Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TERAPI SENI

Menurut American Art Therapy Association terapi seni adalah satu profesion
kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu dibawah semua peringkat umur. Terapi
seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pelajar meluahkan perasaan pemikiran mereka
yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.

Secara umumnya, seni boleh dijelaskan sebagai hasil karya yang dihasilkan oleh
manusia untuk melahirkan emosi, perasaan mereka sama ada suka, sedih, marah, gembira dan
sebagainya. Manakala, definisi terapi dalam konteks pendidikan pula ialah satu kaedah untuk
membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Jelaslah bahawa, terapi seni merupakan satu profesion perkhidmatan kemanusiaan yang
menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni, dan tindak balas klien untuk
menghasilkan produk. Selain itu, terapi seni turut mencerminkan perkembangan individu,
kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Terapi Seni ini telah menjadi
kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada
kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan
pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan,
mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu Therapeia yang bermaksud satu
perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) therapeuo
yang bermaksud i wait upon. Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada
pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah
tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosley (2001) terapi didefinisikan
sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit
dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan khas pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk
membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-
kemahiran yang tertentu. Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep
kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas
mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah
terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang
tersebut di atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang
lebih tinggi.

Antara kepentingan terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid,


merangsang mereka untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta
meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi. Sosial dan psikomotor mereka. Selain
daripada itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran
tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan (G. Eliana, 2008, S. Pengily, 2008;
Z. Ibrahim, 2009)

2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain guru pendidika khas, ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran untuk
mengesan bakat dan minat kanak-kanak bekeperluan khas. Usaha daripada semua dapat
mencungkil dan mengenalpasti kreativiti yang terpendam di dalam diri kanak-kanak ini.
Melalui mata pelajaran pendidikan seni, guru pendidikan khas perlu menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata pelajaran lain, bagi meningkatkan
potensi murid bekeperluan khas yang dikenalpasti potensinya. Manakala, ibu bapa boleh
mengesan bakat dan kreativiti anak mereka melalui pemerhatian dan aktiviti sewaktu di
rumah. Penggunaan strategi yang bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran adalah
digalakkan bagi memupuk bakat dan minat murid.

Pemilihan dan penentuan aktiviti seni hendaklah bersesuaian dengan murid


berdasarkan kepada pengalaman yang dialami, tahap daya imaginasi mereka serta, jenis
peralatan dan bahan yang digunakan. Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan
kesediaan, kemampuan murid. Kegiatan yang menarik minat serta mampu mencetus idea
melalui aktiviti amatlah digalakkan, sama ada secara manual atau berbantukan penggunaan
komputer.
3.0 BAGAIMANA SENI MERAWAT: MINDA- PSIKOLOGI TUBUH

Pengajian saintifik menunjukkan bukti seni merawat dengan menukarkan psikologi


dan sikap sesaorang. Psikologi tubuh bertukar dari satu tekanan kepada satu istirehat yang
dalam., dari satu ketakutan kepada satu kreativiti dan inspirasi.. Seni meletakkan sesaorang
pada corak gelombang otak yang berbeza., Seni mempengaruhi system saraf autonomic
sesaorang., imbangan hormonal mereka dan neurotransmitter otak mereka.

Seni mempengaruhi setiap sel dalam tubuh dengan segera yang mencipta
penyembuhan psikologi serta menukar system imunasi dan perjalanan darah pada semua
organ tubuh. Seni dengan cepat boleh menukar persepsi manusia mengenai kehidupan. Ia
menukar sikap, emosi, dan persepsi kesakitan. Ia mencipta harapan dan secara positif
menolong manusia menempuh kesukaran. Ia menukarkan pandangan dan cara kehidupan
seseorang di dalam dunia. Hakikatnya ia di ketahui oleh ahli neurophysiologists bahawa seni,
doa, dan penyembuhan dating dari punca yang sama dari dalam tubuh, kesemuanya adalah
kesatuan bersama yang mempunyai persamaan corak gelombang otak, perubahan tubuh
minda dan berhubung secara lansung terhadap perasaan dan makna.

Seni, doa, dan penyembuhan membawa kita ke dunia bawah sedar, dunia penuh
imejan dan emosi, penuh tampak dan perasaan. Penyembuhan berlaku dari dalam, punca
penyembuhan diri adalah bebas membenarkan system kekebalan beroperasi optimal sebagai
suatu bentuk penyembuhan.

