Anda di halaman 1dari 5

7.

0 Kemasan

Kekemasan tempat untuk bekerja merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian
sepanjang berlansungnya proses menyediakan sajian. Hal ini kerana, dapur yang tidak kemas
boleh mendatangkan serangga perosak yang mampu mengundang kepada keracunan
makanan seterusnya kepada kematian seandainya situasi menjadi kritikal. Kemasan pada
umumnya dibahagikan kepada tiga pecahan umum yakni, kemasan diri, kemasan dapur dan
kemasan sinki.

Kemasan diri merujuk kepada cara menjaga penampilan diri semasa berada di dapur.
Pada umumnya, apron perlulah digunakan untuk mengelakkan baju terkena kotoran semasa
memasak. Bagi non-muslim, rambut haruslah diikat bagi perempuan untuk mengelakkan
rambut jatuh ke dalam hidangan yang disediakan manakala bagi muslimah pula, tudung
hendaklah dikemaskan di sebalik apron yang digunakan agar tudung tidak mengganggu
sepanjang proses penyediaan sajian.

Pastikan kuku dipotong pendek sebelum memulakan penyediaan sajian bagi


mengelakkan kuman pada kuku berpindah ke dalam sajian semasa proses penyediaan.
Basuh tangan setiap kali menyentuh peralatan atau benda yang kotor untuk memastikan
bahan-bahan yang dipegang kelak tidak dijangkiti oleh kuman.

Kemasan dapur pula merujuk kepada pembersihan pada meja, tempat memasak dan
lantai. Untuk meja, meja hendaklah dibersihkan sebelum memulakan proses memasak. Hal
ini kerana, meja yang telah ditinggalkan begitu sahaja akan terdapat debu daripada udara.
Setelah itu, selesai sahaja memasak, meja hendaklah dibersihkan lagi menggunakan kain
yang lembab. Kain lembab mampu menanggalkan kesan-kesan yang melekat pada
permukaan meja seperti tepung, gula dan garam. Seandainya tidak dibersihkan, serangga
akan datang dan beranak-pinak di meja masakan.

Selain itu, tempat memasak dan lantai pula perlulah dibersihkan. Lantai dibersihkan
dan perlu dimob kerana untuk mengelakkan air berkumpul pada lantai dan menyebabkan
lantai menjadi licin. Ini akan menggangu proses penyediaan sajian seandainya lantai licin
selain boleh mengakibatkan individu jatuh di dapur. Bagi sinki pula, pinggan mangkuk perlulah
dibasuh dengan bersih. Dalam erti kata lainnya, kesan minyak pada pinggan mangkuk dan
peralatan lain yang digunakan sudah dibersihkan sepenuhnya.

Bagi aktiviti mengemas kami telah melakukan beberapa aktiviti mengemas di dalam
bengkel masakan seperti mencuci pinggan mangkuk setelah digunakan, mengelap
permukaan meja yang kotor seterusnya mengemop lantai dan lain-lain. Aspek kebersihan
sangat dipentingkan dalam bengkel memasak. Bagi memastikan penyediaan makanan
adalah bersih kami menggunakan apron semasa memasak. Kami juga mengemas pinggan
mangkuk dan meletakkan di tempat asal digunakan.

Akhirnya, salah satu aspek yang perlu diberi perhatian juga adalah keselamatan di
dapur masakan. Mastikan saluran gas pada tong gas dinyahkan sebelum meninggalkan dapur
masakan bagi mengelakkan gas bocor dan mengundang kepada kebakaran bengkel
masakan.

Meja dibersihkan selepas digunakan.

Tempat memasak dibersihkan daripada


kesan minyak.

Menyusun kain pengelap pada tempat yang


telah disediakan.
Mencuci peralatan yang sudah digunakan.

Lantai dimob untuk mengelakkan air


bertakung dan licin.