Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT DISIPLIN KALI PERTAMA,TAHUN 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENG, KM.9 JALAN KRUBONG,MELAKA

Tarikh : 18. JANUARI. 2017

Masa : 1.40 petang

Tempat : Bilik Professional

Pengerusi : Encik Wan Azhar Bin Sharifuddin

Kehadiran : Puan Norbaini Bt. Md Yussof (GPK HEM )

Puan Maimunah

Encik Mohd Hafiz Bin Husaini

Encik Hishamuddin Bin Md Zin

Puan Maimunah Binti Mahat

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 En Wan Azhar selaku ketua disiplin sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-
guru disiplin dalam perjumpaan untuk mesyuarat kali pertama tahun 2017 ini. Beliau juga
berharap agar badan disiplin sekolah ini akan lebih unggul dari semasa ke semasa.

2.0 Ucapan Puan Norbaini

2.1 Puan Norbaini mengalu-alukan kedatangan guru-guru disiplin tahun 2017 ini.Beliau juga
berharap semua guru disiplin dapat bekerjasama membanteras masalah disiplin di sekolah
dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik sekolah.
2.2 Beliau turut menyatakan dalam lawatan guru besar, Encik Hazman Dolah ke SJKC Union Pulau
Pinang pada tahun lepas turut dikaitkan tentang sekolah yang mencapai KPI yang baik
mempunyai sifar masalah disiplin.

3.0 Perkara berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Pengesahan minit mesyuarat lepas

Pencadang : Encik Ismayuzi Bin Ismail


Penyokong : Encik Hishamuddin Bin Md Zin

5.0 Perbincangan Professional


5.1 Peraturan Disiplin
Encik Wan Azhar memaklumkan buku peraturan disiplin sekolah masih boleh diguna pakai
seperti sediakala oleh semua warga sekolah. Buku peraturan disiplin sekolah juga perlu dibeli
oleh semua murid SK Cheng di kedai buku sekolah. Encik Wan Azhar juga berharap guru-guru
disiplin dan guru bertugas agar dapat membacakan buku peraturan sekolah dari semasa ke
semasa agar murid-murid faham dan mematuhi peraturan sekolah.

Tindakan : Semua guru SK Cheng

5.2 Pelantikan Pengawas


Puan Norbaini mengingatkan Encik Hafiz agar majlis pelantikan Pengawas sekolah ini mengikut
tarikh yang telah dirancang dalam takwim sekolah iaitu 20 Februari 2017. Puan Norbaini juga
mencadangkan agar tetamu majlis Pelantikan Pengawas sekolah ini terdiri daripada YDP
PIBG,NYDP PIBG dan Pegawai Polis Unit Perhubungan Sekolah agar jaringan sekolah dan pihak
luar wujud.

Tindakan : Encik Mohd Hafiz

5.3 Senarai Tugas Pengawas


Encik Wan Azhar memaklumkan bahawa jumlah pengawas sekolah pada tahun ini mencatatkan
pertambahan berbanding tahun lalu.Jumlah pengawas tahun ini adalah seramai 47 orang. Beliau
turut menyatakan tugas pengawas ini adalah penting dan beliau berharap agar pengawas-
pengawas yang di lantik dapat membantu guru-guru. Beliau menekankan agar jadual tugas kerja
pengawas disiapkan dengan kadar segera oleh Encik Hafiz. Beliau juga mengingatkan para guru
bahawa murid-murid yang dilantik menjadi pengawas berhak untuk keluar rehat lebih awal 5 minit
berbanding murid-murid lain untuk menjalankan tugas.

Tindakan : Encik Mohd Hafiz

5. 4 Papan Kenyataan Pengawas


Puan Norbaini mohon kerjasama semua guru dsiplin agar dapat mewujudkan papan kenyataan
pengawas sekolah . Beliau mencadangkan agar papan kenyataan sekolah diwujudkan
berdekatan laluan Pra Sekolah dan beliau juga mencadangkan agar laluan itu dijadikan sebagai
tempat pengawas sekolah berkumpul bagi sesi taklimat dan sebagainya.

Tindakan : Encik Wan Azhar

5.5 Hukuman Rotan


Puan Norbaini memaklumkan bahawa hukuman rotan tidak boleh dilakukan oleh semua guru
sebaliknya hanya guru besar berhak melakukan hukuman rotan. Namun demikian,guru besar telah
menurunkan surat kuasa kebenaran merotan kepada dua orang guru iaitu Ustaz Wan dan Encik
Hafiz . Merkea akan melakukan hukuman rotan mengikut SOP yang dibenarkan.

6.0 Hal-hal lain.


6.1 Puan Norbaini turut mengingatkan semua guru untuk memainkan peranan sebagai guru disiplin
agar masalah disiplin sekolah dapat dikurangkan.
6.2 Encik Wan Azhar menyatakan warna pakaian rasmi pengawas sekolah masih sama iaitu baju warna
pink dan seluar / kain berwarna biru gelap.
6.3 Puan Norbaini mengingatkan semua agar majlis Kursus Kepimpinan sekolah dijalankan satu hari
sahaja iaitu hari Sabtu dan wajib kepada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Pengawas SPBT,
Pembimbing Rakan Sebaya,Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Beliau juga berharap setiap
peserta kursus dapat membuat bayaran sebanyak RM 10 sebagai kos makanan dan minuman.

Disediakan Oleh,

(MOHD HAFIZ BIN HUSAINI)


Setiausaha Displin dan Pencegahan Jenayah
Sekolah Kebangsaan Cheng

Anda mungkin juga menyukai