Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

KALI KEDUA SESI 2017

TARIKH : 12 APRIL 2017


MASA : 2.45 PETANG
TEMPAT : WAR ROOM, SMK UBAI, PEKAN

KEHADIRAN : 6/6

1. PN MAINOR BINTI OMAR (Ketua Bidang/ Pengerusi)


2. PN ANIZAH BINTI SALAMON (Ketua Panitia)
3. PN SITI RAMATHAN BINTI MAHAMED
4. PN SHARINA BINTI GHAZALI
5. PN NUR HAFIZA BINTI MOHAMAD TAHIR

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalukan kedatangan guru dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru
dapat menghadiri mesyuarat ini.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-1 SESI 2017

2.1. Minit mesyuarat Kali ke-1 sesi 2017 telah disahkan tanpa pindaan

Pencadang : Pn Siti Ramathan binti Mahamed


Penyokong : Pn Sharina binti Ghazali

3. POST MORTEM SPM 2016


3.1. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru di atas keputusan Matematik SPM 2016 yang
cemerlang. SMK Ubai merupakan sekolah yang mendapat lonjakan GPS tertinggi dalam Matematik.
Peratus kelulusan SPM 2016 adalah 82.8% dengan kenaikan GPS dari 6.32 kepada 5.19.
3.2. Seramai 19 orang calon telah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan ini. Bilangan calon A ini
bertambah berbanding tahun 2015 iaitu seramai 4 orang calon sahaja yang mendapat A.
3.3. Pengerusi mengharapkan agar SMK Ubai dapat terus mengekalkan kecemerlangan ini dan guru-
guru tidak berputus asa, dan terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

4. ANALISA DAN POST MORTEM UP1 2016


4.1. Peratus lulus dan GPS bagi semua tingkatan :
tingkatan 1 : Lulus 65.08 % dengan GPS 4.60
tingkatan 2 : Lulus 64.06 % dengan GPS 4.59
tingkatan 3 : Lulus 55.41 % dengan GPS 4.43
tingkatan 4 : Lulus 51.02 % dengan GPS 6.08
tingkatan 5 : Lulus 38.60 % dengan GPS 6.00
4.2. Secara keseluruhannya pencapaian adalah sederhana. Diharapkan ada peningkatan pada
peperiksaan pertengahan tahun nanti.

5. PROGRAM KECEMERLANGAN

5.1. Pengerusi memaklumkan bahawa kelas Matematik Tingkatan 5 yang sebelum ini dijalankan secara
berkumpulan, terpaksa dirombak semula akibat kekurangan guru Matematik . Hal ini disebabkan Pn
Salwati yang berpindah keluar ke SMK Tengku Abdullah.

5.2. Kelas tambahan berfokus bagi kelas SPM dan PT3 akan diteruskan seperti biasa mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada guru yang memberikan komitmen yang tinggi dengan
mengadakan kelas pada hari Jumaat dan Sabtu.
5.3.

6. PENGURUSAN BELANJAWAN

6.1. Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan kewangan PCG pada tahun ini adalah sebanyak
RM1416.49

6.2. Bahan-bahan yang telah di beli adalah


Kertas Graf (5 rim)
Marker Pen (36 unit)
Jangka Lukis (20 unit)

6.3. Baki wang setakat ini adalah berjumlah RM 992.09

Tindakan : Makluman

7. HAL-HAL LAIN

7.1. Pengerusi mengingatkan pencerapan buku tulis telah bermula. Semua guru diingatkan untuk menanda
dan mengumpulkan semua buku latihan dan menyerahkannya kepada guru yang mencerap untuk
disema
Tindakan : Makluman

8. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh :

...................................................... ..........................................
(PN ANIZAH BINTI SALAMON)