Anda di halaman 1dari 12

Pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik adalah berkait rapat antara satu sama

lain. Keempat-empat proses ini berlaku serentak dalam proses merancang sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran.

ANALISIS PENDEKATAN

Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan


dan melaksanakan sesuatu tugas (Kamus Dewan, 1998). Kaedah pula merupakan satu
prosedur dalam menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu
kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan yang digunakan. Tegasnya, kaedah
ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang
teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Teknik pula
merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Setiap teknik yang digunakan
adalah selaras dengan kaedah yang dipakai dan sejalan pula dengan pendekatan yang
dipegang. Contohnya ialah teknik latih tubi yang selaras dengan kaedah linguistik dan
sejalan pula dengan pendekatan situasi. Proses mengenal pasti dan memilih kaedah dan
teknik yang sesuai untuk memenuhi pendekatan inilah disebut sebagai strategi.
Kesimpulannya, kaedah, teknik dan strategi merupakan empat perkara yang berbeza tetapi
berlaku serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama sekali kita lihat kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Di


dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,
misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka
pendekatan adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran yang
diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu pendekatan induktif, deduktif,
eklektik, dan komunikatif.

Pendekatan pertama yang akan dibincangkan adalah pendekatan induktif. Menurut


J.M. Kierzek & Gibson (1960) dalam Noriati A. Rashid et. al., (2009), pendekatan induktif
bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Hal ini bermaksud seseorang guru boleh
membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau
contoh-contoh yang diperoleh. Contohnya, dalam pengajaran tentang ayat tunggal, guru
akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.

1
Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid
sehingga dapat memahami takrifan ayat tunggal.

Pendekatan induktif ini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Pendekatan ini


sesuai kepada murid yang cepat dalam membuat generalisasi terhadap sesuatu contoh
yang diberikan. Lebih spesifik lagi, pendekatan ini sesuai kepada murid yang pandai. Selain
itu, pendekatan ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai contoh dan
menemukan sendiri konsep tersebut. Penerokaan ini membolehkan generalisasi atau ilmu
yang diperolehi lebih kekal dalam ingatan murid. Contohnya dalam konteks PdP bahasa
bagi topik ayat tunggal, murid akan melihat banyak contoh ayat tunggal dan selepas itu
mereka dapat membuat generalisasi tentang ayat tunggal berdasarkan kepada contoh
tersebut seterusnya lebih ingat konsep ayat tunggal. Kelemahan pendekatan ini adalah
memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan dalam kelas. Ini disebabkan murid
perlu mencari banyak contoh supaya dapat membuat generalisasi. Selain itu, kelemahan
pendekatan ini juga ada kalanya menyebabkan hanya sesetengah murid yang aktif kerana
memonopoli sesuatu perbincangan dalam kumpulan semasa meneroka sesuatu konsep.
Bukan itu sahaja, pendekatan ini juga memerlukan murid mempunyai sedikit pengalaman
tentang sesuatu topik yang ingin diajarkan kerana murid sendiri yang belajar tersebut dalam
PdP dan guru hanya memberikan bimbingan. Dalam pendekatan ini juga, guru perlu mahir
dalam menjankan idea murid seperti penyoalan dan sabar jika murid lambat membuat
generalisasi.

Pendekatan yang kedua adalah pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif


merupakan jenis pengajaran yang bermula daripaada umum kepada spesifik dimana murid
akan bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian
Seaton, 1982). Hal ini bermaksud guru membantu pelajar supaya dapat memberikan
contoh-contoh daripada sesuatu takrifan ataupun hukum yang diberikan. Contohnya,
dalam pengajaran ayat tunggal, guru memberikan takrifan ayat tunggal terlebih dahulu, dan
selepas itu meminta muridnya mencari contoh-contohnya ayat tunggal dalam sesuatu teks.
Kaedah deduktif adalah songsangan kepada kaedah induktif.

