Anda di halaman 1dari 20

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.


Bekerja dengan penuh bertanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan


AKSES daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang
tahun 2020
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
KUALITI pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-
EKUITI luarbandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun
20209
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
PERPADUAN pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid
KECEKAPAN mengikut peruntukan
sedia ada

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


11 anjakan yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti


bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi di tempatkan di setiap
sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEMPOH 13 TAHUN

GELOMBANG 1 (2013-2015)
MENGUBAH SISTEM DENGAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA GURU DAN MEMBERI
FOKUS KEPADA KEMAHIRAN UTAMA

Membimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard guru khususnya dalam mata
pelajaran teras seperti Matematik, Sains, BM dan BI
Standard kemasukan yang lebih tinggi bagi guru baharu
Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah Band 5, 6 & 7 dan
mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi mengukuhkan kepimpinan
sekolah
Merombak soalan peperiksaan dengan tumpuan kepada peningkatan soalan kemahiran berfikir
aras tinggi (HOTS)
Standard BM yang sama dilaksanakan pada peringkat rendah dengan penyediaan bantuan
pemulihan kepada murid lemah dalam BM dan BI
Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT dalam pembelajaran harian
Memastikan sokongan daripada PPD ditumpukan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk
kepada murid dengan keperluan khusus melonjakkan peningkatan sekolah
Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta menawarkan pendidikan vokasional
yang lebih baik untuk meningkatkan enrolmen pra sekolah dan sekolah menengah
Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kolaborasi dengan
sektor swasta
Mentransformasi kementerian bermula dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui
JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian KPM.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


GELOMBANG 2 (2016-2020)
MEMACU PENINGKATAN SISTEM

Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan
dalam semua mata pelajaran, pemikiran,kepimpinan, etika / kerohanian dan identiti nasional.
Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambahbaik latihan
pra-perkhidmatan untuk memugarkan profesion keguruan
Menambahbaik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat
menengah bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran standing dengan
standard antarabangsa
Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion BI dan
mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan pelbagai
bahasa
Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang
murid untuk menangani isu kapasiti
Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan
minoriti lain,pintar cerdas dan berkeperluan khas
Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal
pendidikan vokasional swasta
Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD
untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


GELOMBANG 3 (2021-2025)
MENGANJAK KE ARAH KECEMERLANGAN MELALUI PENINGKATAN TADBIR URUS
KENDIRI

Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dengan lebih meluas darisegi
pelaksanaan kurikulum dan peruntukkan belanjawan bagi sekolah yang layak
Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing rakan sejawat, iaitu guru dan
pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan sejawat
mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesionalisme
Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dan menyediakan lebih pilihan untuk mempelajarai bahasa
tambahan
Melaksanaan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh Negara
untuk meningkatkan standard pembelajaran
Mengukuh dan mentransformasi Kementerian melalui pengukuhan kemajuan kerjaya bagi
pegawai pada peringkat Kementerian
Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan keperluan bagi mengoptimumkan laluan
dan pilihan persekolahan

Keberhasilan utama
100% lliterasi murid dalam BI dan BM dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahun
persekolahan: sasaran untuk BI akan ditentukan selepas garis asas diperoleh
92% prasekolah , 98% sekolah rendah dan 95% enrolmen menengah rendah
Pengurangan 25% jurang bandar dan luarbandar
Prestasi Malaysia pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS and PISA seterusnya
100% enrolmen prasekolah hingga menengah rendah, 90% enrolmen menengah atas
50% pengurangan jurang bandar / luar bandar , 25% pengurangan jurang sosio ekonomi dan
jantina
Pencapaian Malaysia pada kedudukan negara sepertiga teratas dalam TIMSS and PISA
Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen
Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar bandar, 50% pengurangan jurang
sosio ekonomi dan jantina

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH

1. HADIR BEKERJA
1.1 Semua guru dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya sepuluh minit
sebelum waktu bekerja rasmi bermula. Persekolahan bermula pada pukul 7.30
pagi dan balik pada pukul 2.40 petang pada hari Isnin, Selasa,Rabu dan
Khamis, serta 12.00 tengah hari pada hari Jumaat.
1.2 Sebaik-baik sampai, guru-guru dikehendaki Thumb Print kehadiran di pejabat
sekolah.
1.3 Guru-guru yang terlewat sampai daripada waktu bekerja rasmi bermula,
hendaklah berjumpa pengetua untuk memaklumkan sebab kelewatan tersebut.

2. TIDAK HADIR BEKERJA


2.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir bekerja dikehendaki memberitahu pengetua
secepat mungkin dengan kaedah-kaedah berikut :
2.1.1 Ketidakhadiran pada tarikh yang diketahui terlebih dahulu, sama ada
atas sebab persendirian atau arahan rasmi daripada pihak yang
diluluskan dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu.
2.1.2 Ketidakhadiran secara tergempar atau cuti sakit hendaklah
dimaklumkan dengan segera pada hari berkenaan dengan cara yang
paling sesuai.
2.2 Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan kerana cuti sakit atau bukan arahan
rasmi daripada pihak yang diluluskan, dikehendaki meminta cuti dengan
menyempurnakan borang permohonan cuti.
2.3 Borang permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum tarikh cuti diambil
kecuali atas sebab kecemasan. Walau bagaimanapun mesti mendapat
kelulusan daripada pengetua terlebih dahulu dan memaklumkan cuti tersebut
kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Tingkatan. Borang
Permohonan Cuti berkenaan mesti diuruskan pada hari pertama bertugas
semula.
2.4 Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana uzur dan mendapat sijil sakit
dikehendaki menyerahkan sijil tersebut ke pejabat sekolah pada hari pertama
bertugas semula untuk disahkan oleh pengetua dan untuk tindakan
selanjutnya.
2.5 Kakitangan yang mendapat cuti sakit telah disyaratkan mesti berada di hospital
atau di rumah pegawai mengikut Perintah Am Bab C Hal.17 (C) kecuali
diarahkan oleh Pegawai Perubatan sebaliknya. Surat Akuan Sakit mesti
diserahkan pada hari pertama bertugas semula kepada Ketua Pembantu
Tadbir.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


2.6 Cuti Rehat Khas adalah mengikut budi bicara pengetua.
3. MENINGGALKAN SEKOLAH DALAM WAKTU BEKERJA
3.1 Seseorang guru yang hendak meninggalkan sekolah dalam waktu
persekolahan sama ada dalam tempoh tertentu atau tidak akan kembali
semula pada hari berkenaan di kehendaki mendapat kebenaran pengetua
sebelum berbuat demikian. Kebenaran hanya akan diberi atas sebab yang
sangat mustahak dan tidak dapat dielakkan.
3.2 Seseorang guru yang diberi kebenaran keluar dari kawasan sekolah hendaklah
menyempurnakan maklumat Buku Rekod Keluar Dalam Waktu Bekerja di
pejabat sekolah dan ditandatangani oleh pegawai yang membenarkan.

4. KEHADIRAN KE KELAS
4.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu pengajaran yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah, kehadiran ke kelas tidak lewat daripada lima
minit atas maksud perjalanan akibat pertukaran kelas.
4.2 Guru-guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas lebih awal daripada
loceng berakhirnya waktu berkenaan dibunyikan.
4.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam tempoh pengajaran
walaupun pelajar telah diberi tugasan atau kerja-kerja yang berkaitan.
4.4 Semua guru dikehendaki memaksimumkan penggunaan masa untuk P&P
yang telah diperuntukkan. Setiap guru hendaklah melibatkan diri dengan
pelajar mereka sehingga waktu pengajaran berakhir.

5. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5.1 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran ialah dokumen rasmi. Guru-guru
dikehendaki mengemas kini maklumat yang diperlukan setiap hari.
5.2 Buku Rekod Mengajar hendaklah sentiasa dibawa ke kelas pada waktu
pengajaran.
5.3 Buku Rekod Mengajar yang telah lengkap disempurnakan termasuk hari Isnin
minggu berikutnya hendaklah dihantar untuk semakan oleh pengetua pada hari
Jumaat atau hari sebelumnya jika hari Jumaat diisytiharkan sebagai Hari
Kelepasan Am.
5.4 Rancangan Harian hendaklah sentiasa dikemaskinikan dan ditulis sehari
sebelum melaksanakan pengajaran.
5.5 Rancangan Harian hendaklah ditulis mengikut format dan kaedah yang telah
ditetapkan oleh panitia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.6 Setiap orang guru yang akan bercuti, berkursus dan menjalani aktiviti di luar
maka Buku Rekod Mengajar yang telah dilengkapkan untuk hari berikutnya
hendaklah diserahkan kepada pengetua atau Penolong Kanan bagi

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


memudahkan guru ganti mengambil alih tanggungjawab dan melaksanakan P
&P seperti yang telah dirancang.
5.7 Semua maklumat Rancangan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran mata pelajaran
yang diajar hendaklah disiapkan sebelum 17 Januari 2018.

6. JADUAL KEDATANGAN KELAS


6.1 Jadual Kedatangan Kelas adalah menjadi tanggungjawab guru kelas dan
hendaklah dikemas kini setiap masa. Pelajar tidak dibenarkan menguruskan
Jadual Kedatangan Kelas.
6.2 Kedatangan harian pelajar hendaklah ditandakan pada hari berkenaan
sebelum pukul 8.50 pagi.
6.3 Setiap hari terakhir setiap bulan, guru kelas hendak menutup dan mengira
data-data yang berkaitan seperti yang diarahkan.
6.4 Jadual Kedatangan Kelas hendaklah disimpan di pejabat sekolah setiap masa
untuk memudahkan proses semakan dan mendapatkan maklumat apabila
perlu.

7. PERHIMPUNAN MINGGUAN
7.1 Perhimpunan mingguan telah ditetapkan pada hari Isnin setiap minggu.
7.2 Perhimpunan mingguan merupakan majlis rasmi sekolah yang wajib dihadiri
oleh semua guru dan pelajar. Oleh itu semua guru dan pelajar wajarlah
menghormati majlis ini.
7.3 Guru bertugas mingguan bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis
termasuk menyediakan dan memulangkan kembali kerusi tempat duduk serta
merekodkan semua peristiwa yang berlaku dan perkara yang terdapat dalam
Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan.

8. HUBUNGAN GURU DENGAN MURID


8.1 Semua guru hendaklah sedapat mungkin memberi perhatian kepada murid
sebagai individu berbeza kemampuan dan kebolehan.
8.2 Semua guru merupakan pembimbing. Sebarang masalah murid hendaklah
diberi perhatian secara bersungguh-sungguh dan membantu mereka
menyelesaikannya.
8.3 Semua guru hendaklah menggunakan setiap kesempatan membina dan
menyedarkan murid tentang tanggungjawab, merangsang mereka
menggunakan masa secara berfaedah, mendorong berfikir dan mengeluarkan
pendapat atau idea serta membimbing mereka dalam pelbagai perkara yang
berfaedah.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


8.4 Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelajar atas
sebab-sebab keturunan, jantina, status, hubungan kekeluargaan, ekonomi dan
sebagainya.
9. HUBUNGAN GURU / PEKERJA, SESAMA GURU, SESAMA PEEKRJA
9.1 Guru /Pekerja hendaklah mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan
saling membantu antara satu sama lain ke arah kecemerlangan dan kestabilan
sekolah.
9.2 Hubungan guru / pekerja, sesama guru, sesama pekerja hendaklah terjalin erat
sepanjang masa sebagai satu keluarga.
9.3 Setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah hendaklah
dijayakan bersama dengan nilai-nilai kekeluargaan demi mewujudkan
perpaduan dan masyarakat penyayang.

10. KEGIATAN KOKURIKULUM


10.1 Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan wajib dengan peruntukan masa 120
minit setiap aktiviti pada hari Rabu.
10.2 Semua peraturan yang telah dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum dan
Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dipatuhi serta dijadikan panduan.
10.3 Setiap kegiatan kokurikulum mestilah direkodkan dalam Buku Laporan Aktiviti
Kokurikulum.
11. MAKLUMAT DIRI GURU
11.1 Semua guru hendaklah menyempurnakan semua perkara yang berkaitan
dalam Borang Maklumat Diri yang disediakan oleh pihak sekolah.
11.2 Semua guru bertanggungjawab mengetahui dan boleh memberikan maklumat
pada bila-bila masa dengan tepat dan betul mengenai perjawatan.

12. HUKUMAN SALAH LAKU PELAJAR


12.1 Rujuk Pekeliling Ikhtisas bil. 8/83 bertarikh 7 November1983, Pekeliling Disiplin
1998 dan Buku Panduan Disiplin.
12.2 Kesalahan disiplin murid yang berat atau serius hendaklah dirujukkan kepada
Unit Disiplin sekolah untuk tindakan seterusnya.
12.3 Semua jenis hukuman yang dikenakan oleh guru hendaklah direkodkan.
12.4 Guru-guru dilarang bertindak bersendirian dan menghukum mengikut
perasaan. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah berbentuk mendidik dan
menginsafkan pelajar atas kesalahan tersebut.
12.5 Sekiranya terdapat penjaga yang datang kerana tidak berpuas hati terhadap
sesuatu hukuman, diminta berjumpa Pengetua atau Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.
12.6 Semua guru adalah guru disiplin.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


13. CUTI BAGI GURU
13.1 Cuti Rehat Khas, sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia bil.
3/2005 bertarikh 1 Mac 2004.
13.2 Cuti Tanpa Rekod hanya diberi atas perkara-perkara berikut :
13.2.1 Menghadiri latihan pasukan sukarela yang diiktiraf kerajaan.
13.2.2 Menghadiri latihan tahunan pertubuhan / persatuan yang diiktiraf
kerajaan
13.2.3 Menghadiri latihan syarikat kerjasama.
13.2.4 Menghadiri peperiksaan jabatan.
13.2.5 Menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.
13.2.6 Mengambil bahagian dalam olahraga / sukan.
13.3 Cuti Tanpa Gaji
Boleh diambil untuk tujuan persendirian yang mustahak dan permohonan mesti
dibuat dalam masa dua minggu sebelum tarikh bercuti.
13.4 Cuti Bersalin
13.4.1 Pegawai yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan sehingga 90
hari tertakluk kepada syarat dan kelulusan.
13.4.2 Suami bagi isteri yang bersalin dan cuti awam jika berkenaan selama 7
hari berturut-turut termasuk hari bersalin dan cuti awam jika berkenaan
sehingga anak yang kelima sahaja jika isteri bersalin selepas pukul
5.00 petang cuti tanpa rekod bermula pada hari berikutnya.
13.5 Cuti Sakit
Bermaksud tidak boleh bertugas kerana sakit, hendaklah dimaklumkan kepada
pengetua secepat mungkin dan sijil sakit diserahkan pada hari pertama
bertugas semula. Sijil sakit swasta yang melebihi 15 hari hendaklah disahkan
oleh doktor kerajaan. Jika gagal berbuat demikian maka cuti tanpa gaji
hendaklah dipohon.
14. TIDAK HADIR BERTUGAS
Tidak boleh ditolak daripada Cuti Rehat pegawai atau memohon cuti tanpa gaji.
Pegawai diambil tindakan di bawah P.A.C. 14A(a).
15. PERATURAN PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS DI BILIK DARJAH
15.1. Guru-guru Lelaki
15.1.1. Seluar panjang dan berbaju kemeja dengan bertali leher atau bush jaket
atau lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan
jika berlengan panjang, tangan baju janganlah dilipat.
15.1.2. Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan sampin atau pakaian yang
mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


panjang. Setiap hari Jumaat guru-guru lelaki dikehendaki berbaju
Melayu lengkap.
15.1.3 Pada setiap hari Khamis dikehendaki memakai baju batik Malaysia.
15.1.4 Kasut kulit atau kasut-kasut lain yang sejenis dengannya. Capal hanya
boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping.

