Anda di halaman 1dari 9

HAZAD-DEEN

HAKIKAT ISLAM YANG DILUPAI..!


Oleh : As-Syaheed Sayyid Qutb rahimahuLlah.

Kata kata UQY (hazadeen 1)


-renung tarbiyah yg lepas, hanya cebisan kcil bnda yg ptut kita pham, nk bnding dgn al quran yg bnyk
lagi.
-Jadi kita cuba selami apa yg ulamak2 terdahulu menurut al-quranyg memahami masalah ni.
-kita refer ulama feqah sbb kiuta x mmpu nk extract hukum2 dg hadis yg byk n seluruh isi , krn limitasi
background, kehidupan yg berbeza dr ulamak
-jdi kita cuba gunakan apa yg ulama yg tlh tiada ni utk kfhmn bersama.iaitu syed qutb.
-apa yg x tercatat dlm mz ttg syed qutb:
-tak sempt kawen sbb sibuk nk mperjuangkn islm n kluar masuk pnjara.
-mungkin hadiah nobel sbb kitinggian imunya kalua x join gerakan islam, mungkin juga menteri di
kerajaan mesir sbb taraf pendidikan dia.
-1940 an ada master mmg pergh, dia ni buat master kt US
-klau kita 1970 an abes darjah 6 pun dah hebat kat Malaysia.
-syed qutb sanggup korbankan tu semua smata utk join gerakan IM sehingga lah beliay di gantung.
-ditawarkan
tiada jari telunjuk yang bersyahadat akan tunduk pada taghut
-bukan penulis biasa, sebb kebanyakan penulisannya dalam penjara.
-mcna dlm keperitan boleh tulis sesuatu yg hebat,
-Beza lah kalua ditulis di tmpt berekon dan selesa,
-tulisan beliau ni adalah bait hasil apa yg telah dia buat dan amal..bukan teori semata.
-kata2 manusia yg telah membuktikan katanya dan moga kita dpt menyambung perjuangnnya.
-semakin hari semakin ramai ulama yang akan pergi meninggalkan kita,
-moga kita masih berbuat shingga syahid even bukan di medan perang. Ade hadis RS, nak mati syahid.

Kenapa buku ini ditulis: ape pendorong syed qutb menulis buku ini, apa background dan situasi buku
ini ditulis. Sgt pnting bnda ni (90% berbanding isi. Sgt penting utk faham, y buku ini ada sekarang dan
kita baca sekarang)

-buku ini ditulis dalam satu era dlm hidupnya., dari era jahiliyah,era mengenal islam, kemudian terlibat,
kemudian berkecimpung secara serius, kmudian ditangkap, kemudian di bebaskan, kemudian
dipenjarakan dan kemudian digantung.
-peredaran gerakan islam membolehkan syed qutb dlm byk keadaan. Pling dahsyat perjuangan islam
adalah waktu islam ditekan oleh orang islam sndiri, gamal abu nasir, dibelakangnya yahudi n us.
-sejak ihab buat IM mmg dah terbiasa mereka ni ditangkap ditangkap dan masuk penjara, tapi kita
masih belum diuji kerna iman kita tak cukup utk diuji dgn tahap itu.
-kita masih tak dapat pertahan prinsip yg ptut kita pertahankan.
-dah lama perjuangan islam ni akan adaaa jeee org yg akan menekan dan mnghlang, kalua arti tiada
siapa pun nk menentang.
-keadaan di mesir waktu tu sgt dahsyat, harini ikhwah ni kt sini, esok dah kene tngkap penjara,muwajjih
tgh sharing tetiba esok dah kene gantung.
- start 1924 sehinggalah skarang, tgk yg berlaku skrg..
-kita cepat down sbb hasil dakwah yg sedikit, belum lagi ujian masa zaman mesir tu.
-kalau bertani tak jadi jadi maka dia kata mmg takkan jadi lah aku ni betani. Giv up la.
-waktu penentangan tu, penjara pun tak cukup dah kat mesir tu. Smpai buat kat padang pasir, ikhwan
ni mereka ditangkap lepas tub la keluar buat lagi. IM masih tak menang2.. jadi ada je org yg FRUST.
-dalam penjara ada pemikiran baru, asalnya dari IM tapi mereka ni tak masak, mereka anggap
masyarakat kafir(sbb islam sndiri yg menentang. Sbb mereka ni kind of frust!
-islam, u terima islam/benarkan kita tapi bayar jizyah/perang.
-ini pemikiran merekadan mereka mula menentang krajaan, cth al-qaeda dll.
-ketua, abdul Rahman. Jemaah Islamiyah----tentang mereka yg menentang islam.
-situasi ni semakin tersebar dlm pnjara, syed qutb dpt melihat bnda ni.
-org yg sedar bila bnda tu dah berlaku, org yg bila dah berlaku masih tak sedar lagi. Dia akn buat
tindakan terus bila dah sedar. Dalam keje amal islam.
-situasi lahirnya fahaman baru fahman frust nama dia. Dia xnk terima kekalahan dan tekanan dari
pihak penentang gerakan islam.
-gerakan al-fatah yg sntiasa guna senjata (yasir Arafat). Nk lawan dgn senjata frust dgn power nukler
Israel dll. Kluat Beirut dn ke Tunisia.
-hamas 1987, kita kena buat yg snjata, org2 muda.
-org bawa islam asyik tak menang, dah tu nk buat apa? Giv up dan jaga anak isteri dan kluarga kita
saja? Adakah dgn tindakan itu membantu gerakan islam ni?
-kita tak boleh putus asaaaa, kita ni pun baru buat keje sikit, even sikit kita kene yakin dan terus buat
utk kemenangan islam yg kita tak tahu tahun bila dan masa bila.
-kemenangan yg manusia sukai. Org terima dakwah kita itu tak penting sgt, yg paling penting IKHLAS,
DAN NIAT kita utk capai redha Allah itu sudah slesai, even kita mati,
-buku ni nak kata, kene terus buat keje even apa pun hasil yg kita dapati, sehingga Allah yg
memenangkan.