Pendekatan induktif ini mempunyai kekuatan dan kekurangan. Dari aspek kekuatan,
pendekatan deduktif tidak memerlukan banyak masa. Ini kerana murid tidak perlu mencari
banyak contoh untuk membuat generalisasi. Selain itu, pendekatan ini membolehkan murid
mengaplikasikan sesuatu konsep yang diperolehi dalam kes-kes lain. Contohnya, murid
telah memahami konsep ayat tunggal, mereka boleh terus sahaja membina ayat tunggal
mereka sendiri. Dalam pendekatan ini juga, perbezaan pendapat daripada murid tidak

2
ketara kerana murid telah diberikan sesuatu hukum dan hanya perlu mengikuti hukum
tersebut. Tambahan itu, pendekatan ini membolehkan penglibatan murid dapat
diseimbangkan. Dari aspek kekurangan, pendekatan ini lebih kepada berpusatkan guru
kerana guru telah memberikan sesuatu hukum tersebut. Dalam masa yang sama,
pendekatan ini kurang memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan
pengetahuan mereka sendiri dan tidak dapat membina pengalaman sendiri. Ini seterusnya
menyebabkan apa yang mereka pelajari mudah hilang dalam ingatan. Pembelajaran
sebegini juga kurang bermakna bagi murid dan yang paling kurang eloknya pendekatan ini
adalah murid akan berasa cepat bosan kerana murid berasa sudah pandai jika sudah
mengetahui sesuatu konsep.

Pendekatan yang seterusnya adalah pendekatan pendekatan elektik. Pendekatan ini


menggunakan dua atau lebih pendekatan yang menggabungkan segala ciri baik daripada
pendekatan tersebut. Pendekatan elektik boleh dihasilkan dengan menggunakan induktif
dan deduktif. Contohnya, guru memberikan contoh-contoh ayat tunggal kepada murid dan
membimbing murid membuat takrifan berdasarkan contoh tersebut dan selepas itu
memberikan meminta murid mengenalpasti ayat tunggal daripada daripada takrifan ayat
tunggal tersebut.

Kelebihan pendekatan elektik ini adalah boleh digunakan kepada pelbagai kebolehan
murid. Contohnya dalam sebuah kelas, guru menggunakan pendekatan induktif kepada
murid bijak, manakala murid kurang bijak pula menggunakan pendekatan deduktif. Selain
itu, pendekatan ini membolehkan guru mempelbagaikan variasi pengajaran mengikut
kebolehan murid dan seterusnya dapat menghidupkan suasana PdP. Pendekatan ini juga
dapat menyeimbangkan penglibatan pembelajaran bagi semua murid kerana mengikut
tahap mereka. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi
kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan
deduktif. Kelemahan pendekatan ini adalah guru perlu mengenalpasti terlebih dahulu
kebolehan bagi setiap murid dalam kelas supaya dapat menentukan pendekatan yang
digunakan bagi mereka. Selain itu, pendekatan ini memerlukan kepekaan guru dalam
mengawal dua situasi pendekatan yang berbeza. Jika tidak, kelancaran PdP akan terjejas.

Pendekatan keempat adalah pendakatan komunikatif. Pendekatan ini berfokuskan


kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan
makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang digunakan adalah tertumpu pada fungsi
komunikasi sahaja. Bukan itu sahaja, pendekatan ini mengutamakan kemahiran berbahasa
dalam kalangan murid. Contohnya, murid diberikan kerja berkumpulan untuk membina

3
ayat. Setiap murid mendapat satu ayat dan selepas itu mereka akan mencantumkan ayat
tersebut untuk membina sebuah cerita. Selesai mencantumkan ayat, kumpulan tersebut
perlu membaca cerita tersebut.

