Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Melalui subjek RBTS 3203 ini saya dan ahli kumpulan saya iaitu Denne Freddy banyak
mempelajari kaedah memasak melalui pensyarah kami dan kami akan aplikasikan teknik dan
kaedah yang dipelajari semasa mengajar nanti. Pada amali masakan ini kumpulan saya dan
Denne Freddy telah ditugaskan untuk membuat kuih karipap. Pada mulanya kami berasa tidak
yakin untuk membuat kuih karipap tetapi kami berusaha untuk tidak menghampakan ahli
kumpulan masing-masing. Kami memulakan dengan mencari bahan-bahan yang diperlukan
untuk membuat kuih karipap seperti kari, ayam dan tepung untuk menghasilkan doh ataupun
pastri. Semasa menghasilkan inti untuk membuat karipap ini kami mengalami masalah
terlebih memasukkan minyak ke dalam kuali.

Hal ini menyebabkan inti kami menjadi terlalu banyak minyak. Masalah yang kami
hadapi seterusnya ialah kentang tidak berapa lembut kerana lambat dimasukkan. Kentang
sepatutnya dimasukkan bersama dengan ayam agar tekstur kentang menjadi lebih lembut.
Namun begitu kentang yang dihasilkan bersama dengan ayam masih dapat dimakan dan
menepati selera. Kaedah yang kami gunakan ialah menggunakan kaedah gaul dan ramas
bagi menghasilkan pastri yang rapuh. Bagi menghasilkan pastri rapuh,adunan mentega dan
tepung adalah sama rata. Sesuatu doh dikenalpasti sebagai pastri apabila digunakan sebagai
asas bagi produk bakar. Pastri yang baik adalah ringan, lapang dan lemak tetapi cukup pejal
untuk menyokong berat pengisiannya. Kami juga menghadapi masalah semasa
menggunakan acuan karipap kerana sukar untuk menghasilkan kelim karipap. Hal ini
demikian kerana karipap tersebut terbuka setelah dikelimkan kerana kami meletakkan inti
yang banyak. Kami telah mengambil inisiatif untuk tidak menekan karipap terlalu kuat semasa
membuat karipap agar karipap tidak mudah terbuka.

Jelaslah kemahiran dalam memasak ini telah membentuk diri kami agar lebih fokus,
lebih mengutamakan kebersihan dalam mengendalikan makan, dapat memupuk semangat
kerjasama dalam pasukan seterusnya dapat mempelajari banyak resipi baru. Kemahiran ini
sangat penting untuk diaplikasikan semasa mengajar nanti. Terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada pensyarah kami yang telah banyak member tunjuk ajar serta bimbingan
sepanjang proses memasak.