IANYA SATU MANHAJ UNTUK MANUSIA


- -
!
.
Hakikat utama tabiat agama ini - penting tetapi sering dilupai atau dijahili - menyebabkan kesilapan
besar dalam memahami Islam Hakikat zatiah dan waqi sejarahnya.
Kesilapan - kerana agama ini dari Allah maka ia akan berlaku pada manusia tanpa sebab dan
musabbab.
Kerana sekali lihat terjadi tanpa sebab dan sekali berlaku mengikut kemampuan manusia mereka
jadi frust dan timbul kurang percaya kepada kemampuan manhaj ini atau lebik teruk lagi syak pada
Islam sendiri.
Kesemuanya lahir dari satu kesilapan sahaja tidak faham Islam dan caranya.
Agama ini manhaj ilahi untuk kehidupan manusia - ianya berjalan mengikut usaha dan dalam
lingkungan kemampuan manusia.
Ia tidak pernah lalai dari fitrah manusia - boleh mencapai tahap yang tidak mungkin dicapai oleh
mana-mana manhaj manusia - jika ia dilakukan bersungguh-sungguh. Kesilapan bila manusia
menunggu suatu yang luarbiasa berlaku hanya semata-mata kerana ia dari Allah.
Timbul pertanyaan kadang-kadang: kenapa dibiarkan Islam kepada kemampuan manusia? Kenapa
agama ini kadang kala kalah oleh golongan batil..? Kenapa tidak menang? Kenapa itu dan ini?
Allah mampu untuk menangkan agamanya tetapi ia ingin menjadikan petunjuk itu terhasil dari
usaha dan keinginan ( ) dan berlaku mengikut kemampuan manusia ( ) .
Tidak ada orang yang layak untuk bertanya Allah kenapa ia terjadi demikian - kerana mereka semua
hamba dan bukan Tuhan, kerana mereka jahil dengan nizam keseluruhan alam ini. Orang mukmin
sebenar tidak akan bertanya kerana mereka beradab dengan Allah. Orang atheis juga tidak bertanya
kerana mereka tidak mengakui Allah. Yang bertanya hanya main-main oleh itu cara ajar mereka
ialah dengan mengenalkan mereka dengan hakikat Uluhiyyah dan khasaisnya sehingga ia akan jadi
mukmin atau jadi atheis.
Manhaj ini terlaksana di atas muka bumi ini bukan sepertimana perjalanan planet dan bulan - tetapi
dengan ada segolongan manusia membawanya, yakin dengannya, beramal dengannya sekadar
kemampuan mereka, cuba membawanya orang lain sama dan berjihad sepenuhnya dengan segala
apa yang ada padanya. Kadangkala ia menang dan kadangkala mengikut kadar usaha yang
dilakukannya.
Inilah hakikat yang ingin dinyatakan oleh Allah kepada jamaah muslimah - (ayat diatas).
Di dalam peperangan uhud, bila muslimin cuai mengambil wasilah yang sepadan atau melupai
hakikat ini dengan menyangka mereka akan menang kerana mereka muslimin lalu Allah mengajar
mereka. Mereka diajar oleh Allah bukan dengan kalam atau celaan, tetapi dengan darah dan
kesakitan, gugur syahid dan kecederaan rasul mereka.
Ini semua bukan menafikan kekuasaan Allah.
Pemerhatian pada alam waqi menunjukkan bahawa hakikat iman tidak akan tertanam kukuh di
dalam hati hinggalah adanya mujahadah kerana iman ini. Mujahadah dengan bencikan kebatilan
dan mujahadah memindahkan manusia dari alam batil kepada kebenaran. Di sini berlaku mehnah
samada sebelum menang atau selepas menang. Kesabaran atas mehnah menjadikan seseorang itu
teguh tetap dan terus mara.
Hakikat iman dan kehidupan manusia tidak akan terbuka ufuqnya tanpa mujahadah dan melalui
kepenatan. Ini lah maksud ayat ( ) kerana kerosakan paling awal
ialah rosak jiwa kerana tidak bergerak, relak dan tiada kerja.
Mujahadah juga menjadi wasilah amali untuk menapis saf -selepas menapis jiwa- dari golongan
pemalas, munafik dan penipu.
Inilah maksud ayat:.
Walaupun mehnah yang menimpa mereka sebab kecuaian mereka, namum akhirnya ia adalah untuk
kebaikan mereka sebagai pengajaran, penapisan dan pembersihan saf dan jiwa.
Pemahaman ini tidak bermakna menafikan kuasa Allah kerana kata putus akhirnya ialah kuasa dan
penentuan Allah berdasarkan hikmat dan kehendakNya.

