Anda di halaman 1dari 2

2.

6 Agar-Agar Santan

Bahan-Bahan:

:::7.5 g (1/4 oz) agar-agar (dicuci, direndam selama 10 minit dan dituskan)

90 g (3 oz) gula

250 ml (1/2 pt) air

biji kelapa 125 ml (1/2 cawan) pati santan

sedikit garam ( dicampurkan dengan pati santan)

1 helai daun pandan ( dicarik dan disimpul )

Cara Penyediaan:

1. Menyediakan Bancuhan Agar- Agar

I. Masak agar-agar yang telah dituskan di dalam periuk bersama 125 ml air dan daun
pandan.
II. Masak hingga agar-agar larut di dalam air.
III. Tapis agar-agar dengan kain penapis teh ke dalam jag penyukat.

2. Menyediakan Agar-Agar Lapisan Bersantan

I. Tuangkan 1/3 bancuhan agar-agar ke dalam mangkuk. Masukkan pati santan


bergaram sambil dikacau rata.
II. Kemudian tuangkan ke dalam acuan atau dulang yang dibilas. Biarkan beku.

3. Menyediakan Agar-Agar Lapisan Berwarna.

I. Masukkan gula dan 125 ml (1/4 pt) air ke dalam agar-agar selebihnya dan rebus
hingga gula larut.
II. Masukkan pewarna dan biarkan panas.
4. Menyediakan Agar-Agar Santan

I. Apabila agar-agar lapisan bersantan beku, tuangkan agar-agar berwarna yang suam
perlahan-lahan ke atasnya.
II. Sejukkan di dalam peti sejuk

5. Menghidang Agar-Agar Santan

I. Keluarkan agar-agar dari acuan dan hidangkan di dalam sundae atau piring kaca.