Anda di halaman 1dari 7

Bihun Sup Utara

Masa:
Penyediaan: 20 minutes | Memasak: 60 minutes | Keseluruhan: 80
minutes
Jumlah Hidangan : 6 Orang Makan

Bahan-Bahan:
1 kg. tulang dan daging.
1 bungkus bihun

Bahan untuk rempah tumis:


2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga

3 biji bunga lawang

3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar:


5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

3 biji buah keras

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu besar lada hitam

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan putih

Dipotong dadu besar:

1/2 batang lobak merah

2 biji kentang sederhana besar

tomato (potong 4)

Bahan untuk sambal cili:


4 sudu besar serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
3 ulas bawang putih, dikisar.

3 ulas bawang merah, dikisar.

1/2 biji bawang besar, dikisar.


garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk hiasan:


200 gram lobak masin dicelur
2 tangkai daun bawang

3 tangkai daun sup

bawang goreng

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk sup:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga
naik bau dan pecah minyak

3. Masukkan tulang,kacau dan biar sebentar

4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.

5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan


kentang.Masak sehingga empuk.

6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa

7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

Cara-cara untuk sambal cili:


1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang
putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis
sehingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah
minyak.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit


gula untuk rasa yang lebih sedap.

Cara-cara bihun sup:


1. Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu
serbuk kunyit selama satu jam
2. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang
panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama
kerana bihun akan menjadi lembik.

3. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak


dihentikan,
4. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat
menjamu selera!

Tips
Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda
merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk
memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan
sempurna.

Begedil Daging

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:
500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar

1/2 biji bawang besar, didadu

2 biji cili merah, dihiris halus

2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus

2 sudu besar bawang goreng

1/2 sudu kecil lada sulah

1 biji telur ayam

sedikit garam

Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga
empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang
panas.
2. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis
bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan
masak seketika.

3. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan


"masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar,
daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.

4. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu.


Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan
di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk
menyerap lebihan minyak

Tips
Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah
betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa
menggoreng.

Siakap Stim asam boi


Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit


Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:
1 ekor siakap, bersihkan
5 biji asam boi

3 ulas bawang putih, hiris nipis

3 biji bawang merah, hiris nipis

2 inci halia, potong halus seperti batang mancis

1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis

2 sudu besar sos ikan Thai

1 sudu kecil tepung jagung

1 biji kimau nipis

1/2 cawan air

1 biji tomato, potong 4


4-5 tangkai daun ketumbar

Cara Penyediaan:
1. Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
2. Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan
karot.

3. Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus
limau nipis.

4. Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.

5. Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar


bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan
hidangkan.

Agar agar cendol

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk lapisan gula melaka:
1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
800 ml air

150 gram gula melaka

1/4 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

250 ml santan

1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk lapisan santan:


1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
800 ml air

1/2 cawan gula pasir

2 1/2 sudu teh garam

250 ml santan

1 pek cendol, tapis airnya


Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan gula melaka:
1. Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika,
kemudian masak agar-agar bersama gula melaka, gula merah dan
gula pasir sehingga larut.
2. Perlahankan api dan masukkan santan bersama garam. Kacau
dengan kerap sehingga mendidih. Tapis dan tuang ke dalam
acuan. Sejukkan sehingga beku.

Cara-cara untuk lapisan santan:


1. Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika,
kemudian masak agar-agar sehingga larut.
2. Masukkan santan, cendol dan garam. Kacau sehingga mendidih di
atas api perlahan.

3. Tuangkan di atas lapisan gula melaka yang sudah dicakar dengan


garfu supaya dua lapisan bercantum dengan sempurna.

Tips
Apabila santan dimasukkan, harus dikacau dengan api perlahan
supaya agar-agar tidak berketul.

Agar agar santan

Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:
10-12 gram agar-agar (saya guna agar-agar bertali)
3 1/2 cawan air

3 helai daun pandan

1 biji telur

1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220 gram)

1 sudu besar gula merah thai


1 sudu besar gula pasir

1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:
1. Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana
untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila
dimasak nanti.
2. Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut
dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan
daun pandan sehingga cair.

3. Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.

4. Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.


Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya
gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.

5. Tuang dalam loyang dan sejukkan.