IANYA SUATU MANHAJ YANG UNIK


. ..
.
Jika begitu sifat manhaj ini, apa lebihnya dari manhaj rekaan manusia biasa yang juga boleh tercapai
dengan usaha manusia? Apa hebatnya dari manhaj lain? Kenapa perlu ditegakkan dalam manhaj ini?
Kita perlu menegakkan manhaj ini kerana:
1. Untuk menjadikan diri kita layak dipanggil Islam. Kerana Syahadah memerlukan pengakuan hanya
Allah memiliki hak hakimiyyah, mengiktiraf Allah sahaja layak menggubal manhaj dan syahadah
memerlukan kita berusaha menegakkan manhaj ini dalam kehidupan manusia.
2. Hanya manhaj ini yang membebaskan manusia sebenarnya dari sebarang perhambaan kepada
sesama makhluk. Kristian dan Yahudi mempertuhankan pendita mereka (Kesah Adi bin Hatim).
Manhaj lain semua tidak lepas dari perhambaan ini.
3. Kerana sifat rabbaninya, maka hanya manhaj ini terlepas dari kelemahan, nafsu dan kepentingan
manusia. Manhaj ciptaan manusia mustahil akan terlepas dari keinginan untuk kepentingan diri,
keluarga, puak dll. Perlaksanaan manhaj ilahi ini juga berlaku secara adil kerana ia dilaksanakan oleh
jamaah muslimah yang beriman dan bertaqwa.
4. Kerana manhaj ilahi ini sahaja yang terlepas dari kelemahan dan kejahilan manusia. Manhaj ciptaan
manusia tidak dapat menelek dan merangkumkan semua ilmu tentang manusia, pengalaman lepas
apatahlagi yang akan berlaku. Hanya Allah Maha Tahu.
5. Hanya manhaj ini yang tegak di atas pentafsiran yang menyeluruh terhadap alam ini. Manhaj ciptaan
manusia hanya didasarkan atas pandangan yang sempit kerana kelemahan dan kejahilan manusia.
Falsafah-falsafah ciptaan manusia lampau kadang-kadang kelihatan suatu yang bodoh.
6. Kerana hanya manhaj ini sahaja yang dapat menempatkan manusia didalam tansiq penyelarasan
dengan perjalanan alam seluruhnya. Penyelarasan akan melahirkan kekuatan dan pertembungan
akan melahirkan kelemahan dan kehancuran. Fitrah manusia sesuai dengan perjalanan alam.
Fenomena negara barat menunjukkan mereka sedang bertentang dengan perjalanan alam. Mereka
mencapai kemajuan dalam sains, penciptaan, penerokaan angkasa tetapi jiwa tetap tidak bahagia?
Kita wajib melaksanakan manhaj ini di dunia ini untuk mengembalikan manusia kepada tuhan yang
sebenar.
.

