Anda di halaman 1dari 12

CuepacsCare

Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam,


Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
Utusan
Presiden CUEPACS
Skim Takaful CuepacsCare telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, khas untuk penjawat awam dan keluarga mereka.
Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama Commerce Assurance Berhad. Akibat peningkatan permintaan
terhadap konsep Takaful, Sun Life Malaysia kemudiannya telah mengambil alih penanggungan
perlindungan bagi menyediakan sumbangan perubatan yang mudah lagi mampu untuk prosedur/
tuntutan perubatan dan pembedahan khusus untuk penjawat sektor awam dan keluarga mereka.

Skim ini terbuka kepada semua penjawat awam dan keluarga mereka termasuk mereka yang bekerja di
Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.

Keunggulan Skim ini ialah penyediaan manfaat maksimum kepada semua penjawat awam dan keluarga
mereka di hospital swasta dengan kadar sumbangan yang minimum. Semenjak tahun 2000, ramai
penjawat awam dan keluarga mereka telah menikmati rawatan perubatan yang bertaraf tinggi di
seluruh negara melalui Skim ini.

Oleh yang demikian, semua penjawat awam dan keluarga mereka yang belum lagi menyertai Skim
ini diminta supaya berbuat demikian. Penjawat awam yang sihat pasti akan menyumbang kepada
pembangunan negara dengan lebih pesat lagi.

Yang ikhlas,

Azih Bin Muda


Presiden CUEPACS
Kerana kesihatan
dihargai sebagai kemewahan
Kini, kakitangan kerajaan boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan
sama ada di hospital swasta atau kerajaan. Dengan Skim CuepacsCare, kakitangan
kerajaan boleh menikmati rawatan pakar dalam suasana selesa hospital swasta.

Manfaat CuepacsCare
Skim ini memberi perlindungan bagi perbelanjaan kos rawatan serta pembedahan untuk semua
kakitangan kerajaan termasuk anggota sektor awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan
dan ahli keluarga mereka.

Had umur pemohon


Pemohon - 18 tahun hingga 60 tahun. Anak pemohon - dari umur 30 hari hingga 22 tahun jika anak
masih bujang dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Had umur perlindungan


Perlindungan tamat pada hari jadi ke-70 untuk pemohon dan pasangan, serta 23 tahun untuk
anak pemohon.

Skop perlindungan
Kemasukan ke hospital
Unit rawatan rapi
Bayaran pembedahan dan pakar anestesia
Bilik bedah, bekalan dan khidmat hospital
Lawatan pakar perubatan di hospital
Perundingan pakar pra-hospital
Ujian diagnosis pra-hospital
Rawatan susulan selepas penghospitalan
Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan
Transplan organ
Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar bulanan
Bayaran ambulans
Rawatan kanser pesakit luar bulanan
Pembayaran balik bayaran laporan perubatan
Elaun tunai harian di hospital kerajaan

Kad CuepacsCare
Kad ini dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak boleh
menggunakan kad ibubapanya. Untuk setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak
yang baru dilahirkan, hendaklah dilaporkan secara rasmi kepada Sun Life Malaysia Takaful Berhad
(Sun Life Malaysia) supaya dia tidak terkecuali daripada liputan kontrak ini. Walau bagaimanapun,
pengecualian Penyakit Khusus selama 120 hari dan tempoh menunggu selama 30 hari kepada semua
peserta baru masih berkuatkuasa dari tarikh pemberitahuan.
Cara penyertaan
Terdapat 2 cara:
A. Penyertaan secara bayaran bulanan - potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa
1. Lengkapkan borang CuepacsCare.
2. Sertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (pemohon sahaja).
3. Perlindungan hanya berkuatkuasa 15 hari selepas sumbangan pertama diterima daripada CUEPACS
dan bukan dari tarikh potongan pertama.