Pendekatan komunikatif ini sangat sesuai dijalankan kepada murid yang suka
bercakap dan mempunyai kecerdasan linguistik yang baik. Selain itu pendekatan ini sangat
sesuai untuk pengajaran sistem bahasa, peribahasa, dan tatabahasa kerana murid perlu
menyebut perkataan tersebut. Pendekatan ini juga dapat membantu murid untuk
mengembangkan kemahiran bahasa mereka kerana proses komunikasi banyak berlaku
antara murid dan guru semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bukan itu sahaja,
pendekatan ini juga tidak membosankan murid kerana mereka terlibat secara aktif semasa
berkomunikasi antara satu sama lain. Namun begitu, kelemahan pendekatan ini adalah
guru mestilah mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi supaya dapat mengajar
bahasa yang betul dan tepat kepada murid. Ini disebabkan, pendekatan ini mementingkan
ketepatan penggunaan bahasa. Selain itu, pendekatan ini juga kurang sesuai kepada murid
yang pasif dalam komunikasi dan pemalu kerana pendekatan ini memerlukan murid untuk
aktif berkomunikasi antara satu sama lain dan barulah objektif PdP akan tercapai.

ANALISIS STRATEGI

Seterusnya adalah analisis tentang strategi PdP Bahasa. Strategi ialah satu
kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil
pembelajaran. Manakala pengajaran pula membawa maksud aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu Menurut Kamus
Dewan 1998, Strategi pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Di dalam konteks pendidikan pula, strategi pengajaran bermaksud
kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam
satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata
lain, strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah atau teknik mengajar
berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan. Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam pengajaran bahasa seperti
kemahiran berfikir, kemahiran belajar secara belajar, didik hibur, kecerdasan pelbagai
pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan kontekstual, pembelajaran berasaskan
konstruktivtisme, Kajian masa depan, dan pembelajaran akses kendiri. Namun, dalam
analisis ini, saya akan sentuh tiga sahaja iaitu kercedasan pelbagai, pembelajaran
koperatif, dan didik hibur.

4
Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau
mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang
hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori kecerdasan pelbagai ini boleh diaplikasikan
dalam PdP. Contohnya, jika murid dalam sesuatu kelas tersebut majoriti mempunyai
kecerdasan Muzik, maka guru boleh memilih strategi kecerdasan pelbagai dalam PdP.
Antara aktiviti yang boleh dirancang adalah seperti penggunaan alat muzik dan aktiviti
nyanyian.

Pengaplikasian strategi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran


bahasa memberikan peluang kepada murid belajar mengikut kecerdasan mereka.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa yang sesuai dengan kecerdasan murid dapat
membantu murid menguasai kemahiran bahasa. Selain itu, ianya dapat meningkatkan
minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kebiasaannya, kecerdasan
murid selari dengan minat mereka. Contohnya, murid yang minat dalam sukan mempunyai
kecerdasan kinestetik. Aplikasi kecerdasan pelbagai ini juga memberi peluang kepada
murid menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Mereka akan tahu aspek mana yang
mereka cerdas dan menggunakan kecerdasan tersebut untuk mengembangkan lagi diri
mereka. Dalam erti kata yang lain, murid boleh membuat refleksi kendiri tentang kekuatan
dan kelemahan diri. Namun beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam
menggunakan strategi ini adalah perlu bijak merancang aktivti yang sesuai dengan
kecedasan murid serta bersedia untuk mengawal kelas kerana murid akan aktif semasa
PdP,

Strategi yang kedua adalah pembelajaran koperatif. Strategi pembelajaran


koperatif dipelopori oleh Kagan, (1992). Asas kepada pembelajaran koperatif adalah
pembelajaran berkumpulan dengan sistematik. Sistematik yang dimaksudkan adalah,
setiap teknik dalam koperatif seperti Jigsaw, STAD, dan lain-lain mempunyai langkah yang
harus dituruti dengan sakasama supaya objektif pembelajaran koperatif dapat dipenuhi.
Antara objektif pembelajaran koperatif ini adalah untuk meningatkan komunikasi murid,
melatih kemahiran intrapersonal murid, dan membentuk kerjasama positif antara murid.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru juga boleh mengaplikasikan strategi
pembelajaran koperatif ini.

