Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 1 (20%)

Sila upload tugasan satu anda di sini:

a) Penulisan pernyataan masalah yang mengandungi lima elemen seperti


dibincang dalam kuliah, Sila sediakan tugasan ini mengikut elemen-elemen
tersebut (boleh buat dalam bentuk sub topik atau jadual yang mengandungi:

Pengenalan topik
Menyatakan masalah memberikan bukti wujudnya masalah
Menjustifikasikan masalah bukti kepentingan masalah
Mengenegahkan jurang apa yang belum diketahui untuk menyelesaikan
masalah
Pihak yang mendapat manfaat dari kajian yang akan dijalankan

b) Tujuan, objektif, soalan dan hipotesis kajian

c) Definisi operasional pembolehubah kajian

d) Senarai rujukan mengikut gaya UKM

Pastikan anda menamakan fail anda: No Matrik, Nama dan tugasan 1

________________________________________________________________

Tugasan 2 (15%)

Sila upload tugasan 2 di sini

Tugasan 2 meliputi:

a) Lima sintesis literatur tentang kajian lepas yang berkaitan dengan


kajian anda

b) Penulisan rumusan sintesis literatur berkenaan

c) Kerangka konseptual kajian

d) Senarai rujukan mengikut gaya UKM

Pastikan anda menamakan fail anda: No Matrik, Nama dan tugasan 2


Tugasan 3 (20%)

Sila upload tugasan 3 di sini:

Tugasan Penulisan 3a (10%): Kenalpasti Pembolehubah yang akan diukur dan


bina instrumen (SS) / protokol temubual. Bincang tentang kesahan &
kebolehpercayaan Instrumen tersebut berdasarkan kajian-kajian lepas. Tugasan
ini hendaklah mengandungi:

a) Pembolehubah/konsep/konstruk

b) Prosedur pembinaan instrumen

c) Kesahan dan kebolehpercayaan

d) Skala pengukuran dan penskoran

e) Contoh instrumen

f) Senarai rujukan mengikut gaya UKM

Tugasan Penulisan 3b(10%): Sediakan satu penulisan tentang rekabentuk yang


sesuai untuk persoalan kajian anda dan berikan justifikasi mengapa memilih
rekabentuk tersebut. Tugasan ini hendaklah mengandungi:

a) Rekabentuk kajian

b) Populasi dan sampel

c) Prosedur kutipan data

d) Prosedur analisis data

e) Senarai rujukan mengikut gaya UKM

Pastikan anda menamakan fail anda: No Matrik, Nama dan tugasan 3


PENULISAN AKADEMIK

TUGASAN INDIVIDU

Pilih satu tajuk kertas kerja yang tepat dan sesuai dengan bidang pengkhususan
anda. Berdasarkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) bahan penulisan dan kajian
dalam bidang pengkhususan anda, tulis satu kertas kerja seminar (berbentuk
kertas konsep) yang lengkap tentang tajuk yang anda pilih).

TUGASAN KUMPULAN

Pembentangan dan Perbincangan Kertas Seminar (Kertas Konseptual)

Berdasarkan sekurang-kurangnya tinjauan sepuluh (10) bahan penulisan dan


kajian terdahulu, tulis satu kertas kerja seminar (kertas konsep) untuk
dibentangkan dalam salah satu seminar Kebangsaan

Abstrak kertas kerja perlu diedarkan kepada semua pelajar semasa


pembentangan
Pembentangan dibuat dalam bentuk Power Point

Penulisan Projek Semester: Menulis Kertas Kerja Seminar (Kertas Konsep) &
Abstrak

**Hantarkan semua tugasan individu dan kumpulan semasa Seminar 2 kepada


pensyarah kumpulan
( 15.12.2017 JUMAAT )

Anda mungkin juga menyukai