Anda di halaman 1dari 13

Fadhilat

beristighfar

1. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis
sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya
lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan
amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

2. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat
ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat
hazan bererti berdukacita"Fadilat Selawat - untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai
Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka
akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."Berkata
pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari
telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah
S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."Malaikat
Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan
selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."Apakah kita tidak cinta kepada
Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke
atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah, Rasul dan para malaikat.
KELEBIHAN & FADHILAT SURAH YASSIN

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam
al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama
pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah
Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mubmah (pemberi berita baik) di dalam
kitab Taurat kerana ia mengandungi manafaatkepada pembacanya dikehidupan dunia
juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan
kedahsyatan kehidupan akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai Rafiah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat
orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak
beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum
terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,Umat
dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu
yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga
dirahmati.
Rasulullah SAW bersabda, Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada
disetiap hati Ummatku.

KEBERKATAN SURAH YASSIN


Rasulullah SAW telah bersabda: Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan.
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
TANDA-TANDA MENUJU KE HARI KIAMAT
Harus diingat, kita sudah pun embrace kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu
keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Majuj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat sehari sama
seperti sebulan iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Majuj telah pun dibebaskan
setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini
telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal
dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu Alam.

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Saya menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat. Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. Sahih
Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. Sahih Muslim.

3-Bermaharajalela alat muzik.


Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada
Rasulullah saw; Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? Baginda menjawab; Apabila telah bermaharajalela
bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita Ibnu Majah.

4-Menghias masjid & membanggakannya.


Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid
Riwayat -Nasai.

5-Munculnya kekejian.
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan
silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga. Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.


Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka bin Luka (orang yang
bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2
orang mulia
- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan
salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja. Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul
pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.

10-Bulan sabit kelihatan besar.


Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.
- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.


Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-
berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,
kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu Sahih
Muslim.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.


Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar. Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.


Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai
Sahih Muslim.

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti
bulu merpati yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga. Sahih Abu Daud & Nasai.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.


Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-
puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik
(pilihannya). Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
DOSA TINGGAL SOLAT LEBIH BESAR DARI ZINA

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-
hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya
menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki
tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang
sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan
sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu
melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya
Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya,"
jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya
tersentak.

Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung
sayacekik lehernya sampaimati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah
kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak
Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur
luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.

Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya,
bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat
perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril
bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah
engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh
itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar
daripada seribu kali berzina."

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya
semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T
untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan
adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas
dirinya.

Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah
tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih
mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan
kepadaNya.

Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat
diibaratkan meruntuhkan agamanya.

Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin?
Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.

Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.

Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan
Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu)
pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". -HR. Ahmad dan Abu Dawud
AMALAN MURAH REZEKI

1.Menyempatkan diri beribadah


2.Allah tidak sia-siakan pengabdian
diri hamba-Nya,
3.Memperbanyak istighfar - Istighfar
adalah rintihan dan pengakuan dosa
seorang hamba di depan Allah, yang
menjadi sebab Allah jatuh kasih dan
kasihan pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan
kehidupan si hamba.
4.Tinggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika
masih buat dosa.
5.Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat
Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri
kepada orang beriman. Firman-Nya: (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)
6.Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah
s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa
juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
7.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah
ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan
fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
8.Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan
rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri
9.Banyak berselawat.
10.Buat kebajikan banyak-banyak.
11.Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
12.Menjalin silaturrahim
13.Melazimi kekal berwuduk.
14.Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki.
15.Amalkan solat malam (tahajud) - Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud
memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati
orang dan doanya dimakbulkan Allah.
16.Amalkan solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk
dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
17.Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari
Allah. Lawannya adalah kufur nikmat.
18.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau
asmaul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi
fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
19.Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung
dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita
meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
20.Berikhtiar sehabisnya - Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu
hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan
yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
21.Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.

Doa Murah Rezeki


1) Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:



Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa
kefakiran.
(Riwayat daripada Ibn Masud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:




Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan
Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke
rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada
Jarir bin Abdullah: Kanzu al-Ummal, Mujam al-Tabarani; daripada Ibn Masud: Mujma al-
Zawaid)
TAUBAT NASUHA

InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan


memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa.

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat;


2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan
melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.
Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu
harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu
berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan
diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon
keredhaannya.

Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya
bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh
dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup
dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk
segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja.

Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab
anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah
dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita
sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT
terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu
marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak
diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-
anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan
kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan
kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak
mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan
mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal
dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.

Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa untuk segera bertaubat tanpa
berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di
dalam kubur yang merupakan perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada
muda atau sudah tua. Bila? Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara
yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang salah
seperti tidak menutup Aurat dan sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai
"mati" adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah
dengan segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia.
Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami, sempat juga
kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi
perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah
SAW).

Begitu jugalah kepada muslimin dan muslimat serta sahabat-sahabat yang akan
mengerjakan ibadah Haji atau Umrah yang amat Mengharapkan Haji Yang
Mabrur, maka selalu-selalulah bersolat taubat tanpa mengira waktu untuk menyesali
kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan mudah-mudahan akan dipermudahkan
pekerjaan Haji dan Umrah yang akan dilakukan, Insyaallah.
33 Ciri Pelajar Cemerlang

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa,
negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan,
peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,}-
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan
oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang
sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan,
alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam
waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar
untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas
sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan
penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu
berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan
kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani
yang terkenal bernama Socrates pernah berkata carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara
memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran
tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan
dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan
memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam
tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan
agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan
untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan
Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya,
untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan
peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal
dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru
atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual
ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab
soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan
guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah
Inggeris, Dont judge the book by its cover. Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik.
Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam
pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan
menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu
penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran
luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan
membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara
yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam
tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika
pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga
keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak junk-food. Hindari makan di gerai-gerai yang
kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh
menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin
kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang
sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam
peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh
pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.
Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh
agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama
penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan,
berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya.
Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Advertisements