Terdapat beberapa kebaikan strategi ini dilaksanakan dalam pengajaran dan


kemahiran berbahasa adalah strategi ini adalah berpusatkan murid. Oleh itu, ini mendorong
murid akan lebih banyak meneroka kemahiran bahasa. Selain itu, murid yang lemah dalam

5
kemahiran bahasa mendapat lebih peluang untuk melihat model pelajar lain yang
mempunyai strategi yang lebih berkesan dalam pembelajaran bahasa. Strategi ini juga
sangat sesuai dengan pendekatan komunikatif kerana banyak berkomunikasi antara satu
sama lain. Ini seterusnya dapat mengembangkan kemahiran komunikasi murid. Dalam
mata pelajaran bahasa melayu, komunikasi ini dapat membantu murid menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur.

Kelemahan strategi ini adalah memerlukan pengawalan kelas yang baik oleh guru.
Ini kerana dalam strategi ini, murid akan aktif dalam perbincangan kumpulan. Selain itu,
guru juga perlu merancang dengan baik dari aspek pembahagian masa dalam RPH kerana
startegi ini memerlukan masa yang panjang. Untuk melaksanakan strategi ini juga, guru
perlu betul-betul menguasai setiap langkah dalam model pembelajaran koperatif.
Contohnya dalam kaedah Jigsaw, guru perlu tahu bagaimana langkah dalam kaedah
Jigsaw. Bukan sahaja pelaksanaanya tetapi juga dari aspek penilaiannya iaitu sama ada
secara individu atau secara berkumpulan.

Strategi yang seterusnnya adalah strategi Didik Hibur. Didik Hibur bemaksud
mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara,
jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau
menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan
pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera, iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan
puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan
dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

Kebaikan strategi pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur ini membolehkan
murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, menggembirakan dan tidak ada
tekanan. Contohnya aktivti nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata,
sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. Kesannya dapat mengukuhkan aspek
kemahiran asas berbahasa. Bercerita dapat memberikan pengajaran,panduan, nilai murni,
dan menyuburkan imaginasi. Berlakon dapat melatih murid-murid memahami semua aspek
kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Pantun merupakan bentuk puisi
tradisi lisan masyarakat Melayu. Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda,
sosial, budaya dan kemasyarakatan Melayu lama. Selain itu, strategi didik hibur ini juga
dapat menarik minat murid untuk belajar kerana terasa terhibur dengan aktivti yang
dijalankan. Namun begitu, guru perlu mencari teknik didik hibur yang sesuai dengan
kemahiran yang akan dipelajari murid. Guru juga perlu bijak membahagikan masa bagi

6
setiap langkah kerana adakalanya teknik dalam didik hibur memerlukan masa yang
panjang untuk dijalankan.

ANALISIS KAEDAH

Analisis yang seterusnya ini adalah tentang pengplikasian kaedah pengajaran


dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunaan dalam pengajaran
kemahiran Bahasa Melayu. Antaranya adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa
Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Bahasa Komuniti, dan lain-lain
kaedah. Dalam analisis ini, saya akan sentuh tiga kaedah sahaja seperti yang dikehendaki
dalam tugasan. Antaranya adalah kaedah Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah
Terus, dan Kaedah Bahasa Komuniti.

Pertama sekali adalah kaedah Tatabahasa Terjemahan. Menurut teori ini, bahasa
ialah ucapan, buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat
untuk membunyikan suara. Ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga
adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap
sebagai kesalahan. Kaedah Tatabahasa Terjemahan ini dimulakan dengan peraturan-
peraturan, perbendaharaan kata bersendirian, paradigma dan terjemahan-terjemahan
perbendaharaan kata dibahagikan ke dalam senarai perkataan-perkataan untuk dihafaz.
Penyebutan boleh jadi tidak diajar atau terhad kepada pengenalan-pengenalan sahaja,
rumus-rumus tatabahasa dihafaz sebagai unit-unit yang biasanya mengandungi ayat-ayat.

