Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama
hampir tujuh tahun.
A Baginda C Saya
B Dia D Beliau

2. "Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu


nanti," kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
A beliau C kalian
B mereka D saya

3. Mak Esah masih tinggal di pondok buruknya __________ semua anaknya berjawatan tinggi.
A bahawa C meskipun
B malahan D sementara

4. Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai
emas kelmarin.
A bertukar-tukar C berbalas-balas
B berhujah-hujah D berganti-ganti

5.
Pak Dahari masih mengusahakan kebun sayurnya itu sungguhpun umurnya telah begitu __________.
A usang C uzur
B kuno D tua
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

6. Puan Suzita sedang __________ kelapa yang masih muda.


A mengait C menjolok
B mencucuk D memetik

7. Mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara itu tidak mengalami masalah
__________ bahan makanan dan pakaian.
A pengurangan C mengurangi
B kekurangan D mengurangkan

1
8. Matlamat utama sesi __________ itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar baharu
dan lama.
A suai kenal C temu duga
B janji temu D temu ramah

9. Malik membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap orang adiknya mendapat .
A sebiji C sehiris
B seruas D seketul

10. Maniam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu kerana masalah kesihatan. __________, dia
tetap berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada doktor.
A di samping itu C tatkala
B namun begitu D selain itu

11. Thailand yang terletak di __________ Semenanjung Malaysia terkenal dengan hasil tanaman padi.
A utara C timur
B selatan D barat

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah ini.

12. Kereta yang dipandu oleh Meor mengundur ke belakang sewaktu __________ mendaki bukit.
A telah C sedang
B harus D pernaah

13. Anak-anak Encik Samy tidak __________ nasihat yang diberikan oleh beliau.

A mengendahkan C mencemuh
B melupuskan D memantau

14. Dalam kemalangan yang ngeri itu, hanya mereka __________ yang selamat.

2
A ketiga C ketiga-tiga
B bertiga D bertiga-tiga

15."Rumah Ain terletak di tepi sawah di hujung jalan itu," jelas Aina.

A. Aina bertanya tentang kedudukan rumah Ain.


B. Aina memberitahu rumah Ain terletak di tepi sawah di hujung jalan itu.
C. Ain memberitahu Aina rumahnya terletak di tepi sawah di hujung jalan itu.
D. Aina dan Ain menjelaskan rumah mereka terletak di tepi sawah di hujung
jalan itu.

16. Pilih ayat yang betul

A. Abang duduk dengan sebelah ibu semasa menghadiri kursus motivasi.


B. Kakak benci akan perangai budak lelaki itu yang sering menganggunya.
C. Setiap petang, ayah membawa adik pergi di taman permainan.
D. Abang menulis surat bagi sahabatnya yang berada di kampung.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membendung amalan merokok dalam kalangan
masyarakat kita. Kesan daripada amalan merokok sangat serius dan perlu diatasi segera.

Asap yang disedut mengandungi tiga bahan utama yang boleh memudaratkan kesihatan. Bahan-bahan
tersebut ialah nikotin, karbon monoksida dan tar. Semasa berdekatan dengan perokok, seseorang itu turut
menyedut asap yang mengandungi bahan-bahan yang berbahaya itu.

Nikotin ialah sejenis dadah yang boleh menjejaskan jantung dan saraf kita. Nikotin boleh mengecutkan
saluran darah dan menaikkan tekanan darah. Karbon monoksida akan melumpuhkan keupayaan darah
untuk membawa gas oksigen ke bahagian-bahagian penting dalam tubuh manusia. Manakala tar pula akan
menyebabkan berlaku kanser. Risiko kepada perokok begitu tinggi.

Kerajaan telah mewartakan beberapa kawasan tertentu sebagai kawasan larangan merokok. Tempat-
tempat tersebut ialah bank, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, hospital, kompleks membeli-belah, dan
tempat-tempat berhawa dingin. Remaja bawah lapan belas tahun tidak dibenarkan membeli rokok.

3
Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak. Mereka sepatutnya mengambil
tahu segala aktiviti anak-anak. Kesibukan mengejar kemewahan akan mengakibatkan anak terbiar dan
memilih jalan sendiri untuk mencari keseronokan dengan merokok. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil
tindakan tegas terhadap anak-anak yang merokok.

Selain itu, cukai rokok telah dinaikkan bagi mengelakkan orang membelinya. Dengan usaha-usaha itu,
diharapkan amalan merokok dapat dikurangkan malah dapat dibanteras terus.