SATU MANHAJ YANG MUDAH

. :
.

.
Ada orang mengatakan: Manhaj ini sukar dan berat untuk dilaksanakan. Ianya boleh tercapai pada satu
zaman tetapi untuk zaman seterusnya cukup bagi manusia mengambil apa-apa manhaj yang lebih
mudah untuk dilaksanakan. Manhaj ini terlalu ideal, tidak amali dan tidak waqii. Sejarah yang berlaku
menunjukan ini semua. Hanya layak untuk zaman Nabi saw sahaja.
Tidak benar ..! Suatu yang silap menyangka manhaj ini memberatkan manusia kerana:
1. Ianya manhaj sesuai dengan fitrah manusia dan mengenali fitrah lebih dari manhaj lain. Bila
bersesuaian dan seragam dengan fitrah manusia, maka ia berjalan dengan aman dan tenteram.
Bagi yang merasa manhaj ini sukar, mereka merasa unsur akhlak dalam Islam seolahnya penghalang
dan pengekang untuk bebas melakukan kehendak.
Ini adalah kesilapan kerana akhlak Islam adalah pembina dan penolak kemajuan. Mengawal diri dari
mengikut kehendak seks adalah kemerdekaan dari terpenjara oleh ikatan hamba kepada seks.
Islam menganggap dosa dan perangai buruk adalah rantai pengikat yang merendahkan darjat
manusia. Kerana pokok asal manusia ialah sukakan kebaikan.
Orang Islam yang merasakan akhlak Islam sebagai penghalang dan kekangan kerana mereka
sekarang hidup dalam masyarakat yang tidak dikuasai oleh Islam. Untuk mempraktikkan Islam
dirasakan begitu sukar.
Dalam masyakarat Islam sebenar, akhlak Islam menjadi maruf dan mudah dilakukan sementara
akhlak buruk menjadi mungkar yang disanggahi dan dibenci. Ketika itu akhlak Islam menjadi
mudah. Ketika itu barulah seorang muslim hidup secara tabii.
Kerana inilah pentingnya membina masyakarat Islam.

2. Manhaj jahiliyyah yang diambil mempunyai banyak kelemahan kerana ianya hasil ciptaan manusia
yang lemah. Penyelesaiannya tidak menyeluruh, mengakibatkan timbul masalah baru dan sementara.
Ini lebih menyusah dan menyeksa manusia kerana tidak bertepatan dengan fitrah manusia. Manhaj
Islam lebih tabiI dan sesuai dengan naluri.
3. Manhaj Islam sangat mampu untuk terus kukuh dan utuh. Walaupun ditegakkan dalam setengah
kurun, tetapi mampu bertahan lebih 1000 tahun dan sedang cuba untuk bangkit semula. Tamaddun
lain (Rom) bangkit dalammasa 1000 tahun tapi hancur dalam 100 tahun.
Kehebatan Islam akan bangkit semula bila ada manusia yang berkumpul dan berusaha menegakkannya
kembali.

SATU MANHAJ YANG BERPENGARUH

..
-
.
Ketika mencapai kegemilangannya, manhaj ini meninggalkan kesan dan pengaruhnya dalam
masyarakat Islam dan dunia. Oleh itu ia lebih mampu dari manhaj-manhaj lain.
1. Melahirkan manusia hebat yang tidak pernah dapat ditandingi. Bukan seorang tetapi puluhan dan
ratusan. Mereka lahir dalam jangkamasa yang pendek dalam semua lapangan hidup. Yang hebatnya
mereka masih kekal seperti manusia biasa, melakukan kesilapan dan menggunakan kemampuan
mereka sebagai manusia.
Ini memberi keyakinan bahawa bentuk seperti itu masih boleh diwujudkan sekarang ketika adanya
manhaj yang sesuai. Contoh agung yang lahir di zaman itu hanya dari padang pasir kontang, faqir
dan tidak mempunyai sumber ekonomi dan kebudayaan yang hebat.
Mereka semua telah meninggalkan kesan kepada masyarakat dunia dan sejarah.
2. Mampu menerapkan nilai, tasawwur dan neraca yang jelas dan mantap yang merangkumi
keseluruhan lapangan hidup manusia. Penerapan ini berlaku dalam suasana manusia tidak dapat
menerimanya. Hanya satu-satunya kekuatannya yang ada padanya ialah kesesuaiannya dengan fitrah
manusia mampu menongkah arus waqi dan akhirnya ia memenangi dan merubah waqi tersebut.
Manhaj ini lebih mampu dari zaman dahulu kerana waqi sekarang lebih mudah.
3. Tempoh masa tersebut telah dapat menerapkan dalam kehidupan kemanusiaan beberapa tradisi
amali yang bersumberkan tasawwur, nilai dan neraca tadi. Ia seolah-olah arus yang turun dan mengalir
mempengaruhi keseluruhan kehidupan manusia di mana sahaja berada.
Nilai dan tasawwur ini telah terserap dalam kehidupan manusia walaupun kadangkala mereka tidak
mengetahui asal usulnya atau telah diselewengkan asalnya.

POTENSI FITRAH



..

Ketika Islam datang pada awalnya, ia menghadapi waqi yang besar bercanggah dengan apa yang
dibawa. Jarak keduanya amat jauh. Waqi disokong oleh kepentingan tertentu, kuasa-kuasa dan sejarah
yang panjang.
Islam datang bukan hanya untuk mengubah tasawwur dan nilai bahkan menukar peraturan, sistem,
undang-undang dan keseluruhan cara hidup manusia dengan merampas kepimpinan manusia dari
tangan taghut dan jahiliyyah.
Ketika ia mula datang, suatu yang mustahil jika dinyatakan manhaj ini akan menang akhirnya kerana
waqi terlalu besar. Tetapi ianya segera mengundurkan diri dan digantikan dengan Islam.
Bagaimana Nabi saw seorang diri mampu melakukan itu semua..?
1. Nabi saw tidak bertolak ansur dalam aqidah dan tasawwur (Qul Ya ayyuhal kafirun)
2. Tidak mendakwa beliau mempunyai kuasa sakti melakukan itu dan ini.
3. Tidak menjanjikan pangkat dan kekayaan bagi pengikutnya (Bani Amir bin Sasaah)
Nabi saw melakukan itu semua melalui jalan tabiI yang boleh dilakukan oleh mana-mana manusia.
Contoh-contoh waqi yang dihadapi oleh Nabi saw:
1. Waqi kerosakan akidah dan tasawwur yang memberikan kuasa tuhan kepada manusia dan makhluk.
Islam datang menghadapinya dengan LA ILAHA iLLA ALLAH. Fitrah manusia mendengar suara
ini dan terus menyambutnya. Mereka tidak lagi tunduk kepada sesama manusia dan makhluk.
2. Waqi masyarakat ; kepebezaan manusia di Iran, India, Rom dan tanah Arab. Islam datang
menyatakan persamaan manusia di sisi Allah. Fitrah manusia terus menerimanya.
3. Waqi ekonomi yang berasaskan riba - dikalangan Arab dan Yahudi. Riba secara sistem lengkap
sehingga Allah menyerangnya habis-habisan. Islam menongkah semua ini dan ianya disedari oleh fitrah
yang bersih dan akhirnya dapat menghalau waqi ribawi tersebut diganti dengan sistem Islam.

Contoh ini memberi gambaran kekuatan fitrah yang mampu mengubah waqi yang disangka hebat dan
besar. Islam tidak hanya melihat waqi tetapi berusaha meruntuhkannya jika ia bertentangan
dengannya.
Manusia hari ini mungkin lebih mampu untuk mengulangi kemenangan ini bila adanya manhaj,
qiyadah, tarbiyyah dan harakah.

POTENSI PENGALAMAN
..
.
Kemenangan awal Islam hanya berbekalkan potensi fitrah.
Kemenangan Islam di peringkat awal akhirnya dituruti dengan kelemahan dan kemerosotan.
Walaubagaimanapun, mereka lebih tinggi dan hebat dari umat lain.
Kehebatan Umat Islam dan penerapan Islam melalui kuasa tidak sia-sia walaupun setelah Islam
tewas dan jahiliyyah kembali berkuasa. Kesannya masih tertinggal di dalam sanubari manusia.
Waqi hari ini telah berubah kerana Islam tidaklah seasing dulu (ketika ianya mula datang). Ianya
boleh dibaca, dikenali dan dilihat walaupun tidak lagi dipraktik dan dilaksanakan.
Walaupun manusia di zaman ini tidak dapat merasai kemanisan dan keindahan perlaksanaan Islam
di zaman awal, namun manusia secara umumnya lebih hampir untuk memahami tabiat manhaj ini.
Beberapa contoh:
1. Gerakan pembaharuan di Eropah dan Barat (Martin Luther, Calvin, penolakan Feudal, persamaan,
Revolusi Perancis, pengistiharan hak-hak manusia Magna Carta dll) adalah hasil arus Islam yang
mengesankan Eropah.
2. Tentera Salib yang balik dari Negara Islam melihat kemunduran Eropah dari sudut sosialogi,
ekonomi dan politik lalu mereka mula melakukan perubahan.
3. Perkembangan keilmuan Islam di Sepanyol; memberi nafas baru kepada tamaddun Eropah melalui
terjemahan dan pengutusan ilmuan ( Roger Bacon - belajar bahasa Arab di Oxford untuk mengkaji
kitab-kitab Arab dari Sepanyol).
Keseluruhan perubahan besar dalam kehidupan manusia tidak dapat lari dari kesan tamaddun Islam
padanya. Tetapi barat menggambarkan ianya datang sepenuhnya dari mereka untuk melahirkan rasa
putus asa kita dari cuba mengembalikan semula kehidupan cara Islam.