B. Penyertaan secara bayaran tahunan


1. Lengkapkan borang CuepacsCare.
2. Bayaran sumbangan boleh dibuat melalui cek/draf bank/wang pos/kad kredit dan harus dibayar
kepada Sun Life Malaysia sebelum tarikh luput. (Pengecualian Penyakit Khusus selama 120 hari dan
tempoh menunggu selama 30 hari akan berkuatkuasa untuk sumbangan yang dibiayai selepas tarikh
tamat.)
3. Anda akan diberitahu sekiranya permohonan anda diluluskan dan tentang tarikh mula perlindungan.
Jadual sumbangan berdasarkan jenis pelan dan umur
Sumbangan tahunan Sumbangan tahunan (termasuk CBP*)
Lingkungan umur
Individu Keluarga Individu Keluarga
18 - 55 tahun RM384.00 RM1,020.00 RM407.04 RM1,081.20
56 - 60 tahun RM660.00 RM1,680.00 RM699.60 RM1,780.80
61 - 64 tahun RM800.00 RM1,750.00 RM848.00 RM1,855.00
65 - 70 tahun RM1200.00 RM2,650.00 RM1,272.00 RM2,809.00

Jadual sumbangan berdasarkan jenis pelan dan umur


Sumbangan bulanan Sumbangan bulanan (termasuk CBP*)
Lingkungan umur
Individu Keluarga Individu Keluarga
18 - 55 tahun RM32.00 RM85.00 RM33.92 RM90.10
56 - 60 tahun RM55.00 RM140.00 RM58.30 RM148.40
61 - 64 tahun - - - -
65 - 70 tahun - - - -

* Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang kini pada kadar
6%. Kadar semasa CBP adalah tertakluk kepada perubahan.

Nota-nota:
1. Sumbangan akan diubah setiap tahun berdasarkan pengiraan untung-rugi selama 12 bulan, kadar inflasi
perubatan dan faktor-faktor lain yang berkenaan.
2. Sumbangan adalah berdasarkan umur semasa pada setiap ulangtahun sijil.
3. Yuran wakalah bersih kepada Sun Life Malaysia sebanyak 25% akan dipotong daripada amaun sumbangan bersih
peserta iaitu sumbangan kasar peserta setelah tolak dengan yuran TPA.
4. Yuran TPA bulanan untuk pelan individu adalah RM1.60 dan pelan keluarga adalah RM4.60.

Contoh: Kadar sumbangan bulanan individu berumur 30 tahun sekiranya memilih pelan individu atau keluarga.
Jumlah Yuran Yuran Yuran Jumlah sumbangan
Pelan sumbangan bulanan TPA Wakalah Wakalah Tabarru bulanan (termasuk CBP)
(RM) (RM) (%) (RM) (RM) (RM)
Individu 32.00 1.60 25 7.60 22.80 33.92
Keluarga 85.00 4.60 25 20.10 60.30 90.10
Jadual manfaat kontrak peserta & keluarga
Keluarga (individu,
Manfaat-manfaat Individu
pasangan dan anak)
1. Perkhidmatan hospital
Bilik hospital & penginapan
RM150 RM150
- maksimum 150 hari
Unit rawatan rapi (ICU)
RM300 RM300
- maksimum 60 hari
Bekalan dan perkhidmatan hospital RM10,000 RM10,000
2. Perkhidmatan profesional
Bayaran pakar bedah
Bayaran pakar anestesia Kos sebenar yang dikenakan
Bilik bedah
3. Manfaat perundingan
Lawatan pakar perubatan dalam hospital untuk kemasukan
Dua lawatan sehari
bukan pembedahan
Lawatan pakar perubatan dalam hospital untuk kemasukan
pembedahan
Perkhidmatan diagnosis pra-hospital
Manfaat perundingan pakar pra-hospital Kos sebenar yang dikenakan
- dalam masa 30 hari sebelum kemasukan ke hospital
Rawatan selepas kemasukan ke hospital
- maksimum 30 hari selepas keluar dari hospital
4. Perkhidmatan kecemasan
Rawatan pesakit luar bagi kemalangan dan kecemasan RM1,000 RM1,000
5. Perlindungan malapetaka
Transplan organ (pesakit sahaja) RM20,000 RM20,000
Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar bulanan RM2,000 RM2,000
Rawatan kanser pesakit luar bulanan RM2,000 RM2,000
6. Manfaat-manfaat lain
Yuran ambulans RM250 RM250
Elaun tunai harian di hospital kerajaan
RM50 RM50
- maksimum 150 hari
Pembayaran balik yuran laporan perubatan RM60 RM60
Cukai barang dan perkhidmatan (CBP) Seperti caj yang dikenakan
7. Had pembayaran balik pembiayaan perubatan
Had maksimum untuk setiap kemasukan
RM20,000 RM20,000
ke hospital
Had tahunan keseluruhan RM40,000 RM60,000 satu keluarga
Penyakit khusus yang tidak dilindungi dalam 120 hari pertama
Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada
perlindungan jika ia berlaku kepada peserta dalam masa 120 hari yang pertama.
Hipertensi, diabetes mellitus dan penyakit kardiovaskular.
Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari.
Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.
Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele.
Endometrisis termasuk penyakit sistem pembiakan.
Gangguan sistem vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut.