17. Apakah kesan karbon monoksida kepada kesihatan seseorang?


A Menyebabkan barah paru-paru
B Akan melemahkan sistem pernafasan
C Melemahkan pengaliran darah kepada organ-organ utama
D Karbon monoksida mengecutkan saluran darah dan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi

18. Kawasan manakah tidak dilarang merokok?


A di sekolah
B di hospital
C di taman rekreasi
D di tempat orang membeli-belah

19. Mengapakah pusat membeli-belah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok?


A Orang terlalu ramai
B Takut berlaku kebakaran
C Menganggu orang ramai
D Asap boleh membunuh orang di sekeliling

20. Maksud perkataan dibanteras dalam petikan di atas ialah


A digalakkan
B didorong
C dibasmi
D dipujuk

KERTAS SOALAN TAMAT

BAHAGIAN B
(30 MARKAH)
4
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

Suasana di dalam kelas Enam Anggun sangat bising seperti (a) pasar. Guru mata pelajaran Bahasa
Inggeris belum masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba semua murid diam apabila Cikgu Mirwazi, guru
disiplin (b) sangat garang masuk ke kelas. Cikgu Mirwazi menegur rambut (c) kuku
Faiz yang panjang. Faiz berasa sedih dan malu (d) dia tidak menjaga kebersihan diri. Mulai hari itu,
Faiz insaf dan berazam akan berubah menjadi murid yang menjaga kebersihan.
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini

5
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[1 markah]

Soalan 23
[2 markah]
a. Padankan penyataan di bawah ini berdasarkan simpulan bahasa. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Putih mata bermaksud kecewa

Putih hati bermaksud sedih


Betul

berat tulang bermaksud pendiam


Salah
[3 markah]
Ringan tulang bermaksud rajin

b. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapa rumahnya.


ii. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan sos cili.
iii. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
iv. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.

Jawapan:

i. ________________________
ii. ________________________
iii. ________________________
iv. ________________________

6
[ 4 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, para hakim yang
arif, dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang meriah ini ialah "Cara-cara Menjaga
Kesihatan Badan". Kesihatan badan patut dijaga untuk mengelakkan serangan penyakit, sama ada
penyakit yang serius ataupun tidak.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memastikan kesihatan badan kita terjamin.
Salah satu daripadanya adalah dengan menjaga pemakanan harian kita. Kita hendaklah mengambil
protein, karbohaidrat, vitamin dan kalsium yang diperlukan oleh badan kita. Elakkan daripada
mengambil makanan ringan, terutamanya kanak-kanak kerana makanan ini boleh menjejaskan
kesihatan.

Hadirin yang saya hormati,

Kita perlu memastikan badan kita sentiasa bersih dan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Kita mestilah mengggunakan air yang bersih dan bersabun. Kemudian, pakailah pakaian yang bersih.

Selain itu, persekitaran kita juga mestilah bersih. Gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh
kenderaan dan juga jerebu boleh mewujudkan gejala sesak nafas. Kita juga perlu berehat. Salah satu
cara merehatkan badan kita adalah dengan tidur. Tidur yang cukup dapat mengelakkan badan kita
daripada keletihan dan mengantuk.

Berdasarkan keterangan saya tadi, jelaslah kepada kita bahawa betapa perlunya kita menjaga
kesihatan badan kita. Oleh sebab itu, prinsip pencegahan adalah lebih baik daripada perawatan dan
perlu kita tanamkan dalam diri masing-masing.

Sekian, terima kasih.

7
a. Perkataan persekitaran dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan ____________________
[1 markah]
b. Apakah kesan gas karbon dioksida kepada badan kita?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Pencegahan adalah lebih baik daripada perawatan bermaksud
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
d. Pada pendapat anda mengapakah kita perlu menjaga kesihatan badan?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Lahirku di atas sebatang pokok,


Bukan di rumah bukan di pokok,
Badanku hijau sungguh elok,
Tua nanti akan dijolok.

Andainya aku gugur ke tanah,


Badan tak pecah atau punah,
Datanglah orang tanpa berlengah,
Aku dipungut naik ke rumah.

Tiba waktunya aku dikupas,


8
Parang menakik tanpa belas,
Kulit dan sabut tidak terlepas,
tempurung dibersihkan sepuas-puas.

Badan yang lemah terus dibelah,


air di dalam lalu disimbah,
Isiku putih nampak menyerlah,
Aku dikukur kedua-dua belah.

Letakkan bekas di bawah kukuran,


Gaulkan air menjadi sebatian,
Perah adunan keluarlah santan,
Buang hampasnya jangan disimpan.

Kuah dijerang di atas tungku,


Santan dicurah masuk ke situ,
Untukmu manusia inilah jasaku,
Melazatkan kari sepanjang waktu.

a. Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas?


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Tandakah ( / ) bagi penyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah berdasarkan sajak
tersebut.

Tempat asal buah yang dimaksudkan ialah di atas


sebatang pokok.

Alat yang digunakan untuk mengasingkan isi


buah daripada tempurungnya ialah parut.

[1 markah]

c. Mengapakah kita memerah adunan air dan isi buah yang telah dikukur?
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

9
Untukmu manusia inilah jasaku,
Melazatkan kari sepanjang waktu

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai