Anda di halaman 1dari 11

Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN STAF

1. ARAHAN AM

Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami
dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan
boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan lain.
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan
menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata
pencarian semata-mata.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang
Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah,
Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah, Matlamat dan Falsafah SABK, Falsafah
Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan 2020.
Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar
dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas
Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan
menjamin keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda
sekolah.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan
kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2.. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu
persekolahan.
Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan
kecuali menjalankan tugas rasmi di luar.

3. MASA TIBA DI SEKOLAH

Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah selewat-lewatnya 5 minit


lebih awal, iaitu 7.20 pagi sebelum masa pertama dimulakan.
Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.15 pagi dan berada di
tapak perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin
mereka.
Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah jam 4.30 petang
Semua guru WAJIB menandatangani Buku Kehadiran Guru serta merakam masa
tiba ke sekolah dan masa balik.

Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 16


Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

4. PERHIMPUNAN SEKOLAH

Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa


dan hari yang ditetapkan.
Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali
leher. Semua guru digalakkan memakai kod blazer.
Guru-guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Asmaul-Husna,
Negaraku, Lagu Negeri dan lagu Sekolah serta membaca ikrar.
Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang
berlaku sepanjang hari ia bertugas ke dalam buku laporan harian yang disediakan di
pejabat sekolah. Antara perkara-perkara yang perlu dilaporkan :
i.
ii.
iii.
iv.
v

5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS.

Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam
waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada pengetua.
Guru-guru yang mendapat arahan JPN/PPD / KEMENTERIAN / LEMBAGA
PEPERIKSAAN dll. mesti memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
Guru dan staf sokongan juga dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran
Keluar dan dapatkan tandatangan Pengetua / Guru Penolong Kanan. Satu salinan
disimpan dalam fail di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada
Pengawal Keselamatan bertugas di pos pengawal untuk direkodkan. ( Rujuk
lampiran 1 ).
Guru yang mendapat kebenaran daripada pengetua hendaklah merakamkan waktu
keluar dan waktu kembali semula ke sekolah.
Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas
yang ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua / Guru Penolong
Kanan.
Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan.

. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS

Guru-guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 ( rujuk salinan surat yang
dilampirkan)

7. BUKU KEHADIRAN GURU

Rakaman kehadiran guru / catatan kehadiran guru adalah dokumen yang


membantu pengetua untuk membuat penilaian Prestasi Tahunan.
Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga
dikehendaki menandatangani buku kehadiran kokurikulum / kelas tambahan.
Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 17
Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Guru mesti memberitahu pihak
pentadbiran sekolah secepat mungkin.

8. KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN

Guru wajib hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.


Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua dengan
permohonan secara rasmi. Bukti tidak dapat hadir hendaklah disertakan.
Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti
disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan.
Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T,
seluar trek, selipar tidak dibenarkan.

9. KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan


kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap.
Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada
buku kehadiran
kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh
pelajar dan mengesahkan laporan tersebut.
Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap
minggu untuk disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / GPK
Kokurikulum untuk disahkan.

0. MELAKUKAN KERJA LUAR

Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi
Perintah Am Bab D seperti berikut :-

Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan.

Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa


tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) subseksyen 79
(e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 ( Ringgit
Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

11. CUTI

11.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal


Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 18
Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24


Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
seharian daripada tugas mengajar.

11.2 Cuti Rehat Khas ( CRK )

Tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti
dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh ( 7 ) hari dalam satu tahun kalender.
( rujuk Perintah Am 1 ( ix ) bab C ).

11.3 Cuti Sakit

Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan
kepada Pengetua atau Penolong kanan / Penolonh kanan HEM, Penolong kanan KO -
Kurikulum mengikut tatacara berikut:
o Menelefon segera kepada pengetua
o Menyampaikan pesanan melalui guruguru lain.
Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong
Kanan apabila datang bertugas kembali.

11.4 Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas

Untuk memohon cuti ini , sila baca surat Pekeliling KPM yang dilampirkan bersama.
Dapatkan borang permohonan dari Pejabat Sekolah.
Serahkan borang yang siap di isi untuk kelulusan.