Cara penggunaan kad CuepacsCare di hospital panel

Semasa mendaftar masuk hospital

Kemukakan kad CuepacsCare dan kad pengenalan untuk pengesahan

Jika penyakit yang dihidapi tidak dilindungi


Surat jaminan akan dikeluarkan** kontrak atau doktor
Jika penyakit yang dihidapi tidak dapat mengesahkan jenis penyakit
dilindungi kontrak (diagnosis)

Semasa urusan keluar hospital

Bil hospital akan dihantar kepada pihak TPA


(Third Party Administrator) untuk diteliti

Pihak TPA akan meneliti kos rawatan


dan mengeluarkan arahan bayaran mengikut
kontrak Takaful

Anda hanya membayar bayaran tambahan kepada


hospital (jika ada) atau untuk rawatan yang tidak
dilindungi oleh kontrak

** Tertakluk kepada terma dan syarat.


Pengecualian-pengecualian
Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disebabkan
secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana 1 kejadian yang
berikut:

a. Keadaan sedia ada - bermaksud penyakit/kecacatan yang peserta sudah ketahui. Peserta dianggap
sudah mengetahui mengenai sesuatu penyakit di mana:
i. Peserta sudah menerima atau sedang menjalani rawatan;
ii. Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan sudah disyorkan;
iii. Simptom-simptom pernah atau masih ketara; atau
iv. Kehadiran penyakit sememangnya ketara kepada seseorang di dalam keadaan tertentu.

b. Penyakit yang ditetapkan yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan berterusan.

c. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
atau tarikh pengembalian semula bagi peserta, mengikut mana-mana yang terakhir kecuali untuk
kecederaan akibat kemalangan.

d. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar oleh mana-
mana insurans/Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi peserta dan hilang upaya yang timbul
daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan
Pekerja.

e. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan
seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada
perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar
herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

f. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan


kandungan dan jagaan serta pembedahan prenatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran
kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau
rawatan berkaitan impoten atau pemandulan.

g. Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X,


pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang
upaya yang dilindungi yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat
atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar perubatan, dan rawatan khusus untuk
mengurangkan atau menaikkan berat badan.

h. Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital
termasuk penyakit keturunan.

i. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi,
pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau
ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, sebab-sebab lain yang dilarang dalam
hukum Shariah serta apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-
undang.
j. Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau
psikosomatiknya).

k. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau
tidak siuman.

l. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan
kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam
tempoh perlindungan.

m. Pembedahan plastik/kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan


rabun dekat melalui pembiasan atau pembedahan (keratotomi radial & lasik) serta penggunaan
atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran,
perentak yang diimplankan dan preskripsi seterusnya.

n. Kos/Perbelanjaan bagi perkhidmatan yang bersifat bukan perubatan, seperti telefon, televisyen,
radio, perkhidmatan teleks atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan
perubatan lain yang tidak layak.

o. Kesakitan atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan
jalan kaki), sukan merbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, sukan profesional,
luncur air, sukan musim sejuk, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan dan aktiviti-
aktiviti yang tidak dibenarkan.

p. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-
mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan
yang ditetapkan.

q. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti
jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara
langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

r. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau
sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

s. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh peserta dan kos
pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplan organ
dan komplikasinya.

t. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

u. Pekerjaan yang berbahaya.

v. Polis dan pegawai penguatkuasa bersenjata kecuali disebabkan oleh penyakit.


