Anda di halaman 1dari 4

7 Tips Cemerlang & Persediaan

Menghadapi Peperiksaan

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk


belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan
mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana
apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji
pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang


menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat


banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain
mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama
menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras.
Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping
membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran


atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini,
jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya
merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari


di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam
menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk
mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat


membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa


minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar
secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang


memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan
membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu
anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat


untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan
dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat


memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun
sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat
perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat,


sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini
kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding
peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan
peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang.


Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan
yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda
anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan
keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan
menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak
sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih
awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu
perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan
dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan
peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih
dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah
akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya


membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap
peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka
mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan


tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk
menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang.
Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang
mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi
kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir
mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan
sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah
yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan


jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam
kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya
tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif
mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada
pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul
dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan
semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan.


Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali
alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan
anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas


peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau
sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu
ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas
soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya


menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu


perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda


seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh
mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah
supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan
terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan.
Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan
kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi.
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu
adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah
mencapai kejayaan.