Kebaikan pengaplikasian kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa


adalah perlaksanaan kaedah ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk
menterjemahkan sesuatu bahasa, kaedah ini juga tidak memerlukan guru yang fasih dalam
sesuatu bahasa, dan kaedah ini juga tidak memerlukan latihan yang intensif terutamanya
kepada murid-murid yang fasih membaca. Selain itu, kaedah ini membolehkan murid-murid
akan lebih mahir dalam penulisan dan penterjemahan sesuatu bahasa, dan dapat
memperkembangkan kebolehan murid membaca sesuatu bahasa asing tanpa terjemahan.

Kelemahan kaedah ini adalah menambahkan kebolehan murid-murid dalam


membaca tetapi mendatangkan kesukaran kepada murid-murid yang mempunyai kesulitan
membaca, kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.
Murid-murid mungkin dapat membaca sesbuah buku tetapi tidak memahami maksud buku
yang dibaca. Selain itu, kaedah ini menghasilkan murid-murid yang dapat membaca buku
teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan yang lain, atau pun

7
menghasilkan murid-murid yang boleh membaca tersebut tidak dapat memahami dan
bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Kaedah yang kedua yang saya akan analisis adalah Kaedah Terus. Menurut Salleh
Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk
memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. kaedah ini mengutamakan prinsip
mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan tiga
perkara asas. Pertama perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda
atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Kedua, pengajaran harus dikaitkan dengan
pengalaman-pengalaman sedia ada murid. Ketiga, kaedah ini dapat menimbulkan
perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Namun begitu, kaedah ini juga ada kelebihan dan kelemahannya dalam
pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antaranya kelebihannya
adalah Membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa, contohnya
mendengar, bertutur, membaca dan menulis, murid dapat menggunakan bahasa yang
dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan dengan cepat, dan murid-murid lebih
memahami maksud sesuatu perkara yang disampaikan dengan adanya benda maujud.
Selain itu, Murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa lisan dengan sebutan dan
intonasi yang betul, murid-murid lebih berani mengeluarkan idea dan pendapat dengan
cara yang segera, dan murid-murid dapat dihubung terus dengan bahasa yang hendak
diajar kerana kaedah ini tidak menggunakan terjemahan.

Kelemahan kaedah ini adalah murid-murid tidak dapat menulis dengan betul kerana
kaedah ini lebih mengutamakan lisan. Selain itu, hasil tulisan murid lebih kepada struktur-
struktur natif atau ibunda yang disalut dengan perbendaharaan kata asing kerana murid-
murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda sebelum belajar bahasa
kedua atau bahasa asing. Kelemahan kaedah ini juga adalah masa yang diperlukan untuk
pengajaran kaedah ini terlalu lama kerana sukar bagi murid menguasainya tanpa adanya
latih tubi yang berkesan. Disamping itu, ahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini
merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perbualan yang telah
ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang
sistematik dan kaedah ini menjadi masalah kepada murid-murid yang lemah dan lambat
memahami topik yang diajar.

8
Kaedah yang ketiga adalah Kaedah Bahasa Komuniti. Kaedah ini diasaskan oleh
Charles A.Curran. Kaedah ini menggunakan teknik psikologi dalam kaunseling dalam
pengajaran bahasa. Kaedah ini juga berasaskan teori interaksi dan berpegang kepada
prinsip pengajaran bahasa pertama dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses
perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak-kanak
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa, maka pengajaran bahasa mestilah
merangkumi kecekapan bahasa serta kecekapan komuniti ataupun ketepatan penggunaan
bahasa mengikut konteks penggunaannya.