3.1 Mengapa Terapi Seni

Terapi seni amat menolong kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang mempunyai
masalah untuk menyuarakan perasaan mereka. Mereka yang bergelut dengan kehilangan
signifikan, trauma, penderaan silam, resah yang berpanjangan, penyesuaian terhadap masalah
keluarga, mereka atau yang mempunyai masalah imej tubuh atau penyakit fizikal. Ia juga
bertepatan kepada mereka yang mempunyai kemahiran lisan atau condong kepada intelektual
di mana seni dapat menolong lintas lansung pada bahagian yang ingin disuarakan.

Kanak-kanak memilih seni sebagai bahasa bersahaja untuk ekspresi diri menjadikan
mereka sentiasa lebih selesa meneroka gejolak perasaan menerusi seni. Remaja pula pada
peringkat kapisiti kreativiti dan sambil mereka bergelut mencari identiti individu di dunia
yang keliru, seni bolehmemudahkan eksplorasi diri, memperbaiki keinsafan diri, dan
menggalakkan pemilihan tanggungjawab dan perkembangan positif. Kepada kanak-kanak
dan remaja yang mempunyai masalah pembelajaran, atau yang bergelut dengan kesedihan,
kebimbangan atau masalah kelakuan, seni memberi peluang untuk membina memperbaiki
kognitif, social, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri. Individu yang
bermasalah pada ingatan, ekspresi perasaan, atau interaksi social dapat menemui bahawa
terapi seni memberi tempat selamat untuk menyatakan ekspresi diri, berjumpa cara baru
berinteraksi dan memperoleh kefahaman diri sendiri.

Terapi seni bermunafaat walaupun seseorang itu tiada masalah. Ia menolong


meninggikan nilaI perkembangan personal, menambahkan dan mendalami keinsafan diri,
kreativiti dan imiginasi. Menghasilkan karya di dalam terapi seni memudahkan eksplorasi
identity, membuat pilihan kehidupan yang positif dan menyokong seseorang di kala
menghadapi peralihan kehidupan. Setiap insane mempunyai kreativiti di dalam diri: terapi
seni dapat menolong membuka kesenian dalaman untuk pengayaan banyak aspek pada
kehidupan seseorang.

4.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN TERAPI SENI

4.1 KONSEP TERAPI SENI

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula
sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan
tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran
tetapi kehidupan seharian. Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.
Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pelajar. (Ini
berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu
mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman,
menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri) Luahan seni
pelajar sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka
memberi tumpuan pada hasil seni.

4.2 MATLAMAT TERAPI SENI

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini
mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. (
Judith Peck ) Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih,
bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi
kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar
dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang
yang memerlukan pertolongan. Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya
adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku,
gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

4.3 FUNGSI TERAPI SENI DALAM PENDIDIKAN


Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang
mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan
dinilai secara tersurat dan tersirat. Selain itu, seseorang insan belum tentu mampu melahirkan
permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas
kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang
mengganggu dan menakutkannya. Sebagai bukti, kaum kulit hitam di Amerika Syarikat
contohnya mempunyai kecenderungan melukis dan menulis di dinding dinding yang
dipanggil grafitti. Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya
dengan cara ini sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang
pada mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri. Secara positifnya, terapi seni
akan dapat membentuk insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan
bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin
dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.
5.0 PETA KONSEP

6.0 PROSES TERAPI SENI

Studio terapi seni menyediakan susunan bahan seni yang mudah kepada klien sebagai pilihan,
termasuk cat, tanah liat, pastel, marker dan pensil warna. Media yang berbeza memudahkan
menyampaikan pebezaan jenis ekspresi emosi, dan berkesan terhadap pengawalan proses
berkarya. Terapis seni dapat menolong klien memilih media yang sesuai untuk klien sampai
ke matlamat mereka dan menggalakkan ekspresi berdasarkan keperluan mereka, tindak balas,
dan peringkat perkembangan.

Hasil karya mungkin dicipta spontan, atau ada kalanya temanya dicadangkan oleh terapis
seni. Klien adalah digalakkan untuk meneroka ciptaan karya melalui kesatuan lisan atau
aktiviti kreatif. Sebagai penambahan untuk pengalaman dan latihan di dalam kemahiran
kaunseling tradisional lisan, terapis seni dilatih menolong klien menggunakan proses kreatif
untuk mempromosi emosi, psikologi, dan perkembangan interpersonal dan penyembuhan.
Ekspresi seni menggunakan symbol, imej, metafora, rupa, garisan dan warna.
"Client-centered" seni bermaksud klien atau kanak-kanak memilih apa keperluan mereka dan
jenis bahan untuk ekspresi diri mereka. Terapis seni mendengar dan mengamati bukan sahaja
lisan, bahasa tubuh dan informasi tingkah laku tetapi juga menolong klien meneroka dan
memahami gambaran fikiran mereka dan hasil karya dan bagaimana ia berhubung dengan
situasi kehidupan mereka dan segala yang berkaitan dengan mereka.

