Anda di halaman 1dari 4

Sigmund Freud menjelaskan bahawa struktur personaliti atau pemikiran

manusia terbahagi kapada tiga bahagian atau konsep iaitu bawah sedar (id),
prasedar (ego), dan bawah sedar (super ego).

Bincangkan sejauh mana konsep-konsep tersebut mempengaruhi diri


seorang kanak-kanak berdasarkan Teori Sigmund Freud.

Jawapan:

Teori psikoanalisis yang dikemukakan oleh Sigmund Freud telah


membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego.
Pada pendapat kami, teori tersebut dapat diaplikasikan oleh guru dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan untuk mempengaruhi perkembangan
personaliti kanak-kanak.

Id ialah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah


sedar. Melalui id, naluri asas seseorang terbentuk dan merupakan tenaga untuk
memotivasikan individu atas prinsip keseronokkan. Id dianggap sebagai satu
elemen struktur yang semula jadi, dan yang sedia ada dalam diri manusia. Id tidak
dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral dan objektif
keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya. Id
dapat dilihat dengan jelasnya melalui kelakuan kanak-kanak kecil yang suka
berkelakuan sesuka hati.

Id menekankan keseronokan. Oleh itu, pengajaran melalui didik hibur,


permainan yang terancang dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
Seandainya guru berbuat demikian, id dalam diri murid akan menyebabkan mereka
berasa seronok dalam proses pengajaran dan terpupuknya dorongan intrinsik
untuk belajar. Pada masa yang sama, untuk mengawal perlakuan kanak-kanak,
kaedah peneguhan dapat diperkenalkan untuk id menggalakkan perlakuan
bermoral dalam kalangan kanak-kanak. Peneguhan positif seperti pujian dan
hadiah akan menyeronokkan kanak-kanak untuk mereka berbuat baik manakala
peneguhan keras seperti dendaan yang setimpal perlu digunakan jika kanak-kanak
berbuat salah. Peraturan tegas akan mengelakkan perlakuan kanak-kanak yang
mementingkan keseronokan diri sehingga mengabaikan hak orang lain. Sekiranya
pengawalan pada tahap ini tidak sempurna, maka kanak-kanak akan membentuk
personaliti individualistik yang mementingkan diri.

Ego ialah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya


mempengaruhi kepada keyakinan dirinya. Ego ialah komponen personaliti yang
terbentuk melalui pengalaman dalam alam realiti. Ego mengutamakan realiti dan
pemikiran logik. Selain itu, Ego terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu
di mana kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki oleh id dapat
dipenuhi. Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperluan, ego mula wujud untuk
mencari cara untuk mengatasi kekecewaan tetapi secara munasabah. Ego akan
memahami keinginan id dan membuat rancangan yang tidak bertentangan dengan
peraturan sosial supaya individu mendapat kepuasan dan dapat diterima oleh
masyarakat. Apabila ego tidak dapat mencari cara yang diterima untuk memuaskan
keinginan id, konflik akan timbul.

Guru perlulah membantu kanak-kanak untuk mengenal diri dan membantu


mereka untuk menemu cita-cita serta matlamat kehidupan kerana pada peringkat
inilah ego dalam diri kanak-kanak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri
demi kepentingan pada masa hadapan. Guru dapat memperkenalkan pelbagai
profesion kepada kanak-kanak untuk membantu mereka membuat keputusan yang
diinginkan. Guru perlu mengajar kanak-kanak apa yang betul dan apa yang salah
supaya mereka mampu mengetahui batas perlakuan sendiri. Peraturan dalam
kelas perlu ditetapkan dalam kelas seperti perlu menutup suis lampu dan kipas
setelah keluar. Setiap peraturan perlu ada rasionalnya seperti peraturan yang
diungkitkan sebentar tadi penting untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Ego
akan terpupuk untuk mengawal id. Guru perlulah mengajarkan peraturan
masyarakat kepada kanak-kanak untuk mereka diterima ramai dengan kaedah
simulasi situasi seperti tidak membuang sampah merata-rata. Guru perlu
memberikan galakan dan tidak membandingkan keupayaan kanak-kanak kerana
jika harga diri kanak-kanak tercalar, maka ego akan berkurangan dan mereka akan
menjadi penakut untuk bersuara dan kurang keyakinan diri. Hak bersuara perlu
diberikan dengan setara supaya ego kanak-kanak mendapat kepuasan.

Super ego ialah bahagian fikiran bawah sedar yang membuatkan kita berasa
bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan. Super ego merupakan struktur
personaliti yang beroperasi atas prinsip kesempurnaan dan akan terbentuk serta
berkembang sepanjang hidup kanak-kanak dengan menggabungkan moral dan
nilai-nilai masyarakat. Super ego berfungsi berlandaskan prinsip moral,
keagamaan atau prinsip ideal. Super ego akan mengawal kehendak ego dan
memberi penilaian sama ada tingkah laku yang ditunjukkan ego benar atau salah.
Super ego juga mengawal segala kehendak id, mempengaruhi ego dalam usaha
mencari jalan memenuhi kehendak id dengan cara yang terbaik bersesuaian
dengan cara, nilai, budaya, kepercayaan, dan agama sesebuah masyarakat.

Guru perlulah mengutamakan perkembangan pemikiran rasional dalam diri


kanak-kanak. Kanak-kanak akan mempunyai usaha untuk mencapai matlamat di
samping tidak mengetepikan kewajipan diri sendiri dan kemampuan diri. Sebagai
contohnya, kanak-kanak yang hendak mencapai kejayaan dalam keputusannya
tidak akan mengabaikan tanggungjawab dirinya sebagai seorang untuk membantu
ibunya mengemas rumah. Super ego akan mendorong kanak-kanak untuk
merangka strategi yang berkesan dan waras untuk mencapai cita-ita setelah ego
memilih cita-cita yang sesuai. Pemikiran kanak-kanak perlu diarahkan kepada
konsep kemasyarakatan dan kewarganegaraan. Pematuhan kepada undang-
undang sewajarnya dititikberatkan untuk mewujudkan negara yang sejahtera.
Keperibadian mulia dapat dipupuk jikalau kanak-kanak mempunyai super ego yang
baik kerana kanak-kanak akan mempertimbangkan keinginan diri berdasarkan
keadaan di sekeliling mereka.