Anda di halaman 1dari 2

4.

2 Kek Kopi Karamel

Bahan-Bahan:
150 g (5 oz) tepung gandum berserbuk penaik

30 g (1 oz) tepung kastard

3 camt kopi segera (instant coffee powder)

125 ml (4 fl oz) susu

125 g (4 oz) mentega (dipotong dadu)

150 g (5 oz) gula aising

2 camt esen vanilla

2 biji telur

Cara penyediaan:
1. Menyediakan Acuan Kek Dan Ketuhar
I. Griskan acuan baba berdiameter 21 cm (8 in).
II. Panaskan ketuhar 180C (350 F) atau Gas Regula 5.

2. Menyediakan Adunan Kek


I. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan.
II. Campurkan semua bahan dengan perlahan sehingga rata.
III. Putar dengan kelajuan sederhana (cake mixer) hingga adunan menjadi licin dan
berwarna kopi sebati.
IV. Bubuh adunan ke dalam acuan baba.

3. Membakar Kek
I. Bakar kek di tertingkat tengah selama 40 minit sehingga pencucuk dikeluarkan
bersih.
II. Sejukkan.

4. Menghidang Kek
I. Hiaskan kek jika suka (rujuk bab 17 - Aising):
1. Sapu bahagian atas kek dengan aising mentega.
2. Taburkan hirisan badam.

5. Hidangkan Dalam Pinggan Beralas Doili.


Hidangan 4 - 6 orang

21