7.0 CONTOH PERLAKSANAAN TERAPI SENI

Membentuk Dan Membuat Binaan Menggunakan Tanah Liat/Clay

Tanah liat seperti air dan pasir mempunyai tarikan semula jadi. Pelajar seronok bermain
dengan medium asas ini kerana tidak ada pemisahan antara mereka dan pekerjaan mereka.
Tanah liat adalah terbuka, mudah dibentuk, dan tahan lama yang sesuai untuk perkembangan
kurikulum untuk pelajar termasuklah kanak-kanak. Aktiviti tanah liat menyokong
perkembangan pelajar dan pembelajaran pelajar dengan memberi peluang yang luas supaya
meneroka bahan yang sangat dinamik serta mengembangkan kefahaman dan menguji
pemahaman mereka melalui pengalaman langsung pelajar(Berk, 2008; Smith &
Goldhaber,2004). Pelajar juga membina pengetahuan tentang tanah liat melalui pendekatan
kendiri mereka untuk berinteraksi dengan tanah liat. Penggunaan tanah liat dapat
meningkatkan ketangkasan menggunakan kedua-dua otot kecil dan besar. Pelajar akan
menggunakan tangan, belakang dan bahu untuk membentuk tanah liat. Bekerja dengan tanah
liat juga meningkatkan koordinasi mata-tangan pelajar. Imaginasi pelajar juga dirangsang
melalui penggunaan tanah liat. Mereka meregangkan minda mereka untuk mengembangkan
idea-idea baru untuk hal-hal untuk membuat dan cara-cara baru untuk menggunakan tanah
liat dan alat-alat. Kelas seni, seperti tanah liat, menyokong pembangunan kreativiti pada usia
yang muda. Seorang kanak-kanak yang belajar pada usia yang muda yang apa-apa yang dapat
dibayangkan dapat dibuat adalah lebih cenderung untuk menjadi lebih kreatif dan pintar
daripada kanak-kanak yang hanya bermain dengan mainan pembuatan.
Merenjis

Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada
lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air
atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.

Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah
warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk,
menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan
untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-
tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan
menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk
mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.
Capan

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan
tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok
cetakan.Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula
jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan
jalinan yang ada pada jari.
Mewarna

Mewarna adalah alat pendidikan yang kuat yang merangsang pembangunan keseluruhan
kanak-kanak. Ia merupakan satu aktiviti yang penting yang meningkatkan kemahiran motor
kasar kanak-kanak dan meningkatkan pertumbuhan mental mereka. Aktiviti mewarna salah
satu aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Kanak-
kanak kecil mendapatkan diperkenalkan kepada konsep melalui aktiviti menulis itu. Ia
melibatkan memberikan mereka apa-apa kayu warna dan menjadikan mereka
menggunakannya tanpa tujuan di kertas yang kosong. Mereka juga menikmati menulis di
akhbar, buku, dan walaupun dinding. Garis-garis berwarna yang muncul sebagai hasil dari
aktiviti mereka memberikan mereka rasa pencapaian.

Kebaikan daripada aktiviti mewarna ialah meningkatkan tahap tumpuan kanak-kanak,


mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus, mengenalkan kepelbagaian warna kepada
kanak-kanak dan mencungkil daya kreativiti.
RUJUKAN:

Calhoun, J.F., & Acocella, J.R. (1995). Psikologitentang Penyesuaian dan Hubungan
Kemanusiaan.Terjemahan Satmiko, S. R. Semarang: IKIP Press.Campbell, D.J., Trapnell,
P.D., Heine, S.J., Katz, I.M.,

Lavalle, L.F., & Lehman, D.R. (1996). Self concept clarity: Measurement, personality
correlates and culturalboundaries. Journal of Personality and Social

Psychology,70(1), 141-156. Caprara, G.V., Barbaranelli, C., Steca, P., & Malone, P. S.
(2006). Teachers self-efficacy beliefs as determinants of job satisfaction and students
academic achievement: A study at the school level. Journal of School Psychology, 44, 473-
490.

Yasmin (2013) . TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS. Jabatan Pendidikan Khas, IPG
Durian Daun : Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd.

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/pentingnya-pendidikan-seni-kepada-murid.html

Tasmin, Martini, & Rini, S. (2002). Belajar lebih penting daripada bermain? e-psikologi.
www.psikologi.com.