Anda di halaman 1dari 1

8.

0 Hiasan

Buah Ceri Membuat Hiasan Menggunakan Daun Pandan

Persembahan hiasan masakan adalah sangat penting kerana masakan yang


dihasilkan akan dipersembahkan dan dapat menrik perhatian ramai. Suatu sajian bukan
hanya mementingkan aspek kelazatan sahaja tetapi turut mementingkan aspek hiasan.
Suatu hiasan yang menarik dapat menaikkan selera dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi serta menggambarkan seseorang yang menyajikan masakan adalah kreatif dan
inovatif.

Dalam memasak, bukan saja rasa enak yang menjadi tujuan utamanya, faktor keindahan
dan keserasian juga memegang peranan penting. Maksud hiasan pada suatu hidangan
adalah untuk memberi daya tarik serta keindahan pada hidangan tersebut. Kedua faktor ini
akan mempengaruhi penglihatan kita, sehingga menimbulkan selera yang akhirnya
berkeinginan untuk merasai hidangan yang disajikan. Sebenarnya, seni menghias hidangan
dengan buah dan sayuran itu merupakan suatu warisan dan mempamerkan kesungguhan
kita.