GARISAN-GARISAN MANTAP



!
..
.
Islam yang telah terundur dan jahiliyyah kembali menapak tidaklah menghilangkan terus keseluruhan
apa yang pernah dibawa oleh Islam.
Prinsip dan dasar-dasar tertentu telah dikenali oleh manusia dan tidak lagi asing bagi mereka.
1. Kesatuan kemanusiaan
Islam yang datang di tengah-tengah asabiyyah telah mampu mengembalikan manusia kepada
persamaan dan kesatuan. Ianya bukan hanya teori tetapi dipraktikkan dalam sistem Islam.Walaupun
manusia tidak dapat mempraktikkan sebagaimana dipraktikkan oleh jamaah muslimah, atau masih
terdapat saki baki taasub dan pemisahan kerana warna kulit, namun prinsip persamaan manusia
telah menjadi dasar sejagat.
Oleh itu, manusia hari ini lebih mampu untuk menerima manhaj ini.
2. Kemuliaan kemanusian
Kemuliaan insan semasa Islam mula-mula datang didasarkan ke atas sifat-sifat luar bukan kerana
mereka itu manusia (warna kulit, bangsa, keturunan dll). Islam datang meninggikan manusia kerana
ia manusia (Ayat-ayat, Hadis dan kesah khutbah Abu Bakar, kesah Umar, Othman, Qibti dengan
anak Amru dll).
Walaupun masih ada unsur menghinakan manusia, tetapi prinsip kemulian insan telah menjadi
tonggak sejagat.

3. Umat yang satu.


Islam datang dalam keadaan manusia diikat oleh bangsa, warna kulit, keturunan dll. Islam bubarkan
segalanya dan ikatkan mereka atas ikatan akidah. Atasnya manusia bersatu dan berpecah. Ia sebaik-
baik ikatan. Hanya yang diikat oleh akidah sahaja layak digelar ummat.
Manusia terbahagi kepada dua : hizbuLlah dan hizbul-syaitan.
Manusia hari mula bersatu atas pegangan dan fikrah tertentu. Ini lebih mudah untuk dijana kearah
kesatuan aqidah yang betul.

4. Pemeliharaan dan akhlak


Dalam peperangan, perhubungan antarabangsa dan sesama negara. Prinsip Islam ini telah dipakai oleh
kebanyakan negara secara sejagat.

AKHIRNYA..!

..
.
! ! !
Apakah beban untuk mengembalikan Islam hari ini ringan..?
Manusia hari ini - secara umumnya- lebih jauh dari Allah. Jahiliyyah dulu simple dan tidak kompleks,
masih muda dan tidak matang. Hari ini sebaliknya.
Permusuhan dengan gereja telah menjauhkan manusia dari agama. Penemuan sains mengkagumkan
manusia.
Kemajuan dan penemuan manusia menjadikan mereka semakin jauh dari Allah kerana asasnya lari
dari gereja dan bukan atas asas iman kepada Allah.
Kegilaan ini masih di kemuncaknya, walaupun tanda-tanda kehancuran telah nyata.
Jahiliyyah dulu masih terpelihara dengan beberapa akhlak baik. Pertembungan anra Islam dan
jahiliyyah lebih terbuka dan telus hingga memudahkan fitrah kembali ke asalnya. Tetapi hari ini
jahiliyyah yang nifaq, tidak endah dan melentur ke mana sahaja.
Apa bekalan dai..?
Taqwa, berhubung dengan Allah, thiqah dengan janji Allah.

ALLAHU-AKBAR.. WALILLAHIL-HAMD.
Jun 2004, BDS