11.5 Cuti Keluar Negara

Guru - guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti
sekolah atau semasa penggal persekolahan.Sila isikan borang permohonan yang ada
di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

11.6 Cuti tanpa rekod

Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti
latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan /
persatuan, latihan syarikat kerjsama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

11.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat .

Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga ( 3 )
hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri,
anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan
am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 19
Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

11.8 Cuti Khas Isteri bersalin

Diberikan selama tujuh ( 7 ) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan
am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima ( 5 ) kali dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

11.9 Cuti Tanpa Gaji

Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

12. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR ( Fail e-PM):

Buku persediaan mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
Fail / Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru
Kanan Mata Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan
ditandatangani.
( rujuk jadual ).
Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan
Pelajaran, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas Dan Persendirian, Senarai Buku
Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Pelajar. Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan
makluamat - maklumat lain di ruangan yang disediakan.
Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan
pelajaran di dalam buku persediaan mengajar.
Format terkini KBSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran
Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam buku
Persediaan mengajar perkara berikut:
1. matapelajaran yang diganti
2. tingkatan
3. masa
Buku Persediaan Mengajar adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan
melaksanakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Jika seseorang guru bercuti, fail / buku tersebut hendaklah diserahkan
kepada Guru Penolong Kanan, untuk urusan guru pengganti.
Fail / Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah
pada hari terakhir tahun persekolahan.

13. WAKTU MENGAJAR

Mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.


Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas
adalah seperti berikut:
1. Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif
2. bersih dan kemas
3. Bilangan pelajar akur dengan kedatangan
4. Mencatat bilangan pelajar yang ada didalam borang kawalan kelas.
Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 20
Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

14. GURU GANTI

Sila lihat Pekeliling Kementerian Pelajaran mengenai Masa Luang (Free Period). Guru
- guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan

15. BUKU LATIHAN/ NOTA PELAJAR/ BUKU KERJA/ BUKU REKOD


KOKURIKULUM

Buku buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti


Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada pelajar.
Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah
diperiksa.
Pengetua/ Penolong kanan/ Penolong kanan HEM/ Penolong kanan Koku / Ketua-
ketua Bidang akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.

16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN

Semua guru SMRA Jempol adalah guru disiplin dan guru bimbingan.Guru-guru
hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan budaya
Sekolah Penyayang. Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus
pelajar-pelajar.

17. KESELAMATAN PELAJAR

Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar sepanjang waktu


berada di dalam kawasan sekolah.
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada
pengetua atau penolong -penolong kanan , ibu bapa atau penjaga kepada pelajar
berkenaan mesti dimaklumkan segera.
Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi
Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal.

18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN

Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan
harapan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaaan.
Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan /
fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.

Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 21


Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

19. BILIK GURU

Kebersihan , keceriaan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi


tanggungjawab semua guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada pelajar .
Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap non-teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru
hendakah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah
sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di
bilik guru.
Pelajar tidak digalakkan berada di bilik guru.
Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu
dengan guru.
Sebarang pertemuan ( tetamu luar ) hendaklah diadakan di luar bilik guru / kantin.

20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah


berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan
dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Guru
Penolong Kanan.

21. TUGAS

Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan
pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit
curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas
yang boleh diperoleh di Pejabat Sekolah.
Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila
balik ke sekolah hendaklah menjalankan In House Training kepada guru dan
dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa
pelaksanaannya.
Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
untuk pelajar dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada
Penolong Kanan (rujuk lampiran 2).

