturnya yang tetap lembut walaupun sudah ditinggalkan
semalaman.

Rata-rata begitu ramai yang sudah mencuba resepi cucur kembung dan amat mengemarinya. kanak-
kanak juga amat menyukainya. Jadi mari RP kongsikan Resepi Cucur Kembung Lemak Manis yang Viral
Dan Senang Dibuat;

Resepi Cucur Kembung Lemak Manis ;

Bahan-bahan yang diperlukan;

Bahan (A)

-3 cawan tepung gandum

-1/2 cawan susu manis

-Secubit garam

Bahan (B)

-3 cawan air panas yang betul-betul mendidih (anggaran) (mesti mendidih mengelegak tau suam-suam
kuku tidak boleh)

Cara-cara untuk membuat;

Cara-caranya

Campurkan semua bahan A tadi, pastu masukkan air panas tadi perlahan-lahan ke dalam bahan A tadi,
kemudian gaul guna sudu saja dan sekiranya tepung telah bertukar menjadi doh bolehlah digentel dan
hentikan tuang air panas.

sejukkan terlebih dahulu, kemudian bolehlah digentel bulat-bulat yang comel. Akhir sekali bolehlah
digoreng dengan minyak yang betul-betul panas, tetapi api sederhana saja ye.

Tips ada 2 cara nak gentel jadi bulat-bulat comel;

1) Dengan membasahkan jari dengan air; ataupun

2) Dengan melumurkan jari atau sudu dengan minyak

Anda mungkin juga menyukai