Kelebihan pengaplikasian kaedah ini dalam pengajaran bahasa adalah seperti Sistem
bahasa tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Ini membolehkan
faham bagaimana menggunakan bahasa tersebut dan seterusnya memberi peluang
kepada murid-murid untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi lain. Selain
itu, guru dapat menggabungjalin pelbagai kemahiran bahasa di dalam sesuatu aktiviti
pengajaran. Ini selari dengan pendekatan modular yang dicadangkan dalam DSKP Bahasa
Melayu. Disamping itu, murid-murid diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam
berkomunikasi mengikut tugas yang dirancangkan oleh guru. Keadaan ini dapat
menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Manakala kelemahan pengaplikasian kaedah ini dalam pengajaran dan


pembelajaran bahasa adalah guru perlu mengawal kelas dengan baik kerana pembelajaran
ini adalah secara berkumpulan. Bilangan ahli dalam kumpulan juga agak banyak iaitu enam
hingga dua belas orang. Guru juga perlu memastikan semua murid aktif semasa
pembelajaran ini. Kadang kala terdapat murid hanya bergantung kepada rakan mereka
sahaja.

ANALISIS TEKNIK

Menurut Edward M. Anthony (1963) mendefinisikan teknik adalah satu muslihat


atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Teknik pengajaran
juga boleh didefnisikan sebagai satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.
Secarakhususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti
supaya dapat mempercepatkan penanggapan pelajar. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan adalah teknik latih
tubi, bercerita, tunjuk cara, teknik drama, dan lain-lain.

9
Saya akan menganlisis tiga teknik dalam tugasan ini iaitu teknik latih tubi, teknik
bercerita, dan teknik tunjuk cara. Pertama sekali kita akan lihat teknik latih tubi. Teknik latih
tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Contohnya,
murid akan mengulangi sesuatu perkataan sehingga mereka dapat menyebut dengan betul
perkataan tersebut. Begitu juga dengan kemahiran membaca, teknik latih tubi ini digunakan
dimana murid akan membaca berulang kali sesuatu ayat sehingga lancar membaca.
Mengikut teknik ini, lima aspek perlu diberi perhatian semasa PdP adalah sebutan dan
intonasi yang betul, aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan, dan kefahaman.

Kekuatan teknik ini dalam pengajaran bahasa adalah murid dapat mencapai taraf
penguasaan kemahiran berbahasa disamping dapat menjamin kekekalan penguasaan
bahasa murid. Contohnya, apabila murid berulang kali membaca satu ayat, lama kelamaan
murid akan dapat menguasai kemahiran membaca. Malahan, penguasaan kemahiran
membaca ini akan kekal disebabkan murid memperoleh konsep membaca berdasarkan
pengulangan. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik hafazan. Selain itu, teknik ini mudah
dilaksanakan dalam kelas kerana hanya sedikit BBM yang perlu dibuat dan lebih banyak
aktivti murid membuat latihan sebutan, membaca, dan menulis sehingga menguasai
kemahiran tersebut.

Kelemahan teknik latih tubi ini adalah menghadkan kebebasan berfikir murid. Ini
disebabkan murid hanya perlu mengulang sesuatu fakta atau kemahiran tanpa memikiran
bagaimana mendapatkan kemahiran tersebut. Murid juga tidak dapat meneroka
pengalaman sendiri kerana guru yang menentukan sama ada murid telah menguasai
ataupun belum menguasai sesuatu kemahiran. Jika murid belum menguasai, murid
tersebut perlu mengulangi sehingga menguasainya. Isu yang seterusnya akan timbul
adalah murid bosan. Murid juga cepat bosan apabila sentiasa mengulangi perkara yang
sama. Sebenarnya murid menginginkan sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka.
Selain itu, teknik ini juga menghalang kreativti mereka sendiri. Teknik ini tidak
menggerakkan otak murid untuk berfikir tetapi lebih kepada kekuatan untuk mengingat.