Soalan-soalan lazim

1) Mengapa saya perlu menyertai Skim CuepacsCare, apabila saya boleh mendapatkan rawatan
secara percuma di hospital kerajaan?
Anda boleh menikmati perkhidmatan rawatan pakar yang selesa di hospital swasta yang
menawarkan kemudahan perubatan yang canggih.

2) Apakah perbezaan antara Skim CuepacsCare dan insurans/Takaful penyakit kritikal yang
ditawarkan oleh syarikat insurans nyawa/Takaful keluarga?
Insurans/Takaful penyakit kritikal akan membuat bayaran secara sekaligus apabila anda
didiagnosis sesuatu penyakit kritikal. CuepacsCare mempunyai kelebihan di mana ia akan
membiayai perbelanjaan sebenar untuk rawatan dan pembedahan disebabkan penyakit kritikal
serta penyakit-penyakit biasa. Tahap bayaran manfaat adalah bergantung kepada jenis penyakit
yang dihidapi, pembedahan yang dijalankan dan tempoh tinggal di hospital.

3) Siapakah yang layak menyertai Skim CuepacsCare?


Anda boleh memohon jika anda berumur antara 18 dan 60 tahun (pada permulaan penyertaan) dan
pelan ini boleh diperbaharui setiap tahun sehingga harijadi terakhir anda menjangkau 70 tahun.

4) Adakah saya dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan?


Pada asasnya, semua borang permohonan yang ditaja/dijamin tidak memerlukan pemeriksaan
kesihatan. Walau bagaimanapun, untuk peserta yang mempunyai masalah kesihatan, bukti
perubatan mungkin dikehendaki dan kosnya akan ditanggung oleh peserta.

5) Bilakah kontrak saya akan berkuatkuasa?


Sebaik sahaja borang permohonan anda diluluskan dan sumbangan pertama telah diterima oleh
Sun Life Malaysia. la juga tertakluk kepada tempoh menunggu selama 30 hari untuk kemasukan ke
hospital dan/atau perbelanjaan perubatan yang bukan diakibatkan oleh kemalangan.

6) Bolehkah saya memperbaharui perlindungan pada akhir tempoh satu tahun?


Skim ini boleh diperbaharui. Setiap tahun pada kadar sumbangan yang berdasarkan umur pada
masa pembaharuan, sehingga harijadi terakhir anda menjangkau 70 tahun. Pembaharuan juga
tertakluk pada kadar sumbangan semasa dan bukti untuk dilindungi yang ditetapkan oleh
Sun Life Malaysia.

7) Bolehkah saya mendapat tuntutan sekiranya mendapat rawatan di hospital bukan panel?
Kemasukan ke hospital tersebut masih layak untuk mendapat tuntutan bayaran balik dari Sun
Life Malaysia, sekiranya kemasukan itu dilindungi di dalam kontrak.

8) Apakah tempoh pertimbangan?


Jika anda membuat keputusan untuk tidak mendapatkan kontrak ini, anda boleh kembalikan
kontrak ini dalam masa 15 hari daripada tarikh sijil dikeluarkan kepada Sun Life Malaysia untuk
mendapatkan wang kembali sepenuhnya sebagai pembatalan kecuali jika terdapat penolakan
disebabkan perbelanjaan perubatan yang ditanggung Sun Life Malaysia semasa mengeluarkan
perjanjian itu.
9) Adakah kadar sumbangan terjamin?
Kadar sumbangan tidak terjamin. la bergantung kepada tuntutan yang telah dibuat dalam masa
12 bulan yang lalu dengan Sun Life Malaysia, yang mungkin mengubah kadar yang ditentukan
berdasarkan untung-rugi dalam pelan ini. Keadaan-keadaan ini tidak menyeluruh dan kadar
sumbangan mungkin dikaji semula jika terdapat situasi yang memerlukannya. Dalam apa pun
keadaan, anda akan diberitahu dahulu mengenai perubahan-perubahan 30 hari sebelum tarikh
pembaharuan anda.

10) Bolehkah Sun Life Malaysia tidak membiayai tuntutan?


Ya, Sun Life Malaysia berkemungkinan tidak akan membiayai tuntutan anda sama ada dari tarikh
permulaan kontrak anda atau tarikh pembaharuan yang terdekat, jika anda didapati telah memberi
maklumat palsu yang menjejaskan keputusannya untuk menawarkan perkhidmatan perlindungan
kepada anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan maklumat yang diberikan
adalah benar supaya kontrak anda tetap sah.