15.2 Guru-guru Perempuan


15.2.1 Pakaian Kebangsaan atau kaum masing-masing dan lain-lain pakaian
yang sesuai dan tidak mencolok mata.
15.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk
yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.
15.2.3 Kasut sukan, jeans, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang
menutup muka atau yang mencolok mata tidak boleh dipakai.
15.3 Pakaian Seragam Kokurikulum
Semua guru digalakkan memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu
mengikut pasukan yang dipertanggungjawabkan.

16 MEMBAWA PELAJAR BERAKTIVITI KE LUAR DARI KAWASAN SEKOLAH


16.1 Mesti mendapat kebenaran pengetua dengan jadual dan kertas kerja program
dilampirkan.
16.2 Setelah mendapat kebenaran pengetua, guru yang dipertanggungjawabkan
mesti mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga sebelum membawa
pelajar beraktiviti di luar kawasan sekolah.
16.3 Setelah selesai aktiviti, guru yang bertanggungjawab mestilah melaporkan
semula kepada pengetua hasil daripada aktiviti berkenaan.

17 PEMBELIAN BARANG-BARANG
17.1 Guru-guru mata pelajaran dikehendaki berurusan dengan ketua panitia untuk
membeli sesuatu barang keperluan untuk pengajaran mata pelajaran
berkenaan.
17.2 Sebelum membuat pesanan, ketua panitia dikehendaki mengisi borang
cadangan pesanan yang boleh didapati di pejabat sekolah.
17.3 Ketua panitia perlu berbincang dengan pengetua untuk kelulusan sebelum
sesuatu pembelian dilakukan, bukan buat pembelian dahulu dan minta
kebenaran kemudian.
17.4 Semua pembelian mestilah menggunakan Borang Pesanan Tempatan dan
ditandatangani oleh pengetua.
17.5 Sebarang pembelian barang-barang tanpa kelulusan pengetua, pihak sekolah
tidak bertanggungjawab untuk membuat pembayaran.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


17.6 Barang yang diterima, sila pastikan bermutu baik dan akur jumlah seperti
dalam bil atau invois dan dimasukkan dalam buku stok bagi yang berkenaan.
17.7 Borang Pesanan Tempatan hendaklah ditandatangani dan dicop oleh
pembekal dan ditandatangani oleh penerima barang tersebut sebelum
dipulangkan kepada Ketua Pembantu Tadbir untuk pembayaran.
17.8 Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil / invois.
Sesiapa yang gagal memulangkan bil dengan kadar segera maka pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk membayar bil / invois tersebut.

18 DERMA DAN SUMBANGAN


18.1 Sebarang bentuk sumbangan / derma yang ingin dipohon mestilah melalui
sekolah dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
18.2 Setiap sumbangan yang diterima mesti dimasukkan dalam akaun yang
ditetapkan.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Pengetua,
SMK Paya Besar,
Jalan Gambang
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


BIDANG TUGAS GURU TINGKATAN
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
i. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas, Bendahari, AJK Kebersihan yang mengagihkan pelajar untuk
membersihkan papan hitam whiteboard, menyapu lantai, mengelap tingkap,
menyusun kerusi dan membuang sampah.
ii Memas tikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan
papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (
jika perlu ) untuk kelas.
ii. Menentukan perkara berikut ada dalam kelas :
a) Jadual waktu
b) Jadual Bertugas Harian
c) Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru dan papan hitam
diinventorikan.
d) Moto kelas
e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
iii. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan
baik dan selamat digunakan.
iv. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru
yang berkenaan.
v. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
vi. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada
budi bicara pelajar. Tabung ini adalah bagi tujuan berikut :
a) Keceriaan kelas
b) Kebajikan pelajar

2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar


i. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum
waktu kedua berakhir dan
ii. Menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat sekolah.
iii. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada dalam buku daftar
kedatangan pelajar ditulis.
iv. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
v. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan
diselenggarakan seperti yang diarahkan :
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang
ditetapkan.
b) Menjamin keselamatan buku tersebut
|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti dan Surat Akuan
i. Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.
ii. Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik
kokurikulum dan fizikal dalam kad
kemajuan pelajar bagi setiap semester / penggal.
iii. Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.
iv. Menyediakan dan mengisi :
a) Mark sheet bagi setiap peperiksaan sekolah.
b) Sijil Berhenti dan Surat Akuan bagi pelajar yang meneruskan
persekolahan lulus

4. Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin


i. Memberi galakkan, motivasi dan merangsang minat pelajar
terhadap akademik.
ii. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan
memberi hadiah ( jika perlu )
iii. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
iv. Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat
kemerosotan akademik dalam kalangan pelajar.
v. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang
menghadapi masalah kesihatan.
vi. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang
melanggar disiplin sekolah.
vii. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur berikut :
a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang yang
diperolehi dari Guru Penyelaras Tingkatan atau Penolong Kanan
HEM.
b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu
bapa/penjaga

5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan


i. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) diagihkan kepada
pelajar yang layak dan memastikan Buku Teks dibalut dan ditulis
nama pelajar.
ii. Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa
iii. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan
menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


pada akhir tahun dan menyerahkannya kepada Guru Penyelaras
SPBT.
iv. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk
bantuan yang lain dan melaporkannyakepada Guru Kebajikan.
v. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat
kemerosotan pelajaran dalam kalangan pelajar yang menerima
biasiswa.

6. Kutipan Bayaran Tambahan dan Derma


i. Mengutip derma PIBG, Sumbangan 3K, Tabung Kecemerlangan (
Tingkatan 3 dan 5 sahaja ) dan bayaran majalah sekolah.
ii. Mengeluarkan resit kepada pelajar sebaik sahaja bayaran dibuat.
iii. Menyerahkan wang kutipan bayaran tambahan dan majalah serta
buku kutipan kepada Ketua Pembantu Tadbir
iv. Menyerahkan wang kutipan derma PIBG, Sumbangan 3K dan
Tabung Kecemerlangan kepada Bendahari PIBG.
v. Memastikan semua pelajar yang nama tercatat dalam Buku Jadual
Kedatangan membayar semua jenis bayaran yang diwajibkan oleh
pihak sekolah
vii.Menyenaraikan nama pelajar dan jumlah bayaran yang belum
dijelaskan kepada GPK Hal Ehwal Murid

7. Pendaftaran Pelajar Baru


i. Menerima kemasukan pelajar baru dari penyelaras tingkatan.
ii. Mendaftar pelajar baru ke dalam Buku Kemasukan Pelajar dan
mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku tersebut
daripada Penolong Kanan HEM.
iii. Menentukan penerimaan borang SPBT ( sekiranya layak ) dari
sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar mendapat buku teks.
iv. Menyemak jika seseorang pelajar baru menerima sebarang bentuk
biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
v. Menentukan menerima kad kemajuan pelajar dari sekolah yang
terdahulu.
vi. Menentukan rumah sukan.
vii. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

8. Pelajar Keluar
i. Menentukan Borang SPBT, Kad Kemajuan Pelajar dihantar ke
pejabat.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


ii. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar
tingkatan 3 dan 5.
iii. Menentukan surat kelulusan untuk bertukar telah diterima.
iv. Menentukan buku teks telah dipulangkan.
v. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat.

9. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan Lain-lain


i. Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
ii. Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan
menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan
badan beruniform yang pilih kepada Penyelaras Kokurikulum.
iii. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan aktiviti
kokurikulum.

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018


PEKELILING IKHTISAS

|Page

SMKPB PROSPEKTUS 2018