Teknik yang seterusnya adalah teknik tunjuk cara ataupun demonstrasi. Teknik
tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah satu teknik pembelajaran dengan menunjukkan
contoh atau membuat uji kaji. Dalam teknik tunjuk cara ianya memerlukan penglibatan
kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara
praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada
pada waktu yang sama ataupun berbeza. Semasa guru menggunakan teknik ini, guru akan
membuat pertunjukkan terlebih dahulu tentang langkah-langkah pengajaran yang perlu

10
diikuti oleh murid. Selepas itu, barulah murid yang akan melaksanakan langkah-langkah
pengajaran tersebut.

Teknik demonstrasi ini lebih sesuai digunakan apabila guru sesuatu yang belum
pernah diketahui atau dilihat oleh murid. Guru perlu melakukan demonstrasi di hadapan
murid supaya mereka dapat mengetahui dan dapat menganggap apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Selain itu, teknik ini sangat sesuai kepada murid yang mempunyai
daya ingatan yang rendah. Ini disebabkan murid sendiri yang melaksanankan tugasan
tersebut. Murid akan lebih ingat apa yang mereka lakukan berbanding mereka mendengar
dan melihat. Selain itu, kaedah ini tidak membosankan dan dapat membantu murid untuk
mengembangkan kekreatifan mereka sendiri Ini disebabkan murid terlibat aktif semasa
membuat demonstrasi dengan menjanakan pelbagai idea mereka.

Beberapa kelemahan yang mungkin berlaku dalam teknik ini. Pertama sekali, jika
guru mempunyai pengetahuan pedagogi yang tinggi untuk melaksanakan teknik ini kerana
memerlukan guru betul-betul memahami dan dapat menunjukkan demonstrasi yang baik.
Pengetahuan pedagogi yang perlu guru miliki juga adalah dari aspek perancangan.
Perancangan mestilah dibuat dengan teliti dan terperinci bagi setiap langkah, Bahan Bantu
Belajar, pengurusan masa dan aspek keselamatan. Jika tidak, teknik ini tidak akan berjalan
dengan lancar. Selan itu, teknik ini juga memerlukan banyak BBM kerana perlu digunkan
oleh murid. Tambahan pula jika bilangan murid dalam kelas agak ramai menyebabkan guru
perlu menambah jumlah BBM. Selain itu, masalah lain yang boleh berlaku adalah guru
lebih banyak berfokuskan kepada penggunaan alatan ataupun prosedur. Ini menyebabkan
guru kadang-kadang akan lupa kepada isi pelajaran yang perlu disampaikan.

Teknik yang seterusnya adalah teknik bercerita. Teknik ini merupakan salah satu
teknik yang sesuai untuk membina kecekapan berbahasa murid kerana cerita merupakan
seuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Teknik ini sesuai untuk latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa. Dalam teknik ini, ianya
boleh dilaksanakan sama ada guru bercerita ataupun murid dan boleh juga kedua-duanya
sekali. Teknik ini sangat sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis dalam kalangan murid. Teknik ini juga menyeronokkan
kerana mempunyai eleman didik hibur. Dalam masa yang sama, teknik ini tidak
membosankan murid untuk belajar. Murid juga boleh mendapat nilai atau pengajaran
daripada sesuatu cerita.

11
Namun begitu, beberapa aspek yang perlu diberi perhatian semasa melaksanakan
teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pertama sekali, guru perlu memilih
cerita yang menarik dan mudah difahami murid supaya murid seronok dan faham apabila
mendengar cerita tersebut. Selain itu, perkembangan cerita mesti diberi perhatian seperti
permulaan, kemuncak, dan kesudahan cerita. Disamping itu, perhatian juga perlu diberikan
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ianya harus dikawal supaya janga mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan. BBM juga perlu digunakan jika sesuatu cerita tersebut terlalu
abstrak kepada murid.

12

Anda mungkin juga menyukai