11) Bagaimana jika jumlah manfaat bilik hospital saya di hospital melebihi had?
Dalam kes ini, anda hanya perlu menanggung baki mengikut kadar yang dikenakan, serta 20% daripada
jumlah yang dikenakan untuk manfaat-manfaat lain, berdasarkan dokumen kontrak anda.

12) Bagaimanakah jika saya bertukar ke syarikat insurans atau Pengendali Takaful yang lain?
Anda bebas membuat pertukaran tersebut tetapi ia tidak digalakkan kerana anda mungkin akan
dikenakan permintaan tanggungan perlindungan yang baru untuk tempoh menunggu / penyakit
tertentu / keadaan sedia ada kontrak Takaful atau insurans baru itu.

13) Apakah akan berlaku jika saya tidak membayar sumbangan?


Perlindungan Takaful akan dihentikan jika sumbangan tidak dibayar di dalam tempoh 60 hari
daripada tarikh sumbangan patut dibayar.

14) Adakah saya akan mendapat pembayaran pada tarikh tamat perlindungan?
Tiada bayaran akan dibayar pada tarikh tamat kepada pemegang sijil. Sebarang lebihan yang
terhasil daripada dana tabarru akan dikekalkan di dalam dana tabarru.

15) Adakah saya akan mendapat pelepasan cukai pendapatan?


Sumbangan Takaful yang dibayar oleh individu di bawah pelan ini adalah layak untuk tuntutan
pelepasan cukai bagi premium insurans/sumbangan Takaful bagi kontrak pendidikan/manfaat
perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak. Sila rujuk kepada penasihat agen cukai anda
berkenaan kelayakan anda untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun.

Nota-nota penting
Pelan ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M), Pengendali Takaful yang
berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan beribu
pejabat di No. 338, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barang dan perkhidmatan, dan/
atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa pada masa ini atau
dilaksanakan selepas tarikh kontrak ini akan dikenakan mengikut undang-undang yang berkenaan pada
kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma kontrak ini untuk mengambil kira cukai-
cukai sedemikian.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan dasar produk Perubatan dan Kesihatan Takaful, sila rujuk kepada
risalah Perubatan dan Kesihatan Takaful yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Anda dinasihati supaya meneliti kontrak Takaful dan dokumen keterangan produk berkenaan Pelan
CuepacsCare untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi sebelum menyertai program ini. Anda
harus yakin bahawa pelan ini adalah terbaik untuk keperluan anda dan anda mampu membiayai jumlah
sumbangan yang tertera di dalam kontrak tersebut.

Anda boleh juga menelefon


Sun Life Malaysia
Khidmat Pelanggan Careline: 1300-88-5055
ATAU Agensi yang dilantik
Medicare Assistance Sdn Bhd
Telefon: (603) 3371 4248

Atau menujukan persoalan anda kepada


Sun Life Malaysia Takaful Berhad
Aras 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Telefon: (603) 2612 3600 Faks: (603) 2698 7035
Emel: wecare@sunlifemalaysia.com sunlifemalaysia.com
Medicare Assistance Sdn Bhd
A-1-8 , Pusat Perdagangan Intania, Jalan Intan
Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Sun Life Malaysia Money for Life


Perancangan yang baik memang penting sentiasa masa. Sama ada anda impikan kehidupan persaraan
yang hebat atau risau tentang kejadian yang tidak dijangka, ia tidak terlalu awal atau terlewat untuk
memulakan perancangan hidup anda.

Money for Life merupakan kaedah perancangan kewangan dan perlindungan khas dari Sun Life
Malaysia untuk membantu anda memahami keperluan anda pada tahap kehidupan yang berbeza,
supaya anda sentiasa dilindungi dengan sepenuhnya.

Berbincanglah dengan penasihat kami hari ini atau layari moneyforlife.my untuk maklumat lanjut.
Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M)
Level 11, 338 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone (603) 2612 3600
Facsimile (603) 2698 7035
Customer Careline 1300-88-5055
sunlifemalaysia.com

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd April 2015

Anda mungkin juga menyukai