22. JADUAL WAKTU

Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri
Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 22
Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

23. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

Setiap Guru Tingkatan akan diberi sebuah Buku Kedatangan Pelajar. Buku ini
amat penting kepada pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang. Buku
ini tidak boleh dibawa pulang ke rumah atau disimpan di bilik guru atau tempat-tempat
lain. Buku ini mesti disimpan di pejabat sekolah pada setiap masa.
Guru tingkatan hendaklan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak kehendak mengenainya yang
tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam
sahaja atau biru sahaja, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Tingkatan
pada waktu pertama. Jika Guru Tingkatan tidak hadir, Jadual kedatangan diserah
kepada penyelaras tingkatan.
Guru tingkatan sendiri mesti menanda kehadiran pelajar tiap tiap hari.
Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama 10 hari dalam
satu bulan, ibu-bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.
Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru
Penyelaras Tingkatan.

24. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga


keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah disampaikan ke
pengetahuan pihak sekolah.
Ketua Panitia / Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan ada
peraturan peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti
makmal, bengkel dan lain-lain.
Alatalat dan harta sekolah adalah harta kerajaan . Penggunaan untuk
peribadi adalah dilarang. Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran
guru kanan / guru yang bertanggung jawab dengan mengisi borang pinjaman. Alat
yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.

25. KEBERSIHAN

Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran


bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-
masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan
dengan rapi dan selamat.
Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai
bilik khas / tempat khas ( bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain )
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf
sokongan dan pelajar.

Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 23


Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

26. SURAT RASMI

Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah


dihantar melalui pengetua.

27. SURAT YANG DITERIMA

Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-
surat tersebut.
Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :

Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau
fotostat, jika salinan asal sila minta fotostat terlebih dahulu supaya
salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.
Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat
dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip
dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup / iringan yang
boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan
dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup dari sekolah
walau pun dihantar dengan serah tangan . Satu salinan borang
berkenaan dan surat litup hendaklah disimpan dalam fail sekolah di
pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.

28. PERGI KE JABATAN PELAJARAN / PEJABAT PELAJARAN DAERAH

Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran
Daerah untuk urusan peribadi.

29. PELAWAT

Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Guru Penolong


Kanan
terlebih dahulu. Penjual / pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guruguru tanpa
kebenaran pengetua . Promosi atau mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk
pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pengetua. Guruguru adalah
dilarang menjadi penjual atau pengedar bukubuku atu bahanberkaitan untuk
pelajarpelajar. Hanya koperasi sekolah sahaja mempunyai kuasa untuk mengedar dan
menjual bukubuku di sekolah.

30. MEMBELI BARANG

Guru / staf yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih
dahulu dengan mengemukakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di
Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 24
Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

pejabat sekolah untuk ditandatangan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Kanan
berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Guru-guru/ staf tidak boleh membuat
pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui guru kanan matapelajaran.
Guru-guru kanan matapelajaran wajib mendapat sebutharga untuk membeli sesuatu
barang yang lebih daripada RM 500.00 untuk 1 unit.
Pembelian barang melalui koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan
yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada pengetua.
Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan ( Local Order /
LO ).
Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima, rekodkan No.
daftar stok
dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah
direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

31. BUKU STOK / INVENTORI

Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok /


inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini. ( Setiap pembelian dan keluar masuk barang
hendaklah direkodkan dengan serta merta )

Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan


menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat
setiap hujung tahun untuk disahkan oleh GPK / Pengetua.

32. TANDA NAMA

Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,


majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG

Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG
sekolah.
Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan PIBG.

34. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.


Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua Ketua Bahagian atau
Penjaga Stok dan direkodkan.
Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan
segera serta berkeadaan baik.
Alat-alat yang rosak hendaklah dilaporkan setelah selesai digunakan
dalam keadaan baik kepada pihak bertanggungjawab dengan serta merta.

Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 25


Buku Panduan Pengurusan SMRA Jempol

35. ARAHAN DAN PEKELILING.

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas
Guru boleh merujuk Pekeliling Semasa di dalam fail khas yang disediakan

36. TELEFON

Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru


atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon awam untuk urusan peribadi.
Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P & P di dalam bilik
darjah.

37. KUNCI

Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci


hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti
mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku
khas di pejabat sekolah.

Pentadbiran Am Untuk Guru dan Staf 26

Anda mungkin juga menyukai